MASING‐masing bertepuk tangan sebaik rekaan banglo dua tingkat di Cameron Highland
dipaparkan di skrin layar. Ilham rekaan dari arkitek utama Alexander Zulkarnaeen Properties
memang selalu membuat mulut melopong. Rekaannya segar‐segar, sering membuatkan
projek mereka laris bak goreng pisang cheese. Alexander Zulkaranaeen juga leka melihatnya.
“Projek ini dinamakan sebagai Alexander Hill, sebagai penghormatan kepada bos besar kita,
Mr. Alexander Zulkarnaeen.” Jelas Pengurus Projek, Adriana Ali, sambil menghalakan
tangannya ke arah Alexander Zulkarnaeen. Ketika tepukan bergema, dia hanya mengangguk
tanpa suara.
“It is modern design, mix with functionability. Kalau tuan‐tuan dan puan‐puan boleh lihat,
kombinasi pelbagai material digunakan untuk banglo ini. Pada bahagian luarnya, maksud saya
pada dinding luarnya, gabungan elemen batuan, konkrit dan juga kayu digunakan. Lihat pada
tingkapnya pulak, memang kita saja apply immense window. Jadi, rumah akan nampak lebih
terang apabila banyak cahaya dapat masuk ke dalam rumah.”
“The best part...I tak sabar nak tunjuk interiornya pada tuan‐tuan dan puan‐puan semua.” Suara
Adriana Ali hilang disebalik keghairahannya menekan punat kawalan jauh. Gambar seterusnya
membuatkan ahli mesyuarat itu bertambah teruja.
“Wow....”
“Really wow...Banglo ni syurga dunia, interior designnya digabungkan elemen moden dan mini
interior garden, dengan hiasan pokok hidup. Banglo ni ada tiga bilik tidur, sebuah ruang tamu
luas, satu bilik mandi, sebuah dapur dan outdoor space untuk masa santai keluarga.” Suara
Adriana Ali kedengaran jelas. Masing‐masing leka melihat gambaran banglo tersebut.
“Next...halaman rumah yang menghijau. Ah, rasanya I dah jumpa rumah idaman yang tidak
mampu dimiliki. Harganya bermula dari Ringgit Malaysia satu perpuluhan sembilan juta
sehingga dua perpuluhan lapan juta ye tuan‐tuan dan puan‐puan.” Adriana Ali menghabiskan
penjelasannya sebelum meminta izin untuk duduk.
“Guys...lets build Alexander Hill.” Suara Alexander Zulkarnaaen kedengaran di antara keriuhan
itu. Senyap. Anak‐anak buahnya memang selalu memberi perhatian ketika suaranya
kedengaran kerana kata mereka suara Alexander Zulkarnaeen ibarat emas. Cakapnya kurang,
kerja sahaja yang kelihatan di mata mereka.
“As soon, boss. Pekerja dan jentera dah melapangkan tapak. Minggu depan kita dah boleh
mula kerja‐kerja piling.” Jawab Adriana Ali.
“Unit marketing dah bergerak?”
“Dah, bos. Permohonan kita untuk join Pameran Perumahan Terbesar di Malaysia dah
diluluskan. Kita juga dah mohon beberapa booth yang menjadi tumpuan sasaran, tunggu
kelulusan aje. Cuma laman web kita belum updated. Kita tunggu spec dari Unit Binaan.” Jawab
Radhi, bertanggungjawab mengurus Unit Promosi semenjak tahun 2012 lagi. Dia menggantikan tempat Adam yang dilantik sebagai Pembantu Peribadi Alexander Zulkarnaeen.
“Projek Perumahan Alexander Hill dijangka siap September 2016. Untuk fasa satu, hanya lapan
unit banglo sahaja yang akan dibina. Aku nak semua yang terlibat beri kerjasama sebaiknya
untuk menggerakkan projek ni. All out guys. Thats all.” Ucap Alexander Zulkarnaeen, ringkas
sebelum mengangkat punggung. Dia baru melangkah separuh jalan sebelum deringan di
telefon bimbit berbunyi. Sebaik melihat nama emak pada paparan skrin, dia bergegas masuk
ke dalam bilik kerjanya.
“Hello, mak.”
“Hello anak bertuah. Mana janji manismu? Dah lupa?”
“Tak lupa mak. Tengah ikhtiar lah ni.” Jawab Alexander Zulkarnaeen, memegang kepalanya
yang sakit tiba‐tiba. Dalam banyak‐banyak hal, hal nikah kahwin yang tidak berjaya diselesaikannya. Bukan tidak mahu kahwin tetapi hati belum terbuka hendak melangkah ke alam itu. Jiwanya belum puas bebas dan dia belum sedia memikul tanggungjawab atas nama suami.
“Dari dulu mak dengar jawapan yang sama. Kalau susah sangat, mak carikan seorang, ye. Ada
anak dara kampung sebelah, anak Ustazah Arbaiyah.”
“Mak...bagi masa pada Zul dulu.”
“Berapa lama masa Zul nak? Tiga puluh tiga tahun lagi?”
“Hujung tahun ni, mak. Kalau tak jumpa jugak, baru mak pinangkan anak dara Ustazah
Arbaiyah tu untuk Zul.” Jawab Alexander Zulkarnaeen, memejam mata.
Nampaknya, dia kena ubah pelan pertemuan jodoh. Barangkali dia perlu buat sesi temuduga.
Satu perjumpaan untuk empat hingga lima calon, baharulah mudah nak menyingkirkan yang
tak berkenan di hati dan mempercepatkan proses pemilihan akhir. Soal jodoh, bukan mudah
dan boleh dipandang enteng. Dia tidak mahu calon isterinya nanti kaki kikis dan kaki cukur.
Tak berambut pulak dia nanti.
Nak bercinta? Dia tak punya kepakaran dan kemahiran. Nak memikat pun tak pandai. Dia
orang yang lurus pada jalan, tidak tahu belok kiri kanan, naik flyover bagai. Yang penting cepat
sampai destinasi, tak kira apa jua urusan.
“Betul ni?” Suara emak kedengaran teruja. Dia mengangguk, tetapi sedar yang anggukannya
tidak dapat dilihat Hajah Normah.
“Betul, mak.”
“Selagi tak jumpa calon, jangan balik ke rumah.”
“Aduhai....” Rungutnya menggeleng kepala. Teringat nasi lemak sambal petai Hajah Normah
yang sedap. Lamanya dia tak merasa air tangan emak. Kalau masih gagal membawa calon
menantu emak, lebih lama dia menderita nak merasa air tangan emak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan