KERJA di pejabat semakin bertambah hari demi hari. Aku belajar menjadi sabar dan tabah. Lebih‐lebih lagi bila encik Awal menyuruh aku membawa bekal lebih untuknya sekali. Ketika aku bersetuju dengan permintaannya aku hanya fikir satu saja.
Aku akan berteman bila waktu rehat. Ada juga teman untuk berbual tapi sebaliknya bila aku pulang ke rumah. Macam menyesal pula bila memikirkan aku akan berdating dengan bukan mahramku setiap kali waktu rehat.
Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian tiada gunanya. Lebih baik aku kirimkan saja
kepada setiausaha encik Zuhaimie bekalan itu dan meminta dia yang menyampaikannya kepada encik Awal. Aku tak mahu menanggung dosa setiap hari semata‐mata hendakkan teman ketika aku makan.
Aku bangun pukul empat pagi dan sediakan makanan untuk encik Awal. Walaupun dia hanya seorang drebar tapi aku sudah berjanji dengannya. Aku masukkan makanannya ke dalam mangkuk tingkat. Aku sediakan dua mangkuk tingkat, untuk aku dan dia.
Sebenarnya aku tak tahu nak masak apa. Aku google saja resepi yang sesuai dengan permintaannya. Aku cuba lari daripada seleraku yang sukakan makanan pedas. Aku lebihkan sayur dalam makanan yang aku masak. Hari ini aku sediakan sayur campur bersama udang, ayam grill bersama lada dan aku kurangkan pedasnya. Kemudian nasi putih dan daging masak rendang tok. Rendang tok ni aku masak semalam lagi. Mudah‐mudahan resepi aku ni akan membuka seleranya. Aku buat semua ni sebab nak bayar balik kepadanya kerana dia sudi makan nasi goreng masin aku kelmarin. Alang‐alang orang tak tertelan rasanya sebab aku pun tak mampu nak menelannya.
Aku datang awal ke pejabat pagi ini dan menuju ke pejabat pemasaran. Aku nak pergi berjumpa dengan setiausaha encik Zuhaimie. Aku pernah datang beberapa kali ke sini sebelum ini untuk menghantar fail. Aku dah kenal dengan setiausaha encik Zuhaimie yang bernama Linda. Dalam pejabat pemasaran ini ramai juga pekerja yang ramah dan mesra. Kalau ada yang menjeling setiap kali aku ke sini, mungkin cuma seorang dua saja. Macam di pejabat aku jugalah, bukan semuanya boleh dibuat kawan. Ada juga yang memilih kasih untuk berkawan.
“Assalamualaikum..selamat pagi..” bila aku sampai di meja Linda aku mengukirkan senyuman
dan memberi salam. Linda turut tersenyum kepadaku.
“Linda..Has nak minta tolong sikit ni.” aku teragak‐agak untuk berkata. Linda pula sudah
menganggukkan kepalanya.
“Kemarin..encik Awal ataupun encik Aswal Mardi, dia minta Has buatkan dia makanan tengahari. Boleh tolong beri kepada dia tak?” aku masih teragak‐agak untuk bercakap namun aku tiada pilihan. Terpaksa jugalah cakap sebab aku tak mahu makan bersama encik Awal tengahari nanti.
“Bila awak jumpa encik Awal? Kenapa tak hantar sendiri?” Linda menyoal aku kembali.
“Err..err...Has tak, Has tak tahu macam mana nak cakap. Bolehlah Linda. Tolong kasi bekal ni untuk encik Awal. “ aku paksa Linda untuk menolong aku. Dia nampak macam serba salah.
“Izz Zahrah, awak buat apa di sini? Nak jumpa saya ke?” suara seorang lelaki sudah membuatkan aku menoleh pantas ke arahnya. Encik Zuhaimie sudah menjungkitkan keningnya kepadaku.
“Oh..encik Zuhaimie dah sampai ke? Drebar encik di mana? Kelmarin dia minta saya buatkan dia bekal. Saya nak jumpa dia sekejap. Boleh tak? Nak serahkan bekal ni.” encik Zuhaimie sudah memandang tepat ke wajahku. Keningnya dikerutkan. Linda juga berbuat perkara yang sama.
“Drebar saya? Siapa?” encik Zuhaimie menyoal. Dia dan Linda masih memandang aku dengan
pandangan yang sukar untuk aku memahaminya.
“Encik Awal, dia kata dia drebar encik Zuhaimie.” aku berkata jujur. Encik Zuhaimie dan Linda
saling berpandangan, beberapa saat kemudian kedua‐duanya sudah melebarkan senyuman.
“Yalah. Biar saya hantar bekal ni untuk drebar bertuah saya tu dengan syarat sebelum balik nanti awak datang ke pejabat saya?” aku sudah melopong mendengar permintaan encik Zuhaimie.
“Nak buat apa?” aku bertanya penuh kesangsian. Terdengar‐dengar di telingaku tentang khabar angin yang aku dengar. Encik Zuhaimie ni boya darat dan sewaktu dengannya.
“Datang saja. Jangan takut, saya takkan makan awak. Nanti saya ajak sekali drebar saya datang
ke pejabat ni. Saya nak minta awak buat overtime sikit. Drebar saya suruh awak buat bekal, boleh pula awak buat, takkan saya nak suruh awak buat overtime, awak tak mahu?” encik Zuhaimie bersuara dengan suara serius. Aku dalam persimpangan dilema.
“Tak. Bukan macam tu, encik Awal berjanji nak bayar. Saya masak untuk dia bukannya percuma. Macam kerja part time jugaklah.” aku cuba mencipta alasan.
“Okey..saya terima alasan awak tu. Awak boleh balik pejabat awak sekarang tapi jangan lupa, saya tunggu awak pukul lima petang nanti. Pastikan awak datang tepat pada waktunya.” aku mengangguk lemah mendengar ayat‐ayat encik Zuhaimie.
SEPANJANG pagi ini aku melakukan kerja harianku dengan fikiran yang berserabut kerana
memikirkan permintaan encik Zuhaimie pagi tadi. Kenapa aku pula yang diminta untuk melakukan kerja lebih masa? Apakah motif encik Zuhaimie? Kenapa aku? Beberapa persoalan menerjah sudut fikiranku.
Tiba waktu rehat aku naik ke tingkat teratas seperti biasa. Aku bermenung lama sambil menongkat dagu di meja kayu yang disediakan. Kemudian aku meletakkan kepalaku di atas meja sambil memejamkan mataku. Dalam mata yang masih terpejam aku menarik nafas panjang. Beberapa minit aku berkeadaan seperti itu hingga aku merasakan ada seseorang turut ada bersamaku. Perlahan‐lahan aku membuka mata.
“Awak bangun awal sangat ke pagi tadi? Atau, awak tidur lewat semalam?” bila mata bertentang mata, soalan itu yang meluncur laju dari bibir orang di depan aku ni. Aku terus mengangkat kepala dan membetulkan tudungku.
“Hmm..encik Awal tak baca ke nota yang saya lekatkan di bekal tu?” aku malas nak menjawab
soalan encik Awal, malahan aku menyoalnya kembali.
“Kenapa? Awak takut kita kena gosip ke atau awak takut terjatuh cinta dengan saya?” dia bertanya dan ketawa. Aku mencebik dan melepaskan nafas berat.
“Saya tak takut pun dengan gosip‐gosip daripada orang tapi saya takut yang di atas tu yang akan murka. Lebih baik takut kepada Dia daripada takut kepada manusia. Lama mana sangat manusia mampu nak bergosip? Tapi dosa kita ni bukan boleh ditebus sekelip mata. Kalau bertaubat pun, bukannya kita tahu sama ada taubat kita tu diterima ataupun tak? Lebih baik mengelak daripada sengaja menjebakkan diri. Kita takkan nampak pun berapa puluh ekor iblis yang sedang menunggu untuk mencuri peluang dan menyesatkan kita.” sekali aku luahkan suara hatiku yang panjang lebar. Encik Awal sudah tersengih sambil memandang tepat ke wajahku.
“Awak tahu tak Izz Zahrah? Mendengar awak cakap macam tu, saya semakin sukakan awak.”
kata‐kata encik Awal buat aku mengeluh lagi. Memang takkan makan saman dan aku takkan
menang kalau berbual dengan manusia macam encik Awal ni. Aku sudah malas nak melawan
kata dengannya. Aku buka bekalku dan mula menyuap.
“Pandai pun awak memasak. Nampak macam sedap saja.” encik Awal berkata sambil membuka
bekalnya juga. Dia menghidunya sebelum memasukkan ke dalam mulutnya.
“Mana awak tahu saya suka makan dada ayam grill ni? Hmm..boleh tahan. Tak masin macam
kemarin. Garam secukup rasa hari ni.” dia berkata lagi sambil tersenyum. Aku biarkan dia bercakap seorang diri. Aku tumpukan dengan makanan di depanku saja.
“Izz.. Zuhaimie cakap, awak nak keluar date dengan dia petang nanti. Betul ke? Kenapa? Sebab
dia pegawai ke? Awak tak suka ke dengan drebar macam saya ni?” entah apa encik Awal ni sedang mengarut. Aku hentikan suapanku dan memandang wajahnya. Hati aku sedang membara kerana tuduhan melulunya itu.
“Siapa yang cakap? Pagi tadi encik Zuhaimie cuma suruh saya pergi ke pejabatnya saja petang
nanti dan dia kata dia akan ajak encik Awal sekali. Lagipun encik Zuhaimie kata lagi, dia nak suruh saya buat overtime. Tak ada pulak dia kata nak ajak saya date?” aku teremosi secara tiba‐tiba. Encik Awal melebarkan senyuman.
“Nasib baik lagi. Saya ingatkan, awak nak couple dengan Zuhaimie.” ujar encik Awal dan meneruskan suapannya. Aku pula sudah tiada selera untuk menjamah. Aku minum air dan
menutup kembali bekalku.
“Agaknya kerja apa yang perlu saya buat? Saya cuma kerani saja, bukan ada kena mengena
dengan pemasaran pun. Yang paling saya risau, kalau saya balik lewat nanti, ada pula hamba
Allah sorang tu nak ikut saya balik,” aku berkata dalam suara selamba namun penuh dengan
sindiran.
“Hamba Allah mana pulak tu?” encik Awal bertanya sambil menjungkitkan keningnya. Bibirnya
juga sudah menguntumkan senyuman.
“Entah. Saya tak kenal pun. Agaknya orang tu tersesat kot di bumi ni. Baru kenal dah nak hantar orang balik. Sampai depan pintu rumah pulak tu.” dia ketawa dengan ayat‐ayatku.
“Itu tandanya dia risaukan awak. Mungkin juga dia dah sayangkan awak, sebab itulah dia takut
sesuatu menimpa awak.” selamba saja encik Awal buat ayat. Aku pula yang tak semena‐mena
terasa berbahang. Aku bangun dan meminta diri. Malas pula nak berlama‐lama di depan dia.
“Esok awak tak payah buat bekal untuk saya ya. Saya nak kena pergi ke luar negara seminggu.
Nak ikut bos.” aku tak jadi melangkah mendengar kata‐katanya.
“Petang nanti macam mana? Encik Awal ada sekalikan? Saya tak nak kena ngap dengan bos
encik Awal tu. Ramai orang cakap dia tu boya. Encik Awal pun cakap macam tu kemarin.” aku
meluahkan kerisauanku. Encik Awal sudah ketawa mendengarnya.
“Ya..saya akan pergi pejabat dia nanti. Awak jangan risau, cuma sepanjang saya tak ada ni
jangan nak berdua‐duaan dengan dia.” ayat yang encik Awal ungkapkan buat hati aku kembang tiba‐tiba. Dia cemburu ke? Eh, kenapa dengan hati aku ni? Izz Zahrah, jangan tangkap cintan ya. Berdosa tau! Aku berbisik di dalam hati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan