BILIK 606, Genting First World Resort Hotel. Cuaca malam itu semakin dingin. Sarah Aqilah
berdiri di beranda bilik penginapannya sambil menghadap ke langit yang terbentang luas. Dia
sedang menjawab panggilan telefon bimbitnya. Dia nampak curiga dan sesekali memandang
ke arah sekitarnya.
“Kenapa abang telefon? Nasib baik Datuk dah turun pergi lobby!” rungut Sarah Aqilah kepada
Rezal Haiqal. “Abang tak percayakan Qilah ke?”
“Kau tu isteri aku…..jangan lebih‐lebih pulak!” satu suara di hujung talian bagaikan satu amaran
buat Sarah Aqilah.
“Cemburu ke?” soal Sarah Aqilah kembali.
“Mestilah……tak ada orang lelaki dalam dunia yang mahu isterinya dipeluk oleh lelaki lain.
Ingat pesan abang tu!”
Nampak segaris senyuman di bibir Sarah Aqilah. Rezal Haiqal mula menanam benih‐benih
curiga dan cemburu kepadanya. Sudah tiga hari dia mengikuti Datuk Zulkifli bermesyuarat di
puncak Genting Highland. Sebagai pembantu peribadi, Sarah Aqilah terpaksa menurut sahaja
apa kata majikannya itu. Bagi Rezal Haiqal, dia juga takut akan kehilangan perempuan itu.
Walaupun percaya namun tetap ada sedikit rasa curiga dan cemburu di dalam dadanya.
“Ini pun idea abang jugak kan? Abang ni kenapa?”
“Memanglah idea abang tapi hati abang selalu tak tenteram,”
“Abang kena percayakan Qilah. Permainan kita ni dah semakin jauh. Qilah perlu sedikit masa
lagi untuk yakinkan orang tua ni. Lepas kita dapat apa yang kita mahu, Qilah akan cari jalan
untuk tinggalkannya,”
“Okeylah…..Qilah jaga diri baik‐baik. Ingat pesan abang tu!” sekali lagi Rezal Haiqal
mengingatkan isterinya, Sarah Aqilah.
“Okey……Qilah masih tak lupa lagi pesan abang tu! Nanti apa‐apa hal Qilah call abang. Jangan
pulak abang call Qilah…bahaya!” Sarah Aqilah juga mengingatkan suaminya.
“Hmm….ada mesej masuk dari orang tua tu…..okey bye,”
“Bye sayang…,” kedengaran suara Rezal Haiqal di hujung talian.
Sarah Aqilah mencebik mulutnya apabila kata sayang mengakhiri perbualannya itu. Dia mesti
segera membalas mesej daripada Datuk Zulkifli. Dia sedang berfikir‐fikir apa alasan yang mahu
diberikan. Kalau tidak tentu Datuk Zulkifli akan bising dan marah‐marah. Itulah salah satu
perangainya Sarah Aqilah tidak suka. Semuanya mahu cepat, kalau tindakan lambat diambil
mulalah dia akan membebel. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Sarah Aqilah di kafe
hotel itu.
“Maaflah Datuk.….tadi Qilah dalam bilik air, tak perasan ada mesej masuk,” Sarah Aqilah
memberikan alasan untuk melepaskan dirinya.
“I memang tak suka kalau orang tak hormat pada masa!” bentak Datuk Zulkifli lagi.
Sarah Aqilah diam mencuka. Dia seakan‐akan mahu merajuk. Terasa juga di hatinya apabila
ditegur sebegitu oleh Datuk Zulkifli. Geram juga rasa hatinya apabila dikatakan tidak pandai
menghormati masa. Bukan dia tidak tahu dengan cara bekerja Datuk Zulkifli tetapi kebetulan
panggilan daripada Rezal Haiqal melambatkan tindakannya tadi.
“Jangan nak merajuk pulak. Depan rezeki ni….dah lapar perut I tahu,” sela Datuk Zulkifli seakan
mahu memujuk Sarah Aqilah.
“Ma…maafkan Qilah…..bukan niat….atau sengaja nak lewat…,” agak tergagap‐gagap Sarah
Aqilah mengatur bicaranya.
“Ermm….sudahlah….marilah makan dulu. I pun nak minta maaf okey!” ajak Datuk Zulkifli dan
termakan dengan lakonan Sarah Aqilah yang sememangnya menjadi.
Sarah Aqilah terpaksa berlakon supaya ada perasaan simpati Datuk Zulkifli kepadanya. Misinya
terhadap Datuk Zulkifli hanyalah untuk mengikis hartanya dan mendapat duit sebanyak
RM100,000 bagi melunaskan hutang suaminya kepada pihak Along. Suaminya ada masalah
kewangan yang sangat meruncing, apartmen kondo yang mereka miliki ada masalah pula
dengan pihak bank. Gara‐gara ingin cepat kaya, suaminya sanggup menyandarkan rumahnya
itu kepada pihak bank kerana yakin dengan pulangan yang cepat hasil dari pelaburan
internetnya. Akibat termakan pujukan teman yang baru dikenali di laman sosial internet
akhirnya Rezal Haiqal mula menanggung akibatnya.
Hidupnya bagaikan pelarian. Dia sentiasa dalam ketakutan kerana sering diburu oleh kuncukuncu
Along. Sudah hampir enam bualan ini dia terpaksa menyembunyikan diri. Pihak Along
yang memberikan pinjamannya mula mencarinya gagal melunaskan hutang pinjamannya
mengikut kadar dan masa yang telah ditetapkan. Pinjaman yang asalnya hanyalah RM20,000.00 akhirnya meningkat kepada RM100,000.00 akibat kenaikan peratusan bunganya.
Dia tidak pilihan lain dan terpaksa menyamar dan memikirkan cara untuk mendapatkan wang
sebanyak itu. Kebetulan isterinya, Sarah Aqilah merupakan setiausaha peribadi di syarikat
pembinaan milik Datuk Zulkifli maka lahirlah idea gila tersebut. Isterinya pernah memberitahunya bahawa Datuk Zulkifli seorang ahli perniagaan yang berjaya dan banyak simpanan wang di dalam bank.
“Qilah kena tolong abang. Dah tak ada cara lain lagi. Hanya Qilah yang abang harapkan
sekarang. Tolonglah Qilah!”
“Macam mana?” persoalan itu mati di situ.
Akhirnya setelah Rezal Haiqal menceritakan perancangan jahatnya terhadap Datuk Zulkifli,
maka barulah Sarah Aqilah memahaminya. Ideanya mula diterima oleh Sarah Aqilah.
“Abang tak kisah?”
“Dah tak ada pilihan lain….abang sanggup walaupun berat hati,”
“Betul ni? Memang abang tak kesah?”
“Abang terpaksa percayakan Qilah,”
“Terpaksa? Apa maksud abang?”
“Err … tak adalah. Qilah jangan bimbang, abang tetap percayakan Qilah,”
“Qilah janji … hanya abang untuk Qilah.”
Ada sedikit kelegaan di hati Rezal Haiqal dengan jaminan Sarah Aqilah itu. Bimbang juga
hatinya kalau isterinya itu berubah hati dan mula menyukai lelaki tua yang kaya raya itu. Apa-apapun
dia kena yakin dengan perempuan itu. Susah dan senang biarlah bersama ke akhirnya.
Itulah janji mereka sejak sama‐sama mengukir janji sehidup semati dahulu. Apa yang indah
akan dikongsi bersama.
“Qilah ingat lagi tak janji kita?”
“Yang indah tetap manis di lipatan kenangan abang.”
“Alhamdulillah … sayang jugak Qilah pada abang!”
“Dah … jangan nak perasan!”
Bermula dari saat itulah rancangan jahat Sarah Aqilah bermula. Dia mencari jalan bagaimana
mahu menggoda Datuk Zulkifli. Jawatannya sebagai setiausaha sulit kepada Datuk Zulkifli cukup membantu rancangan jahatnya itu. Dari sehari ke sehari Sarah Aqilah memainkan peranannya. Akhirnya suatu hari, Datuk Zulkifli masuk juga ke dalam perangkap Sarah Aqilah.
Penampilan Sarah Aqilah yang agak moden itu, membuatkan Datuk Zulkifli tertarik kepada
perempuan gedik itu. Manakala Datuk Zulkifli juga tidak tahu bahawa Sarah Aqilah sudah
berkahwin.
Datuk Zulkifli memang tidak dapat menepis godaan demi godaan Sarah Aqilah kepadanya. Bermula dengan berbalas sistem khidmat pesanan ringkas atau sms, berlanjutan dengan talian telefon. Akhirnya Sarah Aqilah lebih berani berjumpa di luar terutama semasa Datuk Zulkifli berada di luar kawasan kerana tugas. Kelalaian Datuk Zulkifli meninggalkan telefon bimbitnya di rumah menyebabkan rahsianya terbongkar. Akibatnya rumah tangganya menjadi hancur, isterinya pulang semula ke London dan anaknya bertukar menjadi liar dan kurang ajar.
Sarah Aqilah bertindak licik. Datuk Zulkifli akhirnya jatuh ke dalam tangannya. Godaan Sarah
Aqilah mencairkan hati lelaki yang berusia lebih separuh abad itu. Hidup Sarah Aqilah juga
berubah apabila Datuk Zulkifli mula meluahkan perasaannya kepada Sarah Aqilah. Dia mula
jatuh hati dengan perempuan itu. Sarah Aqilah turut berdebar dengan pengakuan Datuk Zulkifli terhadapnya. Dia mesti lebih berhati‐hati. Umpama menarik rambut dari dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Misi utamanya ialah mendapatkan RM100,000.00 dari orang tua itu bukan menjadi suri kepadanya.
“Sabarlah Datuk….Qilah belum bersedia lagi nak kahwin…….,” ujar Sarah Aqilah cuba mengelak
hasrat Datuk Zulkifli mahu mengahwininya.
“I serius Qilah….I bukan main‐main….I benar‐benar ikhlas nak ambil Qilah jadi suri dalam hidup
I….,” pujuk Datuk Zulkifli lagi.
“Err…nanti‐nantilah Datuk…..perkara kahwin ni bukan boleh buat main‐main…..banyak benda
yang Qilah kena fikirkan…,” Sarah Aqilah cuba berdalih.
Alasan demi alasan terpaksa dicari oleh Sarah Aqilah. Kemahuan Datuk Zulkifli untuk
memperisterikannya bagaikan tidak boleh dibendung lagi. Bagi Sarah Aqilah, bukan semudah
itu dia perlu memberikan jawapan bersetuju. Bukan dia tidak sudi tetapi memang dia terpaksa
mengelak untuk merealisaikan hasrat Datuk Zulkifli itu. Mindanya sentiasa ligat memikirkan
alasan‐alasan terbaik menolak keinginan lelaki tua itu.
“Apa kata anak Datuk nanti? Mesti dia membantah keras hasrat Datuk ini…,” sambungnya lagi.
“Ohh….pasal Manissa biar I yang uruskan. Itu bukan urusan dia…..yang penting you! Jiwa dan
perasaan I dah lama sepi……sejak I ditinggalkan oleh isteri I…..kadang‐kadang terasa kosong
hidup ini……sebab itulah I nak ajak you kahwin,”
“Qilah tak mahu terburu‐buru Datuk. Qilah memang sayangkan Datuk tapi…..,” Sarah Aqilah
cuba memainkan perasaan Datuk Zulkifli.
“Tapi apa lagi Qilah? Atau I terlalu tua untuk Qilah cintai?”
“Datuk … Qilah sikit pun tak bermaksud macam tu,”
“Habis tu … kenapa?”
Sarah Aqilah mula diterkam rasa buntu. Apa lagi alasan yang mahu diberikan? Dia terus mencari dalih. Nampaknya orang tua itu telah benar‐benar mahu menjadikan dia sebagai isterinya. Sarah Aqilah semakin serba salah. Apa kata Rezal Haiqal, suaminya kalau tahu perkara yang sebenarnya. Sebagai lelaki sudah tentu perasaannya akan tergugat walaupun sedikit. Di kepalanya ligat mencari alasan yang munasabah bagi menenangkan perasaan yang sedang bergelora di hati Datuk Zulkifli.
“Apa lagi masalahnya Qilah? Atau you masih tak percaya dengan kata‐kata I tadi?” soal Datuk
Zulkifli kembali menagih jawapan dari Sarah Aqilah.
“Bukan soal tidak percaya Datuk…..Qilah masih belum bersedia lagi ke arah itu. Bagilah Qilah
sedikit masa untuk berfikir……untuk tenangkan perasaan ni…,”
“Okey……I tak akan paksa you…..nanti kalau you dah bersedia…let me know!” ujar Datuk Zulkifli
memujuk Sarah Aqilah. “Tapi jangan fikir lama‐lama sangat…...tak larat I nak tunggu lamalama…,”
tambah Datuk Zulkifli sambil tersenyum nakal.
“Qilah percaya pada takdir…..kalau dah jodoh, tak akan ke mana Datuk,” balas Sarah Aqilah
memasang umpan di hati Datuk Zulkifli.
“Ermm…..kata‐kata you membuatkan I bertambah sayang pada you…I like!”
Sarah Aqilah nampak lega dengan penjelasan Datuk Zulkifli. Perasaan yang berdebar di dadanya kembali tenang. Nampaknya lakonan yang dimainkan malam itu berjaya membuatkan Datuk Zulkifli terus jatuh hati kepadanya. Dia tersenyum puas kerana orang tua itu sudah masuk ke dalam perangkap yang dipasangnya. Benarlah kata orang, lelaki mudah cair perasaannya apabila dipujuk rayu oleh seorang perempuan. Namun dia akan lebih berhati-hati lagi selepas ini kerana misinya untuk mendapatkan wang sebanyak RM100,000.00 adalah fokus utamanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan