‐Tahun 1993‐
“Zina! Ianya bukan sahaja dilaknat oleh Allah S.W.T malahan kesannya amat dahsyat sekali!...
Mula‐mula I love you… You love me. Lepas tu syaitan kata marilah ke sini. Apa lagi… Mulalah
bunga‐bunga zina terjadi dan akhirnya terbenihlah anak yang tidak mampu di bin atau di
bintikan di atas nama lelaki durjana kerana anak itu adalah anak luar nikah!”
Sunyi sepi ruangan masjid. Semua jemaah mula menginsafi diri. Teringat anak‐anak mereka di
rumah dan kerisauan mulai terbentuk. Adakah anak‐anak yang dilahirkan dengan
kesempurnaan akal fikiran sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu? Kecut perut ibu‐ibu
yang mendengar dan berdebar‐debar dada sang bapa. Takut sekiranya mereka perlu memikul
rasa malu andai anak perempuan mereka membenihkan anak haram!
“Wahai sekalian ibu dan bapa yang saya hormati dan sayangi. Sedarlah bahawa saat ini kita
bukan lagi berada di zaman dulu. Dulu, kalau kita nakkan anak dara orang. Kita jumpa mak
bapa dia. Kita merisik dan barulah kita menikahi anak mereka. Tapi sekarang… Semuanya
sudah tonggang terbalik. Bukan lelaki yang menginginkan anak kita bertemu dengan kita.
Tetapi kita pula yang perlu bertemu dengan kekasih anak kita, kerana apa?”
Masih sunyi sepi. Tiada seorang jemaah pun yang dapat memberikan jawapan terhadap
persoalan sang ustaz.
“Kerana lelaki tak guna itu telah membuntingkan anak kita. Sedih tak?... Mestilah kita sedih.
Sebab kita dah besarkan anak kita dengan penuh didikan agama, tetapi dia masih sanggup
menconteng arang di muka kita… Di sini saya ingin membacakan terjemahan beberapa potong
ayat Al‐Quran yang berkaitan dengan Zina. “Dan janganlah kamu menghampiri zina.
Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. ﴾Surah
Al‐Israk:Ayat 32﴿”.“Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri‐isteri mereka
atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang
mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. ﴾Surah Al‐Mukminun:Ayat
5‐7﴿”. Allah juga telah menurunkan ayat berkenaan hukuman yang wajib dijatuhkan kepada
kaum lelaki dan wanita yang telah berzina iaitu “Perempuan dan lelaki yang berzina maka
deralah tiap‐tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada
kedua‐duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk ﴾menjalankan﴿ agama Allah, jika kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah ﴾pelaksanaan﴿ hukuman mereka
disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman. ﴾Surah An‐Nur:Ayat 2﴿. Marilah kita
semua memohon agar Allah S.W.T melindungi kita serta seluruh umat Islam yang lainnya dari
perbuatan zina yang dilaknat oleh Allah S.W.T dan ingatlah… Wahai ibu terutamanya,
doakanlah supaya anak‐anak ibu semua dilindungi oleh Allah S.W.T daripada godaan syaitan
yang sememangnya telah bersumpah untuk menyesatkan anak‐anak Adam.”
Di suatu sudut yang paling hujung dan belakang sekali terlihat seorang lelaki tua sedang
mengalirkan air mata. Topik ceramah yang telah dibawa oleh ustaz yang sedang memberikan
kata‐kata akhir begitu tepat mengenai dirinya. Kian laju air matanya mengalir saat mindanya
terimbau peristiwa hitam yang telah meninggalkan kesan ke atas dirinya dan isteri kesayangannya. Sebelas tahun yang lepas segalanya telah berubah. Isterinya tidak lagi mampu untuk keluar bersiar‐siar di kawasan kampung, malahan setiap kali ada jemputan daripada orang kampung yang masih sudi untuk bertegur sapa dan menghormati dirinya jarang sekali isteri kesayangannya itu dapat memenuhinya. Mujur sahaja si penjemput memahami keadaan diri mereka. Andailah masa mampu diputarkan… Pasti sahaja dia akan memisahkan anak tunggalnya yang telah menghilang entah ke mana dengan adik kandungnya yang telah dijemput oleh Allah Yang Berkuasa.
“Tu… Kau nampak tak tu?”
“Siapa?”
“Bekas imam masjid nilah.”
“Oh… Haji Wahab. Jomlah kita bersalaman dengan dia. Kesian aku tengok dia. Tak ada orang
pun nak bertegur sapa dengan dia.”
“Ah! Nak kesian apa! Memang padan pun muka dia tu. Dulu, masa dia jadi imam masjid ni.
Bukan main berlagak lagi dia bagi ceramah dan nasihat dekat orang kampung ni. Jangan buat
tu… Jangan buat ni… Jaga anak, jangan sampai buat maksiat. Tup… Tup… Anak sendiri yang
buat malu. Berzina dengan pak cik sendiri! Padan muka!”
“Ish! Kau ni Murad. Tak baik kau cakap macam tu. Kita ni, tak boleh nak menghukum orang
lain. Mungkin dah memang itu dugaan daripada Allah S.W.T untuk dia. Selalunya Allah S.W.T
akan menduga hambaNya yang beriman kepadaNya dan dugaanNya pula bermacammacam…
Mungkin hari ni hari dia, manalah tahu… Mungkin satu hari nanti kita pula diduga.”
“Ah! Kalau kau nak salam orang tua hina tu! Kau pergilah salam. Aku tak nak! Aku tak nak
tangan aku ni bernajis sebab bersalaman dengan orang hina macam dia tu!”
“Astaghfirullahal azhim. Murad, tak baik…”
“Dah! Cukup, tak payah kau nak nasihat aku. Aku nak balik dulu. Kau pergilah salam dan
bertegur sapa dengan bekas pak imam kita tu. Aku balik dulu.”
Belum sempat Pak Maliki menghabiskan kata‐katanya, Murad sudah mengatur langkah
meninggalkan dirinya. Menggeleng kepala Pak Maliki melihat fiil Murad. Dia sendiri tidak
dapat meneka secara tepat, mengapa begitu sekali temannya itu membenci Haji Wahab.
Sedangkan Haji Wahab tidak pernah pula melakukan apa‐apa kesalahan kepada temannya itu.
Tetapi andai diingatkan peristiwa sebelas tahun yang lepas sewaktu Haji Wahab masih lagi
menjadi orang kuat masjid ini, mungkin perkara itulah yang telah menimbulkan perasaan
dendam di dalam diri Murad. Perkara yang telah menjatuhkan aib ke atas temannya itu. Anak
perempuan Murad ditangkap berkhalwat dan pastilah Haji Wahab yang telah menangkap
pasangan remaja itu. Pada pengiraan Pak Maliki, mungkin itulah sebab utama mengapa Murad
begitu mendendami dan membenci Haji Wahab.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Jawab Haji Wahab dan cepat sahaja dia mengesat genangan air mata di tabir matanya. Genangan itu hadir kerana telinganya begitu jelas mendengar kata‐kata cacian dan penghinaan si pengganding bicara lelaki yang baru sahaja memberikan salam kepadanya.
Tangan dihulurkan dan cepat sahaja disambut oleh Haji Wahab.
“Haji sihat?”
“Alhamdulillah sihat.”
Sunyi seketika dan langkah masih tetap jua diatur.
“Haji, saya nak minta maaf… Andai Haji terdengar apa yang dikatakan oleh Murad tadi.”
Haji Wahab cuba mengukirkan senyuman. Walaupun payah tetap jua diusahakan.
“Tak apa. Saya dah lali dengan kata‐kata seperti itu. Telinga saya ni dah tebal… Dah tak ada
rasa apa.”
Sesungguhnya kata‐kata itu bukanlah seperti apa yang sedang dideritai oleh hati Haji Wahab
saat ini. Sungguh! Hatinya menjadi sedih dan pedih setiap kali mendengar kata‐kata cacian
serta penghinaan daripada bukan sahaja Murad, malahan orang kampung lainnya.
“Setiap kata‐kata penghinaan dan cacian daripada sesiapa sahaja… Akan saya terima, andai
itulah yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T ke atas diri saya dan isteri serta cucu saya yang
seorang tu. Allah S.W.T akan mengirimkan dugaan kepada hamba‐hambaNya yang layak. Saya
berharap, saya mampu untuk mengharungi setiap dugaan yang telah dikirimkan oleh Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Dan harapan saya cuma satu…”
Terhenti seketika bicara Haji Wahab dan jari jemari tuanya sekali lagi menyeka titisan permata
yang hadir. Sebak Pak Maliki melihat kesedihan lelaki di sisinya ini. Dia tahu pasti lelaki itu
sedang bergelut dengan perasaan sedih di hatinya.
“Harapan saya… Agar saya mampu untuk memaafkan setiap dosa yang telah dilakukan oleh
mereka yang kurang ilmu agamanya dan kurang arif tentang perihal dosa dan pahala.
Kejahilan yang menyebabkan mereka begitu tegar menghukum saya dan isteri. Oleh itu, saya
sentiasa berdoa agar saya mampu mengikhlaskan hati saya untuk memaafi diri mereka.”
Pak Maliki bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang didengarinya. Tidak disangkanya
begitu suci dan bersih sekali hati lelaki yang sedang tersenyum ini. Biarpun senyuman itu tidak
mekar, namun Pak Maliki yakin ianya ikhlas.
Kanak‐kanak perempuan itu sedang khusyuk membaca buku yang sedang dipegangnya.
Namun sekali‐sekala dia meraba dan menekan perutnya perlahan agar dapat menyekat rasa
lapar dari terus bermaharajalela. Semenjak menjejakkan kaki di sekolah ini hanya sekali sahaja
dia pernah pergi ke kantin pada waktu rehat. Namun setelah peristiwa empat tahun yang
lepas, dia menjadi serik! Serik untuk berada di kantin itu dan dikerumuni oleh manusiamanusia
yang tiada belas kasihan sehingga sanggup menghina dan mencaci dirinya. Bukan setakat itu sahaja, malahan nasi lemak yang sedang dipegangnya turut dirampas oleh seorang budak lelaki yang pada pengiraannya jauh lebih tua daripada usianya yang waktu itu baru berusia tujuh tahun. Tumpah lagi air matanya. Kesedihan bersorak dapat menghujani tangisannya. Pada awalnya dia berasa begitu gembira saat pertama kali melangkah masuk ke kawasan sekolah ini. Pada fikirannya zaman gelap sewaktu berada di sekolah tadika sudah berakhir. Dia yakin setelah menyarung pakaian sekolah rendah, pasti akan ada perubahan yang akan menanti. Pasti rakan‐rakan di sekolah barunya ini akan sudi berkawan dan bertegur sapa dengannya. Dia juga yakin tiada lagi si pembuli yang akan membulinya dan mengungki-tungkit tentang status binti yang berada di hujung namanya. Andai dahulu dia tidak berapa mengerti dan hanya menangis ketika diejek oleh rakan‐rakan sepermainan, malahan sewaktu orang yang jauh lebih tua daripadanya menghina dan mencaci dirinya… Dia hanya mampu mendiamkan diri dan terus mengalirkan air mata. Hanya fizikalnya sahaja yang mampu
memberikan tindak balas di atas kata‐kata yang begitu kejam dipanahkan ke tubuh kecilnya.
Tetapi semakin usianya melangkah ke hadapan, dia semakin mengerti mengapa dan kenapa
dirinya dibenci dan sering kali dijauhi oleh orang‐orang sekelilingnya.
“Boleh saya duduk dekat sini?”
Terlepas buku yangku pegang.
“Maaf, kalau saya buat awak terkejut.”
Aku mengalihkan pandangan mataku ke arah kanak‐kanak perempuan yangku yakini seusia
denganku. Dia tidak seperti diriku, bertudung. Rambutnya diikat satu.
“Ni, buku awak.”
Aku mengambil apa yang dihulurkan. Buat pertama kalinya setelah menjadi teman setia
perpustakaan ini setiap kali waktu rehat, inilah kali pertama ada insan yang sudi menegur dan
menghampiri diriku.
“Boleh saya duduk dekat sini?”
“Boleh. Tapi… Awak tak kisah ke?”
“Kenapa pulak saya nak kisah?”
Aku terdiam. Tidak tahu untuk menjawab apa. Mindaku mula berputar. Memikirkan mungkinkah budak perempuan ini baru sahaja berpindah ke sekolah ini? Seingat aku, aku tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini. Dan kalaulah dia sudah lama bersekolah di sini, masakan dia tidak tahu siapakah aku yang sebenarnya? Mana mungkin dia sudi untuk menghampiri apatah lagi bertegur sapa denganku.
“Awak tak jawab lagi soalan saya. Kenapa pulak saya nak kena kisah?”
Aku masih kaku. Tidak tahu untuk berkata apa.
“Awak ni peliklah. Kenapa awak diam je?”
“Tak… Tak ada apa‐apa. Awak budak baru di sekolah ni ke?”
“Haah. Saya baru je pindah ke sekolah ni. Sebab papa saya kena pindah kerja dekat sini. Awak
darjah berapa?”
“Saya… Saya darjah lima.”
“Eh! Samalah. Saya pun darjah lima jugak. Awak kelas apa?”
“Saya kelas Lima Amanah.”
“Betul ke? Bestnya!!! Saya pun kelas Lima Amanah jugak. Seronoknya!”
Terlihat kegembiraan diluahkan melalui intonasi dan ekspresi wajahnya. Sungguh! Inilah kali
pertama dalam hidupku aku dapat melihat kegembiraan terukir di wajah insan lain sewaktu
bersembang dan berbual bicara denganku. Namun… Adakah kegembiraan itu akan
berpanjangan seandainya dia tahu siapakah aku pada pandangan rakan sekelas kami nanti?
“Dalam kelas awak duduk dengan siapa?”
“Saya?”
“Yelah. Awaklah. Awak duduk dengan siapa?”
“Emm… Saya duduk seorang je.”
“Maksud awak, meja sebelah awak tu kosong?”
Aku mengangguk perlahan. Kesedihan mulai menyusup kembali ke hatiku. Saban tahun aku
bersekolah di sini, tiada seorang pun yang sudi untuk duduk di sebelahku. Mungkin perasaan
jijik itulah penyebabnya.
“Baguslah kalau macam tu.”
Terkejut aku mendengar kata‐kata itu. Mengapa harus budak perempuan ini berkata begitu?
Tahukah dirinya betapa menderitanya aku? Setiap kali melihat rakan sekelas menyembang dan
berbincang perihal pelajaran mahupun permainan, pasti hatiku terusik. Tiada sesiapa pun yang
sudi untuk berbincang denganku mengenai apa pun dan setiap kali ada perbincangan
kumpulan pasti aku disisihkan.
“Kenapa awak cakap macam tu?”
Begitu sayu aku meluahkan apa yang terselindung di balik hatiku.
“Sebab saya nak duduk sebelah awak. Boleh?”
Membulat mataku. Terbang jauh kesedihan dan kini debaran tanda kegembiraan mulai
memercikkan bunga‐bunga rasanya.
“Betul ke awak nak duduk dengan saya?”
“Betullah. Tapi… Itu pun kalau awak bagilah.”
“Boleh. Boleh. Awak boleh duduk dengan saya. Mana beg awak?”
Laju aku menjawab sambil mengutarakan persoalan. Hatiku begitu teruja.
“Ada. Dalam kelas. Nanti saya alihkan dekat kerusi sebelah awak okey.”
Tersenyum lebar aku. Kegembiraan begituku rasai saat ini. Akhirnya setelah lima tahun
menghuni sekolah ini, aku berteman. Ada insan yang sudi menyembang malahan duduk
bersebelahan denganku. Syukurku pada Allah S.W.T tidakku lupakan, kerana itulah pesan walid
wan dan umi tukku.
“Eh. Lupa pulak saya nak beritahu awak nama saya. Saya Mashitah. Awak?”
“Saya Balkis!”
Begitu bangga aku menyebut nama yang telah diberikan oleh walid wan dan umi tuk.
“Umi tuk… Umi tuk. Ooo… Umi tuk.”
Aku terus berlari‐lari mendapatkan umi tuk di dapur.
“Ye sayang.”
Lembut umi tuk membalas sambil mencium dahiku. Itulah kebiasaan yang akan dilakukan oleh
umi tuk sepulangnya aku dari sekolah.
“Eh. Lupa pulak nak salam.”
Aku tersenyum sambil menghulurkan jari jemari dan disambut oleh umi tuk. Aku mencium
perlahan jari jemari itu.
“Umi tuk. Umi tuk tahu tak hari ni Balkis gembira sangat.”
Mana mungkin Hajah Faaidah tidak perasaan akan perihal itu. Melihat senyuman di bibir
cucunya yang seorang ini sewaktu mendapatkannya sebentar tadi sudah cukup menguatkan
hatinya pasti ada perkara yang menggembirakan hati insan kesayangannya ini.
“Umi tuk tahu Balkis tengah gembira sangat sekarang. Tapi, umi tuk tak tahu kenapa? Nak
katakan Balkis dapat nombor satu lagi… Balkis belum ambil ujiankan?”
“Bukanlah umi tuk. Bukan sebab nombor satu ke apa. Tapi, ada perkara yang lebih penting
daripada tu.”
“Perkara yang lebih penting daripada tu? Apa lagi yang lebih penting daripada lulus dengan
cemerlang dalam pelajaran? Bukan ke Balkis selalu beritahu umi tuk dan walid wan yang Balkis
hanya mahukan nombor satu dalam pelajaran? Balkis dah lupa?”
“Balkis tak lupa dan Balkis sentiasa dapat nombor satukan?”
“Tu umi tuk tahu. Tapi, tadi Balkis kata ada perkara yang lebih penting. Apa dia?”
Hajah Faaidah sudahpun membuka tudung yang menutupi rambut cucunya ini.
“Hari ni Balkis dapat kawan, umi tuk. Ada orang yang sudi nak bersembang dan duduk dekat
sebelah Balkis. Balkis gembira sangat. Gembira!”
Pantas aku memeluk erat tubuh tua milik umi tukku.
Hampir gugur air mata Hajah Faaidah mendengar pengakuan Balkis. Dia sedar betapa selama
ini cucunya menginginkan seseorang yang ingin dijadikan kawan untuk bersembang dan
bermain. Dia tahu akan keinginan seorang kanak‐kanak kerana dia juga pernah melalui zaman
itu. Zaman yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa dan keriangan. Tetapi… Apa yang dirasai oleh
insan yang masih kuat memeluk tubuhnya saat ini begitu kelam sekali. Tiada warna ceria yang
mengiringi zaman kanak‐kanaknya, yang ada hanyalah kegelapan dan kesengsaraan.
“Kenapa umi tuk diam je?”
Cepat Hajah Faaidah mengelap titisan permata yang gugur di pipinya. Dia tidak mahu
kegembiraan yang sedang dirasai oleh cucunya saat ini rosak setelah melihat air mata yang
masih berbekas di pipi. Begitu kuat dia mengelap pipinya. Khuatir andai tangisannya masih
bersisa.
“Umi tuk gembira sangat sebab cucu umi tuk yang comel ni sedang berasa gembira. Siapa
nama kawan Balkis tu?”
Hajah Faaidah melepaskan pelukan dan melihat tepat ke sepasang mata yang sedang bersinar
kegembiraan. Ternyata cucunya ini begitu riang sekali.
“Nama dia Mashitah. Dia baik umi tuk. Dia sudi nak sembang dengan Balkis dan yang paling
seronok sekali sebab Mashitah sudi duduk sebelah Balkis. Balkis dah tak duduk seorangseorang
dah. Balkis dah ada kawan.”
“Sedap nama tu. Kawan Balkis tu duduk mana?”
“Emm… Itu Balkis lupa pulak nak tanya.”
Aku menggaru‐garukan kepalaku yang tidak gatal. Umi tuk tersenyum melihat telatahku.
“Tak apa. Esok Balkis tanya dia ya. Sekarang ni, Balkis pergi cari walid wan dan panggil walid
wan untuk makan sama‐sama dengan kita. Kejap lagi Balkis nak bersiap ke sekolah agama lagi.
Nanti lambat pulak.”
“Okey. Balkis panggil walid wan dulu ya.”
Aku pantas meninggalkan umi tuk dan keluar semula mencari walid wan. Pada kebiasaannya
walid wan akan memberikan makanan kepada kucing di luar rumah setelah mengambil aku
dari sekolah. Tetapi tidak untuk hari ini. Aku melihat walid wan sedang berbual mesra dengan
seorang lelaki yang kelihatan lebih muda daripada walid wan. Aku masuk semula ke rumah
dan mengambil tudung bagi menutupi auratku. Aurat seorang wanita daripada hujung rambut
sehingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan. Itulah yang sering diingatkan oleh
umi tuk dan walid wan.
“Assalamualaikum. Walid wan, umi tuk panggil balik.”
Salamku hulurkan dan pesanan daripada umi tuk telahku khabarkan.
“Waalaikumussalam. Lah... Balkis. Baiklah, kejap lagi walid wan balik ya.”
“Tapi… Umi tuk suruh balik sekarang. Sebab umi tuk, takut nanti Balkis lambat ke sekolah
agama.”
“Yelah. Yelah, jom. Tapi… Ucapkan salam dulu pada Pak Cik Ishak.”
“Assalamualaikum, pak cik.”
“Waalaikumussalam. Cucu pak cik ke?”
“Haah. Inilah satu‐satunya cucu saya. Namanya Balkis.”
Aku tersenyum dan menundukkan wajah.
“Baik budaknya. Tak macam anak saya, nakal. Mengalahkan abangnya.”
Terdengar tawa daripada Pak Cik Ishak dan tawanya disambut senang oleh walid wan. Seingat
aku sudah lama walid wan tidak bersembang senang seperti ini dengan mana‐mana orang
kampung dan pak cik ini… Wajahnya begitu janggal di penglihatanku. Orang barukah dia di
kampung ini?
“Papa! Tengok adik ni…”
Terlihat seorang remaja lelaki sedang menerkam ke arah pak cik di hadapanku ini. Teriakan
remaja lelaki itu telah menarik perhatianku sehingga menyebabkan mataku bertembung
dengan sepasang mata milik remaja lelaki itu. Rasa malu menyebabkan aku menundukkan
semula wajahku.
“Ha! Dapat pun abang. Sekarang ni giliran abang pulak.”
“Tak naklah. Abang penatlah. Tak nak mainlah!”
“Alah… Abang bukannya sekolah pun tadi. Nak penat apa?”
“Abang kata. Abang tak nak main. Tak nak mainlah.”
Kemudian perbualan terhenti seketika dan terdengar selepas itu teguran daripada papa
mereka yang mengkehendaki agar mereka menghentikan pertelingkahan.
“Abang pandang siapa tu?”
Terkejut aku mendengar soalan itu. Adakah aku yang menjadi bahan renungan remaja lelaki
itu?
“Eh! Balkis! Awak Balkis kan?”
Terasa tubuhku digoncang perlahan. Aku tersenyum melihat Mashitah yang berdiri di
hadapanku.
“Mashitah kenal Balkis?”
Soal Pak Cik Ishak kepada anak perempuannya.
“Kenal. Satu kelas dengan Balkis. Mashitah duduk sebelah Balkis tau papa dalam kelas.”
“Ya ke Balkis?”
“Betul walid wan.”
Aku tersenyum dan walid wan kian lebar senyumannya. Mungkin hati tuanya sedang bersyukur
kerana akhirnya ada juga insan yang sudi berteman denganku.
“Alhamdulillah.”
Syukur terluah di bibir walid wan.
“Eh! Balkis, awak duduk mana?”
“Tu…”
Aku menunjukkan rumah walid wan.
“Maknanya kita berjiranlahkan.”
“Awak nak duduk sini ke?”
Soalku bagaikan tidak percaya. Setahu aku sudah hampir empat tahun rumah sewa walid wan
ini tidak mahu disewakan kepada sesiapa. Sebelum ini ada juga yang bertanya, tetapi walid
wan tidak tergerak hati untuk menyewakannya. Mungkin perselisihan faham dengan penyewa
sebelum ini yang bermulut dan berhati jahat menyebabkan walid wan menjadi serik. Tetapi
tidak dengan keluarga Mashitah, walid wan ternyata senang menerima mereka sebagai
penyewa dan jiran yang baru.
“Mama mana?”
Soal Pak Cik Ishak.
“Mama dalam tandas.”
Jawab abang Mashitah.
“Mashitah. Awak duduk sinikan?”
Aku bertanya sekali lagi kerana Mashitah tidak menjawab persoalanku.
“Haah. Kami sekeluarga akan duduk di sini. Petang ni kami akan pindah.”
Terkejut aku. Bukan Mashitah yang menjawabnya tetapi abangnya yang begitu ringan mulut
menuturkan tiap patah kata sebagai kesempurnaan bicara yang membentuk jawapan yangku
ingini.
“Abang ni sebuk je. Awak tak payah layan abang kita ni.”
Mashitah mengejek abangnya.
“Balkis boleh panggil saya, Abang Fikri.”
“Eii… Tak malulah abang ni. Siapa entah tanya nama dia.”
Mashitah masih belum puas menyakat abangnya dan ternyata telatah adik beradik ini mampu
mengundang tawa kecil dariku. Tawa yang terdengar itu disambung oleh walid wan. Aku tahu
seandainya aku gembira pasti walid wan menyedarinya dan kegembiraan itu jugalah yang akan
menyelubungi dirinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan