Puan Sri Idayu mengerutkan dahinya sebaik sepasang kaki melangkah menuruni anak tangga.
Dari arah dapur, bunyi sudip berlaga dengan kuali berlentum‐lentam, membingitkan telinga.
Bau tumisan bawang putih, bawang merah serta cabai giling menggigit hidungnya, menyebabkan dia terbersin beberapa kali.
Hidung yang sudah berair disapu‐sapu. Mata yang sedikit pedih turut diusap perlahan. Di dalam hati timbul soalan‐soalan penuh kepelikan. Siapa yang memasak? Aira ke? Tan Sri ke?
Rumah besar ini hanya didiami oleh mereka bertiga sahaja, apakah mungkin ada orang lain
pula yang memecah masuk? Logikkah perompak berasa terlalu lapar lalu memasak?
Yang pasti, tentulah bukan suaminya yang berada di dapur itu. Tadi, semasa dia meninggalkan
lelaki itu, Tan Sri sedang mengaji Quran. Bilakah pula masanya dia turun ke bawah?
Aira? Ya, tentu Aira! Tapi, sudah lama anak daranya itu tidak membantunya di dapur, konon
sibuk mengulangkaji pelajaran. Mimpi apa pula budak itu malam tadi?
Hai, macam‐macam kejutan yang sudah Aira berikan kepada mereka suami isteri sejak kebelakangan ini.
Minggu lepas, sehari suntuk mereka berdua beranak berbelanja di Pavilion. Bukan main si Aira
hendak membeli baju kurung yang murah‐murah. Namun, di tempat seperti itu masakan dapat
dicari. Sudahnya, dekat RM1000 juga wang habis dibelanjakan buat membeli 7 pasang baju
kurung untuk anak gadis tunggalnya itu! Melihat keceriaan yang terukir di wajah si anak, kepuasan mewarnai hatinya. Apalah sangat wang jika hendak dibandingkan dengan kebahagiaan Aira Syuhada?
“Aduii!”
Bunyi jeritan yang nyaring membantutkan lamunan Puan Sri. Segera dia berlari ke dapur. Terkejut dia melihat puterinya sedang terkial‐kial membalik‐balikkan bihun di dalam kuali.
Demi melihat kelibat ibunya, Aira Syuhada mengukir senyum. Rasa hilang sakit di jari telunjuk
yang tadi terkena kuali yang panas.
“Aira goreng bihun, mak. Alah, bihun ni kan mak dah rendam, jadi Aira terus gorenglah!”
penjelasan diberi tanpa diminta.
“Kenapa kamu menjerit tadi?” Puan Sri ingin tahu, sambil menjenguk ke dalam kuali. Dahinya
berkerut. Ada sesuatu yang tidak kena di matanya.
“Tak ada apa‐apalah, mak!” balas Aira sambil memerhati wajah ibunya. Dia tahu, Chef Idayu
sedang membuat penilaian terhadap masakannya.
Si ibu segera mengambil alih tugas menggoreng. Sambil tangan ligat di kuali, semakin melebar
senyuman yang terukir di bibir. Lama kelamaan senyuman menjadi sengihan pula.
“Kenapa mak gelak tu?” tanya Aira bila dilihat emaknya cuba menoleh ke arah lain dalam tawa
yang ditahan.
“Tak ada apalah, sayang.”
“Ada! Aira tahu! Mak gelakkan Aira.” Bentak Aira dalam nada anak manja yang sedang merengek.
Saat itu, Tan Sri Fahmi memasuki dapur. Sambil membuka peti ais untuk mengambil jus oren
yang sememangnya sudah disediakan oleh isterinya semalam, wajah kelat anak daranya dipandang. Dia menggeleng‐gelengkan kepala melihat gelagat Aira Syuhada yang sedang merajuk dengan isterinya.
“Tu, kenapa monyok muka anak dara awak tu, Ayu?” Soalnya sambil berjalan mendekati
isterinya.
Puan Sri segera memadamkan api dapur. Sebaik suami sudah berdiri di sisi, tubuh yang masih
tegap itu dipaut. Tan Sri terus sahaja memeluk pinggang isterinya, mematuhi isyarat yang diberi supaya dia menundukkan muka. Puan Sri Idayu kemudian membisikkan sesuatu di telinga suaminya. Dan, tidak lama kemudian, derai tawa mereka suami isteri mengisi ruang dapur.
“Mak! Ayah! Kenapa bisik‐bisik, gelakkan Aira tu? Apa yang Aira dah buat? Cakaplah!”
Aira merasa ingin menangis melihat telatah kedua‐dua orang tuanya. Dia menghentak-hentakkan
sepasang kaki kerana geram diketawakan oleh ibu dan ayah. Bibir dijuihkan tanda geram. Ingin sahaja dia melangkah keluar dan melancarkan mogok lapar terhadap mereka.
Belum sempat hendak menjalankan misi rajuknya, si ayah bertanya, “Betul kamu nak tahu
kenapa ayah dengan mak gelakkan kamu?”
Aira mengangguk laju.
“Tadi, mak puji kamu. Dia kata, kamu dah boleh kahwin dah!”
Dahi Aira berkerut‐kerut.
Tan Sri tersengih nakal.
“Tapi, Aira, kamu kena cari suami yang ‘vegetarian’ lah! Sebab dalam bihun ni, mak kamu tak
jumpa seekor udang pun. Ayam, daging yang dia dah sediakan dan simpan kat dalam peti ais
tu pun tak ada kamu campurkan kat dalam bihun ni!” Tan Sri Fahmi memberitahu dalam tawa
yang masih tidak mahu berhenti.
“Apa, yah?”
Aira segera berdiri di sisi ibunya semula lalu mengambil sudip untuk mengalih‐alihkan bihun
yang sudah siap dimasak. Dia merasa terkilan bila mendapati sememangnya tidak terdapat sebarang makanan laut di dalam gorengan bihun itu. Ya Allah, bagaimanakah dia boleh melakukannya? Sungguh ganjil! Perkara mudah sebegitupun telah diabaikannya? Memang lalai sungguh dirinya!
“Dah, tak payah nak garu‐garu kulit kepala tu. Pergi ambil bekas! Boleh kita makan.”
“Tapi, mak? Bihun ni tentu tak sedap. Malulah Aira nak bagi ayah makan!” kata Aira dengan
pipi yang sudah merona kemerahan. Malu, beb! Nasib baik ayah sendiri! Kalau ayah mentua?
Kantoilah jawabnya!
“Nak malu apanya? Okeylah ni! Sedap! Sesekali, apa salahnya kalau kita tak makan daging,
ayam atau udang? Boleh jugak mengelakkan penyakit gout. Kamu tahu tak, Aira? Gout ni
berpunca daripada sikap suka memakan makanan laut secara berlebihan. Biasalah, kita, orang
Melayu, kan? Udang, kerang, sotong, semuanya pantang jumpa, mesti nak makan jugak‐jugak!
Lepas tu mulalah sakit sendi. Habis, bukan nak pergi jumpa doktor, periksa kesihatan. Tahan,
konon! Tahu‐tahu, berjalanpun dah tak boleh..., sakit! Hah, masa tu, bila doktor cakap, jangan
makan ‘seafood’ , wah cepat aje angguknya. Maklum, takut mati! Tapi, masa makan tak ingat
dunia?”
Aira dan ayahnya berbalas renungan. Renungan penuh makna. Tan Sri kemudian mengenyitkan mata, membuat Aira tergelak kecil. Masing‐masing sudah faham benar dengan sikap Puan Sri Idayu. Pantang ada isu, pasti meleret‐leretlah penjelasannya. Maklumlah, seorang doktor! Mana boleh lepas daripada memberikan tip‐tip penting dan berguna berkaitan kesihatan?
“Hah, tak payah kamu nak jeling‐jeling kat mak ni. Cepat kaut bihun tu bubuh dalam bekas.
Mak nak bancuh air ni. Boleh kita makan sama‐sama.” Perintah si ibu, sengaja berbuat tidak
peduli terhadap perbuatan anak dan suami.
Walau kurang umph, namun air tangan anak tunggal mereka tetap dihargai. Laju sahaja Tan Sri
dan isterinya menyuap bihun ‘vegetarian’ itu ke dalam mulut. Tidak langsung merungut
walaupun si anak sendiri kehilangan selera untuk makan bihun yang tidak menjadi. Sambil
makan mereka berbual‐bual tentang aktiviti hidup masing‐masing dalam kehidupan seharihari
yang sudah dijalani.
“Hari ni, pukul berapa Adham datang, Aira?” tanya Tan Sri Fahmi kepada Aira Syuhada.
Aira cuba membuat muka selamba walau sebaik ayahnya menyebut nama itu, hatinya bergetar.
“Pukul 9, ayah.” Dia memberitahu. Hmm, tidak sabar rasanya menunggu jam berdenting 9 kali.
Tidak sabar rasanya untuk menatap seraut wajah itu. Sudah seminggu tidak bertemu. Rindu....
“Minggu ni, tuisyen terakhir, kan, Aira?” si ibu pula bertanya.
“Iya ke? Alah, takkan kut?” bantah Aira tanpa disedari. Wajah sudah berubah mendung, tidak
ceria lagi.
Tan Sri ketawa. “Aik, macam tak seronok aje? Kenapa? Kamu nak sambung lagi ke? Tapi, ayah
rasa macam tak perlu aje. Keputusan periksa kamu pun dah semakin baik.” Tuturnya sengaja ingin mendengar apa bantahan Aira.
“Memanglah keputusan peperiksaan dan ujian semua dah meningkat, ayah, tapi takutlah nanti
Aira lupa pulak. Macam mana?”
‘Hisy, macam mana nak cakap, ya? Periksa sebulan aje lagi. Takkan ayah nak berhentikan dia.
Mana boleh? Rindulah aku nanti kalau tak jumpa dia.... eeii, gatalnya anak dara Fahmi dengan
Idayu ni?’
“Dah tersenyum sorang‐sorang pulak! Angau ke apa kamu ni, Aira?” usikan Puan Sri menyentuh telinga.
Aira segera menidakkan!
“Isy, mak ni...mana ada?” pura‐pura marah pula. Yalah, malu kalau emak dan ayah tahu tentang
isi hatinya. Dulu, pantang sebut nama Adham Faiz di hadapannya, pasti dia melenting. Kenapa
pula sekarang begini haru biru perasaan? Kenapa sejak semalam, tidak lena tidurnya? Kenapa
dia ingin agar siang segera datang? Kenapa ingin benar bertemu dengan lelaki itu?
“Semalam, Adham beritahu ayah yang dia rasa kamu dah bersedia dah untuk menghadapi
peperiksaan. Dia cakap, dia yakin dengan kamu. Insya‐Allah, kalau kamu terus berusaha, kamu
boleh lulus dengan cemerlang, katanya.” Tan Sri memberitahu.
Semalam, dalam perjalanan balik dari Putrajaya, kereta mengalami sedikit masalah. Dia
menyuruh Pak Saad membawa kereta itu ke bengkel Uncle Tony. Kebetulan, Adham ada, jadi
Adham telah melihat apa kerosakan yang berlaku. Mujur bukan masalah besar, hanya minyak
gear yang sudah sedikit berkurang. Waktu memperbaiki kereta itulah digunakannya untuk
bertanyakan pendapat pemuda itu tentang kemajuan Aira di dalam pelajarannya.
“Maksud ayah, dia dah tak mahu ajar Aira lagi?” Aira bertanya dengan wajah sedih. Apakah
Adham sudah tidak mahu mengajarnya lagi? Tapi, kenapa? Rasanya, dia sudah tidak lagi
menyakitkan hati lelaki itu. Dia sudah boleh bertoleransi. Mengapa pula harus berhenti?
“Dia kata, dalam masa sebulan ni, tak payahlah nak buat kamu tension. Tu yang dia nak
berhenti tu. Ayah setuju dengan pendapat Adham. Kamu dah boleh relaks sikit, tak perlu nak
stress dengan tuisyen dan pelajaran.”
Aira jelas tidak berpuas hati.
“Dia tu kan, ayah, memang sengaja nak menaikkan darah Aira. Aira dah cakap pada dia, ada
beberapa sub topik Kimia yang Aira masih tak berapa nak faham. Pandai‐pandai dia aje buat
keputusan nak berhenti. Macamlah ayah tak bayar gaji dia?” Marahnya.
“Kamu ni...cepat aje nak melenting! Belajarlah bersabar sikit, Aira. Macam nilah! Nanti, bila dia
datang, cakap dengan dia yang kamu masih mahu dia jadi cikgu kamu. Usah marah‐marah,
tahu! Cakap baik‐baik dengan dia!” tegur Puan Sri Idayu, lembut.
Bagaimanapun, Aira tetap tidak berjaya membataskan rasa marah dan cemburu apabila 25 minit kemudian, Adham tiba seiringan, berdua‐duaan, dengan Noli Diyana. Sakit sungguh rasa hati melihat Adham membuat lawak sehingga Noli ketawa besar dibuatnya. Cemburu sungguh melihat kemesraan itu!
“Korang datang berdua ke? Naik motor dia sama‐sama?” tanya Aira sambil menarik Noli masuk ke dalam bilik bacaan meninggalkan Adham melayani pertanyaan‐pertanyaan daripada ayah dan ibunya.
“Hmm, best kan kalau dapat naik motor duduk belakang dia? Dapat peluk badan dia yang tegap tu.” Noli berkata dengan riang.
‘Ni, ada jugaklah yang nak kena flying kick aku nih kang..!’ Aira mendengus kasar.
Noli menunjal dahi sahabat baiknya. “Weh, kau ingat Adham tu mahu ke tumpangkan aku bonceng motor dia? Macamlah kau tak kenal abang mekanik kau tu? Tapi, kan, Aira, kalau tadi dia jumpa kau kat jalan tu, aku rasa mesti dia ajak kau naik sekali dengan dia.”
Aira Syuhada menjongketkan kening. Syok sendirilah pulak bila Noli cuba membeli hatinya.
“Malangnya basikal dia tak ada tempat duduk di belakang. Kat mana dia nak letak kau?” Noli
ketawa setelah dapat mengenakan Aira. Suka benar dia dapat melihat wajah yang sudah merona merah.
“Kau memang nak kena dengan aku ni!” Aira mencubit lengan Noli sehingga gadis itu menjerit
kesakitan. Jeritan yang menyebabkan Adham memandang ke arah bilik bacaan. Memikirkan
gadis‐gadis itu sedang menunggunya untuk memulakan kelas, dia lantas meminta izin untuk
ke sana.
Selama sejam, mereka begitu asyik belajar. Seperti biasa, Adham lebih mudah melayan kerenah Noli. Sering sahaja dia tersenyum kepada gadis itu malah turut ketawa bila Noli berjenaka.
Terseksa sungguh perasaan bila Adham tidak langsung mempedulikan dirinya. Usahkan hendak bercakap, menoleh ke arah dia pun tidak! Apa lagi untuk memuji dirinya yang kelihatan lebih ayu dan lebih santun daripada kebiasaan, hari ini. Begitu bersusah‐payah dia bersiap, berdandan dan memilih baju kurung untuk dipakai namun rupa‐rupanya Adham Faiz tidak langsung menyedarinya. Sedih! Sedih! Sedih!
‘Tak boleh jadi nih! Tepilah, Noli! Kau jangan nak potong jalan, okey! Aku marah nanti!’
“Kenapa dengan awak, Aira? Sakit tekak ke?” tanya Adham. Dari tadi, dilihatnya Aira bagaikan
tiada mood untuk mengulangkaji. Dari tadi, dilihatnya Aira termenung sana, termenung sini.
Dari tadi, dilihatnya wajah Aira mendung dan sedih. Risau pula rasa di dalam hati. Gadis yang
selalu banyak cakap, tiba‐tiba menjadi pendiam, uisy, mesti ada kes ni!
“Bukan sakit tekaklah, cikgu. Sakit hati!” Noli mencebik memandang wajah Aira, geram.
Lengannya masih sengal akibat cubitan Aira tadi.
“Dah sakit hati pulak? Dengan siapa?” tanya Adham sambil mata melirik tajam. Inilah yang
membuat dia tidak selesa dengan Aira Syuhada. Asyik hendak marah sahaja! Suka sangat naik
angin! Senang benar hendak mengamuk! Tidak tahu bersabar langsung! Desis hatinya.
“Saya sakit hati dengan awaklah, abang mekanik!” balas Aira disertakan jelingan sekali.
“Pulak? Apa salah saya kali ni?” tanya Adham. Seingatnya, dia sudah berusaha untuk menjaga
mulut dan perbuatan. Sudah memastikan diri bersabar dengan sikap kasar Aira selama ini.
Sudah dapat mengawal diri daripada membalas herdikan dan kata‐kata yang sinis. Jadi,
kenapa pula Aira sakit hati kepadanya?
“Kenapa awak tak bincang dengan saya dulu sebelum buat keputusan nak berhenti mengajar
saya?”
“Perlu ke saya tanya awak? Bukan selama ni, Tan Sri ke yang bayar gaji saya?” bidas Adham.
Sungguh! Dia geram bila keputusannya dipertikai.
“Tapi, saya ni anak murid awak, tahu! Patutnya, awak tanyalah saya dulu, beritahu saya! Banyak
lagi yang saya tak faham, awak tahu tak? Kalau bukan awak, siapa nak bantu saya nanti?”
marah Aira.
Noli sengaja menyampuk, “Ya ke? Jangan percaya cakap dia, cikgu. Pelajaran dia dah okey dah!
Saya rasa Aira mesti ada sebab lain. Atau... dia dah tak boleh berenggang dengan cikgu kut?
Entah‐entah Aira dah jatuh cinta pada cikgu, tak?”
“Noli!”
Noli sempat mengangkat beg, menjerit, “Cikgu, saya chao dulu, ya!” sebelum mencicit lari
kerana dikejar oleh Aira yang malu akibat diusik olehnya tadi.
Adham Faiz merasa ada sesuatu sedang berdenyut di dalam hati. Suatu perasaan aneh sedang
menjalar di dalam diri. Cemas dirasakan!
Tidak! Dia tidak mahu perasaan ini hadir kembali. Dia sudah membuang rasa ini jauh‐jauh!
Sudah berjanji untuk tidak merasainya. Tidak kali kedua, ketiga, tidak juga selamanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan