Pagi‐pagi lagi Dr. Karim telah mengarahkan para pekerja untuk berkumpul di bilik mesyuarat. Ada beberapa perkara yang hendak dibangkit dan dibincangkan bersama.
“Assalamualaikum.”
Pembuka bicara. Sambil mengucapkan salam senyuman terukir di bibir Dr. Karim.
“Semua dah berkumpulkan?”
Entah kepada siapa ditujukan soalan itu aku sendiri tidak tahu. Tetapi oleh kerana pandangan
matanya terarah kepadaku, makaku ringankan mulut untuk bersuara.
“Semua dah ada Dr.”
Jelas aku memberikan jawapan.
“Baiklah. Kalau semua dah ada, saya akan mulakan mesyuarat sekarang dan akan cuba mengadakan mesyuarat ini sesingkat yang mungkin. Saya tahu pekerja‐pekerja saya ni semuanya sibuk‐sibuk belaka.”
Sempat lagi ketuaku ini menyisipkan pujian kepada kesemua penghuni bilik mesyuarat ini. Apa lagi tersenyum kembanglah semuanya.
“Saya rasa semuanya telah sedia maklumat bahawa syarikat kita telah menerima beberapa jemputan serta tawaran untuk mengadakan sesi ceramah dan motivasi di beberapa buah syarikat swasta dan juga di sekolah‐sekolah menengah di sekitar ibu kota.”
“Alhamdulillah.”
Laju Ustaz Zhuhair mengucapkan syukur. Bukan setakat dirinya malahan ungkapan yang sama turut terlahir di hatiku.
“Quotation telah diberikan oleh pihak syarikat kepada mereka yang berkenaan. Terdapat beberapa buah syarikat dan sekolah yang telah memberikan kata putus untuk mendapatkan khidmat daripada kita. Selebihnya masih dalam pertimbangan dan perbincangan. Saya telah memeriksa jadual anda semua dan saya dapati ada di antara anda semua yang sudah begitu padat jadualnya.”
Kata‐kata Dr. Karim terhenti di situ. Semua mata memandang ke arah lelaki yang bermisai nipis itu.
“Saya dah buat keputusan untuk menghantar Dr. Balkis dan Dr. Adiib untuk memenuhi undangan di tiga buah sekolah di sekitar ibu kota.”
“Aku dan Dr. Adiib?”
Soalan terpacul di hati? Seingatku setiap kali ada undangan di mana‐mana sekolah pun pasti aku dan Ustaz Zhuhair yang akan dihantar. Tetapi kali ini mengapa pula Dr. baru ini yang dipilih?
“Bukan selalunya saya dengan Dr. Balkis ke akan dihantar?”
Selamba Ustaz Zhuhair bertanya. Nampaknya persoalan yang diluahkan oleh hatiku sebentar tadi turut difikirkan oleh lelaki yang sedang menantikan jawapan daripada Dr. Karim.
“Ya. Kebiasaannya memang itu yang kita lakukan. Tapi, itu dulu. Sebelum Dr. Adiib menyertai
syraikat kita. Mengikut pengamatan saya, ada baiknya kita berikan peluang kepada orang baru untuk menambahkan pengalamannya di dalam syarikat kita. Lagipun saya yakin Dr. Balkis mampu memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada Dr. Adiib.”
Aku sekadar tersenyum. Dr. Adiib pula diam tanpa suara.
“Ustaz Zhuhair.”
Lembut Dr. Karim memanggil lelaki yang sudah sedikit berubah riak wajahnya saat ini.
“Ustaz jangan salah faham. Saya menggantikan tempat ustaz dengan Dr. Adiib, bukan bermakna ustaz tidak lagi berkelayakan. Tetapi, kerana saya akan menggandingkan ustaz dengan Ustazah Miskah dan juga En. Ridhuan untuk memenuhi empat buah jemputan di syarikat‐syarikat swasta yang turut berlokasi di ibu kota. Kali ini Ustaz Zhuhair yang akan mengetuai kesemua sesi motivasi dan ceramah itu nanti.”
Saat mendengar kata‐kata akhir daripada Dr. Karim itu, terus sahaja Ustaz Zhuhair mengukirkan senyuman selebar alam. Di pihak Ustazah Miskah dan En. Ridhuan pula mereka menerima kata putus itu dengan hati terbuka.
“Maklumat lanjut mengenai kesemua program itu, akan saya serahkan kepada anda semua selepas lunch hour nanti. Ada apa‐apa pertanyaan lagi?”
Semuanya diam membisu dan ada juga yang menggelengkan kepala tanda ‘tak ada apa‐apa lagi pertanyaan’.
“Baiklah. Kalau semua sudah jelas. Kita boleh bersurai sekarang.”
Cepat sahaja semuanya bangkit. Aku pula terus melangkah laju ke arah bilikku. Ada banyak lagi kerja tertangguh yang perluku selesaikan dengan kadar segera.
Hampir setengah hari aku mengurung diriku di dalam bilik pejabat. Kesibukan yang amat sangat melupakan aku akan perihal makan tengah hari. Hanya setelah teringatkan yang diri ini masih lagi belum menunaikan Solat Zohor, aku pantas keluar dari ruang bilik pejabat yang masih berselerak dengan timbunan fail clientku di atas meja. Tidak sempat untukku susun semula ke kedudukan asalnya.
Niat untuk kembali semula ke bilikku seusai solat, ku bantutkan akibat rasa lapar yang tidak tertahan lagi perluku ambil perhatian. Bagiku cukuplah dengan secawan Milo panas. Maka kakiku lencongkan ke arah pantry.
“Eh! Mak Cik Tina. Ingatkan tak ada orang tadi dekat pantry ni.”
Ramah aku menegur. Namun, tiada sahutan daripada Mak Cik Tina.
“Pelik.”
Detik hatiku.
“Mak cik.”
Aku menyentuh bahu wanita yang masih menumpukan perhatiannya ke arah cawan yang sedang dibasuhnya di singki.
“Mak cik.”
Kali ini bersama panggilan itu aku memusingkan tubuhnya. Aku dapat rasakan bagai ada yang tidak kena dengan Mak Cik Tina saat ini. Kebiasaannya pantang diriku dilihatnya, riuh mulut tuanya bertanya itu dan ini.
“Astaghfirullahal azhim. Kenapa ni mak cik?”
Tekejut aku melihat kesan lebam di muka Mak Cik Tina dan mata wanita tua ini sudahpun
membengkak.
“Kenapa boleh jadi macam ni mak cik?”
Tiada jawapan yangku terima. Tangisan Mak Cik Tina pula sudah mula menampakkan dirinya. Aku pantas membawa wanita yangku yakini sedang meyimpan kisah duka di hatinya ini duduk di sebuah kerusi dan aku pula mengambil tempat bersebelahan dengannya. Jari jemarinya sudahpun berada di dalam genggamanku. Aku tahu, saat ini Mak Cik Tina memerlukan sedikit kekuatan untuk disalurkan ke dalam dirinya agar mampu untuknya menceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku.
“Kenapa ni Mak Cik Tina?”
Kuulangi soalan yang sama.
“Tak ada apa‐apa.”
Perlahan dan bergetar suara Mak Cik Tina akibat tangisan.
“Kalau tak ada apa‐apa kenapa muka mak cik lebam? Mata tu pulak bengkak. Macam baru lepas kena tumbuk je saya tengok.”
Perlahanku sentuh lebam di wajah wanita yang kian tingkat tangisannya.
“Mak cik… Mak cik terjatuh tadi.”
“Terjatuh? Dekat mana?”
Sengaja mahuku lihat, sejauh manakah wanita ini mampu mereka sebuah cerita yang sudahku tahu akan kesahihannya.
“Mak cik jatuh dekat… Dekat…”
“Mak cik. Kalau orang lain, mungkin mak cik boleh tipu. Tapi bukan saya. Saya dah lama kenal mak cik, lebih daripada orang lain. Anak mak cik buat hal lagi ke?”
Tanpaku duga Mak Cik Tina memeluk tubuhku. Kuat pelukannya bagaikan ingin memberitahuku betapa saat ini dirinya sangat menderita dan tangisan yang tadinya kian meningkat kini sudah bertukar tsunami air mata. Terenjut‐enjut bahunya. Bergenang air mataku berhadapan dengan situasi ini.
“Sabar mak cik. Sabar.”
Perlahanku usap belakang tubuh wanita yang masih tidak mahu menceritakan apa‐apa. Hanya
tangisannya sahaja sudah memaklumkan kepadaku betapa hatinya bagaikan sudah lunyai ditumbuk derita dan sengsara. Setelah hampir setengah jam, barulah Mak Cik Tina sedikit demi sedikit mampu untuk mengawal emosinya. Pelukan dileraikannya dan tangisan yang masih berjuraian cuba diseka. Namun tidak mampu untuk wanita di hadapanku ini memandang ke arahku, pandangannya tetap sahaja ke muka lantai.
“Kalau mak cik, tak nak cerita apa‐apa dekat saya. Saya faham dan saya tak akan mendesak. Cuma… Kalau mak cik rasakan yang mak cik perlukan teman, mungkin mak cik boleh jadikan saya sebagai teman tu.”
Terdengar semula esakan yang tadinya sudah mulai membisu. Aku tahu, hati Mak cik Tina menjadi sayu mendengar kata‐kataku. Tetapi, sungguh! Itulah kata‐kata yang terlahir dari hatiku. Aku ikhlas mengungkapkan setiap patah kata untuk membetuk bicaraku sebentar tadi.
“Dr…”
Namaku dipanggil perlahan. Satu petanda baik. Menandakan yang sebentar lagi Mak Cik Tina sedia berkongsi dukanya denganku.
“Dr., kenapa anak mak cik sanggup buat macam ni dekat mak cik?”
Seperti biasa. Jangkaanku tepat sekali. Perihal anaknya jugalah penyebab duka Mak Cik Tina kali ini. Cuma aku tidak pasti siapakah pembuat angkaranya. Anak sulung ataukah anak keduanya? Yang pasti, bukan anak bongsunya. Kerana itulah satu‐satunya anak yang banyak menabur bakti kepada wanita yang masih mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa yang masih tersimpan di dada.
“Anak sulung mak cik buat perangai lagi ke?”
Sengajaku serkap jarang. Gelengan diberikan.
“Habis tu… Anak kedua mak cik?”
Juraian air mata lebat semula. Jelaslah tekaan keduaku ini tepat. Aku mengenggam semula jari jemari tua ini.
“Tak apa. Mak cik boleh ambil masa. Bertenang mak cik.”
Sebentar suasana membisu antara kami. Jalinan jari jemari kianku ketatkan sebagai petanda aliran semangat masihku salurkan kepada wanita yang masih rapuh jiwanya.
“Semalam…”
Aku masih menanti dengan penuh sabar. Tiada sedikit desakan pun ku berikan.
“Semalam. Anak tak guna tu balik rumah…”
Biarpun perkataan ‘anak tak guna’ diungkapkan, namun jelas yang hatinya tidak rela memanggil anak kandungnya dengan perkataan itu. Air mata yang kian laju bukti ketidakrelaannya itu.
“Dia mengamuk. Habis satu rumah diselerakkannya. Masa tu mak cik tinggal seorang diri. Mak cik tanya baik‐baik dengan dia, dia nak apa? Dahlah lama tak jenguk mak cik. Tiba‐tiba balik mengamuk macam orang tak betul…”
“Sabar mak cik. Sabar…”
Aku mengesat air mata Mak Cik Tina yang tidak menampakkan tanda mahu berhenti.
“Mak cik dah penat nak bersabar… Dr. tahu kenapa anak tak guna tu selerakkan barang-barang dekat rumah tu?”
Aku menggelengkan kepala.
“Sebab mak cik tak bagi dia duit.”
“Dia minta duit mak cik lagi? Kalah judi lagi ke?”
Aku sekadar mengagak. Menurut cerita Mak Cik Tina sebelum ini, anak keduanya sering sahaja
bermain judi dan setiap kali nasib malang menyebelahinya sehingga gagal dalam permainan
haram itu maka Mak Cik Tina akan dicarinya. Duit diminta, andai wanita di hadapanku ini tidak
memenuhi kemahuannya habis disepak terajang ibu kandungnya ini seperti binatang. Hanya
anak bongsunya sahajalah yang sering menjadi perisai buat Mak Cik Tina. Namun ternyata
kecelakaan berpihak kepada Mak Cik Tina semalam. Saat anak bongsunya itu tiada di rumah,
di waktu itulah anak yang tidak kenal erti dosa dan pahala itu datang untuk menjalankan
rancangannya. Merompak ibu sendiri!
“Tapi, hari tu… Mak cik beritahu saya dah dua tahunkan dia tak pulang ke rumah.”
“Lebih baik dia tak payah pulang ke rumah untuk selama‐lamanya. Dari hidup menyusahkan
orang. Lebih baik mati!”
“Astaghfirullahal azhim. Mak cik… Tolong jangan ungkapkan kata‐kata seperti itu lagi. Saya
takut kerana kata‐kata itulah yang akan membawa anak mak cik terus ke neraka. Tolonglah,
mak cik…”
Tangisan Mak Cik Tina bermaharajalela semula. Ku kembalikan wanita malang ini ke dalam
pelukanku. Erat pelukanku berserta usapanku harapkan mampu menenangkan jiwanya yang
diadukkan dengan rasa sedih, kecewa, derita dan juga sengsara.
“Mak cik dah tak sanggup lagi nak tahan semua ni. Bukan niat mak cik nak sumpah seranah dia
Dr… Tapi apa yang dia buat dekat mak cik semalam memang kalau nak diikutkan hati yang
dah hancur ni, tak mampu untuk mak cik memaafkannya. Dia sepak terajang, tampar dan
tumbuk muka mak cik sampai berdarah sebab tak nak bagi dia duit. Bukannya mak cik tak nak
bagi… Tapi mak cik betul‐betul dah tak duit. Hanya kepada anak bongsu mak cik jelah mak cik
bergantung harap sekarang ni.”
“Saya faham. Saya mengerti apa yang mak cik lalui saat ini. Tapi… Jangan lupa sesuatu mak cik.
Allah S.W.T itu sentiasa ada di mana dan bila saat pun kita perlukanNya. Jangan sesekali kita
berpaling dariNya. Nescaya Allah S.W.T akan turut berpaling daripada kita dan apabila kita
sentiasa mengingatiNya, maka Allah S.W.T akan turut mengingati kita.”
Pelukan yang erat kianku kejapkan dan usapan masihku teruskan sehingga saat titisan air mata
terakhir gugur dan membisukan sendu wanita yang benar‐benar diduga dengan hebat sekali
oleh Allah Yang Maha Esa.
Sepasang mata dan telinga melihat serta mendengar segala luahan derita dan sengsara
seorang wanita yang usianya sudah melangkau ke usia senja. Namun, bukan hanya linangan
air mata dan kesedihan yang menarik perhatian seorang lelaki yang sedang memandang tepat
ke arah dua orang wanita yang masih berpelukan itu. Seorang rapuh hatinya dan seorang lagi
kental jiwanya. Ya! Bagi lelaki ini Balkis sememangnya kental dan kuat semangatnya. Biarpun
cerita kehidupan Mak Cik Tina begitu menyayat hati, namun wanita bergelar Dr. itu tetap cuba
sedaya upaya untuk menahan tangisannya. Andai air mata Balkis gugur cepat sahaja
dikesatnya agar tidak terlihat oleh Mak Cik Tina. Dia tahu mengapa wanita yang muda
daripadanya itu cuba untuk tidak mempertontonkan kesedihannya. Semuanya kerana dia tidak
mahu tampak lemah di mata Mak Cik Tina. Andai dirinya lemah, bagaimana mungkin dia
mampu untuk menyalurkan kekuatan kepada wanita tua itu. Semakin lama lelaki ini
memerhatikan Balkis, semakin dia yakin wanita ini mempunyai keistimewaan dan kekuatan
yang mewakili dirinya.
Saat melihat terlerainya pelukan di antara Balkis dan Mak Cik Tina cepat sahaja lelaki itu
melangkah pergi. Dia tidak mahu ada sesiapa yang menyedari akan kehadirannya di situ.
Mungkin keadaan Mak Cik Tina ketika ini lebih tenang. Saat aku berpisah dengannya di pantry
sejam yang lalu, dia sudah mampu untuk menghentikan tangisannya. Sendunya juga sudah
dapat dibisukan. Namun keadaan terbalik pula kepada diriku. Sehingga ke saat ini air mataku
masih mengalir laju mengenangkan nasib wanita yang kian dimamah usia itu ditimpa dan
ditindan dengan pelbagai dugaan sehingga membawanya kepada kesengsaraan.
Mak Cik Tina… Wanita ini begitu mulia hatinya. Sekejam dan sejahat manapun anak‐anaknya
akan diberikan kemaafan jua. Biarpun kadangkala mulutnya terlanjur mengungkapkan katakata
seranah yang boleh membawa kepada satu doa, tetapi jauh di sanubari keibuannya dia
sudah memaafi kekejaman yang dilakukan oleh kedua‐dua anaknya itu. Kata syukur juga tidak
dilupakan kerana Allah S.W.T menganugerahkan seorang anak yang begitu menyayangi dan
menghormati dirinya. Anak bongsunya itu tidak pernah kenal erti penat memujuk, mengasihi
malahan sedaya upaya mencukupi keperluan Mak Cik Tina.
Andai diteliti secara mendalam apa yang berlaku ke atas diri Mak Cik Tina dan juga diriku,
sebenarnya kami mempunyai kaitan yang sama. Derita dan sengsara yang kami lalui mungkin
jua sama rasanya, apa yang berbeza adalah jalan ceritanya. Andai kekecewaan dan
kesengsaraan yang mengundangkan air mata di wajah Mak Cik Tina disebabkan oleh keduadua
anaknya yang tidak pernah mahu untuk menghargai dan menerima kehadirannya di bumi
Allah S.W.T ini. Tetapi tangisan yang sering menangisi diriku pula menandakan kesengsaraan
sentiasa sahaja menghimpit jiwaku yang berpunca daripada seorang wanita yang bergelar ibu.
Wanita yang sepatutnya melahirkan diriku di dalam keadaan yang begitu mulia telah
menzalimi diriku dengan ‘menghadiahkan’ gelaran anak sumbang mahram ke atas diriku.
Gelaran itu telah dijaja ke seluruh pelosok kampung dan akhirnya aku sentiasa dilukai jiwa
serta hatiku dengan kata‐kata cacian dan penghinaan. Andai Mak Cik Tina beruntung kerana
memiliki anak bongsunya sebagai penawar duka, aku pula mempunyai walid wan dan umi tuk
yang sering menemani serta memberikan kata‐kata semangat sehingga akhirnya aku mampu
menjadi penawar kepada diriku sendiri.
“Walid wan… Umi tuk…”
Ku sebut nama kedua insan yang amatku rindui itu. Ya! Aku rindukan mereka. Andailah mereka
ada di sisiku saat ini, pasti sahaja umi tuk terutamanya akan membelai dan memujuk diriku.
Tapi kini aku begitu jauh dengan kasih sayang dan perhatian mereka.
Aku pantas menoleh ke arah jam yang sedangku gayakan di pergelangan tanganku. Waktu
seperti ini kebiasaannya walid wan dan umi tuk sedang berehat‐rehat di ruang tamu. Setiap
hari akan ada sahaja perihal baru yang akan mereka bualkan bersama, yang pastinya bukannya
berbentuk umpatan. Terasa kerinduan terhadap walid wan dan umi tuk kian menguasai jiwaku.
Lantas…
“Assalamualaikum. Siapa ni?”
“Waalaikumussalam. Umi tuk, ni Balkis lah.”
“Balkis. Ya Allah, cucu nenek. Maaflah sayang, nenek sembang dengan walid wan dekat ruang
tamu tadi. Tu yang lambat angkat telefon ni. Maklumlah telefon rumah bukannya boleh
diusung ke sana ke mari. Sayang nenek sihat ke?”
“Alhamdulillah sihat. Tulah umi tuk, dulu Balkis belikan umi tuk handphone umi tuk tak nak
pakai. Kalau tak, boleh jawab panggilan Balkis dekat mana‐mana je.”
“Alahai sayang oi… Tak payahlah. Balkis bukannya tak kenal umi tuk Balkis ni. Pelupa. Tak
payahlah. Balkis betul ke sihat ni? Suara macam orang sakit je. Serak, macam baru lepas
menangis je umi tuk dengar.”
Berdebar dadaku saat ini. Pertanyaan dan kenyataan terakhir itulah puncanya.
“Sihat. Emm… Umi tuk dengan walid wan sihat? Walid wan mana?”
“Kami berdua ni sihat. Cuma rindukan Balkis jelah. Walid wan kamu ada dekat ruang tamu tadi.
Tapi, dia baru je pergi ke kedai. Kalaulah dia tahu Balkis yang telefon. Tak ada maknanya dia
nak keluar ke mana‐mana.”
Aku tersenyum, namun sesaat kemudian senyumanku termati. Kesayuan pula melambaikan
tangannya. Rindu benarkah walid wan dan umi tuk kepada diriku ini?
“Umi tuk… Balkis nak minta maaf ya.”
“Kenapa pulak Balkis nak minta maaf? Bagi umi tuk, Balkis tak ada buat salah apa‐apa pun.”
“Tapi… Dah lamakan Balkis tak pulang ke kampung. Balkis dah abaikan tanggungjawab Balkis
sebagai seorang cucu. Maafkan Balkis umi tuk.”
Entah mengapa mudah benar air mata ini hadir semula setelah berhenti sebelum umi tukku
hubungi.
“Balkis. Umi tuk tak pernah berkecil hati mahupun terasa dengan Balkis. Walid wan pun sama.
Kami berdua faham yang cucu kesayangan kami ni sibuk. Balkis… Umi tuk nak Balkis salah diri
sendiri lagi. Memanglah… Kalau nak diikutkan rasa rindu tu, memang tak boleh nak cakaplah.
Hari‐hari pun rindu. Tapi, ingat kejayaan Balkis hari ini bermula dengan sebuah pengorbanan.
Balkis korbankan perasaan Balkis sendiri untuk memahami insan lain. Jadi tak salahkan kalau
umi tuk dengan walid wan berkorban sama.”
“Tapi… Umi tuk dan walid wan dah banyak sangat berkorban untuk Balkis.”
“Balkis tahu kenapa kami sanggup berkorban apa sahaja untuk Balkis?”
Aku menggelengkan kepala. Namun, saat menyedari mustahil untuk umi tuk melihatnya.
Lantas…
“Balkis tak tahu. Kenapa umi tuk?”
“Sebab Balkis terlalu istimewa dan bermakna buat umi tuk dan walid wan. Kelahiran Balkis di
dunia ini memberikan harapan yang baru buat kami berdua. Balkis mewarnai hidup umi tuk
dan walid wan yang kian suram akibat perbuatan anak kandung kami sendiri… Dan satu
perkara lagi yang umi tuk nak ingatkan. Balkis bukannya sekadar cucu buat kami tetapi Balkis
lebih istimewa dari itu. Balkis pengganti insan yang telah menghancurkan hati kami!”
Kali ini air mataku tidak mampu lagi untukku tahan alirannya. Biarlah air suam itu hendak
mengalir selaju manapun. Apa yang pasti tangisanku kali ini bukanlah tangisan kekecewaan
tetapi keharuan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan