“MasyaALLAH! Nawrah!” panggilan itu masih tertangkap di telinganya sehingga ia hilang perlahan‐lahan. Intan Nawrah tak sedar apa yang berlaku sehinggalah terasa bahunya digoncang lembut.
“Mak!” panggilnya, hampir tak kedengaran. Dia berikhtiar untuk membuka mata, perlahan-lahan.
Emak masih setia di sisi.
“Macam mana sekarang? Dah okay?”
“Okay, cuma kepala macam berpusing sikit.”
“Hisy...apalah awak ni, Nawrah. Bukak cerita pasal nak hantar rombongan meminang, boleh pengsan pulak.”
“Terkejut.” Jawabnya perlahan. Dia hanya melihat gelengan emak. Kemudian, tiada suara lagi antara keduanya. Perlahan‐lahan, Intan Nawrah membetulkan tubuhnya. Dia duduk bersandar beralaskan bantal.
“Zul dah balik.”
“Emm...”
“Sementara dah okay ni, pergilah mandi. Segarkan sikit tubuh tu.”
“Kejap, mak. Tunggu pusing ni hilang.” Jawab Nawrah, memerhati lenggok emak yang menatang dulang ke katil. Bubur ayam masih hangat diletakkan di meja sisinya.
“Nawrah rasa nak mandi dulu lah, mak.”
“Baguslah. Bau hangit dah menyengat hidung mak sejak tadi.” Usik mak, tersenyum buatnya.
Nawrah ikut senyum. Dia tahu, di sebalik senyuman emak, ada kesusahan yang sedang ditanggung. Hati emak mana yang tega melihat anak kesayangan berendam air mata dengan musibah yang menimpa.
“Tak hangit sangatlah, mak.” Balasnya, menyengih.
Dia menyangkut tuala di bahu dan melangkah keluar dari bilik perlahan‐lahan. Apabila langkahnya stabil, baru dia menapak lebih laju. Kala malam‐malam begitu, air pancuran menyegarkan tubuh, juga menyegarkan memori. Bayang Alexander Zulkarnaeen menyapa lagi memorinya.
“Baru je nak sihat.” Sungutnya perlahan. Tentu emak akan bertanya responnya terhadap lamaran Alexander Zulkarnaeen. Apa dia nak jawab? Saya tolak atau saya terima?
“Hisy...tolaklah! Nak terima dia buat apa? Kenal dia pun tidak, nak jadi isterinya apatah lagi.”
“Tapi...kenapa dia serius sangat nak kahwin dengan aku? Sampai turut aku hingga ke rumah. Apa maknanya tu?”
“Hemmm...tu maknanya dia gila dan pendek akal. Orang lelaki! Akalnya selalu pendek.”
Intan Nawrah berhujah panjang biarpun bersendirian ditemani pancuran air.Biarlah! Apa nak jadi, jadilah! Dia tak mahu terlibat dengan Alexander Zulkarnaeen lagi. Nanti badi gila berjangkit pada dia pulak.
ADAM duduk di depan Alexander Zulkarnaeen sambil memerhati gelagat majikannya bekerja. Awal pagi begitu, dia memang suka menghadap laptop sambil mencari aset yang hendak dilelong. Kemudian, mana yang perlu dilepaskan, dia akan melepaskan. Mana yang disayangi, tak akan sekali‐kali dilepaskannya. Alexander Zulkarnaeen memang orang yang kuat berusaha. Cuma, pada saat‐saat kegemilangannya, dia masih bersendirian tidak berteman, sedangkan tuannya rupawan, berduit, segak, hanya berusia sedikit sahaja.
“Bos ada temujanji dengan peguam hari ni. Beberapa dokumen jual beli perlu ditandatangani.
“Pukul berapa tu?”
“Pukul sepuluh.”
“Sebelah petang pulak, bos ada date dengan calon keenam belas, Nur Shayla.” Terang Adam serba ringkas. Kali ini Alexander Zulkarnaeen mengangkat muka.
“Batalkan.”
“Batal apa tu, bos?” tanya Adam, tidak mengerti. Takkan nak batalkan pertemuan dengan peguam pulak? Bukankah aset jual beli yang nak diuruskan dengan peguam nanti?
“Batalkan temujanji dengan Nur Shayla dan calon‐calon yang seterusnya. Aku dah bosan dengan pertemuan jodoh ni. Dari aku habiskan masa dan duit dengan perempuan, baik aku habiskan masa dan tenaga untuk benda‐benda berfaedah.”
Balasnya, langsung tak memandang Adam. Kemudian, dia tersenyum di depan komputer.Dia senyum bukan apa, matanya menangkap iklan bendang yang hendak dijual.Dalam banyak-banyak aset yang dibeli atau dijualnya, tiada lagi dalam bentuk tanah pertanian seperti padi.
Dia teruja betul dengan iklan itu. Nombor telefon untuk dihubungi telah pun disimpan. Sebaik Adam beredar nanti, dia buat keputusan untuk menghubungi tukang iklan itu.
“Bos dah jumpa calon tepat ke?”
“Adam, buat cepat apa yang aku suruh. Nanti menyusahkan orang lain pulak. Aku malas nak jawab panggilan telefon tak tentu pasal. Banyak lagi kerja nak buat ni.”
“Yelah, bos.” Jawab Adam, meminta izin untuk beredar.
Sebaik sahaja bunyi pintu bilik dikatup kedengaran, dia terus membuat panggilan kepada pengiklan itu tadi. Mereka berbual tidak lama, Alexander Zulkarnaeen hanya mendapatkan butiran aset sahaja, kemudian, dia berjanji hendak bertemu dengan tuan tanah selang sehari kemudian.
“Eh, apa cerita Nawrah, ye? Masih pengsan lagi ke?” soalnya sendirian.
Memori dibawa jauh ke Tapah, melayang‐layang mencari wajah Intan Nawrah. Bila teringat Intan Nawrah, senyuman halusnya berbunga. Tentu hajatnya mengejutkan wanita itu. Dua kali bertemu mata, tanpa mengenali hati budi pun, dia nekad menuruti Intan Nawrah hingga ke kampung.
“Mungkin dia dah sihat.” Teka Alexander Zulkarnaeen.
Jemarinya pantas menolak skrin, mencari nombor Intan Nawrah yang telah disimpan dengan elok beberapa hari lepas. Dia mendail, tetapi satu deringan sahaja, panggilannya terus dialih ke kotak simpanan suara. Dia mendail lagi, hal yang sama juga berlaku. Alexander Zulkarnaeen cuba untuk tidak mengalah cepat. Selepas lima minit dia berusaha lagi, tetapi tetap, panggilannya dihantar ke peti simpanan suara.
“Eh, entah‐entah dia blocked nombor aku.” Alexander Zulkarnaeen tertanya‐tanya sendiri.
Fail sulit berwarna coklat dikeluarkan dari dalam laci. Tangannya pantas menyelak beberapa borang hingga ternampak gambar pasport Intan Nawrah di bahagian atas borang itu. Gambar passport itu dicabut dengan cermat. Alexander Zulkarnaeen menyelitkan gambar itu di dalam dompetnya, betul‐betul di sebelah gambar pada kad pengenalannya. Niat asalnya yang hendak mencari nombor telefon lain kepunyaan Intan Nawrah terpesong sekejap. Dia leka dengan pekerjaan tambahan itu, yang langsung tak pernah dibuatnya selama ini.
“Tak ada peluang lari lagi, Nawrah. Larilah sejauh manapun, aku akan datang memburu.”
“Aku Alexander Zulkarnaeen. Namaku diinspirasi dari kisah seorang pemuda, Iskandar Zulqarnain yang dikisahkan di dalam surah al‐Kahfi, ayat 83 hingga 98 kerana perjalanannya hingga ke Masyriq dan Maghrib dan peristiwa yang berlaku ke atasnya. Ada cendikiawan yang mengatakan Alexander The Great, dari Macedonia adalah Iskandar Zulkarnain, ada juga yang menyatakan sebaliknya. Tetapi siapapun mereka, sama ada orang yang sama atau bukan, nama mereka telah disatukan dan dianugerahkan oleh abah kepada diriku. Walaupun aku bukan Alexander The Great, mahupun Iskandar Zulqarnainn, namun semangat kental mereka bersatu di dalam diriku. Katalah apa saja kepadaku kerana aku kalis kata.” Ujarnya, sendirian, sambil merenung wajah Intan Nawrah. Dompet disimpan kembali ke tempat asalnya.
“Intan Nawrah! Kau insan pertama yang akan aku buktikan bahawa aku bukan Iskandar Zulqarnain mahupun Alexander The Great. Aku adalah Alexander Zulqarnaeen yang tidak akan berputus asa mendekatimu.” Tekadnya dalam diam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan