Bertalu‐talu tingkap kaca itu diketuknya namun Aira masih lagi tunduk menikus. Rasa ingin ketawa melihat gelagat gadis itu. Tahu takut juga rupanya dia, bisik di dalam hati. Nampak bukan main berani? Tapi sekarang, apahal badan bagai menggigil tu?
Semakin cermin tingkap itu diketuk dengan kuat, semakin menunduk si Aira. Aduh, rasa belas pula melihatnya.....
Telefon bimbit Aira berdering setelah lama ia menyepi. Demi melihat nama yang terpapar, Aira terus sahaja menangis. Punat hijau ditekannya sambil bersuara, “Awak....”
“Bukaklah pintu! Saya nak buka bonet, nak ambik tayar spare awak ni!”
Suara Adham kedengaran dekat sahaja. Begitu jelas sekali. Lantas Aira berpaling dan demi
terpandang tubuh sasa itu, dia pantas saja membuka pintu. Terus memeluk tubuh Adham erat-erat.
Adham tergamam dengan perlakuan Aira. Rasa ingin tercabut jantungnya ketika itu. Ingin berkata‐kata, namun tersekat pula semua perkataan di dalam peti suara, tidak mahu keluar.
Yalah, ini kali pertama diri didakap seerat itu, mahu tidak terkejut?
“Awak, saya ingat awak dah tak mahu datang tolong saya. Saya sedih! Saya takut!” bisik Aira manja bersama titisan air mata.
Aduh! Godaan! Godaan! Bagaimanapun, Adham Faiz segera beristighfar. Dia tidak mahu hanyut dibuai perasaan indah yang pertama kali dirasai ini.
“Cik Aira Syuhada, kat depan tu Masjid Negara, tahu! Peluk‐peluk saya macam ni, buatnya nampak dek ahli masjid tu, awak tak takut ke kena tangkap basah dengan saya?” soalnya penuh ketegasan.
Aira sengaja bertindak nakal. Hati yang masih geram kerana dijerkah Adham tadi ingin membuat lelaki itu semakin serba salah.
“Tak! Sebab kalau kena tangkap basah nanti bolehlah kita kahwin, kan? Eeii, saya lagiiii suka!”
balasnya dalam nada mengada‐ngada sambil merapatkan dirinya.
‘Gatal betul anak dara Tan Sri Fahmi ni,’ hati berbisik sambil menolak tubuh Aira menjauhinya.
“Kalau awak terus buat perangai tak senonoh ni, saya balik!” gadis itu diugutnya.
Aira Syuhada menjuihkan bibir. “Alah, orang usik sikitpun nak marah!” rajuknya pula. Dia lantas
membuka pintu di bahagian belakang dan terus duduk di situ, merenung jauh, dan tidak lagi
mempedulikan lelaki sasa yang amat dicintainya. Rasa malu dengan perlakuannya yang keterlaluan tadi tiba‐tiba menyerang. Dia mengeluh lemah, ‘Hmm, makin teruklah aku ni di mata dia. Entah‐entah makin benci pada aku. Entah‐entah bertambah meluat. Entah‐entah tengah kutuk aku kaw‐kaw dalam kepala dia. Adoyai, malangnya nasib diri ini....’
Adham Faiz merenung tajam seraut wajah itu. Kini, muka gadis cantik itu kelihatan amat sedih. Rasa ingin terus memarahi tiba‐tiba hilang bila melihat Aira begitu. Berganti dengan satu rasa aneh yang menyuruhnya memujuk dan mengembalikan senyuman di bibir mungil itu.
“Aira?” panggilnya perlahan.
Aira menarik nafas panjang sebelum memandang wajah Adham. Dia kemudian kembali menjadi Aira yang sombong, dengan memberikan arahannya, “Cepatlah tukar tayar yang bocor tu! Tak baik kita berdua‐duaan dekat sini, kan? Saya pun tak suka dipaksa kahwin dengan lelaki yang tak sukakan saya!”
Adham memerhati gelagat gadis itu yang meninggalkannya untuk berdiri di tepi jalan. Dia kemudian segera memulakan tugasannya. Mujur di dalam bonet, ada jack untuk dia mengangkat kereta dan tayar ganti pun elok berisi angin. Dalam masa 10 minit sahaja, semuanya beres.
“Dah siap?”
Adham mengangguk. “Err, Aira?”
“Terima kasih. Maaf menyusahkan awak.”
Aira pantas masuk ke dalam kereta, menutup dan mengunci pintu sebelum memecut laju tanpa mempedulikan Adham Faiz yang melaung namanya berkali‐kali.
.............
Akub dan Udin tunduk membuat kerja masing‐masing. Tangan yang seorang ligat memasak burger ayam yang dipesan pelanggan. Sementara yang seorang lagi pula lancar pergerakannya membungkus pesanan.
Burger di gerai mereka semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Ramai yang mengakui
keenakannya. Mungkin kerana cara penyediaan yang sedikit berbeza berbanding dengan burger di gerai‐gerai lain. Di sini, menurut resepi Adham Faiz, burger itu akan dicelup ke dalam sos lada hitam sebelum dibakar. Selepas ia masak, daging itu sekali lagi dicelupkan ke dalam sos tersebut sebelum dibungkus bersama‐sama sayur dan mayonaise. Hmm, yum, yum!
Bila keadaan tidak lagi kalut, Akub dan Udin berbalas renungan. Mereka kemudian memerhati
wajah monyok si Abang Ngah yang sedang leka duduk di suatu sudut. Lelaki itu sedang bermenung. Fikirannya bagai sarat dibebani masalah. Bukan malam ini sahaja dia begitu malah sudah hampir seminggu. Termenung sana, termenung sini. Macam orang yang kebingungan sahaja. Kenapa?
“Dah dekat seminggu dia macam tu. Kau tahu tak sebabnya, Udin?” tanya Akub kepada adiknya. Pertanyaan yang disambut dengan gelengan di kepala.
“Udin, dia rapat dengan kau. Kau pergilah tanya dia. Manalah tahu kut‐kut kita boleh tolong?”
Akub menyuarakan pendapatnya. Yalah, rasa kasihan pula bila melihat Abang Ngah begitu. Makan pun dah macam tak lalu sahaja.
“Nak mampus? Silap‐silap, aku kena flying kick dia karang!” Balas Udin laju. Takut dia! Angin
panas baran abangnya yang seorang itu memang tidak boleh diduga. Sebelum kena, baik jangan cari penyakit, fikirnya.
“Alah, kau ni! Tak boleh diharap langsung!” Akub mencela.
Udin membulatkan matanya. “Weh, kalau kau berani sangat, kau pergilah! Aku nak tengok!”
balasnya.
Akub tersengih. “Aku? Hmm, tak apalah! Lain kali, okey!”
Udin mencapai sepotong kecil daun salad lalu membalingnya ke muka Akob. “Konon berani? Rupa‐rupanya macam aku aje!” sindirnya.
Akub ketawa. “Kita kan adik‐beradik?”
“Tolong bungkuskan burger ayam special untuk saya satu!”
Tiba‐tiba mereka dikejutkan oleh permintaan seorang gadis. Biasalah, kan, bila sahaja terpandang seorang gadis cantik, maka mulut dua adik‐beradik itupun ternganga sedikit.
Aira tidak mempedulikan. Sepasang mata mencari wajah yang sudah seminggu tidak ditemui.
Rindunya, hanya Tuhan yang tahu. Rindu itu membawa dia ke gerai burger ini.
Ingin kupandang wajahmu
Di setiap ketika
Tiada jemu biarpun terluka

Itulah yang dia rasakan. Wajah Adham ingin dipandang lagi dan lagi, setiap masa, di mana juga. Biar Adham marah, biar Adham benci, selagi hati mampu bertahan, selagi hati rela terluka, dia tidak akan jemu melihat seraut wajah garang itu!
Lelaki itu dilihatnya sedang termenung. Aira ingin duduk di sisinya yang kosong. Lantas, kepada Udin, dia meminta tolong.
“Adik, nanti, adik tolong belikan air milo untuk kakak, ya. Milo ais, tapi ais sikit aje, okey. Beli 2
dan bawak dekat sana dengan burger nanti.” Katanya sambil melangkah ke arah Adham.
“Opps, kau fikir apa yang aku fikir, Udin?” tanya Akub.
“Hmm, Kub, kau buat 2 burger. Biar aku beli air milo tu.”
“Buat apa sampai 2? Perempuan tu kan nak satu aje?”
Udin menepuk dahi. Alahai, bendul jugak abang aku yang sorang ni! Gumamnya.
“Nak bagi Abang Ngah makanlah, ngok! Hisy, itu pun tak faham!” balasnya sebelum
melangkah ke kedai Mamak Maidin.
.....................
“Dapat apa dengan menung tak habis‐habis tu?” tanya Aira sebaik dia duduk di sisi Adham
Faiz di serambi bangunan rumah kedai 2 tingkat itu.
Berderau rasa darah bila mendengar suara Aira. Wajah itu ditatapi lama. Bagai tidak percaya
gadis itu di hadapannya kini.
Sejak Aira meninggalkan dia sambil memecut laju keretanya, Adham merasa tidak tenang. Dia
diserang rasa bersalah. Dia dihantui rasa kasihan. Rajuk Aira membuat dia tidak senang duduk.
Tidurnya menjadi tidak lena. Makanpun tak lalu. Hanya asyik memikirkan gadis itu dan rajuk
serta kesedihannya.
“Aira?”
Aira menjeling tajam. “Kenapa? Awak ingat awek mana nak cari awak malam‐malam ni?”
Adham ketawa, membuat Akub terkejut beruk jadinya. Sudah lama tidak mendengar, hairanlah
pula! Tapi, dia sudah faham kini. Agaknya, beginilah perasaan orang bercinta, kut? Tu yang
serba tak kena agaknya? Hati berkata‐kata.
“Saya manalah ada aweks!” balas Adham tenang.
‘Huh, orang nak, awak tu yang jual mahal!’ Aira mengomel di dalam hati.
“Awak drive sorang‐sorang dari rumah awak ke sini? Kan jauh? Lagipun dah malam ni!
Bahaya!” Adham menegur dengan suara yang perlahan, bimbang Aira merajuk lagi.
“Nak buat macam mana? Nak tunggu awak datang rumah, exam dah habis, tuisyen dah tamat.
Terpaksalah saya cari awak kat sini.” Balas Aira pula.
Ku rindu
Wajah dan senyumanmu
Memberikan cahaya
Di dalam setiap mimpi‐mimpiku
’Hai, kalaulah dia tahu, aku rindukan wajah dan senyumannya? Kalaulah dia tahu, setiap malam
wajahnya yang menyerikan mimpi‐mimpiku? Oh, kalaulah dia tahu?’
“Saya perasan yang awak ni asyik tersenyum aje. Kenapa?” Adham bertanya sambil dirinya
sendiri mengukir senyum kepada gadis itu. Senyum manis yang pastinya akan mengganggu
lena tidur Aira nanti.
Pada ketika itu, Udin sampai bersama milo ais dan Akub menghulurkan burger kepada
pasangan itu.
“Terima kasih.” Ucap Aira.
“Sama‐sama, kak...”
“Aira. Aira Syuhada.” Aira memperkenalkan diri.
“Ehmm, sedapnya nama. Sesuai dengan orangnya, cantik!” Udin memuji.
Adham berdehem. “Dah, pergi sana!” suruhnya.
“Baik, bos!” balas adik‐adiknya lalu bergegas balik ke gerai bersama tawa masing‐masing.
“Biar saya pegang air ais awak tu, sementara awak makan burger.” Kata Adham lalu
menyambut plastik air yang Aira hulurkan kepadanya. Dia kemudian melihat gadis itu makan
dengan penuh berselera.
Lafazkan cinta dari bibirmu
Ingin kudengar sekali lagi
Lafazkan dari hati tulus dan suci
Serahkan cinta abadi
Ingin Adham mendengar Aira meluahkan rasa cinta kepadanya sekali lagi. Mengharapkan agar
ia dilafazkan dari hati yang tulus. Dari hati yang suci. Satu penyerahan cinta abadi. Kenapa?
Kerana, tempoh seminggu mengajar dirinya erti rindu. Seminggu hati diamuk resah. Rasa
bersalah sangat kerana menimbulkan kemarahan Aira terhadapnya.
“Saya dah kalah, Aira.”
“Huh?” Aira memandang wajah Adham tanpa menyedari bibirnya comot dengan sos burger.
Dia hairan melihat Adham ketawa besar. Hati dipalu pelbagai irama bila lelaki itu mengambil
sapu tangan dan mengelap bibirnya.
“Apa tengok‐tengok?” Adham bertanya sambil tersengih.
Aira tunduk. Dia mengunyah suapan terakhir. Hati masih berdegup kencang. ‘Adham,
janganlah menggoda saya macam ni!’ Pinta hatinya. Dia tidak lagi berani menatap wajah lelaki
itu.
Kini, gilirannya pula untuk memegang plastik air dan membiarkan Adham menjamu selera.
“Din, tengok tu! Macam setahun tak makan.” Omel Akub yang kehairanan dengan sikap
Adham. Nampak sangat gelojohnya memakan burger.
“Teruk kan, bila jatuh cinta? Datang girl friend memujuk baru lalu makan. Isk, pelik arr... Tak
nak aku alaminya. Payah!” Udin turut mengomel namun lebih tertumpu kepada dirinya.
“Abang mekanik, saya nak baliklah. Dah lewat sangat ni nanti mak dengan ayah risau pulak.”
Kata Aira sambil berdiri.
Adham menarik tangan Aira menyebabkan gadis itu kembali terduduk di sisinya.
“Tunggu saya habis berniaga, nanti saya hantar awak balik.” Tegas lelaki itu.
“Eh tak payahlah! Saya boleh balik sendiri.”
“Boleh tak untuk sekali ini, awak jangan degil? Saya cakap nanti saya hantar, saya hantarlah!”
Tengking Adham.
Aduh, macam anjing dengan kucing. Baru hendak berbaik, sudah berkelahi lagi!
Aira terus terdiam. Nasib badan mendapat buah hati yang suka marah‐marah!
“Maafkan saya!”
Aira menoleh, persis mimpi mendengar Adham melafaz kata maaf. Semakin yakin dengan
firasatnya bila Adham sekali lagi menguntum senyum memukaunya itu. Pipi dicubit dan dia
menjerit kesakitan.
“Saya tak mimpi!” bisiknya yang dapat Adham dengari.
“Mimpi apanya? Kan saya dok terconggok depan awak ni?” balas Adham riang.
Aira tersenyum semula.
Apakah dia masih ada peluang untuk merebut hati jejaka tampan ini? Apakah Adham akan
memberi peluang kepada diri mereka untuk saling menyintai? Apakah sikap Adham yang
berlainan malam ini akan memulakan cerita baru dalam hidup masing‐masing? Hanya hati
yang dapat menjawabnya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan