SAJA Alexander singgah di Restoran Nasi Lemak Sambal Strawberi Kak Lia, terakhir sebelum
pulang ke Kuala Lumpur. Ketika dia mempelawa Muiz untuk makan bersama, Muiz tersengih
sahaja. Kata Muiz, malas nak kacau bos. Jadi, Alexander Zulkarnaeen memilih untuk terus
bersendirian. Dia juga memilih untuk makan tengah hari lebih lewat supaya dapat bercakap
dengan Intan Nawrah lagi.
Mujurlah nasi lemak sambal petai semalam boleh diterima anak tekaknya. Walaupun rasa sambal itu masih ketinggalan di belakang sambal petai Hajah Normah, tetapi ia memadai buat dirinya yang mengenang nasi lemak Hajah Normah.
“Doakan Zul, mak. Zul nak bawa balik menantu mak ni.” Ucapnya dalam hati. Dia mula duduk
di meja yang sama, yang kosong seperti hari sebelumnya. Hanya kelibat pelayan wanita muda
semalam yang kelihatan, sedangkan Intan Nawrah tiada di situ.
“Intan Nawrah mana?” Tanya Alexander Zulkarnaeen sebaik didekati oleh pelayan semalam.
“Oh, encik rupanya! Nawrah cuti hari ni. Dia balik kampung.” Jawab sang pelayan itu lantas
meminta pesanan.
“Air suam aje.” Jawab Alexander Zulkarnaeen sebelum menyua nasi lemak ke dalam mulutnya.
Nasib baik tak kedekut santan, bolehlah dia ulang datang lagi. Kalau makanan yang dijual tak
seberapa rasanya, memang itulah kali pertama dan terakhir dia mengunjunginya, sekalipun Intan Nawrah yang mengambil pesanannya.
Usai menjamu selera, dia kembali ke kenderaan. Hajat di hati nak memandu terus ke Kuala Lumpur, tetapi dia teringin nak menghubungi Intan Nawrah terlebih dahulu. Bunyi deringan kedengaran panjang tidak bersambut, membuatkan Alexander Zulkarnaeen menantinya dengan separuh sabar.
“Hello.” Suara di sana kedengaran perlahan menyapa telinganya.
“Intan Nawrah!” Panggilnya seperti selalu.
“Ye, siapa tu?”
“Zulkarnaeen. Alexander Zulkarnaeen.”
“Zulkarnaeen mana?” Tanya Intan Nawrah lagi.
Rasanya dia tidak mengenali mana‐mana lelaki dengan nama Zulkarnaeen. Lalu Zulkarnaeen mana pula yang mencarinya ni?
“Dah lupa? Ingat nama saya baik‐baik dan simpannya dalam hati sebab saya yang tawarkan jawatan isteri pada awak.”
“Eh...awak? Awak nak apa? Saya kat hospital ni. Tak ada masa lah nak layan awak.”
“Saya nak singgah kampung awak ni, sebelum balik KL.”
“Ini dah melampau!” Balas Intan Nawrah, mula bercekak pinggang. Musibah terus melanda sebaik dia menghadiri temuduga jodoh tempoh hari. Nak gila rasanya apabila tuan yang menemuduga tersangkut pula dengannya. Nak mencarinya hingga ke kampung pulak tu.
“Prepare, ye. Beritahu pada mak ayah awak. Saya datang bawa hajat.”
“Gila!” sergah Intan Nawrah.
Dia mundar‐mandir dek kerana susah hati. Jika Zulkarnaeen menepati katanya, apa dia hendak jawab pada emak? Sudahlah anak saudara yang kecil ditimpa musibah, emak pula bersendirian mencari duit. Aku yang dewasa ini nak menambah pasal pulak?
“Jangan marah saya, sebab awak yang cari pasal. Siapa suruh awak mohon nak bertemu jodoh
dengan saya? Saya dah tersangkut dengan awak, tak boleh patah balik.”
“Jangan datang ke rumah saya.”
“Tengoklah keadaan bila dah sampai Tapah nanti. Kalau tak mahu saya datang sekarang, bagi tarikh yang sesuai untuk saya datang.”
“Bila‐bila pun jangan datang. Ini last time saya jawab panggilan awak sebab saya dah tahu tuannya siapa. Next time, saya block awak. Hisy! Boleh gila dibuatnya.” Intan Nawrah terus melepaskan perasaannya, tetapi Alexander Zulkarnaeen tenang sahaja. Baginya, orang perempuan memang sensitif.
Intan Nawrah tiba di hadapan wad NICU. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia meredah masuk ke dalam tetapi akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh hospital. Tiada siapa yang boleh melawat pesakit di dalam kecuali ibu bapanya sahaja. Muncul Nor Idayau di sebalik daun pintu wad itu apabila dikhabarkan yang dia sedang menanti di luar. Langkah longlai dan wajah sedihnya tertangkap di mata Intan Nawrah.
“Kenapa?” tanya Intan Nawrah, hairan.
“Doktor kata hatinya gagal berfungsi. Kena operate, kak. Mana nak cari duit?”
“Banyak ke?”
“160 ribu.” Jawabnya, sebak.
Air mata terus menitis, entah berapa kali ia gugur semenjak diberitahu oleh doktor tentang penyakit yang menimpa anaknya. Mana nak dicari duit sebanyak itu? Sudahlah suaminya kerja mekanik sahaja. Kerja siang malam tidak tidur sekalipun, belum tentu dia dapat mengumpul jumlah itu dalam tempoh waktu yang singkat.
“Banyaknya, dik.”
“Ayu tak mampu, kak.” Beritahu Ayu, mengesat pipinya buat sekian kali.
Intan Nawrah hilang kata‐kata. Dia beralih melihat langkah pengunjung hospital yang saban waktu tidak pernah putus‐putus. Sebak mengisi ruang hati. ALLAHU Akbar, besarnya dugaan anak kecil ini! Bagaimana aku dapat membantu? Seratus enam puluh ribu bukan nilai yang sedikit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan