INTAN Nawrah balik ke apartment terlebih dahulu, ditemani oleh kak Natrah untuk bersiap ke
tempat kerja. Semalam, dia tidak membawa apa‐apa sebelum keluar dari rumah. Hanya beg tangan dan telefon bimbit sahaja yang sempat dicapainya. Intan Nawrah cuba mengetuk pintu bilik Melia kerana hendak memastikan keberadaan teman serumahnya itu, tetapi tiada siapa di dalamnya. Ketika dia menolak pintu, memang tidak ada siapa di dalamnya. Matanya hanya menangkap keadaan bilik yang berselerak. Botol arak pun ada di atas meja.Nauzubillah! Semput dada Intan Nawrah melihat keadaan kusut itu. Dia hanya tahu sedikit sedangkan banyak lagi yang dia tak tahu tentang Melia.
“Kenapa, Nawrah?”
Tanya Kak Natrah, mendekati dari belakang. Intan Nawrah tidak menjawab. Padanya, biar suasana itu sendiri bercerita tentang kehidupan sang pemiliknya. Kak Natrah di sebelahnya melopong, sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya.
“Syukur kehidupannya tak berjangkit pada Nawrah.”
“Saya pun baru kenal Melia sebulan Kak Nat. Tak sempat nak kenali hati budinya dalam‐dalam.
Kalau saya lama di sini, entah saya pulak bagaimana?”
Soal Nawrah, lantas menarik daun pintu itu seperti asalnya. Dia masuk ke dalam bilik dan bersiap seadanya. Hajatnya, petang nanti dia nak mengemas segala pakaian dan terus berpindah keluar dari rumah maksiat itu. Walaupun masih tak tahu mana nak tuju, tapi Taman Bukit Hijau sudah terbayang di ruang mata. Memandangkan dia sudah bergaji, mungkin dia boleh balik menenangkan hati di kampung. Selepas itu, baru dia akan fikir apa tindakan seterusnya.
Intan Nawrah kembali mendapatkan Kak Natrah di luar. Dia perasan yang mata Kak Natrah meliar ke kiri dan kanan semenjak masuk ke rumah itu tadi.
“Jom, Kak Nat.”
“Dah siap?”
“Dah.” Jawabnya mengangguk.
Mereka jalan bersama menuju ke arah pintu tanpa cerita, seolah‐olah baru melepaskan diri dari mulut buaya. Jiran yang tinggal di sebelah memandangnya aneh, seolah‐olah dia baru melakukan kesalahan. Intan Nawrah melorekkan senyuman tetapi Kak Nana buat tidak tahu saja. Selalunya Kak Nana rajin menegur. Atau jangan‐jangan, berlaku kekecohan semalam?
Mungkin pada Kak Nana, Intan Nawrah pun terlibat sama.
“Kak Nana...” Sapa Intan Nawrah, mesra.
Zap! Terasa sengatan malu serta‐merta. Kak Nana tidak membalas sapaannya, malah lurus berjalan ke arah lif di sayap kanan aras itu. Intan Nawrah dan Kak Natrah saling berpandangan. Terasa bahunya ditarik lebih dekat dengan Kak Natrah.
“Agaknya Kak Nana fikir Nawrah pun sama kotor.”
“Taklah! Prasangka Nawrah aje tu. Akak rasa Kak Nana tu tak dengar Nawrah panggil dia.”
“Mesti kecoh semalam. Agaknya jiran‐jiran semua dah tahu.”
“Jangan fikir banyak sangat Nawrah. Bukan Nawrah yang buat perangai. Itu kan salah orang lain.”
Pujuk Kak Natrah ketika mereka berada di dalam lif. Intan Nawrah menarik nafas panjang-panjang.
Susahnya nak melupakan apa yang berlaku kepadanya lewat beberapa minggu kebelakangan ini.
“Kak Nat...boleh tak Nawrah nak mintak tolong lagi? Nawrah nak balik kampung malam ni. Nak
tenangkan hati. Kak Nat tolong hantar Nawrah ke stesyen bas, ye?”
“Boleh, boleh. Kak Nat hantar sampai ke Tapah pun tak apa. Boleh jenguk Naufal sekali.”
Kak Natrah menawarkan diri. Sebenarnya dia tidak mahu Intan Nawrah terlalu berfikir hal yang
menyedihkan, sebab itu jika boleh, dia hendak meleretkan topik itu sepanjang yang boleh.
“Jauh kak Nat, Tapah tu! Nanti menyusahkan Kak Nat pulak.”
“Tak apa...nanti akak boleh terus ke Cameron. Dua dalam satu.”
“Betul ke, Kak Nat?”Tanya Intan Nawrah lagi, bagai tak percaya. Mereka sudah memulakan
perjalanan ke Balai Berita Metro. Intan Nawrah pun hampir melupakan apa yang berlaku malam semalam. Dalam kepalanya, cuma bayang emak Siti Fatimah sahaja yang kelihatan, melambai‐lambai dari jauh. Tika itu, barulah senyuman terukir di bibirnya.
TAJUK berita itu dibaca berkali‐kali, kemudian dia termenung jauh. Patutlah di awal perkenalan
mereka, Intan Nawrah pernah meminta seratus enam puluh ribu ringgit, rupa‐rupanya ada hal lain yang Alexander Zulkarnaeen tidak tahu. ‘Bayi Berusia Setahun Dua Bulan Perlu Jalani Pembedahan Segera.’ Itu tajuk yang dibaca sebentar tadi.
Jika tidak kerana gambar emak Intan Nawrah di dalam gambar itu, mungkin Alexander Zulkarnaeen tidak akan tahu kisahnya. Biasanya jika membaca akhbar Berita Metro, Alexander Zulkarnaeen akan mencari artikel yang ditulis oleh Intan Nawrah terlebih dahulu, sebelum membaca berita‐berita lain pula.
Tidak tahu mengapa, sementara menanti jam lima petang, dia masih membelek akhbar itu. Rupa‐rupanya,kisah anak saudara Intan Nawrah menghidap penyakit kegagalan fungsi hati dan perlu menjalani pembedahan segera di China yang nak bertamu di matanya. Terdetik di hati kecilnya hendak membantu, tetapi dia tidak mahu memberi secara terang‐terangan.
“Dunia di hujung jari, kata mereka.”
Kata Alexander Zulkarneen, tersenyum sinis. Dia pantas membuka laman web sebuah bank tempatan. Di situ, dia memindahkan sejumlah wang tanpa rasa ragu‐ragu. Kemudian, apabila dia dikehendaki mengesahkan jumlah yang besar itu, dia tertanya‐tanya pula, betulkah tindakan yang diambil?
“Tak salah berbahagi rezeki. Bukan niat aku nak ambil hati Intan Nawrah pun. Dia tak akan tahu hal ni.”
Ujar Alexander Zulkarnaeen sebelum menekan butang transfer.Selesai urusan itu, dia mencetak
urusan transaksi untuk kemudahan di belakang hari. Beg kertas di atas meja dicapainya. Isi dalam dibelek‐belek dengan tanda tanya. Entah muat entahkan tidak dengan tangan Intan Nawrah. Tapi, yang paling penting buatnya, mudah‐mudahan hati Intan Nawrah terbuka untuk menerima dirinya. Rasanya hajat Alexander Zulkarnaeen bukan kejutan. Dari awal lagi, dia tidak pernah beralih dari menyatakan hasrat yang sama, ingin menjadikan Intan Nawrah sebagai isterinya. Dan surat terakhir tadi pun, dia masih menyatakan hal yang sama.
Kali ini, dia memarkir Toyota Vios hitam pula di bahu jalan. Dia dah malas pulang ke rumah semata‐mata kerana nak menukar kereta. Itu hanya buang masa sahaja. Lebih lewat dia bergerak, lebih lewat dia sampai di rumah, lebih lewat pula perbincangan dengan emak dan abah nanti. Dia merancang hendak bertolak ke Tapah seawal jam enam pagi selepas solat Subuh.
Perhentian bas di depan masih kosong. Alexander Zulkarnaeen tertanya‐tanya.
“Mana Intan Nawrah?”
Tetapi soalan itu dibiarkan tak berjawab. Dia mengambil keputusan untuk menunggu sahaja seperti hari‐hari sebelumnya. Dalam kesunyian itu, dia sempat mengira masa yang tinggal.
Mereka kini di pertengahan Oktober semenjak Alexander Zulkarnaeen mengenali Intan Nawrah awal September lalu. Dia perlu mengharungi baki Oktober yang tinggal, sebulan November dan sebulan Disember untuk Intan Nawrah.
“ALLAH! Lambatnya Disember. Biar betul Intan Nawrah nak aku tunggu lama‐lama macam tu?”
“Sebulan pun sakit.” Jawabnya sendiri.
Kemudian, dia diam sendiri. Dalam masa yang sama, matanya tak beralih dari perhentian bas.
Soalannya terjawab sebaik sebuah bas Rapid berhenti betul‐betul di hadapan perhentian bas itu. Hanya ada seorang wanita yang biasa naik bas itu bersama Intan Nawrah. Bas mula bergerak, sedangkan Alexander Zulkarnaeen terkulat‐kulat di dalam kereta.
“Eh, cuti ke? Jangan‐jangan dia dah beli kereta tak? Tak naik bas lagi.” Alexander Zulkarnaeen
buat andaian sendiri. Penyudahnya, dia sendiri yang tak senang duduk.
Dia menanti sehingga sepuluh minit berikutnya sebelum memutuskan untuk meneruskan perjalanan. Sasarannya, dia hendak tiba di Kuantan sebelum pukul 10 malam. Dengan kesesakan jalan raya begitu, dia tak pasti dapat tiba atau tidak pada masa yang disasarkan tetapi jika BMW i8 yang dibawa pulang, tentu perjalanan pulang lebih singkat dari itu.
Tetapi, belum sampai masa untuk mendedahkan apa yang dia capai sepanjang sepuluh tahun ini. Emak dan abah hanya tahu yang dia bekerja di syarikat hartanah tetapi mereka tak langsung mengetahui tentang status pemilikan Alexander Properties, apatah lagi semua asetnya yang lain. Pada Alexander Zulkarnaeen, dia berterima kasih dengan layanan adik-beradiknya selama ini kerana segala tohmahan mereka dijadikan perangsang untuk mencapai kejayaan. Tiada dendam buat mereka, cuma ada sedikit rasa kecewa kerana hubungan darah daging mereka tidak pernah pulih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan