AKU pergi bekerja macam biasa hari ini. Sampai di pejabat aku terus melakukan tugas harianku. Sehari saja aku terpaksa berjaga malam dan bangun awal di pagi hari kerana menyiapkan bekal encik Awal. Hari ini aku kembali melakukan rutin harianku. Aku bangun dengan semangat baru dan keceriaan yang luar biasa kerana aku pasti hari ini takkan ada gangguan lagi ketika waktu makan tengahari. Namun, aku akan kembali bersendirian lagi ketika waktu rehat.
Rasanya hari ini aku tak mahu naik ke tingkat atas lagi untuk makan tengahari. Aku nak makan
dalam pantri saja. Biarlah aku makan tanpa teman. Aku nak terus biasakan diri. Semakin lama
nanti pasti aku akan dapat menyesuaikan diri. Hari ini aku bawa bekal yang sempoi saja. Hanya
nasi goreng yang berlaukkan sebiji telur mata kerbau dan buah‐buahan yang sudah aku kupas
dan dipotong kecil‐kecil. Cukuplah untuk mengalas perutku hari ini hingga ke petang.
Tiba‐tiba terasa dunia pekerjaanku begitu indah sekali tanpa perlu memasak bekal untuk encik
Awal lagi. Untuk seminggu ini aku akan gunakan sepenuhnya tanpa memikirkan rutin harianku
yang pernah berubah. Walaupun cuma sehari namun aku terasa begitu terbeban. Bukan duit yang encik Awal tawarkan yang menarik minat aku. Sebenarnya aku pun tak pasti kenapa aku sanggup untuk memasakkan bekal untuk encik Awal. Aku bukannya mahir memasak pun. Kadang‐kadang aku terfikir juga, ikhlaskah aku memasak untuk encik Awal? Cuma satu hari sahaja. Nasib baiklah encik Awal akan ikut bos dia pergi ke Luar Negara. Eh, bos dia, tentulah bos aku juga?
Bila sebut pasal ikhlas, aku teringat pada kata‐kata seorang penulis dalam sebuah novel. Katanya ikhlas itu umpama semut hitam yang melata di dalam gelap. Memang tak nampak. Dan baru‐baru ini aku terbaca pula satu pos dalam laman sosial. Ikhlas tu macam surah Al‐Ikhlas, tak ada perkataan ikhlas pun dalam surah tu. Maknanya sama ada ikhlas ataupun tidak, memang takkan nampak, kecuali Allah saja yang tahu. Kalau ada orang kata dia ikhlas, rasanya haruskah kita meraguinya? Sesekali timbul juga persoalan begini di dalam fikiranku dan seringkali juga aku gagal mendapatkan jawapannya.
“Has, hantar fail‐fail ni ke bilik mesyuarat. Pukul sepuluh nanti ada meeting. Cepat sikit.” aku
kembali ke alam nyata bila mendengar suara Erna. Aku panggungkan kepala. Melihat Erna
memegang fail‐fail di tangannya, aku spontan menganggukkan kepala.
Aku menuju ke arah troli di hujung pejabat. Aku sorong troli ke meja Erna dan meletakkan failfail
di atasnya. Tangan aku dua saja sedangkan fail ni banyak. Mana terdaya aku nak pegang semuanya. Selalunya kerja‐kerja menghantar fail ni memang tugas aku selepas aku bekerja di sini. Cuma hari ini kali pertama aku diarahkan untuk menghantar fail ke bilik mesyuarat.
“Bilik mesyuarat tingkat dua puluhkan?” aku bertanya Erna untuk meminta kepastian.
“Hai..kata ada hubungan dengan encik Zuhaimie. Takkan bilik mesyuarat pun tak tahu tingkat
berapa?” Erna berkata dalam nada menyindir. Ini gara‐gara aku menumpang kereta encik Zuhaimie beberapa hari yang lepas. Ingatkan dah habis dah topik tu.
“Has tak pernah cakap pun Has ada hubungan dengan encik Zuhaimie tu. Kebetulan saja Has naik kereta dengan dia hari tu. Dia dah tolong Has jadi Has cuma tak nak dia kecil hati saja. Lagipun Has takut terlewat pula sampai ke pejabat.” aku cuba berterus terang dengan Erna.
Rimas betul aku sejak hari itu, diri aku ni selalu dijadikan bahan untuk mereka bergosip.
“ Habis, hari tu orang dah balik, kau naik jumpa encik Zuhaimie buat apa?” aku cuba mencerna
kata‐katanya. Apa maksudnya? Takkan..
“Bila? Jangan nak buat fitnah Erna. Has tak pernah pun berdua‐duaan dengan encik Zuhaimie tu. Kalau Has pergi pejabat dia pun, mesti ada orang lain lagi.” aku cuba membela diri. Fail‐fail yang perlu aku bawa ke bilik mesyuarat aku letak dengan kasar di atas troli. Sakit betul hati aku bila mereka menuduh aku dengan tuduhan yang tak berasas. Aku datang ke sini untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal. Bukan nak cari bakal suami dan dijadikan bahan gosip macam ni.
“Elehhh..jangan nak berlagaklah. Aku rasa encik Zuhaimie tu tak ada hati pun dengan kau. Agak‐agaknya kau ni cuma sekadar untuk dijadikan mainan dia saja,” berdesing lagi telinga aku mendengar kata‐kata Erna. Aku malas untuk melayan kata‐katanya yang semakin menyakitkan hatiku. Aku tahu, seharusnya aku tak perlu melayan semua umpatan orang kalau aku tak bersalah. Tapi aku juga manusia biasa yang ada perasaan. Asal tengok saja muka aku, orang‐orang dalam pejabat ini sudah berbisik sesama mereka, boleh sakit juga jiwa aku ini dibuatnya.
Aku meneruskan dengan kerja‐kerjaku. Troli aku tolak menuju ke arah lift. Sementara tu jam di
tangan sempat aku kerling jarumnya. Lagi dua puluh minit pukul sepuluh. Tak apa, jangan
mengelabah. Walaupun ini kali pertama aku harus tenangkan hatiku.
“Has..awak nak bawa fail tu ke bilik mesyuarat ke? Bawa mineral water ni sekali. Nanti awak
letakkan di atas meja bersama dengan fail. Awak tahukan macam mana nak buat?” Puan Salina
pula memberikan arahan sambil meletakkan sekotak mineral water di atas troli. Aku pula sudah terbayangkan cerita‐cerita yang pernah aku tonton. Alah, kacang saja. Sekadar nak letak fail dan air di atas meja saja pun. Bukan nak kena buat perbentangan pun. Aku berkata yakin di dalam hati.
“Baik Puan. In Sha Allah, saya tahu kot nak buat macam mana.” macam mana yakinnya hatiku
berkata‐kata, begitu jugalah lancarnya lidahku mengungkapkannya.
“Awak naik dulu. Pastikan semuanya sempurna sebelum semua orang masuk ke bilik mesyuarat.” aku hanya mengangguk untuk kesekian kalinya.
Tingkat 20, Di Bilik Mesyuarat
BILIK mesyuarat yang luas dan cantik dengan hiasan dalamannya membuatkan aku terpegun
seketika. Dilengkapi dengan komputer di setiap tempat duduk. Ada skrin besar di belakang meja utama. Ada juga kain rentang yang bertulis ‘ Smartphone Untuk Semua’ yang agak besar di sebelah meja utama. Ada juga gambar model‐model yang menjadi penghiasnya.
Aku terpegun seketika namun aku tak mahu membuang masa. Aku letakkan fail‐fail di tempat
duduk yang ada komputer. Aku letakkan juga mineral water bersama. Sambil itu jam tangan aku kerling lagi, takut aku tak selesaikan kerja seperti yang diminta.Habis kerja aku, sekali lagi jam di tangan aku belek. Fuhh..lagi beberapa minit lagi mesyuarat akan bermula. Aku cepat-cepat keluar dari bilik mesyuarat sebelum bertembung dengan orang‐orang atasan yang akan masuk ke bilik ini. Baru saja beberapa langkah aku menapak keluar, beberapa orang lelaki yang kemas berkot sudah menuju ke bilik mesyuarat. Hati aku mula mengelabah lagi melihat bos-bos besar yang sedang menuju ke arahku. Agaknya yang mana satu CEO syarikat ini? Aku bertanya di dalam hati.
Dalam aku memerhatikan seorang demi seorang bos‐bos besar itu, mata aku bertembung dengan wajah encik Amran, bos aku sendiri. Tanpa berfikir panjang, aku terus tundukkan kepala aku dan menyorong troli perlahan‐lahan ke arah lift. Seram aku nak terus bertentangan mata dengan encik Amran. Teringat lagi amaran dia kepadaku bila gosip antara aku dan encik Zuhaimie tersebar. Nama pun Amran, pantang silap sikit nak bagi amaran. Hiesy...
“Haa..Izz Zahrah. Baguslah awak ada di sini. Jom masuk sekali. Saya nak awak buat perbentangan pasal cadangan awak hari tu. Proposal yang saya suruh awak buat tu, dah siap?” aku melopong di depan encik Zuhaimie bila mendengar kata‐katanya. Aku perhatikan wajah-wajah di depanku. Encik Zuhaimie dan encik Amri sudah tersenyum ramah kepadaku manakala, seorang lagi sedang memandangku dengan wajah dingin dan beku. Serius macam nak makan orang. Err..siapa dia? Macam encik Awal tapi mustahil encik Awal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan