Label

Selasa, 22 November 2016

NOVEL Iron Lady Bab3

Terkejut Ary. Dia dipanggil senior‐senior ke bilik mereka. Dengan dikerumuni hamper 6 orang
kakak‐kakak senior… Ary diberi kaunseling.

Yang pertama, berhati‐hati dengan Farid dari kelas Akaun… berapa ramai student perempuan yang merana ditinggalkan tak bertali begitu sahaja oleh Farid…

Yang kedua, hati‐hati dengan Farid..dia bijak bermain kata, pantas mengatur bicara manis semanis tebu di bibir…melunakkan hati pendengar bicaranya…

Yang ketiga, hati‐hati dengan Farid…sekali dia dapat dia makan sampai habis…

Yang keempat, hati‐hati dengan Farid… tak da siapa yang akan selamat dari genggaman tangannya…

Ary menelan air liur…berkerut‐kerut keningnya memikirkan..

Yang pertama, kenapa senior‐senior tersebut mengambil berat akan dirinya …

Yang kedua, kenapa senior‐senior tersebut tidak memanggil Tina dan bukan dirinya… sedangkan Tina yang lebih banyak masa bersama Farid . Farid kasanova….

Yang ketiga, mungkin Farid ingin mengujinya dan mungkin dia adalah umpan seterusnya…. Yang keempat, Farid akan tau siapa dirinya…

Ary siap merancang dalam kepalanya…siap kau Farid…kau nak jadikan aku umpan kau ya….aku
Ary….Zarina Salleh. Muka nampak ayu dan lembut, kalau kau kenal siapa aku…ha siap kau…
Farid….kau tunggu aku punya plan pulak…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan