Label

Selasa, 22 November 2016

NOVEL Aku Dan Bos Bab3

Aswal Madri ﴾Bos﴿

AKU memerhatikan gelagat seorang gadis yang berada di sebelah luar pejabatku yang
berdindingkan kaca dengan bibir yang mekar dengan senyuman. Gadis itu begitu asyik
membetulkan tudungnya tanpa menyedari dirinya sedang diperhatikan. Gadis yang manis
bertudung dan berbaju kurung itu memiliki wajah yang comel. Bila dia membuat pelbagai
memek muka di depan aku, spontan juga aku memberikan reaksi tanpa sedarku.Gelihati aku
memerhatikan gelagat gadis itu yang menjadikan dinding kaca pejabatku sebagai cermin
untuk dia berhias diri.

Aku menghampiri dinding kaca dan memerhatikan wajah gadis itu dari dekat. Setiap raut
wajah gadis itu aku tatap. Aku mula rasa terpesona memerhatikan ciptaan indah di depan
mataku ini. Bibir gadis itu yang sedang membebel cuba aku baca. Agaknya apa yang sedang
dibebelkannya itu?

"Dia ingat dia tu siapa? Poyo saja lebih. Mengedik macam ulat beluncas. Menyampahnya.." aku
meneka dalam kesamaran apa yang sedang dibebelkan oleh gadis itu. Aku tersenyum lagi.

Agaknya siapakah gerangannya yang telah membuatkan gadis comel itu marah? Hati aku
bertanya sendiri. Aku memerhati lagi. Gadis itu sudah membelakangiku. Dengan berbaju
kurung gadis itu meregangkan tubuhnya seakan orang ingin bersenam. Aku sudah ketawa
seorang diri bila gadis itu bercekak pinggang dan mengoyangkan punggungnya kiri dan
kanan. Aku benar‐benar terhibur melihat gelagat gadis itu. Kalau ikutkan hatiku teringin saja
aku keluar dan turut serta bersama gadis itu.

Agaknya dia dalam bahagian mana? Apa jawatan dia? Di mana pula dia bekerja? Adakah dia
bekerja di dalam syarikat ini juga? Aku bertanya diriku sendiri.

"Bro..kau tak keluar makan ke?" sedang asyik aku melamun terdengar suara seseorang
menyapaku. Aku menoleh kalut agar rahsiaku mengintai anak dara orang sedang melakukan
aksi pelik tidak terbongkar.

"Jom makan. Aku belanja." Zuhaimie bersuara lagi. Aku hanya mengangguk dan mula
melangkah ke arah pintu bilik.

"Eh..tu Izz Zahrah. Dia buat apa di situ? Kau pergi dulu. Aku nak tegur dia kejap. Nanti aku
follow." Zuhaimie berkata lagi sambil berlalu dan mendapatkan gadis itu yang sedang berdiri
di koridor bangunan.

Aku hanya memandang langkah Zuhaimie yang laju tanpa sempat berkata apa‐apa.
Aku teringin mengikut Zuhaimie tapi aku tak mahu gadis itu akan kekok kalau aku ada
bersama. Lagi pun aku tak mahu pekerja‐pekerja bawahanku tahu tentang kewujudanku.
Selama ini Zuhaimie yang menyamar menjadi bos besar di syarikat ini atas permintaanku.



Aku mengintai Zuhaimie dan gadis itu dari jauh. Aku ingin memerhatikan respon yang
diberikan gadis itu terhadap Zuhaimie. Mereka tak berbual lama bila gadis itu meminta diri
untuk beredar.

Bila gadis itu melalui tempat persembunyianku, aku membelakangkan dia dan berpura‐pura
membelek telefonku, kemudian aku memerhatikan lenggok gadis itu selepas gadis itu
melepasiku. Aku tersenyum lagi melihat dia walau hanya melihat daripada belakang.

"Awal, kau tak pergi lagi?" Zuhaimie bertanya sambil menepuk kuat bahu aku. Tersentak aku
dan menoleh pantas. Terleka aku seketika memerhatikan gadis itu tadi sampai tak sedar
dengan kehadiran Zuhaimie.

"Aku tunggu kaulah. Siapa perempuan tu? Kau kenal ke?" giliran aku pula bertanya.

"Siapa? Perempuan tadi ke? Dia pekerja baru agaknya, aku pun tak kenal sangat. Ini kali kedua
aku terserempak dengan dia. Saja aku bersapa dengan dia tadi. Kenapa? Kau nak aku
kenenkan kau dengan dia ke?" panjang lebar pula Zuhaimie berkata dan dalam masa yang
sama kaki kami turut melangkah ke arah lift.

"Tak payah..kalau aku nak aku tackle sendiri. Ingat kau sorang saja ke yang pandai tackle
perempuan? Boya tembaga.." aku berkata sambil ketawa. Zuhaimie sudah tersenyum lebar.
Kami sampai di pintu lift dan menunggu lift sampai sambil kami terus berbual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan