Akub tersengih‐sengih memerhati ke arah abangnya Adham Faiz. Sudah berkali‐kali dia mencuit lengan adiknya, Udin, namun Udin tidak mempedulikan kerana sedang sibuk menyimpan wang hasil jualan ke dalam beg dompet. Hanya setelah memastikan beg tersimpan kemas di dalam beg sandang abangnya, barulah Udin memanggungkan kepala. Isyarat mata Udin dibalas dengan anggukan oleh Akub sambil menyuruh adiknya melihat ke arah Abang Ngah mereka.
“Sejak bila awak serajin ini, Aira? Setahu saya, awak tak pernah buat apa‐apapun di rumah. Di
rumah, semuanya mak awak yang buat, kan? Awak tu cuma tahu makan dan tidur aje! Betul tak?” usik Adham bila Aira Syuhada begitu asyik membantu dirinya mengemaskan gerai.
Adham sendiri sedang mengelap permukaan dapur yang berminyak sementara Aira pula sibuk
memasukkan bahan‐bahan yang berlebihan seperti sayuran dan bawang ke dalam bekas plastik untuk dibawa pulang.
“Abang mekanik, mulut awak tu nak kena cili, ek? Bukan main ya, mengutuk saya? Cuba awak
beritahu saya, selama 4 bulan awak jadi cikgu saya, adakah awak nampak ayah dengan emak saya manjakan saya macam puteri?” Aira membalas bersama sebuah jelingan yang tajam.
“Bagaikan puteri, huh? Tak, saya tak pernah nampak Tan Sri layan awak begitu. Tapi, saya juga tak pernah nampak dia marah awak, Aira! Yalah, anak sorang, katakan! Manja tetap manja, apa?” Balas Adham bersama senyumannya.
Aira merenung Adham sambil menganggukkan kepalanya. “Manjalah sangat! Abang mekanik, ayah saya tu, kalau naik angin dia, fuhh.... kecik aje dia tengok saya ni! Kalau dia boleh picitpicit, hmm, lumat dah badan ni, tahu!” tukas gadis itu dengan lagak bersahaja.
Adham ketawa dengan kuat mendengar kata‐kata Aira itu. Memang melucukan gaya gadis itu tadi. Terpandang‐pandang gelagat Tan Sri yang tegas sedang ingin memicit‐micit badan cekeding si Aira. Apa lagi? Semakin bertambah kuatlah dia ketawa.
Amboi, bukan main girang kelihatannya pada malam ini. Suka benar agaknya bila Aira ada di sisi? Tidakkah disedari bahawa hati gadis itu bagai diserikan cahaya pelangi nan indah? Betapa, di dalam hati itu penuh bebunga nan mewangi, harum menyegarkan?
Aira mendekatkan dirinya kepada lelaki itu. Wajah yang sedang ketawa ditatap tanpa jemu. Ingin benar melihat keriangan itu lagi dan lagi, tidak mahu ia terhenti. Muka serius yang terpamer selama ini, menjadi berseri‐seri. Ketampanan semakin terserlah di mata.
Inilah lelaki idamannya. Lelaki yang boleh ketawa apabila mendengar dia berjenaka. Lelaki yang tegas dengan pendiriannya apabila menyuarakan pendapat namun masih boleh tersenyum apabila diusik. Lelaki pertama yang berjaya memiliki hatinya. Lelaki dambaan jiwa yang masih belum mahu membisikkan kata cinta kepadanya.
“Kenapa tengok saya macam tu? Ada hutang ke?” Adham mengusik, menyembunyikan rasa gamam di sebalik soalan. Tidak mahu Aira menyedari bagaimana berdebar rasa hatinya saat ini, berdiri terlalu hampir dan menghidu bauan lembut yang menggoda naluri.
‘Hmm, emangnya lu sudah lupa? Lu masih berhutang ma gue.. Hati gue ada pada lu, sih... belum dikembali in!’ Aira tersengih sendirian dengan bicara hatinya. Pipi merona kemerahan memikirkan reaksi Adham seandainya Adham mengetahui apa yang sedang difikirkan. Huh, kalau dia asyik tersenyum dan ketawa begini, hmm, alangkah bahagianya! Tapi? Macam mana sekiranya dia masih berkeras menolak? Oh, tidak! Tak sanggup memikirkan penolakanmu wahai lelaki! Tak sanggup!
Lantas Adham dihampiri.
“Malam ini, gaya awak, penampilan awak, cara awak... semuanya berbeza, abang mekanik! Sesekali dapat tengok Adham Faiz yang selekeh macam sekarang ni, bukan Cikgu Adham Faiz yang sentiasa kemas dari hujung rambut sampai hujung kaki, memang seronok. Awak kelihatan muda sangat! Yang penting, tidaklah menakutkan seperti selalu sebab rupa‐rupanya Adham Faiz ni boleh jugak bergurau, bergelak ketawa dan tersenyum simpul. Dan, awak nak tahu satu perkara, tak?”
Adham kelihatan amat teruja untuk mendengar pujian seterusnya.
“Di mata saya, malam ini, awak.... encem cangat!” bisik Aira hampir di telinga Adham sebelum
menjarakkan diri sambil mengukir sekuntum senyuman yang menggoda kepada lelaki itu.
Udin dan Akub sudah tidak dapat menahan tawa. Lucu melihat keletah Aira dan suka merenung gelagat Abang Ngah yang serba tidak kena diusik oleh gadis itu. Pertama kali dalam sejarah, mereka mendapati Adham kegelisahan dan keriangan dalam masa yang sama. Mahu tapi malu, gitu!
Untuk menyembunyikan rasa hati yang sedang bergelora, Adham sengaja membeliakkan sepasang mata kepada adik‐adiknya. “Apasal gelak? Apa yang lucu sangat ni hah? Dah, jom kita balik!”
Adham mengambil beg sandang lalu memberikannya kepada Akub. Mereka kemudian menolak gerai ke tepi longkang, tempat ‘parkir’ biasa gerai tersebut lalu mengunci bahagian-bahagian tertentu agar tidak hilang semua yang sudah disimpan. Lelaki itu kemudian pergi menemui Mamak Maidin.
“Apa yang abang awak buat tu? Kenapa dia bagi duit pada Mamak Maidin?” soal Aira kepada Akub. Dia kehairanan. Apakah itu sebagai duit perlindungan? Seperti yang dapat dilihat dalam drama‐drama Hong Kong? Duit perlindungan yang dibayar kepada kumpulan Gangster atau Kongsi Gelap agar gerai Adham tidak diganggu?
“Adat orang menumpang, Kak Aira. Kami mestilah tahu membalas budi. Dah mamak tu benarkan kami berniaga di hadapan kedainya, tentulah kami perlu membayar sewa. Memang, setiap malam, selepas berniaga, abang mesti bayar RM15 kepada mamak tu. Bukan mamak tu minta tapi abang yang nak bagi. Dulu, abang nak bayar RM30, tapi mamak tu cakap banyak sangat. RM15 tu kira okeylah, kan, kak?” Akub memberitahu.
Aira mengerutkan dahi. “Tapi, dik, awak bukan berniaga di dalam kedainya. Awak berniaga di atas kawasan bertar ni. Itupun kena bayar jugak ke?” soalnya dalam rasa tidak berpuas hati.
Sehari RM15 bererti sebulan sudah RM450. Banyak tu! Hisy! Patutlah mamak tu tiap tahun boleh balik ke India, jumpa anak bini dia. Hidup mereka di Malaysia ni sudah terlampau mewah. Tengoklah seperti sekarang ni! Sesedap rasa kari Alagappa dia aje menyewakan ruang yang bukan miliknya kepada Adham. Dan, Adham? Kenapa sanggup membiarkan mamak itu melakukan begitu?
“Sekarang ni, Aira, hidup kita perlu pandai memanipulasi orang. Kalau orang tu hantu duit, kita
umpan dia dengan duit. Kalau dengan membayar mamak tu, saya dapat berniaga di sini dengan aman, tidak perlu berpindah randah ke sana ke sini, dah ada pelanggan tetap pulak tu. Saya rela hilang RM450 sebulan daripada terpaksa bermula daripada asas setiap kali dihalau oleh Majlis Perbandaran.” Adham menerangkan.
“Kenapa? Awak tak ada lesen perniagaan ke?”
“Ada! Tapi, saya ni cuma peniaga ikan bilis aje. Bila‐bila masa boleh disuruh meninggalkan tempat ni. Sekurang‐kurangnya, bila saya baik dengan mamak tu, dia orang tak ganggu hidup saya.” Tegas Adham.
“Dia orang tu siapa?” tanya Aira keliru.
Adham hanya ketawa. Biasalah! Orang perempuan, anak orang kaya pulak tu! Mana mungkin
mengambil pusing tentang kepincangan masyarakat sekitaran. Entah‐entah, fungsi Majlis
Perbandaran pun tidak diketahui.
Ya, kadang‐kadang Adham Faiz berasa belas melihat teman‐teman penjual burger sepertinya yang terpaksa berpindah‐randah dari satu lokasi ke satu lokasi baru apabila pihak berkuasa tempatan melakukan serbuan. Ada seorang penjual mi yang dipanggilnya, Yop, terus menutup gerai kerana tidak tahan dengan kerenah penguatkuasa. Konon menjalankan tugas bertemakan slogan ‘Bersih, cekap dan amanah’ namun jika diperhalusi, mengapakah tindakan serbuan itu hanya dilakukan kepada orang Melayu? Sedangkan bangsa asing ﴾termasuklah kedai mamak ini﴿ boleh sahaja dibiarkan meletakkan kerusi meja di atas jalanraya, di atas tempat parkir, sesuka hati?
“Dahlah! Toksah buang masa fikirkan pasal duit tu. Hari pun dah malam sangat ni. Jom kita balik!” kata Adham, merenung kedua‐dua orang adiknya.
Udin tersengih secara tiba‐tiba. “Err, Kak Aira balik rumah kita jugak, ke?” tanya dia dengan wajah polos terarah kepada si abang.
Adham mengetap bibir, Akub ketawa terus‐terusan dan Aira semakin manis wajahnya bila dia
membalas usikan Udin, “Rasa‐rasanyalah, dia hendak bawak akak balik, tak?”
Udin semakin bersemangat mendengar soalan itu. “Kak Aira, kakak boleh balik dengan Udin. Akub naik basikal dan Abang Ngah naik motor dia. Biar mak terkejut tengok bakal menantu dia datang, hehe.... Ouch! Aduhhhh... aduhhhhh. Abang Ngah, sakit! Adui!”
Ketiga‐tiga mereka tersentak melihat Adham yang terus naik angin itu.
“Awak, janganlah cubit adik awak tu lagi! Hisy! Dia tu nak melawak aje! Itupun awak nak angin satu badan. Tahulah awak tak suka saya, tapi, tak payahlah tunjuk marah sampai macam tu!”
Aira segera mencapai beg sandang dan ingin berlalu pergi. Dia hendak balik. Hatinya belas melihat Udin dicubit dan diketuk kepalanya oleh Adham tadi. Kerana dirinya, Adham berkasar dengan Udin yang hanya bergurau sahaja. Perilaku Adham itu menunjukkan dengan jelas betapa lelaki itu tidak suka dirinya bergelar ‘menantu’ kepada ibunya. Dalam kata lain, Adham tidak sudi dia, Aira, menjadi suri di dalam hati lelaki itu.
Air mata menitis. Rupa‐rupanya, dia salah perhitungan. Rupa‐rupanya, dia tersalah faham.
Sangkanya, Adham gembira menerima kunjungannya malam ini. Fikirnya, dia ada tempat di dalam hati lelaki itu. Untuk seketika, dia merasakan bahawa Adham menyukai dirinya, kalau tidak menyintainya sekalipun. Dia tersilap! Dia sudah salah faham!
Adham tidak pernah sukakan dirinya! Adham tidak pernah mahu menerimanya. Tidak sebagai
kawan. Tidak sebagai sahabat. Tentu tidak sebagai kekasih!
“Aira!”
Lunak sungguh suara itu memanggilnya.
‘Jangan menoleh, Aira! Jangan pedulikan dia!’ amaran diberi kepada diri.
“Aira, saya hantar awak balik?” suara itu semakin dekat dengannya.
‘Tak payah!’ bisik di hati. Bagaimanapun, kerana dia masih berkecil hati, Aira tidak menyahut dan tidak menoleh ke arah Adham yang tentunya berdiri tidak jauh daripada dirinya ketika ini.
Tangan mencapai kunci kereta di dalam poket.
“Kalau awak terus berdegil, dan terus‐terusan membisu, mungkin....” Adham bercanda, sengaja
berdiri di tepi pintu yang ingin dibuka Aira namun tidak berjaya.
Aira panas hati dengan perangai Adham. Dia ingin menolak tubuh lelaki itu bila Adham
mendekatkan muka ke wajahnya sambil berbisik, “Mungkin, saya patut cium seulas bibir awak ni. Baru awak tahu apa yang dah awak buat pada diri saya. Pada hati saya ni, Aira!”
“Mak, Aira mimpi ke ni?” tanya dia dalam debar yang menggila. Sepasang mata sudah lama tertutup, menanti sang kekasih melakukan bagai yang dibisikkan tadi. Namun, bila Adham ketawa, Aira menjadi lemah. Tentulah dirinya dipermainkan oleh lelaki itu. Aduh, malunya!
“Awak ketawa, ya? Awak suka sangat mainkan saya? Suka malukan saya? Ke tepi! Saya nak balik!” bentaknya. Wajah kini masam mencuka. Tangan meraba‐raba, tercari‐cari sesuatu. Isk, ke mana pulak perginya? Tadi ada dalam kocek seluar, kan? Muda‐muda lagi dah lupa! Dah nyanyuk! Ni semua gara‐gara mamat kerek sorang ni lah. Benci!
Tiba‐tiba Adham menarik tangannya, mendorongnya ke tempat duduk di sebelah pemandu. Menoleh sekilas, dia terpandang kunci keretanya di tangan lelaki itu. Aira berhenti melangkah.
“Bak balik kunci kereta saya. Saya datang sendiri, jadi, saya boleh balik sendiri juga! Tak payah
hantar! Tak payah susahkan diri awak! Beri balik kunci tu pada saya!” bicaranya penuh rajuk.
Jelas betapa dia sangat‐sangat berjauh hati.
Adham tetap tidak mempedulikan. Pintu kereta Aira dibuka. Tubuh kurus itu ditolak masuk.
Dengusan gadis itu dipandang sepi. Kemarahan yang jelas tidak diendahkan. Dia kemudian menjerit kepada adik‐adik yang menjadi penonton setia telenovela mereka.
“Akub, kau bawak motor, ikut abang hantar Aira balik ke rumahnya. Kamu, Udin, terus balik rumah. Baik‐baik bawak basikal tu nanti. Jangan menyinggah ke sana‐sini. Nanti lambat sampai, mak susah hati pulak.” Jeritnya kepada Akub dan Udin yang sudah bersedia untuk bertolak.
Sebaik Adham memasuki kereta, Aira terus menyerangnya lagi, “Pergi keluar! Saya bukan budak kecil untuk dikasihani. Saya tak perlukan awak untuk jadi drebar saya. Saya tak suka jadi beban pada awak. Saya tak suka semua ni. Awak faham tak?”
Adham tetap diam. Dia tidak peduli pada Aira. Tidak peduli langsung kepada rajuknya, marahnya, herdiknya. Malah, dia tetap meneruskan niat untuk menghantar Aira balik ke rumah. Bagi dirinya, keselamatan Aira lebih penting sekarang.
Perjalanan selama 15 minit untuk ke banglo mewah Tan Sri Fahmi diisi dengan kebisuan. Aira terus monyok dan mogok. Diam, memejamkan sepasang mata, memalingkan tubuh ke arah pintu. Adham tidak tahu hendak memulakan. Dia tidak pandai memujuk. Rasa kasihan memenuhi jiwa tapi dia kehilangan kata‐kata. Bimbang Aira tidak mahu percaya. Bimbang Aira menyangka bahawa dia hanya main‐main sahaja.
Pagar automatik rumah mewah itu terbuka sebaik kereta BMW WRP106 tiba. Adham terus
memarkirkan kereta itu di belakang kereta Toyota Vios milik Puan Sri Idayu. Sebaik enjin dimatikan, Aira terus sahaja meluru masuk ke dalam rumah, langsung tidak menegur ibu dan ayahnya yang sudah menunggu di muka pintu.
“Aira ke gerai kamu, ya Adham?” Tan Sri bertanya. Kura‐kura dalam perahu. Pura‐pura hendak tahu.
Adham mengangguk, menyalami tangan lelaki itu. “Maaf, lambat! Saya baru tutup gerai.”
Katanya sambil menyerahkan kunci kepada Tan Sri. Sepasang mata melirik ke dalam namun, bunyi pintu yang dihempas dengan kuat membuat dia mengeluh berat.
Melihat wajah Adham yang jelas kelihatan susah hatinya, Puan Sri berusaha mengurangkan gundah, “Tak apa, Am. Aira tu memang macam tu. Waktu sedang marah, semua benda hendak dihempasnya. Nanti, bila dah sejuk sikit baru menyesal.”
Senyuman Adham tawar bila dia meminta diri untuk pulang. Wajah itu ingin ditatapi namun Aira tentunya sangat marahkan dirinya sekarang.
“Esok aje kamu telefon dia. Kamu ada nombor handset Aira, Am?” soal Puan Sri yang mengerti
perasaan si teruna. Gelabah semacam. Keresahan. Hmm, tentu tidak lena tidurnya malam nanti.
“Ada, Puan Sri. Terima kasih. Saya minta diri dulu.”
Tan Sri Fahmi ketawa sambil berbisik kepada isterinya. “Entah apalah yang dah Aira buat pada si Am tu, sampai hendak tersenyum pun dah tak boleh dah! Tahu jugak dia takut bila Aira tunjuk perasaan, ya?”
“Anak abang tu kan, tak tahu langsung hendak berlembut! Asyik orang aje kena pujuk dia. Tu, entah apa pulak yang dia merajuk lagi! Hari tu, dah seminggu tak lalu makan. Ini, entahlah! Berapa lamalah pulak hendak makan hati. Tak tahulah!” bebel si isteri.
“Anak saya sorang ke Ayu oi? Bukan anak awak jugak ke? Tu, perangai kuat merajuk tu, perangai siapa? Bukan diwarisi daripada awak?” usik Tan Sri Fahmi kepada isterinya. Usikan yang berpanjangan di antara mereka.
Daripada biliknya, Aira Syuhada memerhati Adham dan Akub berlalu pergi. Dia bersembunyi di
sebalik langsir menghantar pemergian Sang Rajuna Hati dalam titisan air mata. Ketika mata ingin terlelap, telefon bimbitnya berbunyi tanda suatu mesej inginkan perhatiannya. Ingin dia membacanya. Dengan malas, telefon itu dicapai. Mesej daripada suatu nombor yang tidak dikenali itu dibuka.
“Aira, saya tak pandai nak pujuk awak. Tak pandai juga nak cakap berbunga‐bunga. Awak pun tahu yang saya ni tak reti hendak berbahasa. Cakap, main lepas sahaja. Tapi, Aira, bukan niat saya hendak buat awak menangis malam ni. Saya seronok sangat bila nampak awak datang.....”
Suatu lagi mesej tiba. Cepat‐cepat Aira membuka. Tidak sabar‐sabar ingin membaca lagi.
“Saya tahu awak marah saya. Saya tahu awak kecil hati dengan sikap saya. Maafkan saya, Aira.”
Itu aje? Maaf? Arghhh, benci! Adham Faiz bin Hanafi! Awak memang kejam! Kejam!
Dan, telefon mahal itu berkecai setelah dibaling ke dinding!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan