Label

Ahad, 11 Disember 2016

NOVEL Kasih Yang Terindah Bab42

AMIR dan Maizura melangkah beriringan memasuki ruang dewan hotel yang telah dihias indah mengikut tema yang ditetapkan. Malam istimewa itu, Amir kelihatan segak dengan tuxedo hitam.

Maizura yang erat memeluk lengan suaminya kelihatan anggun dan menawan dengan evening dress labuh berwarna hitam yang dikenakan. Sehelai selendang putih diletakkan ke atas bahu belakang menutup lengan yang sedikit terdedah. Begitu terserlah keserasian pasangan tersebut.

Majlis yang gilang gemilang sempena meraikan ulang tahun penubuhan MZ Holding sudah
berlangsung lebih sejam yang lalu. Amir dan Maizura beriringan mendekati Dato’ Mokhtar yang sedang berbual‐bual dengan tetamu yang hadir di majlis itu.

“Papa,” tegur Amir.

Dato’ Mokhtar berpaling. Begitu juga dua orang lelaki korporat yang sedang berbual dengannya.

“Ha... Amir. Baru sampai. Kenapa lambat?” tanya Dato’ Mokhtar walaupun dia sudah tahu punca kelewatan anak dan menantunya itu.

“Sorry papa. Ada problem kat site tadi. Tapi semuanya dah settle,” beritahu Amiruddin. Dia
tersenyum pada dua lelaki di sisi papanya.



“Tak apalah. Janji dah sampai. Emm.. Zura, you look so gorgeous tonight.” Dato’ Mokhtar memuji menantunya yang begitu terserlah penampilan. Maizura hanya tersipu malu sambil mengucapkan terima kasih.

“Oh ya. Dato’, Tan Sri, kenalkan anak saya, Amiruddin. Insha‐ALLAH bakal mengambil alih MZ 
bila saya bersara nanti. Dan ini menantu saya, Maizura. She is the best architect at my company,” Dato’ Mokhtar memperkenalkan Amiruddin dan Maizura kepada dua rakan korporatnya.

“Amir, Zura. Kenalkan, ini Tan Sri Omar, owner Dermaga Shipping dan ini Dato’ Halim, owner
Bermuda Sdn. Bhd.”

“Hai, Tan Sri, Dato’. Nice to meet you,” Amir berbasa‐basi sambil bersalaman dengan kedua lelaki itu. Maizura turut bersalaman dengan dua orang rakan niaga bapa mertuanya.

“Me too. Oh ya, kalau tak silap Amir pernah study kat Kent, kan. On 2007? Maizura pun. Mungkin Amir dan Zura kenal dengan anak uncle. Dia pun study kat sana waktu tu,” kata Dato’ Halim selepas bersalaman dengan anak dan menantu Dato’ Mokhtar.

“Anak Dato’? Siapa namanya? Mungkin kami kenal,” balas Amir. Dia memandang Maizura di sisi.

“Really, Dato’? You mean, Zaidi?” celah Dato’ Mokhtar.

Amir dan Maizura tersentak mendengar nama itu disebut. Serta‐merta jemari Maizura yang erat dalam pegangan digenggam kuat oleh Amiruddin. Maizura tersentak dengan perubahan suaminya yang tiba‐tiba.

“Betul tu. Entah ke mana pula dia? Hah! Itu pun.”

Dato’ Halim menunding ke depan sebelum melambai. Amir dan Maizura membatukan diri. Tidak ikut berpaling seperti papa mereka dan Tan Sri Omar.

“Zaidi, come. Papa nak kenalkan dengan anak Dato’ Mokhtar. Papa rasa kamu mungkin dah kenal. Maybe,” Dato’ Halim menggapai. Zaidi menghampiri.

“Ya, papa.”

“Zaidi, do you know Dato’ Mokhtar’s son? Amiruddin?. Dia pernah study kat Kent dulu.” Dato’
Halim menarik anaknya.

Zaidi terkejut melihat pasangan itu. Lebih dia terkejut melihat Maizura. Dalam hati sempat memuji keanggunan wanita yang nyata sudah menjadi milik Amiruddin.

Amir bersikap bersahaja ketika diperkenalkan dengan Zaidi, pesaing terdekat ketika berada di
London dulu. Bersaing dalam mendapatkan Maizura. Ternyata Amir memenangi persaingan itu.

”Hey, Amir. Lama tak jumpa. Tak sangka kau ni anak Dato’ Mokhtar,” sapa Zaidi sambil
menghulurkan tangan untuk bersalaman. Hujung mata menjeling pada Maizura. Hati kembali merasa terusik.

“Me too. Aku pun tak sangka kau ni anak orang kaya. Dulu masa kat Kent kau nampak selekeh aje,” balas Amir sinis sambil menyambut huluran Zaidi.

“Well... yang kaya tu papa aku bukannya aku. Err... Zura, nice to meet you again,” Zaidi
menghulurkan tangan pada Maizura.

Teragak‐agak Maizura menyambut. Kalau tidak kerana mereka sedang diperhatikan, memang dia tidak akan menyambut huluran Zaidi. Lebih‐lebih lagi menyedari jelingan Amir.

“Err... me too,” balas Maizura pendek.

Dia kembali memeluk lengan Amir. Erat. Seolah‐olah ingin menunjukkan pada Zaidi bahawa dia sudah menjadi milik Amiruddin.

“Emm... dah lama kita tak jumpa, ya. Bila kawin? Kenapa tak jemput aku?” tanya Zaidi.

“Dah dua tahun. Err... excuse me, Zaidi, papa, Dato’, Tan Sri. Kami minta diri dulu. Nak jumpa
kawan‐kawan kat sana sekejap. Maaf ya. Err... nice to know all of you.”

Amir cepat‐cepat meminta diri. Dia mahu lari dari Zaidi juga soalan yang akan diajukan. Lebih-lebih
lagi setelah dia menyedari Zaidi asyik menjeling pada isterinya di sisi.

Ketiga‐tiga lelaki itu hanya mengangguk dan kembali berbual‐bual. Zaidi hanya memandang
kepergian temannya itu dengan senyum sinis. Amiruddin membawa Maizura jauh dari situ. Lebih tepat lagi, jauh dari Zaidi.

Satu rasa yang mula terbit di hati seakan membakar perasaan yang pada mulanya dingin. Amir tidak suka cara Zaidi memandang isterinya. Amir cemburu. Ya! Dia memang cemburu walau pada hakikat Maizura sudah menjadi miliknya.

Zaidi tetap tersenyum sinis dengan tingkah Amiruddin. Dia tahu Amir mahu dia berada jauh dari Maizura. Amir cemburu? Hem...

Amir membawa Maizura menyertai beberapa kakitangan MZ yang sedang makan sambil berbual‐bual. Mereka tidak henti memuji keserasian gandingan Amiruddin bersama isterinya. Tambahan pula, dalam majlis tersebut keserasian gandingan Amir dan Maizura lebih terserlah.

“Zura nak makan? Abang ambilkan,” Amir berbisik di telinga Maizura. Isterinya itu hanya
memanggguk.

“Excuse me. Berbual‐buallah ya. Makanan banyak lagi. Jangan segan‐segan nak tambah,” ujar Amir berbasa basi sebelum menuju ke meja buffet.

Zaidi bersandar di kerusi. Topik yang dibualkan teman‐teman langsung tidak singgah di pendengaran. Pandangan mata hanya tertumpu pada Maizura yang sedang menjamu selera bersama Amiruddin.

Hati Zaidi tiba‐tiba bergetak ingin mendekati Maizura. Sekadar berbual‐bual bertanya khabar. Sudah begitu lama mereka tidak bertemu sedangkan hati masih merindu. Malah Zaidi tidak segan untuk mengaku yang dia masih menyintai Maizura.

Majlis sampai pada pengujungnya setelah Dato’ Mokhtar selesai membuat ucapan penutup. Tetamu‐tetamu yang hadir mula beransur pulang. Dato’ Mokhtar, Amiruddin dan Maizura mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada tetamu yang hadir.

“Amir, tolong wakilkan papa jumpa Manager hotel serahkan cek ini. Balance bayaran seperti yang dijanjikan. Ucapkan terima kasih kerana berjaya memenuhi kehendak kita,” arah Dato’ Mokhtar. Amir hanya mengangguk sambil mengambil sekeping cek yang dihulurkan papanya.

“Zura tunggu abang kat sini, ya. Jangan pergi mana‐mana,” Amir berbisik di telinga Maizura.

Maizura hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia masih berdiri di sisi ayah mertuanya. Bersama mengucapkan penghargaan kepada tetamu‐tetamu yang ingin pulang. Dua puluh minit berlalu, Amir kembali ke dewan. Langkah kakinya tiba‐tiba terhenti. Pandangan tajam memandang Maizura yang sedang bercakap dengan Zaidi manakala papanya sedang berbual‐bual dengan Dato’ Halim dan Datin Normah. Ruang dewan sudah pun kosong menandakan Dato’ Halim sekeluarga merupakan tetamu terakhir yang akan pulang.

“Ehem...” Amir berdehem agak kuat menghampiri pasangan itu.

Maizura tersentak. Melihat kemunculan Amiruddin, dia terus tersenyum lebar. Terus didekati
suaminya lantas memeluk lengan Amir.

Maizura sebenarnya tidak senang setelah dihampiri Zaidi. Tapi mahu atau tidak dia terpaksa melayan lelaki itu. Maizura tidak mahu sikapnya disalah erti oleh bapa mertuanya juga Dato’ Halim suami isteri. Saat itu dia merasa lega kerana Amir sudah muncul.

“Amir, sorrylah. Aku berbual‐bual dengan isteri kau sekejap. Okeylah. Aku pergi dulu. Harap kita boleh bertemu lagi. Nice to meet both of you again,” ujar Zaidi memohon diri. Sempat dijeling pada Maizura yang hanya tersenyum nipis.

Dato’ Mokhtar dan Amiruddin pulang dengan kereta berasingan. Amir yang sedang memandu
berlagak tenang. Maizura di sisi hanya membisu, mengikut rentak suaminya. Maizura tahu Amir dikuasai rasa cemburu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan