“Woit! Camne ni? Hari dah gelap. Jalan ni pulak dah lengang. Aku takutlah, Aira.”
Noli mula resah sambil sepasang mata melingas memerhati sekeliling. Keadaan ladang kelapa
sawit yang sunyi di kiri dan kanan jalan, semakin meremangkan bulu roma. Pemandupemandu
kereta yang lalu lalang pula bagai enggan berhenti untuk membantu mereka. Kalau adapun yang berhenti, bukannya hendak menolong tetapi lebih kepada hendak mengganggu.
“Kau ni betul ke dah call mekanik tu? Kenapa dia tak sampai‐sampai lagi ni? Eeiii, kalau aku
tahu nak jadi gini, sumpah! Aku tak naik kereta kau ni. Nama aje kereta BMW. Baru pulak tu!
Tapi tak boleh pakai! Rosak! Ada ke patut.....”
“Eh, makcik! Kau boleh tolong aku tak?”
“Tolong?”
“Ha, ah! Tolong diam! Tak habis‐habis membebel dari tadi! Pot pet, pot pet!” Marah Aira. Hati
yang sedia sakit dan geram dengan apa yang sedang dihadapi, semakin tidak tenteram.
“Kau ingat, kau sorang aje yang susah hati? Yang takut? Aku tak?” Aira Syuhada binti Tan Sri
Fahmi sudah naik angin.
Terkulat‐kulat wajah Noli akibat dimarahi. Malah, Noli terus terdiam, tidak berani membalas.
Noli tahu, kalau wajah Aira sudah merona merah, alamatnya ribut taufan akan melanda. Silap
haribulan, mahu dia ditinggalkan Aira keseorangan di tepi jalan yang lengang ini nanti.
“Yang uncle Tony ni pun satu. Dah dekat sejam dah, bayang mekanik dia tu pun tak sampaisampai
lagi. Takkanlah tak tahu nak cari arah untuk ke sini, kut?” Aira merungut sendiri sambil
memicit‐micit nombor telefon lagi.
Sesungguhnya, keadaan yang tidak disangka‐sangka ini memang membuat dia naik angin.
Tidak fasal‐fasal kereta kesayangannya ini meragam pula. Rosak!
Dia turut memerhati sekeliling. Hari sudah semakin gelap. Sesekali, dia merenung jarum jam.
Terasa begitu lambat jarum jam itu bergerak. Sudah lama jarum itu meninggalkan angka enam.
Tidak lama lagi, pukul tujuh. Lepas tu, malamlah pulak. Takkan hendak tersadai di tepi jalan
menuju ke Sepang ni?
Di dalam hati, Aira memang mengakui kesilapan diri. Hendak cepat konon? Cepatlah sangat!
Sekarang, apa sudah jadi? Tetiba sahaja keretanya buat hal!
Aira Syuhada melepaskan keluhan. Mengenangi Aizat dan Ikram yang mungkin sudahpun
sampai di Kuala Lumpur, hatinya membungkam. Dia yakin, dirinya sudah tewas dalam
pertaruhan mereka.
“Nampak gaya, dalam seminggu akan datang ni, habislah aku! Aizat tentu akan kenakan aku
cukup‐cukup punya. Entah di restoran manalah yang dia akan paksa aku belanja nanti.
Aduhai... Malang betullah!” rungutnya.
Noli tersenyum. “Alah, bukan selalu kau belanja kitorang. Lagipun, seminggu saja, kan?”
“Telinga kau tu dah berkerak ke? Takkan kau lupa apa syarat Aizat tadi?”
“Lunch selama seminggu di restoran‐restoran mewah sekitar KL!” Kata mereka serentak.
Masing‐masing mengukir senyum sebelum Aira menyebut, “Tahu tak apa!”
Suasana sepi semula. Masing‐masing terdiam sekejap.
“Aira!” tiba‐tiba Noli memanggil.
Suaranya yang seakan‐akan panik itu menyebabkan dahi Aira Syuhada berkerut. Keningnya
terjungket menandakan dia ingin tahu kenapa suara Noli melengking kuat.
Noli menjuihkan bibir ke satu arah. “Tu.....”
Aira Syuhada kini turut memberi tumpuan ke arah yang Noli tunjukkan, ke arah sebuah
motosikal yang sedang menghampiri mereka berdua. Kini enjin motosikal itu sudah dimatikan
oleh penunggangnya.
Noli segera mendekati Aira. Wajahnya pucat. Aira pula cuba menghimpun nafas. Dia cemas
juga namun terpaksa memberanikan diri. Tidak mahu Noli tahu betapa kecut perut dia.
Lelaki itu diperhati penuh asyik. Hmm, tinggi! Bisik di dalam hati. Ya, lelaki itu memang tinggi.
Tubuhnya tegap. Sebaik visordiangkat dan topi keledar ditanggalkan, wajah lelaki muda
berkulit sawo matang itu dapat dilihat. Hidungnya mancung dan lelaki itu memiliki sepasang
mata yang kuyu. Mata yang kini sedang merenung ke arah Aira Syuhada. Tapi tidak lama. Dia
kemudian kembali berkalih ke arah motosikalnya.
“Aira....”
“Syy...”
“Smartnya!”
“Syy...”
Aira kemudian memberanikan diri untuk bersuara bila dilihat lelaki itu begitu leka mengeluarkan sesuatu daripada peti simpanan motosikalnya. Hisy, siapa dia ni? Hati bertanya. Lelaki itu memakai T‐shirt berwarna hitam dan seluar jeans berwarna hitam juga. Kasut yang dipakai agaknya kasut sekolah jenama BATA. Ah, sangat‐sangat selekeh! Macam gangster pun ada juga, rungutnya dalam hati.
“Eh, awak! Kenapa awak berhenti kat sini? Awak tengah buat apa tu? Awak nak rompak kami,
ya? Mentang‐mentang kami perempuan, berdua aje, awak ingat awak boleh apa‐apakan
kamikah?”
Serentak dengan soalan demi soalan, tangan kanan sudah bersedia dimasukkan ke dalam beg
galasnya. Ada sesuatu sedang digenggam.
Ketika lelaki itu menoleh semula ke arah mereka, lelaki itu dikejutkan oleh semburan lada
hitam pada mata.
“Adoiii! Hoi, Apa ni?”
Aira bangga dengan dirinya. Amat berterima kasih kepada emaknya yang selalu berpesan agar
dia sentiasa berhati‐hati dengan kaum lelaki. Mujur dia simpan penyembur lada hitam itu
dalam beg galasnya. Dapat juga digunakan untuk mem’buta’kan si dia di hadapannya ini.
Lelaki itu menjerit lagi. Lebih kuat dari tadi. “Woi! Cepat ambik air! Aku nak basuh muka aku
ni!”
“Ewah! Ada hati pulak nak suruh‐suruh kita?” Aira menyindir.
Adham Faiz terasa panas hati. Dengan mata yang masih tertutup dia memerintah, “Hei,
perempuan! Kalau kau tak ambikkan aku air, aku tak akan baiki kereta kau ni, tau! Biar padan
muka korang berdua, sebab kena tidur kat tepi jalan ni! Silap‐silap kena seret dengan orang
jahat ke dalam hutan tu. Tahu‐tahu, esok masuk headline: “MAYAT DUA ORANG GADIS
DITEMUI DALAM KEADAAN BERLUMURAN DARAH DI....”
“Weh! Cakap tu elok‐eloklah sikit!”
Lelaki itu mencebik. Mata masih lagi terpejam. “Bila kau nak bagi aku basuh muka aku ni?”
“Siapa awak? Maksud saya, kalau awak ni mekanik, siapa yang hantar awak datang sini? Nama
dia? Beritahu saya, siapa nama dia? Kalau tidak, saya tak bagi awak basuh muka awak tu.” Aira
cuba bermain tarik tali.
Lelaki muda itu mendengus kasar. Kalau ikutkan hati yang marah, mahu dia tinggalkan saja
perempuan cerewet ini, fikirnya. Macam mana? Matapun masih terkatup rapat dan pedih? Jadi,
terpaksalah berterus terang, “Uncle Tony! Uncle Tony suruh saya baiki kereta awak.”
“Lain kali, berilah tahu yang awak tu pekerja uncle Tony.” Bentak Aira. Dengan berhati‐hati Aira
menghampiri lelaki itu. Risau juga, manalah tahu kut‐kut lelaki itu berpura‐pura tidak nampak.
“Cepatlah! Mana air? Aku nak basuh muka aku ni!”
“Sini! Tadah tangan tu!” sebaik Adham Faiz menadah telapak tangannya, Aira sudah bersedia
untuk menuang air. “Sini sikit! Ni airnya!”
Adham Faiz segera mencuci mukanya. Sebaik sahaja dia mendapat penglihatannya semula, dia
segera menatap wajah kedua‐dua orang gadis itu. Kemarahannya, menyebabkan dia
memandang mereka seperti hendak menelan. Sesungguhnya, marahnya masih bersisa.
“Bukan nak tanya ke, apa ke. Ni tidak, terus aje sembur biji mata aku. Garang macam singa.
Nasib baik aku tak buta!” Dia menyindir.
Tanpa menunggu reaksi Aira dan Noli, Adham terus sahaja membuka bonet kereta.
“Cuba start!” Perintahnya.
Aira menghentakkan kaki, tanda hendak membantah namun Noli menggelengkan kepala. Noli
tahu, Aira sedang marah. Tentu kawannya ini membenci lelaki yang asyik suka memerintah ini.
Tentu Aira menyampah dengan lagak lelaki yang tidak dikenali ini yang bagaikan seorang tuan
besar!
“Berlagak betul! Eeii, sakitnya hati aku!!” Aira membisikkan rasa geram ke telinga Noli. Noli
hanya mampu tersengih.
“Relaks arr... lepas ni, kau marahlah dia. Sekarang, biar dia baiki kereta kau dulu.”
Hampir lima belas minit lepas tu barulah Adham menemui punca kerosakan kepada kereta
Aira. .
“Macam mana boleh jadi begini? Kau tak pernah tengok enjin kereta ni langsung, ke?” soal dia
selepas membetulkan apa yang patut.
“Alah, itu bukan kerja saya. Itu kerja mekanik macam awaklah!” sindir Aira bersama sebuah
jelingan. Satu jelingan maut yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Adham.
‘Sudahlah tadi asyik memerintah, sekarang tanya pula soalan bodoh itu. Apa dia ingat aku ni
mekanik ke? Kalau aku ni tukang baiki kereta dah tentu aku repair sendiri kereta ni tadi! Tak
adalah nak melangut di tepi jalan ni selama dua jam’, Aira mengomel sendiri.
Sombongnya anak orang kaya ni! Hisy, kalau tak disebabkan uncle Tony paksa aku datang, tak
ingin aku baiki kereta dia. Biar padan muka dia berumah tangga kat tepi jalan yang lengang ni.
Memang dasar tak ada otak. Dah tahu jalan ni sunyi, yang hendak lalu ikut sini juga, kenapa?
Ikut lebuhraya kan lebih selamat? Kalau emergency, boleh buat panggilan SOS. Saja aje
mencari bala! Gumam Adham Faiz pula.
“Berapa?” soal Aira sambil mengeluarkan dompetnya bila dilihat Adham Faiz sudahpun
menyelesaikan kerjanya.
Adham Faiz mengecilkan sepasang mata ketika memandang wajah Aira Syuhada namun dia
tidak pula menyahut. Dia kemudian dengan selamba, berjalan ke arah motosikalnya.
“Weh, saya tanya awak ni. Berapa upah?” Nyaring suara Aira bertanya. Geram dengan lagak si
mekanik.
Adham menjungket bahu. “Mana aku tahu? Tu, kau kena tanya uncle Tony. Aku bukan
cashier.Dan, aku tak ambil upah kat tepi jalan, ya!” balas Adham Faiz bersahaja. Kini, dia
sudahpun mengenakan helmet di atas kepala. Enjin motosikal LCnya juga sudah dihidupkan.
Tanpa berkata apa‐apa lagi, dia terus sahaja pergi. Tanpa pamitan, gadis‐gadis itu ditinggalkan.
Aira mendengus. “Kau nampak tu, Noli? Macam tulah sikap orang yang tak ada pelajaran. Tak
tahu nak menghormati orang lain. Meluat betul aku dengan dia. Harap‐harap aku tak jumpa
dia lagi. Hisy! Benci!”
Dan, di sepanjang perjalanan pulang, Noli terpaksa menadah telinga untuk mendengar
rungutan demi rungutan Aira tentang lelaki yang langsung tidak mereka kenali itu. Sabar
ajelah, Noli! Nak buat macam mana? Dah memang begitu sikap si Aira, cepat benar hendak
marah dan melenting. Nasiblahh....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan