Kehijauan sawah padi yang terbentang luas di batang tiga itu direnung sayu. Angin petang yang bertiup terasa nyaman mengoles pipi. Dia sengaja melabuhkan duduk di tepi jalan, memandang sawah padi yang meliuk lentok ditiup bayu. Kehijauan itu sedikit sebanyak meniupkan kedamaian ke pelusuk hatinya yang dalam.
Sesekali keluhan berat dilepaskan, dia buntu dengan apa yang dialaminya kini. Teringat apabila dia bertanya mengapa mudah benar suaminya mempercayai cerita rekaan ibu mertuanya itu tanpa menyelidiki apa sebenarnya yang terjadi, jawapan suaminya mudah sahaja!
“Sebab dia seorang ibu. Ibu abang.”
“Hanya kerana dia seorang ibu, apa yang dia buat dan cakap walaupun salah harus dibiarkan? Harus dipersetujui?” soalnya lagi. Berdebat hebat akan isu benar dan salah. Ingin benar dia mengetahui di mana letaknya wanita yang menggelarkan dirinya seorang ‘ibu’ itu di hati suaminya.
Ternyata tiada jawapan balas yang didengari. Dia amat yakin suaminya juga sedar akan hakikat salah dan benar! Tapi mengapa suaminya membiarkan perbuatan salah itu bermaharaja lela di dalam rumah tangga mereka? Yang merana, dia! Yang suka itu, ibu mertuanya!
“Beritahu Mel, abang sayangkan dia ke?” Iddya Melissa menagih kepastian.
“Abang pun tak tahu. Tak tahu macam mana nak pupuk rasa sayang pada orang yang benar asing dalam hidup abang, tapi abang hormatkan dia,” jelas Izdham Syah.
Mengertilah Iddya Melissa kini bahawa suaminya tidak mempunyai rasa sayang kepada wanita itu, cuma rasa hormat yang menghalang suaminya menegur setiap kesilapan yang wanita itu lakukan. Tapi sampai bila harus begini? Dia manusia biasa, mustahil dia dapat mengekalkan kesabaran yang semakin hilang dalam melayani karenah ibu mertuanya itu. Telefon bimbit yang terselit elok di kocek tas tangannya dikeluarkan lalu nombor sahabatnya didail.
“Mia… kau sibuk ke? Sorry ya ganggu kau…” Iddya Melissa membuka kata sebaik mendengar suara sahabatnya di hujung talian.
“Aku… aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa Mia, hati aku sakit sangat!” tambahnya lagi.
“Kau tau… semenjak ibu kandung Izdham masuk dalam rumah kami, macam‐macam benda jadi kat aku. Dia buat aku, macam aku ni orang gaji yang bertaraf kuli bawahan kat rumah tu. Macam‐macam kerja di suruh aku buat Mia. Lepas sakitkan hati aku, ada je cerita buruk yang dia tabur dekat suami aku. Izdham pulak senang‐senang je percaya apa yang dia cakap walaupun dia tahu bukan itu duduk perkara yang sebenarnya!” adunya lagi. Iddya Melissa teresak‐esak menangis, dia lelah dalam kesakitan. Jiwanya tertekan hebat! Dia perlukan kata‐kata semangat.
Kedengaran sahabatnya menasihati dan memberikan mutiara kata di hujung talian, betapa sungguh dia merindui sahabatnya itu. Talian diputuskan selesai mengadu nasib, sebaik sahaja dia ingin memasukkan kembali telefon bimbit itu ke dalam tas tangan, telefon bimbit itu menjerit nyaring. Tertera nama ‘Wan Zamilah’ di nama pemanggil. Iddya Melissa mendengus tidak senang. Dalam keterpaksaan dia menjawab juga.
“Ada apa mummy?” Iddya Melissa memuncungkan bibir, sungguh dia benci mendengar suara tua itu.
“Kejap lagi Mel balik.” Ringkas dan singkat jawapannya. Geram apabila Wan Zamilah menyuruhnya balik secepat mungkin semata‐mata memerlukan pertolongannya di rumah.
Namun tidak pula ibu mertuanya itu memberitahu pertolongan apa yang diinginkan daripadanya. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, terlihat ibu mertuanya itu sedang bercekak pinggang di ruang tamu. Meruntun memandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar di mengertikan.
“Mummy nak mintak tolong apa dengan Mel tadi?” Dia menyoal sambil meletakkan tas tangan di atas meja makan, wajah mertuanya ditentang.
“Ni nampak lantai ni tak berkilat? Pergi ambil mop, mop sekarang!” arah Wan Zamilah dengan kuat.
“Mummy panggil saya balik semata‐mata nak suruh saya mop lantai?” soal Iddya Melissa dengan mulut yang hampir melopong. Semakin lama dia mengumpul kesabaran, semakin hari dia dapat rasakan kesabarannya bukan semakin bertambah, namun semakin menipis dan hampir mengoyak.
“Yelah, habis nak panggil siapa lagi? Tak kan nak panggil india jual roti tu datang rumah kita ni tolong mopkan lantai? Melissalah yang kena mop, kena buat kerja dalam rumah ni. Tak kan tu pun tak tahu lagi?” jerkah Wan Zamilah lagi. Nafas Iddya Melissa berombak ganas di dadanya.
“Mummy kalau nak mintak tolong saya, terus cakap saja tadi tak boleh ke? Kenapa sampai nak suruh saya balik semata‐mata untuk mop lantai? Sepanjang kami berkahwin, belum pernah saya biarkan rumah saya kotor tak berkemas.” Iddya Melissa melawan.
“Mummy tak peduli, Melissa pergi mop lantai ni sekarang! Pemalas nak buat kerja, tahunya menjawab saja!” jeritnya lagi.
“Apa masalah mummy ni? Apa yang mummy tak puas hati sangat dengan saya?” Iddya Melissa menyoal, ingin mengetahui sebab yang sebenar. Giginya diketap rapat. Jika dia merupakan seorang pemangsa, memang akan dia kerjakan mangsanya yang bernama Wan Zamilah itu sehingga tinggal tulang sahaja!
“Tak payah nak sibuk! Pergi buat sekarang, Mummy nak berehat,” ujar Wan Zamilah lalu kaki dihayun menaiki tangga dengan wajah yang amat riang.
Iddya Melissa terduduk di meja makan, semakin tidak betah untuk tinggal di rumahnya jika Wan Zamilah turut serta menjadi penghuni. Dadanya dipegang, ombak nafas yang mendesah seperti sukar untuk dilegakan. Kepalanya berputar hebat!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan