Label

Rabu, 23 November 2016

NOVEL Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen Bab4

DIA layan sahaja gelagat Eryna yang nampak manja dan kebudak‐budakan. Walaupun pertama
kali bertemu, Eryna nampak mudah menyesuaikan diri. Alexander Zulkarnaeen pantas menelah. Walaupun dia tidak banyak bercakap, tetapi matanya liar dan tajam. Apa saja perlakuan orang sekeliling, dia dapat mengesan agenda mereka dengan cepat.

“You kurang makan, kenapa?” Soal Eryna, melorekkan senyuman buatnya.

“I malu.” Jawab Alexander Zulkarnaeen, saja bermulut manis.

Bila Eryna tersenyum‐senyum, dia hanya menggeleng. Apa agaknya yang ada di fikiran Eryna?
Aku nak memperisterikan dia? Jangan haraplah! Tergedik‐gedik macam budak pakai pampers.

“You nak malu apa? I okay aje.”

“Iya?”

“Emm...I sebenarnya tak pernah hadiri pertemuan jodoh ni. Ini kali pertama.”cerita Eryna,
melentokkan sedikit kepalanya. Entah apa tujuan? Menyampah pula Alexander Zulkarnaeen
melihatnya.

“Kalau father I tahu, tentu teruk I kena marah.” Eryna terus bercerita.

“Kenapa?”

“Dia lebih suka I duduk rumah kalau ada masa terluang, tapi I boringlah. Kawan‐kawan I semua
dah ada teman lelaki.”

“You belum?” soal Alexander Zulkarnaeen lagi.

Ah, perbualan begini karut semata‐mata. Langsung tidak mencapai tujuan. Eryna di depannya
hanya mencebik dan menggeleng. Alexander Zulkarnaeen teringin nak menguji.

“Umur I dah 25, dah cukup dewasa untuk berdamping dengan lelaki‐”

“Jadi isteri I?” Soal Alexander Zulkarnaeen, tak menanti sambungan bebelan Eryna. Eryna
memanggung mukanya, menentang wajah Alexander Zulkarnaeen, bagai tak percaya dengan apa yang diharapkan dari lelaki itu.

“You...apasal serius sangat ni? I nak teman aje, bukan nak kahwin, okay. Menakutkan lah you ni.
Hisy!” Jawab Eryna tersengih‐sengih. Baginya, Zulkarnaeen cuma nak menguji. Mentang-mentanglah dia meluahkan perasaan sebentar tadi.

“I memang serius.”

“Hisy! Tak naklah I. Mengamuk pulak father I karang, bawak balik calon menantu bukan taste dia.”



Balas Eryna, deras menggeleng‐geleng. Lain macam saja Zulkarnaeen di matanya. Orangnya
sudahlah tidak mesra, berani pula mengusul hal perkahwinan dengannya. Apa dia ingat aku ni
gila nak berlaki?

“Taste father you macam mana?”

“Dia tentulah nak calon menantu yang sama level dengan dia, atau lebih sikit dari dia. Yang boleh manjakan I dengan segala yang I kehendaki. Kalau calon menantu yang pakai Vios macam youni, Irasa menjeling pun dia tak sudi.” Ejek Eryna.

Dia datang ke restoran itu dibawa dengan menaiki Vios sahaja. Dia ingatkan Zulkarnaeen itu orang kaya atau setidak‐tidaknya anak orang kaya. Gambar berukuran pasportnya bukan main menawan, memang bikin Eryna meluap‐luap hendak menanti detik ini, tetapi sebaik berbual-bual dengannya, keterujaannya hilang begitu saja.

“Vios tu dah sesuai dengan I. Lagipun you suka travelling. Kalau ada duit lebih, I bawalah you
travel setahun sekali. Kalau I tukar kereta mahal sikit, nak kena bayar installmenttinggi pulak untuk kereta tiap‐tiap bulan, mana nak bawak you travel lagi.”

“Sebab tu I kata father I tak akan pandang you, apatah lagi nak terima you sebagai calon menantunya. Jangan cerita lagi pasal kahwin, okay! I tak nak kahwin dengan you, muktamad!”

“Baru pertemuan pertama, kita dah tak sehaluan.” Saja Alexander Zulkarnaeen menduga. Eryna pula hanya menjeling. Bosan pula dengan mamat ni.

“I saja lah jumpa you, nak kenal‐kenal orang lelaki.”

“Agaknya apa reaksi you kalau I jemput youdengan BMW i8?” Soal Alexander Zulkarnaeen lagi,
buat Eryna tersengih.

“Wow...Itu tandanya you sama level dengan father I, atau mungkin lebih lagi.”

“I hormat keputusan you. You nak balik sendiri atau nak I hantarkan?” Tanya Alexander 
Zulkarnaeen, malas lagi hendak berbual‐bual. Sungguh membuang masa. Kalau duduk di depan laptop, tentu ada lelongan yang dah masuk trolinya.

“You balik aje. I boleh balik sendiri.”

“Okay. I anggap ni pertemuan akhir kita.”

“Yup. Maaf, youtak memenuhi citarasa I. Goodbye.”

“Okay.”

Sahut Alexander Zulkarnaeen lalu mengangkat punggung. Esok entah apa lagi ragamnya. Setakat dua orang calon yang ditemui, kedua‐duanya materialistik. Dia berjalan menuju ke kaunter bayaran sebelum keluar dari restoran itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan