“Abang burger, cepatlah sikit! Dah lama kita orang tunggu ni, tahu!”
Ini sudah kali kedua suara budak perempuan itu didengarinya. Hati lelaki muda itu sudah
panas sekarang. Dia semakin geram dengan sikap tidak sabar yang ditunjukkan.
Tidakkah perempuan itu nampak bilangan orang yang sedang berbaris di hadapan gerainya,
menunggu giliran? Tidakkah perempuan itu nampak betapa sibuknya dia? Tak menang tangan
ni? Haih, budak perempuan tu memang nak kena!
Adham Faiz tidak dapat bersabar lagi. Gerai burger yang terletak di hadapan kedai mamak
Maidin itu, ditinggalkannya sebentar, sambil mengarahkan dua orang pembantunya, Udin dan
Akub, untuk menguruskan. Dia ingin mencari budak perempuan itu!
Malam ini, memang malam yang agak sibuk baginya. Ramai pula pelanggan yang datang,
mungkin kerana hari ini 25 haribulan ialah hari gaji? Jadi, sememangnya, sejak gerai mula
dibuka sejak pukul lima petang tadi, dia dan adik‐adiknya sudah tidak menang tangan. Bekalan
yang dibawa, yang biasanya cukup, terpaksa ditambah. Mujur gerai burger miliknya ini terletak
berhampiran dengan pasar raya Tesco. Boleh juga bergegas ke sana bila hendak menokok
tambah barang yang sudah kurang.
Sebab itu Adham Faiz panas hati bila mendengar bunyi suara yang terjerit‐jerit itu tadi. Kerana
marah, dia, dengan membawa spatula dan topi yang menutup rambutnya yang hitam lebat,
melangkah ke arah sekumpulan remaja perempuan yang sedang duduk di sebuah meja, di
penjuru kedai mamak itu. Lima orang anak dara itu diperhatikan dengan pandangan mata
yang cukup tajam. Dalam hati, siap mengutuk lagi.
‘Anak dara apa agaknya dia orang ni? Tak sedar ke sekarang dah pukul 11 malam? Bercakap
dahlah terjerit‐jerit, macam semua orang lain ni pekak dibuatnya! Gelak macam tak ingat
dunia! Pakaian? Huh! Macam tak cukup kain aje baju dia orang ni aku tengok! Hisy, memang
tak melambangkan sifat gadis Melayu langsung!’ gumamnya di dalam hati.
Kini, Adham sedang berdiri betul‐betul di hadapan meja itu. Kehadirannya yang tiba‐tiba
menyebabkan suasana hingar‐bingar bertukar sepi. Apa yang dibualkan pun sudah terhenti.
Dahi masing‐masing gadis itu berkerut‐kerut. Kehairanan memikirkan apa mahunya
barangkali.
Melihat wajah di hadapannya dalam‐dalam, membuat Aira merasakan seolah‐olah mereka
pernah bersua muka. Diamati lagi dan lagi. Ah ha.., baru teringat. Inilah mamat sengal, si
mekanik yang bekerja dengan uncle Tony tu. Lelaki yang membaiki keretanya tetapi enggan
mengambil duit upah sehingga dia terpaksa pergi ke kedai taukeh Cina tu pada keesokan
harinya.
Direnungnya Adham Faiz dari atas ke bawah. Huh, miskin sungguh lelaki ini agaknya? Sampai
terpaksa melakukan dua tiga kerja dalam satu hari? Tapi, kenapa pulak ni? Datang ke meja aku dengan muka macam singa tu? Apa hal? Hati berkata‐kata.
“Siapa di antara korang berlima ni yang menjerit tadi?” Adham terus menyoal. Sepasang mata
tajam merenung seorang demi seorang. Dan, ketika bertentang mata dengan Aira Syuhada,
dia yakin gadis inilah mastermind atau ketua kumpulan. Cara gadis ini membalas renungannya
dengan berani itu menjadi bukti.
“Maksud awak, yang mintak burger tu?” balas Aira dengan lagak mengada‐ada. Dia tersengihsengih
kepada kawan‐kawannya yang masing‐masing turut ketawa dan menunjukkan tanda
bagus dengan ibu jari mereka.
“Tentu kau, kan?” soal Adham penuh ketegasan.
“Ha’ah, betullah tu! Tapi, mana burger kita orang? Dah lama order pun tak dapat‐dapat!
Lembablah awak ni! Nak buat lima burger ayam special pun berjam‐jam!” Bebel Aira pula.
“Banyaklah korang punya burger, perempuan! Kalau iya pun nak makan burger, korang tak
boleh berbaris ke? Yang korang terjerit‐jerit macam dirasuk hantu dari sini tu, kenapa?
Bercakap macam nak bagi satu Malaysia dengar! Korang ingat, elok sangat ke perangai korang
ni hah?” Adham Faiz menjerkah. Kemarahan terlontar. Akibatnya, seluruh kawasan kedai
mamak Maidin itu menjadi sunyi seketika. Semua yang ada sedang terkejut mendengar suara
keras lelaki muda itu.
Kumpulan remaja perempuan itupun turut terkedu seketika. Tidak menyangka ada orang yang
begitu berani meninggikan suara kepada mereka. Terutama Aira Syuhada! Sungguh dia tidak
percaya lelaki muda ini begitu berani menengking dia dan kawan‐kawannya. Di hadapan
khalayak pulak tu?
Hati mula berang. Mamat ni fikir dia siapa hendak marah‐marah orang ni? Tanya hati.
“Eh, awak! Apa hal tengking‐tengking kitorang ni? Awak tak boleh cakap elok‐elok sikit ke?
Kami ni belum pekak lagi, tahu!”
Nada suara Aira melengking kuat. Dia terus berdiri tegak. Jaraknya dengan Adham Faiz
terpisah dalam 30 cm sahaja kini. Terpana seketika bila Aira mendapati bahawa dirinya yang
tinggi itu hanya separas bahu si dia. Dia terpaksa mendongak untuk bercakap.
“Aku cakap yang betul, apa? Kalau nak makan jugak burger aku tu, kau dengan kawan‐kawan
kau ni kenalah sabar. Korang kena tunggu giliran korang selepas aku siapkan burgerabang
yang pakai baju merah tu. Duduk diam‐diam kat sini, macam budak baik. Tapi, kalau tak
sanggup tunggu, kau boleh blah, okey!”
Adham berpusing untuk meneruskan kerja yang terbengkalai. Malas dia hendak melayan
kerenah remaja perempuan yang melampau ini, terutama budak perempuan yang kini sudah
berdiri tegak di hadapannya. Yang memakai baju pendek menampakkan ketiak dan pusat. Baju
yang dipadankan dengan seluar jeans yang amat sendat. Rambutnya pulak, alahai.... dalam
bawah sinar lampu neon inipun jelas pada pandangan mata Adham bahawa rambut itu telah
diwarnakan. Nak kata warna coklat pun tidak, warna merah pun tidak. Entahlah, kalau
perempuan ini adiknya, sudah pasti dicukurnya rambut itu dah! fikirnya.
Aira tidak berpuas hati. Dia benci dengan sikap negatif yang ditunjukkan oleh lelaki ini
terhadap dia dan kawan‐kawannya. Dia benci bila perbuatannya ditegur. Dia benci dan tidak
rela menjadi bahan ketawa pelanggan di kedai Mamak Maidin ini. Dia malu!
“Hei! Apa masalah awak dengan kita orang, hah?” jeritnya. Geram kerana Adham datang untuk
marah dan kini lelaki itu pergi selepas memalukan dia.
Adham mengetap bibir. Memang tak reti bahasa! Aku dah tengking diapun, dia masih berani
membalas. Memang nak kena ni!
Dia berpatah balik. Di hadapan Aira, Adham Faiz bersuara keras, “Masalahnya, kau ni bising
sangat!”
“Bising apanya? Aku cuma mintak kau buat burger kitorang tu cepat‐cepat. Salah ke?”
“Awak tu perempuan! Kut iya pun dah lapar sangat, pergilah berbaris macam orang lain tu hah.
Tak payahlah menjerit‐jerit. Korang ingat aku ni pekak ke?” radang Adham.
Aira memberanikan diri membalas renungan Adham Faiz yang garang.
“Habis, dah kau tu lembab sangat, sebab tu aku menjerit. Perut kitorang ni dah lapar, tahu tak?
Lain kali kalau nak berbisnes tu, cekap‐cekaplah sikit! Jangan biar pelanggan tertunggutunggu,
tahu?” bidas Aira selamba.
Adham cukup pantang dikritik. Berani betul perempuan ni? Ingat dia besar sangat kut?
“Cik adik, kalau nak cepat, aku syorkan kau makan aje nasi mamak Maidin ni. Gerenti dapat on
the spot dan tentu cepat aje kau kenyang. Tak usah tunggu burgeraku tu. Aku tak teringin nak
jual pada kau yang kasar, dan tak tahu adab sopan. Sorrylah!” Dalam lembut suara dikeluarkan,
tajam sekali dilepaskan kutukan membuat Aira semakin melenting. Jari telunjuk diarahkan ke
muka Adham.
“Eh, pak cik! Kau jangan nak naikkan darah aku! Aku nak jerit ke, nak makan burger ke, nasi ke,
suka hati akulah! Yang kau nak membebel ni apasal?” tanya dia dengan wajah yang merah.
Adham Faiz menepis jari telunjuk Aira dengan spatulanya. “Bila kena marah, tahu sakit hati.
Tapi salah sendiri tak mahu mengaku. Eh, sudahlah! Tak kuasa aku nak buat burger untuk kau
dengan kawan‐kawan kau ni.”
“Sombong betul penjual burger ni! Woit, kau tahu tak aku ni anak siapa?”
Adham mencebik. Peduli apa dia? Siapapun perempuan ini, anak menteri ke, anak taukeh
besar ke, ada dia kisah?
“Kawan‐kawan, tolong cakap sama penjual burger sombong ni, siapa I?” Aira menekankan
suaranya. Macam mengada‐ada sahaja bunyinya.
“Hello mat burger! Aira ni anak Tan Sri tau!”
Adham mencebik lagi. “Aku tak kisah dia ni siapa. Yang Tan Sri tu, bapak dia. Toksah nak
berlagaklah kat sini!”
Kenapa mamat ni sikitpun tidak gentar bila diberitahu siapa dirinya? Dia tak percaya?
“Aku bukan nak berlagak, okey! Cuma nak mengingatkan. Bapak aku tu sangat‐sangat
berpengaruh, tau. Cuba bayangkan kalau aku mengadu pada dia tentang perangai buruk kau
ni! Takut, esok‐esok, kau dah tak boleh meniaga di sini lagi, pak cik! So, get lost, ok! Go and
make that burger for us!” Aira membalas sambil memerintah. Dia kemudian terus duduk
semula.
Kata‐kata Aira semakin menyemarakkan kemarahan Adham Faiz. Dia cukup pantang bila anak
orang kaya menunjuk lagak di hadapannya. Dia cukup menyampah bila anak orang kaya cuba
menutup periuk nasinya. Dia cukup meluat bila anak orang kaya cuba menunjukkan
kekuasaan.
“Kau jangan ingat aku takut dengan ugutan kau tu. Dan, jangan ingat aku nak buat burgeruntuk korang. Maaflah! Aku tak jual burger pada perempuan sombong macam kau. Lebih baik aku bagi burger free pada minah Indon yang kerja di kedai mamak ni daripada aku jual pada perempuan tak ada maruah macam korang ni!”
Sakitnya hati Aira mendengar! Dia rasa terhina. Ada ke patut dirinya dikatakan tidak
bermaruah?
“Hey, jaga sikit mulut awak tu!” Marah Aira.
“Dan, jaga sikit adab sopan tu!” Adham membuntangkan sepasang mata.
“Kau ni siapa nak jaga tepi kain aku, hah?” Suara Aira melengking kuat. Geram kerana lelaki ini
berani benar mengutuk dia dan kawan‐kawannya. Aira Syuhada membulatkan sepasang matanya. Tidak disangka‐sangka, ada lelaki yang sebegini berani, menegur dan mengherdik, terlalu garang dan tidak mengendahkan dirinya. Geram sungguh!
Adham meletakkan spatula di atas meja. “Aku benci tengok perempuan macam kau, anak
orang kaya yang perasan kekayaan korang tu kebal sangat sampai tak boleh ditegur, tak boleh
nak dimarah. Korang buat perangai mengada‐ada korang kat sini, macamlah kita orang ni suka
sangat nak tengok? Korang lupa pada budaya Melayu sampai tak peduli orang sekeliling yang
memerhati. Korang..”
“Ah sudahlah! Macam bagus! Menyampah! Baru jual burger, dah pandai nak komen orang.
Blahlah kau!” Marah Aira.
“Aira, dahlah! Jom kita pergi tempat lain!” Noli mengajak demi terpandang wajah kelat Aira.
Yang lain‐lain turut mengangguk. Mood gembira sudah hilang.
“Okey, jom kita pergi tempat lain. Makin lama kat sini, makin menyampah aku nak layan orang
gila ni!” Balas Aira sambil meraba‐raba beg galasnya. Dia ingin mencari kunci kereta.
“Huh!” dengusan Adham Faiz jelas kedengaran sambil dia memerhati kumpulan remaja itu
beredar. Hatinya yang panas semakin membara melihat gelagat sombong mereka apabila Aira
menjerit kepada taukeh kedai dan membaling wang kertas RM100 ke atas meja sebelum
melangkah ke arah kereta. Kalau diikutkan rasa geram, mahu sahaja dia pergi menampar pipi
gadis itu namun Mamak Maidin sudah menghalang.
“Biarkan aje! Tak guna marah‐marah. Lantak dia orang lah!”
Adham kesal. Inilah masyarakat zaman ini. Kononnya tidak mahu menjaga tepi kain orang.
Kononnya tidak mahu dianggap sebagai penyibuk! Lantas? Apakah yang akan terjadi kepada
masyarakat? Apa yang akan terjadi pada anak‐anak? Tidak siapa yang berani menegur. Jadi,
lama kelamaan, runtuhlah akhlak dan moral.
Cahaya lampu neon yang menyimbahi kereta membuat Adham terpempan. Rasa macam kenal
kereta tu. Macam dia pernah memperbaiki enjinnya.
Adham menepuk dahi.
“Aduhai, kenapa aku tak perasan tadi? Dia! Cik sombong kat tepi jalan tu! Anak Tan Sri,
rupanya.... patutlah berlagak sangat! Tapi, dia dah bayar ke belum pada uncle Tony? Bukan
boleh harap tu! Tak apa, esok aku tanya apek tu.”
Sepasang mata terus saja menyorot pandangan ke arah kereta BMW berplet WRP 106 itu yang
berlalu dengan laju meninggalkannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan