TERDETIK juga di hati Sarah Aqilah, alangkah bahagia hidup kalau Datuk Zulkifli benar‐benar
menjadi suaminya. Kalaulah dia masih bujang sudah pasti lamaran Datuk Zulkifli diterimanya tanpa berfikir panjang. Bodohlah seorang perempuan kalau menolak kemewahan dan kekayaan yang dimiliki oleh Datuk Zulkifli. Tidak perlu bersusah payah untuk pergi bekerja kerana wang dan hartanya yang banyak. Apa sahaja yang dihajatkan pasti boleh dimiliki.
“Suka tak? Ikhlas dari I hanya untuk yousayang…,” satu kotak kecil dihulurkan pada Sarah Aqilah oleh Datuk Zulkifli semasa sedang menikmati makan malam di sebuah restaurant ternama.
“Ermm…..apa ni Datuk?”
“Bukalah…..suprise for your birthday!”
Memang Sarah Aqilah terkejut apabila membuka kotak kecil itu. Satu rantai emas berada di dalam kotak itu. Gembiranya bukan kepalang.
“Ermm…..ni yang buat Qilah sayang sangat dengan Datuk!”
“It’s nothing to me…..most important is you….kalau you suka I lagi suka!” suara manja Datuk
Zulkifli bagaikan mahu mengoda Sarah Aqilah.
“Thanks Datuk…..Qilah amat menghargainya…,” tutur Sarah Aqilah bersopan sedangkan di hatinya meluat dan menyampah melihat muka orang tua di hadapannya itu.
Mungkin sudah tersurat untuknya bahawa Rezal Haiqal adalah jodohnya. Jodoh yang lahir dari ikatan cinta sejati sejak zaman sekolah lagi. Cinta yang tulus dan ikhlas yang menjanjikan bahagia kehidupan bukan harta benda yang menjadi ukuran. Kesulitan dan kesukaran yang dialami membuat kehidupan Sarah Aqilah dan Rezal Haiqal semakin kucar kacir. Perniagaan yang dijalankan oleh Rezal Haiqal juga sudah menemui titik kegagalan. Hutang dengan bank pun banyak, lebih membebankan apabila suaminya telah terlibat dengan pinjaman wang ceti haram atau bahasa mudahnya Along.
Sudahlah kereta suaminya kena tarik kerana sudah lima bulan tidak berbayar ansurannya, kini rumah mereka pula bakal disita oleh pihak bank. Hidupnya semakin bercelaru. Setiap hari ada sahaja masalah yang datang menimpa. Ketenangan telah lama pergi, yang hadir hanyalah masalah setiap hari. Dia benar‐benar tertekan. Mujurlah perkahwinan mereka tidak mempunyai sebarang zuriat, jika tidak tentu anak mereka juga akan turut menjadi mangsa keadaan.
“ Apa kita nak buat sekarang bang? Pihak bank bagi tempoh sampai cukup bulan ni
saja…….kalau tidak mana kita nak duduk? Tak bolehkah abang ikhtiar sesuatu?” desak Sarah
Aqilah apabila sangat tertekan dengan masalah kewangan melanda kehidupannya bersama
Rezal Haiqal.
“Sabarlah….abang sedang fikirkanlah ni…..cuba bawa bertenang…,”
“Bertenang! Sabar! Sampai bila bang…..Qilah tak sanggup lai nak hadapi kenyataan hidup
macam ni!” bentak Sarah Aqilah amat menyesali kesulitan yang dihadapi sekarang.
“Kalau Qilah tertekan…..abang lagilah! Mana lagi nak fikir pasal rumah ni…..kereta baru kena
tarik! Along pun satu hal…..semuanya menyusahkan!”
“Qilah dah tak tahan lagi bang…..tak sanggup nak hadapi kenyataan hari esok….,” mula terasa
kesedihan merajai hati perempuannya. “Hari ini bolehlah kita tinggal di sini tapi esok‐esok
macam mana? Qilah tak mahu merempat macam orang minta sedekah tu……boleh lepak di
mana‐mana saja. Qilah tak sanggup bang! Tak sanggup!”
Rezal Haiqal juga tertekan saat itu. Tertekan melihat perasaan isterinya mula goyah dan mula
mencari sebab untuk menyalahkannya.
“Beri abang sikit masa lagi……abang tengah fikir ni! Boleh tak Qilah jangan tambah masalah dekat kepala abang ni?”
“Berapa lama lagi abang nak fikir? Masa dah semakin suntuk…..kita dah tak punyai banyak masa sekarang!” balas Sarah Aqilah lagi. “Barang‐barang kemas Qilah pun dah habis abang gadai…..tak ada apa lagi yang tinggal. Lepas ni apa pulak yang nak digadaikan lagi? Jangan pulak Qilah yang tergadai sudah!” renggus Sarah Aqilah menambah.
Rezal Haiqal rasa terpukul dengan kenyataan isterinya itu. Dalam hatinya terus berkata‐kata. Kalau itu yang dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya, mengapa tidak difikirkan ke arah itu. Dia sudah tidak peduli apa‐apa lagi sekarang. Apa yang penting masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera. Mulalah dia memikirkan idea‐idea yang mengarut tetapi berguna untuk menyelesaikan masalahnya. Dimindakan ada seseorang yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Kejayaan ideanya juga bergantung kepada peranan yang bakal dilakukan oleh isterinya, Sarah Aqilah.
“Abang dah gilakah? Kalau tak berjaya macam mana?” soal Sarah Aqilah apabila idea yang
dilontarkan oleh suaminya itu.
“Tak cuba mana kita tahu? Tapi abang yakin Qilah boleh buat…..ingat Qilah kita sedang terdesak sekarang ni!”
Sarah Aqilah hanya berdiam diri. Sakit juga hatinya apabila suaminya memberikan idea gila supaya dia menggoda majikannya sendiri iaitu Datuk Zulkifli. Bekerja sebagai setiausaha di syarikat pembinaan milik Datuk Zulkifli membolehkan idea itu diteruskan. Geram juga hatinya kerana masalah suaminya, dia terheret sama. Malah terpaksa bersusah payah untuk sama-sama terjebak dalam rancangan jahat suaminya itu. Namun kerana terpaksa, dia terpaksa melakukannya. Dia tiada pilihan kerana itulah pilihan terbaik untuk mereka setakat ini.
“Kita terdesak tapi yang jadi mangsa keadaan Qilah…...kalau tak babitkan Qilah dalam soal ni tak bolehkah?” getus Sarah Aqilah bagaikan mahu membantah pada mulanya.
“Abang janji……selepas misi kita berjaya, kita akan bina hidup baru. Percayalah cakap abang!”
Rezal Haiqal bagaikan berjanji bagi menenangkan perasaan isterinya itu. “Tapi ingat….semuanya tu olok‐olok saja…..jangan lebih‐lebih pulak!”
“Kenapa? Abang takut!”
“Siapa tak sayang bini…,”
“Ehh…mengada‐ngada pulak!”
Idea yang dirancang oleh Rezal Haiqal dengan Sarah Aqilah berjalan dengan baiknya sejak beberapa bulan yang lalu. Sarah Aqilah sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mendekati Datuk Zulkifli. Gediknya semakin menjadi‐jadi. Tidak kira di pejabat atau di mana‐mana sahaja yang memerlukan dia berada di sisi Datuk Zulkifli. Dia pasti mahu mengambil kesempatan sehinggakan ada di kalangan teman sepejabat yang menyampah melihat perangai buruknya itu. Sarah Aqilah tidak ambil pusing tentang perkara itu. Matlamatnya tetap satu. Misi akhirnya ialah bagaimana untuk mendapatkan wang sebanyak RM100,000.00 dari Datuk Zulkifli.
DATUK Zulkifli dan Sarah Aqilah berjalan beriringan memasuki sebuah butik pakaian mewah.
Kelihatan seorang gadis pembantu butik pakaian itu menyambut kehadiran mereka berdua dengan senyum tersimpul di bibir. Sarah Aqilah nampak teruja melihat pakaian wanita yang cantik lagi mewah. Pelbagai gaya pakaian dan fesyen terkini terdapat di butik pakaian itu. Semuanya cantik dan memukau pandangan mata wanita yang memandangnya.
“You suka tak?” tanya Datuk Zulkifli kepada Sarah Aqilah yang dari tadi seperti rambang mata
apabila melihat himpunan pakaian yang banyak itu.
“Err…..suka sangat‐sangat Datuk….tapi manalah Qilah mampu nak beli pakaian yang mahal-mahal
ni….,” kata‐kata lakonan Sarah Aqilah untuk memancing perasaan Datuk Zulkifli.
“You pilih mana yang you suka…..nanti beritahu kepada pembantu butik ni,”
“Ehh…..Datuk seriuskah ni? Qilah rasa macam…..macam tak percaya pulak!”
“You tak bermimpilah sayang……come on baby!”
Sarah Aqilah terasa malu apabila disapa begitu oleh Datuk Zulkifli. Terasa geli hati pun ada kerana perangkap yang dipasang sudah mula mengena. Bodohlah dia kalau menolak pemberian Datuk Zulkifli. Pakaian yang mahal serta mewah citarasanya hanya untuk mereka yang banyak duit seperti mak‐mak Datin ataupun artis terkenal saja yang mampu untuk memilikinya. Pucuk dicita ulam mendatang, Sarah Aqilah tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Dia sendiri tidak sanggup menggadaikan sebahagian daripada gaji bulanannya untuk mendapatkan pakaian berjenama mahal dan mewah seperti itu.
“Err….I ada urusan dengan seorang kawan. You tunggu di sini……nanti sejam dari sekarang I datang ambil you,” Datuk Zulkifli meminta izin dari Sarah Aqilah untuk keluar sebentar kerana ada urusan. “Kalau ada apa‐apa……mesej atau call I…..okey!”
“Okey Datuk…..by the way…..thanks so much Datuk…..,”
Terasa kelegaan yang amat sangat di dada Sarah Aqilah ketika itu. Bukan cinta Datuk Zulkifli yang ditagih, sebaliknya misinya menjadi keutamaan. Dia begitu yakin berada dilandasan yang betul. Memang beruntung sesiapa yang dapat teman lelaki yang berada dan kaya seperti Datuk Zulkifli. Hidup bagaikan tidak punya masalah. Petik jari sahaja apa yang dimahukan tiba di hadapan mata. Duit bukanlah masalah tetapi kekosongan jiwanya perlu diisi sejak isterinya perginya meninggalkannya.
“I benar‐benar sepi sekarang. I harap pada you agar dapat mengisi kesepian itu…,” luah Datuk
Zulkifli pada suatu hari kepada Sarah Aqilah. “Biarpun mahligai yang I bina sudah hancur
berkecai……hancur berderai……I harap you akan bersama‐sama bangunkan kembali tugu cinta
itu……I benar‐benar rasa kehilangan……jiwa terasa kosong…….I tak perlu duit yang banyak……Iperlukan belaian dan kasih sayang.....I perlukan you!”
Sarah Aqilah benar‐benar rasa terkedu apabila mendengar luahan Datuk Zulkifli kepadanya. Dia rasa serba salah apabila memikirkan hal itu. Dia bagaikan terperangkap antara luahan perasaan Datuk Zulkifli dengan tanggungjawabnya terhadap suaminya, Rezal Haiqal. Kalaulah Rezal Haiqal bukan suaminya sudah tentu luahan hati Datuk Zulkifli akan disambut dengan tangan yang terbuka. Bagaikan menolak tuah, semuanya terpaksa dilakukan demi kasihnya kepada Rezal Haiqal.
“Qilah faham apa yang Datuk maksudkan……terharu sangat Qilah mendengarnya…..tapi berilah
Qilah sedikit masa…...,” ada sahaja alasan Sarah Aqilah yang melemaskan penantian Datuk Zulkifli.
“Kalau ikutkan hati……saat ini juga Qilah nak bersama Datuk tapi……,”
“Tapi apa sayang? You ada apa‐apa masalah ke?”
Sarah Aqilah terdiam seketika. Di pelupuk matanya ada bebola air sedang berkumpul. Datuk Zulkifli nampak serba salah. Dia bagaikan dapat membaca kekeruhan yang tertancap di wajah Sarah Aqilah. Ada riak kesedihan berkumpul di situ.
“Ehh….kenapa ni? Mesti ada masalah serius….kalau tak masakan I nampak you sedih semacam saja. Cuba you beritahu I……manalah tahu I boleh tolong….,”
“Datuk dah terlalu baik untuk Qilah……dah terlalu sempurna untuk Qilah……,” Sarah Aqilah terus memainkan perasaan Datuk Zulkifli.
Air mata yang mengalir di lurah pipinya, terus memagut perasaan Datuk Zulkifli. Walaupun di wajah Sarah Aqilah nampak sedih, hakikat di hatinya dia suka bukan kepalang kerana lakonannya sudah menyentuh perasaan Datuk Zulkifli. Tanpa dipaksa, Datuk Zulkifli menyeka air mata yang turun di pipi Sarah Aqilah. Saat itu perasaan Sarah Aqilah terasa tidak tentu arah.
Debarnya bergelora di dada. Sentuhan itu benar‐benar jujur dan ikhlas daripada seorang lelaki yang mendambakan cinta palsunya.
“You tenang okey……nanti bila you dah rasa lega…..ceritakan pada I……,” ujar Datuk Zulkifli
sambil mendakap Sarah Aqilah ke dadanya.
Sarah Aqilah memejam matanya menahan debar di dada. Syahdunya dirasakan ketika dalam dakapan mesra Datuk Zulkifli. Bagaikan luruh jantung hatinya apabila diperlakukan begitu. Terasa sangat dirinya disayangi oleh Datuk Zulkifli. Walaupun terpaksa tetapi hatinya tetap merelakan. Kalaulah suaminya nampak dia diperlakukan sebegitu tentulah cemburunya memuncak. Perasaan, tenanglah detik hatinya.
“Err….cik ni pakaiannya. Ini resitnya…..,” tiba‐tiba kedengaran suara gadis pembantu butik pakaian itu menujah telinga Sarah Aqilah.
Dia tersentak. Dia mengelamun rupanya. Ingatannya terhadap Datuk Zulkifli terus hilang. Dia segera menyambut beg kertas yang berisi pakaian itu. Dia tersenyum puas dan seronok memiliki pakaian yang agak mewah itu. Tentu suaminya berasa iri hati kalau mendapat tahu pakaian itu hadiah dari Datuk Zulkifli. Dalam mengejar misinya, sempat juga dia mengambil kesempatan di atas kelemahan Datuk Zulkifli. Dia tidak peduli apa kata suaminya nanti, yang penting misi dan rancangannya bergerak seiring. Keinginannya tercapai dan misinya pasti tertunai. Hanya masa yang akan menentukan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan