Label

Sabtu, 26 November 2016

NOVEL Aku Dan Bos Bab7

USAI solat Asar aku menuju ke pejabat pemasaran seperti yang diarahkan oleh encik Zuhaimie
pagi tadi. Jam di tanganku menunjukkan sudah pukul 5.20 petang. Memang aku lewat dua puluh minit tapi aku ada alasan yang kukuh untuk diberikan andai aku disoal oleh encik Zuhaimie nanti. Bila lift berhenti dan terbuka luas aku terus melangkah keluar dengan berhati-hati disertai iringan doa di dalam hati.

Langkahku mula menjadi goyah dan jantungku mula berdegup laju bila pejabat encik Zuhaimie semakin aku hampiri. Aku cuba mengawal mindaku agar berfikiran positif. Semoga Allah permudahkan urusanku.

"Izz.." aku terdengar namaku dilaung dari belakang. Langkah aku terhenti dan spontan kepalaku berpusing dan tubuhku turut bekerjasama. Demi terlihat wajah si pemanggil bibirku pula memainkan peranannya. Bila encik Awal mengukirkan senyuman, bibir aku juga turut tersenyum dengan rela. Lega, kerana tak perlu berdua‐duaan dengan encik Zuhaimie.

"Dah solat?" soalan encik Awal mengejutkan aku. Tak sangka pula soalan itu yang akan keluar
daripada bibirnya.

"Alhamdullilah, solat tu wajib. Solat dulu baru datang sini. Encik Awal dah solat ke? Tak nampak pun dalam surau tadi." aku bertanya soalan yang sama kepadanya sambil kaki mula melangkah lagi. Dia turut berbuat perkara yang sama dan berjalan di sebelahku.

"Saya keluar makan tadi dan singgah solat di masjid. Teringat pula dengan permintaan awak tadi. Saya ingatkan saya dah terlewat." encik Awal menjawab pertanyaanku sambil memulas tombol pintu pejabat encik Zuhaimie tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Wooo..apa ni?" suara encik Zuhaimie sudah berbunyi lantang. Seorang wanita yang turut ada
bersamanya di dalam pejabat itu sedang membetulkan bajunya dengan wajah yang tak dapat aku tafsirkan maksudnya.

"Kalau ya pun, ketuklah pintu dulu sebelum masuk." suara bengang encik Zuhaimie berbunyi
lagi. Wanita yang bersamanya tadi terburu‐buru keluar dari pejabat dan merempuh bahuku.

Nyaris lagi aku terjatuh. Nasib baik aku dapat seimbangkan tubuhku.

"Nak buat maksiat pun tak agak‐agak. Ini pejabat, tempat orang cari rezeki. Bukannya hotel."
suara encik Awal kedengaran agak tegas di pendengaranku.

"Kau ni kenapa? Siapa yang buat maksiat? Betina tu yang datang goda aku. Yang kau lambat kenapa? Aku suruh datang pukul 5.00 tepatkan? Awak pun Izz Zahrah, tak reti nak tengok jam ke? Atau jam awak dah rosak?" encik Zuhaimie tuding jari ke arah kami berdua, dah tu tak mengaku pula dah buat dosa.



"Saya solat dulu encik Zuhaimie, baru datang sini. Encik dah solat Asar ke?" aku menjawab sambil menyoal dia kembali. Encik Zuhaimie menghadiahkan jelingan tajam ke arahku tanpa menjawab soalanku.

"Apa hal kau ajak kami datang sini? Kalau saja‐saja datang untuk tengok wajah kau yang macam harimau tu, lebih baik aku hantar saja Izz ni balik." suara encik Awal masih lagi kedengaran tegas seperti tadi. Aku pula yang tertanya‐tanya di dalam hati. Sebagai drebar encik Zuhaimie macam tak sesuai pula encik Awal bercakap begitu.

"Jangan nak ambil kesempatan. Masuk dulu. Aku ajak abang Am sekali. Tunggu dia datang dulu, nanti kita bincang." mendengar kata‐kata encik Zuhaimie membuatkan minda aku bekerja lagi. Aku keliru sangat. Apa kena mengena dengan aku? Rasanya aku tak perlu ada di sini pun.

"Encik, saya tak tahu apa tujuan encik suruh saya datang ke sini. Rasanya sebagai kerani biasa,
ini bukan bahagiaan saya. Saya tak ada kepakaran apa‐apa pun, kalau nak ajak saya berbincang sekali. Lagi pun..." aku tak dapat menghabiskan kata‐kataku bila pintu bilik dikuak dari luar. Masuk seorang lelaki dan seorang wanita dan berjalan menuju ke arah kami.

Perasaanku sedikit lega bila wanita itu mengukirkan senyuman untukku. Dan aku lega kerana
bukan aku seorang saja perempuan di sini.

"Mie..kenapa tiba‐tiba saja ajak kami berkumpul ni?" lelaki yang baru masuk mula bersuara.

Perempuan yang masuk bersamanya pula sudah menghulurkan tangan kepadaku dan bersalaman denganku. Dia menarik aku dan merangkul aku, sekaligus melagakan pipinya dengan pipiku kiri dan kanan. Siapakah mereka berdua?

‘’Hmm,.abang Am, kak Iffa, dah sampai pun. Saja, nak buat mesyuarat tergempar sikit dan nak ajak berbincang pasal smartphone yang bakal dikeluarkan nanti.’’ Encik Zuhaimie berkata sambil menarik kerusi dan mempelawa kami semua duduk. Aku mengambil tempat di sebelah wanita yang dipanggil kak Iffa tadi. Encik Awal pula tak semena‐mena datang menyempit di sebelahku. Rimas aku dibuatnya.

‘’Apa kena mengena kak Iffa dalam hal ni? Wanita di sebelah aku bersuara. Aku turut
menganggukkan kepala tanpa sedar kerana aku juga tiada kaitannya dengan semua ini. Nak buat mesyuarat tergempar ke, mesyuarat terkejut ke, apa perlunya aku di sini?

‘’Alaa..relax la kak Iffa, Mie cuma nak dengar pendapat saja. Kadang‐kadang pendapat kaum-kaum
wanita ni lagi bernas.’’ Encik Zuhaimie bersuara lagi. Mengaku pun kaum wanita ni lagi terror daripada kaum lelaki. Aku berbisik di dalam hati.

"Kita mulakan dengan Izz Zahrah, bagi pendapat sikit untuk smartphone baru ni," mendengar
saja kata‐kata encik Zuhaimie aku sudah mula tercengang. Aku ni guna smartphone pun ke laut lagi. Sekadar nak guna untuk call, mesej, whatssap dan on laman sosial aku pandailah.

"Haa?" respon separa sedar aku sambil memerhatikan wajah‐wajah yang ada di dalam pejabat ini.

"Kalau Izz jadi perancang untuk syarikat smartphone macam syarikat kita ni, apa yang Izz ingin
ketengahkan? Smartphone yang macam mana yang Izz akan keluarkan?" encik Awal pula menyoal aku. Ketika ini aku terasa begitu tertekan sekali. Tiba‐tiba diajak berbincang dengan big bos. Tak pasal‐pasal kena bagi pendapat pula tentang sesuatu yang tak pernah aku kaji.

"Err..negara Malaysia ni agama rasminya adalah agama Islam. Jadi bila nak memberi jenama pun mestilah ada unsur‐unsur keislaman dan haruslah mengetengahkan banyak..." aku kematian kata di situ. Minda terus aku paksa bekerja.

"Banyak?.." encik Zuhaimie mencelah tiba‐tiba. Dahi aku sudah mula berpeluh bila empat pasang mata sudah memandang tepat ke arahku.

" Err..ketengahkan semua yang Islam ajar. Macam privasikan apa saja yang perlu. Contoh kita
buat satu jenama smartphone khas untuk penguna‐penguna yang beragama Islam. Bila ada penguna yang nak memuat naik gambar mereka ke laman sosial dan tak menutup aurat dengan sempurna smartphone tu akan bagi amaran. Time solat smartphone akan bagi peringatan supaya pengguna takkan terlalai," minda aku mula merangka ayat demi ayat. Bibir pula cuba meluahkan semuanya dengan yakin.

"Agaknya apa jenama yang harus kita gunakan?" encik Amri pula menyoal. Wah, nampaknya aku telah diserang dengan soalan demi soalan daripada big bos aku ni.

"Kalau saya diberi kepercayaan untuk memberi nama pada jenama baru ni, saya akan beri nama Kejora," selamba saja aku berkata sambil bibir sudah tersenyum sumbing. Kejora? Hahaha..aku sedang tergelak di dalam hati.

"Cool..okey, awak siapkan proposal. Minggu depan saya nak tengok." mulut aku sudah ternganga tanpa sedar mendengar arahan daripada encik Zuhaimie. Aku menoleh ke arah encik Awal untuk meminta pertolongan. Dia hanya memandang aku tanpa kata. Aku toleh pula ke arah isteri encik Amri. Dia hanya memandang aku dengan bibir terhias dengan senyuman.

Haih! Aku mula nak penasaran. Mampukah aku? Nak buat proposal? Ini bukan bidang aku. Aku
tak pernah ambil kursus ataupun belajar nak buat proposal ni. Ibu, abah, abang Izzhar, kak Ieta,
tolong Has! Aku sudah menjerit di dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan