Jangan! Akalnya menjerit tapi pintu itu sudah tertutup rapat. Habislah kalau macam ni! Azam tersandar di kerusi yang tinggi tempat sandarnya. Terpusing‐pusing dia atas kerusi hidrolik itu. Sudahlah hampir pecah peluh berhadapan dengan si Wardah. Puas dia mengawal diri dan terpaksa bertegas dengan apa saja persoalan yang dibangkitkan Wardah. Sekarang, banyak hal lain pula yang merisaukannya.
Laju jari jemari Azam mendail nombor sambung di papan kekunci telefon di mejanya. “Dilla, just in case ada staf yang tanya tentang turnover syarikat, just keep it confidential ya.”
“Eh, kenapa Encik Azam? Tiba‐tiba saja berpesan?” Dilla, pegawai akaun syarikat terpinga-pinga.
Awal‐awal pagi pula tu.
“As I said, just in case…” Ulang Azam lagi. Dia meletakkan gagang selepas mengucapkan terima
kasih. Kemudian dia mendail lagi.
“Fahmi, saya nak semak fail kebajikan staf. Minta hantar ke meja saya hari ni. Dan pastikan yang terkini. Saya nak jumpa awak sejam dua sebelum balik.” Tegas Azam dengan nada serius.
“Baik, Encik Azam. Nanti saya ke bilik Encik Azam.” Suara Fahmi kedengaran gelisah di talian.
Mungkin dia terkejut dengan permintaanya yang tiba‐tiba. Atau mungkin ada yang tak kena. Elok juga sesekali terjah dengan mengejut. Mudah hendak dinilai prestasi kerja mereka, desis Azam di dalam hati. Dia tersandar sambil menggeleng‐gelengkan kepala.
Wardah! Dengan selamba, dia suruh orang lain buat kerja. Bukan Azam tidak tahu, sebentar lagi, Wardah mesti turun ke aras bawah untuk menyemak hal‐hal yang berkaitan dengan apa yang dia katakan di dalam bilik ini tadi. Gadis itu akan mencari kebenaran sesuatu fakta sampai ke lubang cacing. Itulah antara sebab kerjanya telus.
Sekarang, Tan Sri pula! Macam mana?
Apa pun, dia sudah menerima cek tersebut. Itu yang paling penting. Rimas Azam kalau hal itu menjadi isu di antara mereka. Tetapi entah bagaimana pula dia hendak berhelah tentang Tan Sri? Ahh… apa maksud Zakuan di sebalik tindakannya ini? Memeningkan kepala saja!
Memanglah dia sangat setuju dengan hadiah yang diberikan kepada Wardah. Gadis itu memerlukannya untuk masa depan. Tapi mengapa tidak berterus terang saja? Hmm… kalaiu berterus terang, lagilah Wardah menolak! Dia sudah cukup arif dengan pendirian gadis itu.
Walau apa pun selepas ini, Azam akan pastikan Zakuan menjauhi Wardah. Kalau tidak, entah apa lagi yang akan berlaku.
Telefon bimbitnya tiba‐tiba menjerit minta dijawab. Nama Zakuan tertera di skrin membuatkan Azam menghela nafas berat. Selepas beberapa detik, barulah telefon itu dijawab.
“Dia datang pejabat tak hari ni? Dia okey tak?” Terus saja Zakuan bertanya. Azam terkejut lalu
memandang telefon itu sekejap. Macam tidak percaya saja!
“Datang.” Cukuplah sepatah.
“Aku tanya, dia okey tak?” Amboi!
“Kalau datang, mestilah okey!” Tukas Azam, acuh tak acuh.
“Kau dah serahkan cek tu?”
“Dah.” Suara Zakuan menghela nafas lega kedengaran di hujung talian.
“Okay. Good. Thanks, Zam!”
“Dia nak jumpa Tan Sri.”
“What?” Haaa… tahu terkejut!
“Tapi untuk apa? Eh! Dia tak boleh jumpa atuk! Apa yang kau dah cakap, Azam?” Sepasang mata Azam berputar.
“Bukan aku yang cakaplah. Dia yang buat kesimpulan. Dah kita bagitau dia yang itu hadiah dari
syarikat. Dia tahulah siapa bos besar Kaustik. Tan Sri!”
“Aduh… kenapa dia tak ambik je cek tu dan pergi shopping diam‐diam?”
“Sebab dia bukan gadis yang kau sangka. Dia Wardah Sakinah!” Tempelak Azam. Puas hati!
“Dia… dia tak boleh jumpa Tan Sri! Banyak masalah timbul nanti! Macam mana nak buat ni, Zam? Lusa atuk datang KL. Minggu depan dia ada di head office. Buatnya dia pergi jumpa atuk, habislah aku!”
“Eloklah kau yang habis. Yang penting kau jangan libatkan aku lagi. Dah lah, aku banyak kerja ni. Kau fikirlah sendiri.”
Talian diputuskan. Hatinya ketawa jahat. Azam meletakkan telefon bimbit itu di meja. Dikerling
dengan senyum sinis. Sekarang bertemu buku dengan ruas! Namun hatinya tidak enak. Dia memang tak suka apa yang sedang dilakukan Zakuan. Tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menghalangnya.
Azam memusatkan perhatiannya kepada fail yang sedang terbuka di hadapannya. Beberapa isu sudah disiapkan untuk akhbar Kaustik minggu depan. Isu utama untuk mukasurat utama.
Mereka harus menyediakan sekurang‐kurangnya tiga isu yang paling hangat untuk diletakkan di muka depan akhbar itu. Tetapi jika ada isu berbangkit dalam masa ia belum dicetak, maka serta‐merta isu itulah yang menjadi pilihan. Itulah Kaustik. Yang terkini.
Telefon bimbitnya berdering sekali lagi. Melihat nama yang tertera membuatkan dahi Azam berkerut rapat. Mahu apa lagi?
“Ya?” Jawabnya sepatah.
“Aku nak kau tolong panggil kawan baik dia. Aku tak ingat nama dia. Kau minta dia rapat dengan perempuan tu. Aku nak tau semua perkara yang perempuan tu nak buat. Dia nak pergi mana, macam mana dia belanjakan duit tu, apa‐apa saja. Aku nak dia terus beritahu kita semua perkara. Kau fikirkanlah apa pun alasan yang sesuai. Yang penting, aku tahu ke mana dia nak pergi dan macam mana dia belanjakan duit tu nanti. Yang paling penting, kalau dia ada perancangan nak jumpa Tan Sri. Nanti aku bagi upahnya. Okey? Thanks, Zam. Bye!” Azam terdiam. Lama. Sampai dia terasa panasnya telefon bimbit itu di telapak tangan dan di telinganya.
Perlahan‐lahan dia meletakkan telefon bimbit itu dengan rasa tidak percaya. Aku juga yang kena! Nampaknya hal ini tidak berhenti di sini saja. Dan entah kenapa dia terseret dalam hal ini, dia pun tidak mengerti. Dia juga keliru. Arahan itu dari sahabat atau majikan, sebenarnya?
******
Benn hanya memandang riak lesu Wardah yang masuk ke kotak kerjanya. Gusar menjalar dalam hati. Hendak diterjah tentang kejadian malam kelmarin, bimbang pula kesihatannya terganggu. Tetapi hatinya kuat mengatakan yang Wardah sedang diganggu sesuatu. Jangan-jangan dia sebenarnya disampuk dek hantu pokok mangga! Ah… sudah!
“Wardah…” Sapa Benn dengan selunak yang boleh. Kedudukan kotak kerjanya yang bertentangan dengan Wardah memudahkan dia menjenguk gadis itu. Mujur penghadang antara kotak kerja di pejabat itu hanya paras pinggang. Jadi muka Wardah separas dada jelas lelihatan.
“Hmmm…,” sahut gadis itu tanpa mengangkat muka memandang wajahnya.
“Kau okey?” Tanya Benn, masih lembut. Chon yang baru tiba, meletakkan beg tangannya di dalam laci seraya duduk melepaskan penat memandu. Sekilas wajah Benn dipandang dengan sedikit gelengan kepala ke arah Wardah. Benn yang faham soalam dalam diam itu, menjungkit bahu tanda tidak tahu.
“Entahlah, Benn.” Wardah mengeluh. Dia yang sudah duduk tersandar, mendongakkan kepala dan memejamkan mata.
“Kau dah sarapan?” Lebih baik tukar topik. Lagi pun memang dia tidak sempat bersarapan pagi tadi. Solat Subuh pun dah Subuh gajah. Gara‐gara masih kepenatan sejak pulang dari Batu Hampar kelmarin.
“Belum.” Matanya masih terpejam.
“Jom…” Benn ceria mendengarkan. Waktu masih ada dalam dua puluh minit. Kalau bungkus bawa balik, sempat lagi. Nanti boleh makan di dapur pejabat saja.
“Aku tak ada selera la Benn…” Keluh Wardah seperti hendak menangis.
“Wardah, lebih baik makan dulu. Paksa diri tu sikit. Nanti sakit, susah. Muka pun dah pucat tu.”
“Haa! Kau dengar tu? Kalau kau tak nak dengar cakap aku, tak apa. Tapi kau jangan tak dengar cakap Chon. Dia mak andam, tau luar dalam kita ni!” Seru Benn bersungguh‐sungguh walaupun entah di mana logiknya. Apa dia peduli. Wardah tersengih. Dia mengangguk.
“Jom, cepat! Aku lapar ni!” Desak Benn yang sudah terpacak berdiri di sebelah kotak kerja Wardah.
Mahu tak mahu, Wardah membuka beg galasnya lalu mengeluarkan dompet. Belum sempat dia bangun, telefon di kotak kerja Benn berbunyi. Pantas gadis itu berlari menjawabnya. Seketika kemudian, dia datang semula ke tempat Wardah.
“Arda, kau tolong belikan, boleh? Encik Azam panggil akulah! Takkan dia nak tengok sketch untuk minggu ni?! Aku baru je masuk kerja…” Bebel Benn dengan muka cemberut kerana kelaparan.
“Hmm… okeylah. Apa kau nak?” Soal Wardah, mengalah.
“Apa saja yang kau makan… err… tapi makanan tau! Kalau kau turun makan angin je, mau gastrik aku nanti!” Pesan Benn sambil melangkah pergi. Wardah menjeling tajam. Sempat dia menyindir!
Benn bergegas ke bilik Encik Azam. Harap‐harap tak lama. Dia memang perlu makan. Tak boleh bekerja dengan perut yang berdendang begini.
Puan Zubaidah disapa dan dia segera mengangguk, tanda memberi izin untuk Benn masuk ke bilik majikannya. Sebaik saja pintu diketuk, terdengar suara Encik Azam meminta dia masuk.
“Letih lagi?” Soal Encik Azam sebaik saja menjawab salam dan ucapan selamat pagi dari Benn.
“Ha? Eh, dah okey dah, Encik Azam.”
“Baguslah. Jemput duduk,” pinta Encik Azam dengan suara yang agak aneh di pendengaran Benn. Diiringi dengan degup jantung yang bertukar rentak, Benn duduk juga mengadap.
“Ada perkara penting yang saya nak mintak tolong awak, Benn.” Encik Azam memberi muqaddimah yang aneh juga. Yalah, kalau fasal kerja, Encik Azam tak minta tolong. Dia arahkan sahaja.
“Berat saya nak cakap tapi demi keselamatan Wardah, saya terpaksa minta tolong pihak ketiga. Jadi awak saja harapan saya.” Benn telan liur. Wajah Wardah yang murung sebentar tadi menerjah fikirannya. Apa yang berlaku? Macam kes polis sahaja kedengarannya!
“Ada seorang dermawan hadiahkan Wardah sejumlah wang yang besar. Saya tak boleh dedahkan identiti dermawan tersebut. Cuma saya nak minta tolong Benn perhatikan dan beritahu saya setiap perkara dengan terperinci, apa sahaja yang berkaitan dengan duit tu. Maksud saya, apa Wardah buat, macam mana dia belanja duit tu, apa yang dia beli atau apaapa sajalah. Saya nakkan laporan dari awak setiap hari. Untuk itu, ada elaun kecil untuk awak. Saya tak percaya dengan orang lain selain dari awak untuk buat kerja ni. Boleh awak buat semua tu tanpa pengetahuan Wardah?” Wajah Encik Azam seperti sangat mengharap. Nada serba salahnya jelas kedengaran.
Muka Benn sudah macam‐macam riak. Susah dia hendak percaya dengan apa yang menerjah di pendengarannya. Lebih‐lebih lagi daripada Encik Azam yang selama ini serius dengan kerja sahaja. Dan dermawan! Itu yang tak boleh tahan. Kenapa tiba‐tiba ada dermawan yang sanggup berikan duit yang banyak pada Wardah? Wardah!
Eh, masin pulak mulut budak itu! Asyik berangan nak jadi kaya… tiba‐tiba dia betul‐betul jadi kaya! Perghh… menjadi sungguh angan‐angan dia. Tapi… kenapa muka macam orang kena sampuk hantu saja?
“Benn! Benn!” Suara Encik Azam menyergahnya membantutkan arus fikirnya. Buntang dia melihat muka Encik Azam yang berkerut di hadapannya.
“Saya tanya awak ni, boleh ke tak? Saya yakin awak jujur dan awak sayangkan Wardah. Sebab tu saya tanya awak. Apa yang awak fikirkan?” Soal Encik Azam bertalu‐talu.
“Err… mintak maaflah, Encik Azam. Saya tengah fikirlah ni. Dah macam nak jadi spy je bunyinya… kerja ni bahaya ni, Encik Azam. Saya tak ada insurans!” Benn sudah macam‐macam.
“Tak sampai macam tu lah. Boleh tak awak serius sikit? Saya cuma nak awak beritahu saya apa saja rancangan Wardah. Ke mana dia nak pergi dan apa yang dia nak buat. Penting. Err… maksud saya, saya nak tahu gerak‐geri Wardah untuk keselamatan dia. Kita tak mahu ada yang mengambil kesempatan atas kebaikan Wardah atau duit tu disalahgunakan. Ini amanah dari orang yang beri duit dan dah jadi tanggungjawab saya menunaikannya. Jadi, saya nak buat masa ni, awak selalu teman Wardah ke mana‐mana. Lagi pun memang kamu berdua rapat. Cuma jangan sampai Wardah tahu sebab dia tak suka nak terima duit tu. Kalau dia tahu, nanti terus dia nak pulangkan semula. Awak faham kan, macam mana dengan sikap Wardah.” Jelas Encik Azam dengan suara yang semakin tegas.
Benn menarik nafas dalam‐dalam sambil mengangguk berkali‐kali walaupun masih banyak persoalan yang berselirat dalam kepalanya. Encik Azam sudah tersandar semula ke kerusinya.
Selepas selesai berbincang dengan Encik Azam, Benn bergegas ke ruang dapur pejabat. Hah! Mujur gadis itu sudah siap menunggu dengan makanan yang dibungkus tersedia di atas meja di hadapannya. Tetapi yang dianya mengelamun entah ke mana. Tak ada rupa orang kaya langsung. Muka susah hati macam orang hilang suami, adalah!
“Eh! Sudah‐sudahlah berangan tu. Jom makan!” Benn cuba menarik perhatian Wardah. Gadis itu agak tersentak lalu dia cepat‐cepat menyerahkan bungkusan makanan yang dibelinya kepada Benn.
“Aku tak beranganlah! Aku tunggu engkau je. Apa hal Encik Azam cari engkau pagi‐pagi ni?”
Lemah saja suara Wardah. Namun soalannya menyentak Benn yang baru hendak menjamah mee goreng yang enak baunya itu.
“Haa? Err… tak ada apa. Dia cuma nak sketch untuk center page lebih awal dari biasa sebab… aaa… aku pun tak tau kenapa. Ahh, boleh tak jangan cakap pasal kerja, potong selera tau tak?”
Benn cuba menukar topik.
“Huh… selera kau boleh potong‐potong ke?”
“Aisyhh… buat‐buat tak faham pulak!” Benn panas hati.
“Laaa… dah memang tak faham!” Tukas Wardah selamba.
Akhirnya Encik Azam dilupakan dan mereka terus makan sambil bergurau senda. Namun Benn cukup perasan, Wardah minum beberapa kali berselang‐seli dengan makan seolah‐olah ada makanan yang asyik tersekat di kerongkongnya.
“Kau okey ke tak ni?” Soal Benn akhirnya. Kesian pun ada.
“Benn, teman aku jumpa Tan Sri…” Sepasang mata Benn terbeliak. Apa kes? Ohh…
“Err… Tan Sri? Tan Sri mana?
“Tan Sri Dato’ Ridhwan.”
“Ke‐kenapa? Err… macam mana?”
“Nanti aku bagitahu… Lepas ni aku nak jumpa Puan Zubaidah. Aku nak minta nombor telefon
pejabat Tan Sri…”
Benn hampir tercekik. Matanya terkelip‐kelip. Kena beritahu Encik Azam tak ni? Hatinya berdetik. Tugas aku sudah bermula!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan