Izdham Syah mula panik melihat gadis yang terbaring di hadapannya itu diam tidak berkutik selepas dibawa naik ke darat. “Awak, awak! Bangun! Awak!” Berkali‐kali dia memanggil cuba menyedarkan gadis itu, namun tiada sebarang reaksi yang diterima.
Ditampar perlahan pipi mulus gadis itu dengan harapan gadis itu akan sedar secepat yang mungkin. Namun, percubaannya masih gagal. Kali ini, dia mula menekan dada dan memberikan bantuan pernafasan kepada gadis itu.
“Aku bukan nak menggatal, tapi aku nak selamatkan nyawa orang. Ini dah menjadi tugas aku!” kata Izdham Syah sendirian, bimbang tindakannya disalah ertikan kalau‐kalau ada mata yang memandang.
Hampir lima minit dia memberikan bantuan pernafasan dan menekan dada gadis tersebut, akhirnya gadis tersebut mulai sedar sambil terbatuk‐batuk memuntahkan kembali air sungai yang telah ditelan ketika cubaan melemaskan dirinya sebentar tadi. Izdham Syah mengurut dadanya sendiri kerana berasa lega melihat gadis itu telah mula bernafas kembali.
Dia terduduk kepenatan sambil mencungap‐cungap di sebelah tubuh si gadis yang masih terbaring itu, lantas tangannya laju menyelongkar beg tangan yang berada di sisinya.
Sebaik sahaja dia mendapatkan objek yang dihajati, dengan cepat dia mengeluarkan kad pengenalan gadis terbabit, seraya membaca nama yang tertera di atas kad itu dengan sepintas lalu dan sepantas kilat juga dia menyimpan kad pengenalan gadis tersebut di dalam kocek seluar jeansnya. Kemudian, tanpa berlengah dia mendail pula nombor kecemasan dan menelefon pihak hospital meminta ambulans dihantar ke tempat kemalangan itu terjadi dengan segera. Dia bimbangkan nyawa gadis di sebelahnya sambil cuba mengisi nafas yang kelelahan.
Usai memuntahkan molekul air yang ditelannya, Iddya Melissa kembali lemah. Tidak sedar akan keadaan dirinya. Otaknya tidak mampu berfungsi dengan baik. Dia seakan terdengar namanya dipanggil berulang kali namun dia tidak mampu membalasnya. Anak matanya sempat melihat wajah lelaki yang menyelamatkannya itu seakan‐akan iras dengan lelaki yang menghalangnya terjun sebentar tadi dengan sekali imbas sebelum matanya tertutup dengan sendirinya.
Melihat situasi itu, Izdham Syah segera memangku tubuh gadis tersebut, cuba berkongsi hawa badan yang kesejukan dimamah air sungai pada jam empat pagi sementara menunggu bantuan tiba.
Setelah bantuan tiba, Izdham Syah turut serta mengikuti dan menguruskan kemasukan gadis itu ke hospital. Setelah selesai menempatkan gadis itu ke dalam wad, dia pulang ke rumahnya sebentar di Muzaffar Heights yang terletak di Ayer Keroh untuk membersih dan merehatkan dirinya.
Namun, dia sukar sekali untuk melenakan diri apabila mindanya tidak langsung berhenti memikirkan keadaan gadis yang diselamatkannya tadi. Tertanya‐tanya, apakah punca yang mendorong gadis tersebut untuk membunuh diri? Putus cinta barangkali? Kerana cinta sanggup membunuh diri? Nauzubillah! Perlukah mengambil tindakan sedrastik itu hanya kerana satu perasaan yang bernama cinta? Ada apa dengan cinta? Ya, ada apa dengan cinta kerana dia sendiri belum berpeluang merasakan kehebatannya. Masakan dia memahami tindakan gadis itu?
Dalam kebingungan, akhirnya dia terlena. Keesokkan harinya, lena Izdham Syah diganggu dengan bunyi deringan telefon bimbit yang menjerit nyaring. Terpisat‐pisat dia cuba membuka mata untuk melihat gerangan si pemanggil. Sebaik sahaja punat menjawab ditekan, kedengaran satu suara dihujung talian memaklumkan bahawa gadis yang diselamatkan semalam telah pun mula menyedarkan diri.
“Okay Sarah. Terima kasih maklumkan saya. Pastikan dia tak ke mana‐mana. Saya tak nak dia hilangkan diri sebelum saya sampai ke sana.” Tegas Izdham Syah memberi arahan kepada si pemanggil yang setia mendengar di hujung talian. Sebaik sahaja suara di hujung talian hilang, Izdham Syah meraup wajahnya. Mengeliat cuba menghilangkan keletihan di tubuh seraya menyambung aktiviti bermalasan di atas katil. Ingatannya mula melayang mengingati peristiwa semalam.
Belum sempat dia hendak memulakan helah, gadis tersebut lebih pantas bertindak. Pada mulanya, niatnya hanya hendak berjalan di belakang gadis tersebut dan dalam masa yang sama cuba menarik tubuh gadis itu menjauh daripada tebing sungai. Akan tetapi, helahnya tidak kesampaian.
Akhirnya, apabila gadis itu bertindak untuk terjun ke dalam sungai, dengan tidak semena‐mena dia pun terpaksa terjun sama untuk menyelamatkan. “Kerja gila mandi sungai pagi‐pagi buta!” bentak Izdham Syah secara tiba‐tiba, melampiaskan rasa tidak puas hatinya yang terpendam sejak semalam.
Kad pengenalan gadis itu yang masih berada di dalam simpanannya diambil dan direnung. “Nur Iddya Melissa.” Sebaris nama itu disebut berulang kali. Lagak orang yang sedang cuba menghafal sesuatu maklumat. Macamlah sebaris nama tersebut amat sukar untuk diingati! Pantas dia bangkit dari pembaringan dan mula menyiapkan diri untuk ke hospital.
Iddya Melissa hanya mampu termenung, termangu‐mangu sambil melihat keadaan sekeliling. Dia kini berada di atas katil. Ya, dia sedar dia sedang berada di hospital, di dalam wad. Dalam pada itu, dia tertanya‐tanya, di hospital manakah dirinya berada? Baru sebentar tadi dia dimaklumkan oleh staff nurse yang bekerja di situ bahawa dia di masukkan ke hospital oleh seorang lelaki yang tidak ingin dikenali.
Persoalannya, jika tidak ingin dikenali, mengapa lelaki tersebut bersusah payah menguruskan kemasukannya ke hospital ini? Bukankah pihak hospital ada merekodkan segala data tentang ahli keluarga mahupun orang yang bertanggungjawab dalam kemasukan pesakit ke dalam hospital?
Tidak terfikirkah lelaki itu bahawa dengan senang sahaja dia boleh mendapatkan maklumat tentangnya daripada staff nurse yang bertugas? Adakah lelaki yang menyelamatkannya semalam orang yang sama dengan lelaki yang menguruskan kemasukannya ke hospital ini? Ah pening! Terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawab. Malas rasanya dia hendak berteka teki dengan diri sendiri.
Lantaran itu, Iddya Melissa menekan butang loceng untuk memanggil staff nurse yang bertugas. Tidak lama kemudian, pintu biliknya dikuak dari luar. Kelihatan seorang staff nurse perempuan yang kecil molek dan manis parasnya masuk ke dalam bilik.
“Ye cik, ada apa‐apa yang boleh saya bantu? Cik sakit ke?” tanya staff nurse tersebut, ternyata prihatin dengan kebajikan pesakitnya.
“Hurm… tak. Saya tak sakit. Tapi kalau boleh saya nak cik tolong saya dapatkan maklumat lelaki yang uruskan segalanya pasal kemasukan saya disini boleh? Lagi satu, bila saya boleh keluar dari sini cik? Saya dah sihat dah ni.” ujarnya yakin sambil meminta pertolongan staff nurse tersebut.
“Owh, saya tak pasti cik. Itu kena tunggu doktor datang check up cik dan sahkan sendirilah tahap kesihatan cik ni sebelum bagi kebenaran keluar. Saya hanya staff nurse je cik, saya bukan doktor. Cik rehat ye, sekejap lagi doktor datang.” Senyuman manis dilemparkan kepada pesakit itu sebelum dia berlalu pergi. Iddya Melissa hanya mampu menyoroti pintu biliknya yang kembali tertutup rapat tanpa sebarang kata.
Iddya Melissa mengetap bibirnya sendiri. Geram! “Nurse ni aku tanya dua soalan dia jawab satu je! Ishhh… bengang la macam ni!” omel Iddya Melissa dengan nada yang marah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan