BILA aku balik kerja petang ini, encik Amri sudah tunggu aku di pintu masuk bangunan Visma
Seri Alam ini. Aku panik pada awalnya. Namun, aku berpura‐pura selamba dan mengawal riak
wajahku.Dia suruh aku duduk di tempat duduk belakang dan dia duduk di sebelah pemandu.
Aku menjadi rimas bila pemandunya adalah encik Zuhaimie. Mesti esok dan hari‐hari seterusnya aku bakal dijadikan bahan gosip lagi. Letih aku kalau macam ni. Puas aku mengelak namun terjebak juga. Aku pula tak berani nak menolak.
Kami sampai di rumah encik Amri pada pukul 6.00 petang. Aku pula belum solat asar. Antara malu dan terpaksa aku minta izin juga daripada Puan Afifah untuk menunaikan solat asar di rumah mereka. Nasib baiklah Puan Afifah ni seorang yang ramah dan baik hati. Dia layan aku macam dah lama dia kenal aku, padahal baru sekali saja kami berjumpa.
Usai solat Puan Afifah mengajak aku bersantai di halaman belakang rumah mereka. Redup belakang rumah ini dengan pohon‐pohon hiasan yang merimbun. Sejuk mata yang memandang dengan aneka bunga juga dan terdapat rumah rehat yang diperbuat dengan kayu.
Selain Puan Afifah, encik Amri dan encik Zuhaimie, dua orang anak Puan Afifah juga turut serta. Masih kecil lagi anak‐anak Puan Afifah. Terhibur aku melihat telatah mereka berdua. Sesekali aku akan berbual dengan mereka. Petah sangat berkata‐kata walau mereka baru berusia empat tahun dan dua tahun. Banyak juga mereka menyoal aku, itu dan ini. Yang tak tahannya bila mereka bertanya siapa aku dan kenapa aku datang ke rumah mereka. Mati akal juga aku untuk menjawab setiap soalan mereka.
"Malam ni acik tidur di sini ke?" kali pertama aku mendengar anak sulung Puan Afifah memanggil aku acik, aku keliru juga. Aku diam tanpa jawapan hinggalah Puan Afifah memberitahu aku bahawa orang yang baru dikenali oleh anak‐anaknya akan dipanggil acik.
"Ehh..tak kot." jawapan yang aku berikan untuk Shifa, anak sulung Puan Afifah.
"Izz tinggal dengan siapa di sini?" Puan Afifah pula menyoal aku.
"Tinggal sorang saja. Di rumah flat Seri Angkasa. Dulu rumah tu sepupu yang tinggal tapi selepas kahwin dia berpindah jadi saya tinggal buat sementara waktu." ramah pula aku menjawab. Puan Afifah sudah terangguk‐angguk.
"Macam mana kerja di syarikat kami ni? Suka?" soalan Puan Afifah yang ini buat aku berjeda lama. Aku cuma tersenyum sementara mencari jawapan yang sesuai.
"Kenapa? Tak suka?" Puan Afifah menyoal lagi.
"Bukan tak suka. Saya baru sangat kerja. Banyak lagi perkara yang harus saya belajar." aku
menjawab dengan teragak‐agak. Nak cakap suka pun, nampak benor aku ni menipu.
"Sebelum ni pernah bekerja?" aku dah rasa macam kena temuduga sekali lagi bila Puan Afifah terus menyoal aku.
"Pernah. Tapi buat kerja part time saja. Ikut mana yang sempat." aku menjawab dengan tenang dan sudah bersedia untuk mendengar soalan selanjutnya.
"Dah ada calon suami?" aku tercengang seketika mendengar soalan ini dan kepalaku tergeleng
perlahan.
"Takkan tak ada?" Puan Afifah menyoal lagi.
"Baru sangat kerja Puan. Belum bersedia lagi nak kahwin. Biar masa yang menentukannya. Lagi pun Allah yang tetapkan jodoh saya. Ada tu, dia sedang sembunyi di mana‐mana." aku berkata yakin sambil cuba berseloroh.
"Hmm..di pejabat tu tak ada berkenan dengan siapa‐siapa ke? Saya dengar awak rapat dengan Awal, drebar kami tu. Tak berkenan ke dengan dia?" soalan Puan Afifah yang seterusnya membuatkan lidah aku kelu lagi.
"Err..taklah rapat sangat Puan. Lagi pun, kami baru saja kenal. Dengar kata dia ikut bos dia pergi ke luar negara. Betul ke? Bos dia tu siapa erk?" aku pula menyoal. Alang‐alang Puan Afifah dah buka cerita mengenai encik Awal, apa salahnya aku mengambil kesempatan untuk bertanya tentang dia.
"Entahlah Awal tu. Apalah nasib dia,.." Puan Afifah mengeluh dan berwajah sayu. Aku tertanya-tanya di dalam hati. Kenapa dengan encik Awal?
"Awak tahu tak Izz, Awal tu dah jatuh hati dengan awak tapi disebabkan gosip saya dengan awak dah tersebar di pejabat jadi dia merajuk dan bawa diri. Hai..kesiann.." encik Zuhaimie pula mencelah dan turut mengeluh di akhir katanya. Aku terkesima. Benarkah?
‘’Encik Zuhaimie memang rapat sangat ke dengan encik Awal tu?’’ bila semua orang sudah
menyebut nama Encik Awal, aku pun teringin juga nak tahu sedikit sebanyak mengenai dia.
Bila aku tanya soalan macam tu kepada encik Zuhaimie, mereka sudah memandang antara satu sama lain.
‘’Ehh..mestilah rapat. Awak pun tahukan, Awal tu driiiveeer saya?’’ encik Zuhaimie menjawab
pertanyaanku dengan wajah yang tenang tapi dia melanjutkan perkataan driver tu. Aku sudah
terangguk‐angguk laju mempercayai segala kata‐katanya.
‘’Agaknya bila encik Awal nak balik dari Luar Negara?’’ pertanyaanku mengenai encik Awal terus berlangsung.
‘’Kenapa tanya? Awak dah mula rindukan Awal ke?’’ encik Amri turut mencelah perbualan kami.
Aku tersedar satu perkara bila semua mata sudah memandang ke arahku.
‘’Haih, mana ada! Saja tanya sebab encik Awal dah minta saya masakkan bekal untuk dia. Secara tak langsung saya ni dah jadi pekerja dia juga. Orang kata, macam tukang masak tak rasmi gitu,’’ aku bersuara dalam nada mengelabah. Tu la pasal, ambil tahu sangat tentang encik Awal tu.
‘’Awak tak teringin ke nak jadi tukang masak rasmi dia?’’ encik Amri membuka mulut sekali lagi? Aku berjeda lama, cuba mencerna kata‐kata encik Amri sambil memandang wajah mereka bertiga yang sedang memandang ke arahku.
‘’Maksud encik Amri?’’ akhirnya terkeluar juga soalan itu daripada bibirku.
‘’Yalah, takkan nak jadi tukang masak tak rasmi selamanya? Takkan awak tak teringin nak jadi
tukang masak rasmi pula? Contohnya, jadi isteri dia ke?’’ gulp! Aku telan liur tanpa sedar. Jadi isteri encik Awal? Dia pun aku tak kenal sepenuhnya lagi. Nak tanya soalan pun tak agak‐agak ke?
‘’Kejap, kejap.. saya perasan, sejak tadi lagi kita asyik bincang pasal encik Awal saja. Boleh tukar
topik tak? Lagipun, saya bukan kenal sangat pun dengan encik Awal tu. Macam dah tersalah topiklah pulak.’’ Aku cuba mencari helah daripada terus membincangkan isu encik Awal. Wajah aku ni sudah berbahang sangat bila mendengar soalan encik Amri tadi.
‘’Hai, tadi awak juga yang nak tahu pasal Awal. Kenapa? Dah tak berminat nak tahu ke? Semua
maklumat pasal dia ada dalam poket saya ni. Kalau awak nak tahu, Awal tu tak pernah jatuh cinta tapi ada seseorang yang teramat sukakan dia. Kalau awak tak ambil peluang ni, melepaslah awak nanti,’’ encik Zuhaimie masih nak provok aku pasal encik Awal. Aku sudah mengaru tengkukku di sebalik tudung. Bengang tiba‐tiba dengan gelagat encik Zuhaimie.
‘’Tukar topiklah. Kalau tak, saya nak minta diri saja. Dah lewat petang ni.’’ Aku cari alasan lagi
untuk mengelak daripada terus membicarakan pasal encik Awal.
‘’Dah, dah, Ishh..Mie ni pun satu. Kan Izz dah cakap tukar topik. Kita makan dulu. Asyik berbual
saja. Laksa di depan mata tak bersentuh pun lagi. Makanlah Izz, jangan malu‐malu.’’ Puan Afifah menamatkan perbicaraan kami pasal encik Awal. Aku menarik nafas tanda lega. Kami terus makan selepas itu sambil berbual‐bual kosong.
Encik Zuhaimie dan encik Amri tanya juga kepadaku pasal proposal yang mereka suruh aku siapkan tu. Mereka juga memberikan sedikit info mengenai smartphone baru yang bakal dikeluarkan nanti. Encik Zuhaimie berjanji untuk menghantar email kepadaku dan berjanji untuk memberi elaun juga. Yes! Rezeki, rezeki. Aku perlu berusaha untuk membuat kajian dan memberikan saranan terbaik dalam proposal aku nanti. Kalau dah takdir, aku yang terpilih untuk membuat kertas cadangan mengenai smartphone baru tu, aku tak boleh menolak takdir. Mungkin Allah dah tentukan rezeki aku di sini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan