SEMINGGU berlalu, pejabat kami memang aman tanpa gosip sebab masing‐masing takut gaji kena potong. Encik Awal pula terlalu sibuk menguruskan segala hal tentang hari pernikahan kami. Rupa‐rupanya payah juga nak menjadi isteri orang di zaman canggih ini. Nak kena buat pemeriksaan kesihatan bagai. Nak kena test darahlah. Chek HIV, talesmia dan sebagainya.
Dan aku juga disuruh mengambil kursus kahwin kilat untuk mendapatkan sijil. Kursus kahwin yang aku hadiri diadakan pada hari sabtu sehari sebelum hari nikah kami dan aku mendapat sijil selepas habis kursus di hari yang sama juga. Encik Awal bernasib baik sebab dia dah lama ambil kursus kahwin. Aku saja yang selalu bertangguh. Bila kak Ieta ajak aku pergi kursus kahwin sebelum ni aku bagi alasan, aku belum ada calon jadi lambat lagi nak jadi isteri orang. Dalam hidup ini kita dimestikan membuat persediaan dalam segala hal. Ibarat kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan. Jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Semua tu orang tua‐tua dah selalu ingatkan kita tapi kita yang selalu lalai dan cuai. Selalu juga buat kesilapan yang sama. Bila dah terdesak barulah nak mengelabah.
Aku pun sama, hari ahad dah nak jadi isteri orang, hari sabtu baru nak pergi kursus kahwin. Nasib baiklah sijil kahwin tu boleh dapat hari yang sama juga. Kalau tak mesti encik Awal akan leterkan aku sebab akad nikah mesti terpaksa ditangguhkan.
Aku tak kesah pun, nikah ke tak aku macam tu juga. Lagi senang aku nak elakkan diri daripada dia. Kadang‐kadang terlintas juga di dalam hati aku rasa takut untuk bergelar seorang isteri, lebih‐lebih lagi isteri kepada encik Awal yang berpangkat besar.
‘’Macam mana di tempat kerja sekarang? Ada lagi ke orang yang sebarkan gosip tentang Izz dan abang?’’ ayat‐ayat yang diungkapkan oleh encik Awal selepas kami bergelar suami dan isteri. Kali pertama dengar dia membahasakan dirinya abang meremang bulu roma aku. Lepas tu aku belajar suaikan diri. Nak ketawa takut pula dia terasa. Memang rasa kekok sangat.
‘’Yang namanya manusia ni suka sangat mengejar kebendaan. Kalau sampai kena potong gaji 5% siapa lagi yang berani nak bergosip tak tentu pasal? Kalaulah semua orang nampak, setiap kali mereka mengumpat orang, pahala mereka telah dipotong sedikit demi sedikit macam kena potong gaji tentu takkan ada orang yang berani mengumpat orang lain lagi. Bukan itu saja, kalau dah semua pahala dah habis kena potong terpaksa pula tapau dosa orang yang diumpat tu masuk ke dalam akaun akhirat mereka. Rugi sangat,’’
Panjang lebar pula aku menjawab soalan encik Awal. Dia sudah tersenyum sambil tangannya mula merayap ke arahku, sebab sekarang ni kami dalam kereta berdua‐duaan untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Esok hari pertama aku akan pergi bekerja sebagai seorang isteri dan encik Awal dah buat permintaan untuk menginap semalam di rumah aku malam ini.
‘’Boleh tak tangan tu hanya pegang stereng saja. Jangan nak berjalan sangat.’’ Kata‐kata tegasku sudah disambut dengan ketawa oleh encik Awal. Dia kembali memegang stereng dan kembali fokus pada pemanduannya.
‘’Patutlah paksa orang naik kereta dia tadi. Rupanya ada agenda tersembunyi ya?’’ aku terus
membebel sambil mengebam bibir menahan geram. Encik Awal menjeling sekilas ke arahku sambil terus ketawa.
‘’Abang belum sentuh lagi pun, takkan dah kena marah. Izz kena ingat tanggungjawab yang wajib seorang isteri..’’
‘’Alah..orang tahulah. Orang pun belajar juga pendidikan Agama Islam di sekolah dulu. Tak payah nak ingatkan kerap‐kerap sangat. Mulalah tu nak bagi orang jadi serba salah,’’ aku memotong kata‐katanya sambil mengigit bibir. Tak ada ayat lain dah ke nak cakap?
‘’Kenapa? Izz dah mula rasa serba salah ke? Bonuslah tu untuk abang. Malam ni..’’
‘’Jangan nak melebih‐lebih erk.. takkan ada malam pertama lagi. Behave yourself kalau nak masuk ke dalam rumah orang malam ni. Kalau nak buat ayat‐ayat macam tu. Minta maaf ya. Malam ni balik tidur di rumah sendiri,’’ encik Awal belum habiskan ayat‐ayatnya aku pangkas kata‐katanya lagi dan dia semakin galak ketawa.
‘’Okey, okey..jangan reject abang. Izz ni kenapa takut sangat? Kita dah jadi suami isterikan?’’ aku menghela nafas keras. Sebenarnya bukan takut cuma aku masih keliru. Yang paling pasti aku masih tiada keyakinan diri untuk melayan dia sebagai seorang isteri. Ketika ini aku mula terfikir kembali perbualan aku dengan kak Ieta. Dahsyat juga rupanya perasaan kali pertama bergelar isteri ni?
‘’Izz..’’
‘’Hmm..’’
‘’Macam tak percayakan?’’
‘’Percaya apa?’’
‘’Izz dah jadi isteri abang,’’
‘’Samalah, orang lagilah tak percaya encik Aswal Madri tu dah jadi suami orang. Dah siap berabang‐abang lagi. Seram orang dengar, macam sedang berada di sebelah orang yang baru kenal saja,’’
Aku tertawa perlahan dengan kata‐kataku sendiri. Aku sendiri pun masih kekok dan rasa segan nak panggil dia abang, apatah lagi nak bahasakan diri aku sebagai Izz atau Has dengan dia. Rasa macam pipi aku ni macam nak terbakar saja. Tersangat malu untuk bersikap ramah dengan dia.
‘’Izz tu bila lagi nak panggil abang? Terimalah kenyataan Izz. Abang dah pegang tangan abah Izz dan abang dah terima nikahnya dengan Nur Izz Zahrah Hasyilla ni.’’ Aku dengar encik Awal melepaskan nafas berat selepas habis berkata‐kata. Aku pula tiba‐tiba terasa sebak.
Ya! Benar, aku dah sah menjadi isteri dia tapi terlalu sukar untuk aku menyesuaikan diri. Tak seperti dia yang sudah boleh membahasakan dirinya abang dalam sekelip mata. Hebat sangatkah cinta di hatinya untuk aku? Seorang gadis kampung biasa yang langsung tak pandai bergaya macam gadis‐gadis lain. Apa yang dia pandang padaku?
‘’Izz, abang nak tanya ni. Minggu lepas lagi abang nak tahu tapi sebab terlalu sibuk ke sana dan ke sini, abang terlupa nak tanya,’’ suasana sayu berubah lagi bila encik Awal bersuara. Aku cuba menarik nafas panjang dan mengawal emosiku yang tersyahdu sebentar tadi.
‘’Nak tanya apa?’’ aku kawal nada suara aku agar tak tertangkap aku dah tangkap syahdu tadi.
‘’Ada berapa orang Zahrah dalam rumah Izz tu?’’ aku tercengang mendengar soalannya dan tak semena‐mena aku teringat perbualan mereka dengan Aznil. Spontan bibir aku sudah menguntum senyum.
‘’Bos ingat tak dulu, first kita jumpa orang dah cakap semua orang panggil orang Has tapi bos yang beria‐ia nak panggil Izz Zahrah. Dalam rumah kami tu abang Izzhar yang kami panggil Izz, ibu pula semua orang panggil Zahrah. Kak Ieta tetap kak Ieta, tak ada beza cuma kalau bos nak panggil Izz Zahrah juga pastikan tak ada ibu dan abang Izzhar di sebelah,’’ aku terus melebarkan senyuman sambil bercerita. Encil Awal sudah mengeluh panjang.
‘’Macam inilah, sebelum kita sampai di rumah, jom kita buat peraturan. Panggilan bos tu abang izinkan isteri abang panggil ketika kita di tempat kerja saja. Bila kita berdua atau di rumah keluarga kita abang nak Isteri abang ni panggil abang dengan panggilan lain.
Terpulanglah nak panggil apa pun , asalkan jangan panggil bos atau encik Awal.’’ Dia menoleh ke arahku sekilas. Aku berfikir sejenak sebelum mengangguk.
‘’Di tempat kerja, abang akan tunaikan permintaan isteri tersayang abang ni, sebab kita memang tak pernah ada urusan antara kita jadi kita buat hal masing‐masing tapi bila di rumah kita adalah suami isteri. Ingat tak Izz pernah cakap dulu Izz nak jadi isteri abang hingga ke Jannah?’’ aku terus mengangguk. Memang tiada bantahan langsung.
‘’Sekarang ni kita tentukan apa panggilan yang harus kita panggil.’’ Aku sudah mengerutkan dahiku mendengar ayat‐ayat encik Awal yang seterusnya.
‘’Abang tak nak panggil Has, Izz ataupun Zahrah. Keputusan abang muktamad dan Ayang jangan bantah. Ayang pula nak panggil apa kepada abang?’’ aku dah terbuntang mata mendengar panggilan barunya untuk aku. Buat kali pertama aku terdiam lama tapi sesaat, dua saat kemudian ketawa aku sudah mula berderai di dalam kereta. Terus wajah encik Awal berubah masam mencuka.
‘’Adoi, kenapa nak buat perubahan drastik sangat ni? Slow‐slow la barulah minda dan hati orang ni tak terkena serangan mengejut. One by one okey, beri peluang untuk hati kita menerima segala perubahan yang berlaku dalam hidup kita ini.
Orang bukannya apa, dalam hidup berumah tangga ni orang paling takut, di awal perkahwinan manis bagaikan madu, kemudian di pertengahan dah nampak retak menanti belah. Kemudian bila dah mula jemu, yang manis pada awalnya pun akan jadi pahit sepahitnya. Kita tak payah nak over sangat boleh tak?’’
Aku membantah lagi saranannya. Wajah dia berubah lagi. Dia berjeda lama. Mungkin sedang berfikir akan kewajaran kata‐kataku.
‘’Kenapa orang perempuan ni kalau matang terlebih sangat matang dan kalau yang jenis payah nak matang tu sampai ke tua tak matang‐matang?’’ suara serius encik Awal buat aku pula berjeda lama. Apa maksud dia?
‘’Patutlah lelaki dan perempuan Allah satukan dalam sebuah rumah untuk saling melengkapi
walaupun mereka banyak perbezaannya. Hari ini baru abang tahu apa itu perbezaan antara lelaki dan perempuan. Selain berbeza jantina, kita juga berbeza cara berfikir,’’ aku terus terdiam dan mendengar dengan teliti kata‐kata lelaki yang sudah bergelar suami aku ini. Agaknya apa yang ingin disampaikannya?
‘’Bila dengar isteri abang ni cakap tadi, abang pun sedang keliru nak panggil isteri abang ni dengan panggilan apa. Has? Ayang, Izz atau Zahrah?’’ aku sudah mengulum senyum. Tak tahu kenapa nada suaranya itu buat aku terasa lucu.
‘’Sekarang ni abang nak isteri abang pula yang buat keputusan. Abang akan turut semua kemahuan isteri abang yang paling abang sayang ni,’’ aku sudah tangkap syahdu lagi mendengar kata‐kata dia yang seterusnya.
‘’Boleh tak kita jadi pasangan yang normal macam orang lain? Bila dah biasa nanti, orang akan
panggil encik Awal dengan panggilan abang di rumah dan di tempat kerja, tapi buat masa sekarang, izinkan orang memanggil bos di rumah dan ditempat kerja. Encik Awal pun boleh panggil apa saja yang encik Awal suka. Serius, orang berjanji takkan gelak lagi cuma bila ditempat kerja tu tolong jangan panggil Ayang ya, kesian pula dengan peminat‐peminat encik Awal. Histeria pula kalau mereka dengar nanti,’’
Aku belajar untuk menjaga hati dia. Aku tahu mungkin aku dah keterlaluan tadi dan buat dia
tersentap. Jadi, dalam hal ini biarlah sama‐sama adil. Aku dengar cakap dia dan dia pun kena dengar cakap aku.
‘’Abang tak tahu pun, isteri abang ni lagi matang daripada abang walaupun jarak umur kita berbeza. Selepas ni kalau ada apa‐apa kita jangan sembunyikan sesama kita ya? Kita berbincang semua masalah kita dengan berhemah sebab abang memang nak bina mahligai bahagia dengan isteri abang ni betul‐betul hingga ke Jannah. Kalau ada salah dan silap abang tak nak Izz simpan walau sikit pun dalam hati. Boleh tak?’’
Aku pandang dia dan tiba‐tiba aku lihat dia memulas stereng ke kanan dan memberhentikan
keretanya. Dia pandang aku lama setelah kereta sudah tersadai di tempat parkir.
‘’Sebenarnya memang ada rahsia yang orang nak kongsi ni,’’ aku membuka mulut. Malu nak cakap tapi terpaksa juga cakap sebab dia dah kata jangan simpan rahsia.
‘’Err..macam ni, sebelum keluar dari rumah abah tadikan, orang dah..’’ aku tak berani nak
meneruskan ayat‐ayat aku.
‘’Cakap ajelah. Abang janji, abang takkan marah,’’ encik Awal sudah membuat janji. Aku pula
macam teragak‐agak nak cakap. Nak bagitau ke tak?
‘’Janji tau tak marah?’’ dia angguk laju.
‘’Orang MC solat dan satu lagi rumah orang bersepah. Tak sempat nak berkemas, seminggu ni sibuk sangat, so kalau nak tinggal dalam rumah yang bersepah tu juga, jomlah turun! Kita dah sampai punkan.’’ Aku berkata laju dan membuka pintu kereta. Aku keluar dari kereta dan tak berpaling ke belakang lagi. Nak ikut, ikut saja. Tak mahu ikut aku tak kesah. Aku berlagu dalam hati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan