MINGGU kedua aku bekerja dan kerja aku semakin bertambah. Kebetulan pula pagi tadi kereta
aku meragam dan aku bertembung dengan encik Zuhaimie dalam perjalanan. Dia mempelawa
aku datang bersamanya ke pejabat dan menolong aku menghubungi mekanik untuk menarik
kereta aku ke bengkel. Aku tiada pilihan kerana takut sampai lewat ke tempat kerja jadi aku
turutkan saja kemahuannya.
Bila aku turun dari kereta encik Zuhaimie dan ramai pekerja yang nampak, gosip pun mula
tersebar termasuk dalam pejabat aku bekerja. Semua pekerja yang mengenaliku mula menyoal
aku dengan soalan‐soalan yang mengarut.
‘’Macam mana kau boleh kenal encik Zuhaimie tu?’’ soalan pertama yang disoal adalah
daripada Shasha setiausaha Puan Salina. Wajah dia begitu serius bila menyoal aku. Aku tak
menjawab pun soalan dia dan menyebabkan aku dikulikan teruk olehnya hari ini.
‘’Aku dah lama bekerja di sini. Berdepan dengan encik Zuhaimie tu pun tak pernah. Macam
mana kau boleh tumpang kereta dia datang kerja? Kau goda dia ke? Macam mana kau buat?’’
soalan yang diajukan oleh Erna membuatkan wajah aku berbahang panas. Aku goda encik
Zuhaimie? Nak meneka pun tak agak‐agak.
‘’Izz Zahrah Hasyilla, saya tak tahu apa hubungan awak dengan bos syarikat kita ni, tapi saya
harap awak jangan cuba‐cuba nak ambil kesempatan ya. Kerja awak sebagai kerani saja di sini
dan jangan cuba nak curi tulang.’’ Amaran tegas daripada encik Amran bos aku membuatkan
wajahku bertukar merah. Bos syarikat ini? Siapa tu? Encik Zuhaimie?
Dan hari ini demi nak membuktikan aku langsung tiada hubungan dengan encik Zuhaimie, aku
bekerja keras. Apa saja kerja yang disuruh aku lakukan dengan bersungguh‐sungguh. Time
rehat aku makan saja di pantri dengan bekal yang aku bawa. Aku cuba habiskan semua kerja
hinggalah aku akhirnya tertidur di dalam surau selepas solat Isyak. Bila aku terjaga hari sudah
lewat malam. Aku mengambil keputusan untuk menenangkan fikiranku di tingkat atas, tempat
aku berehat setiap hari.
AKU menapak ke arah lift dengan langkah yang longlai dan bila aku sudah berada di depan pintu lift aku terus menekan butang untuk naik ke tingkat atas.Sejurus kemudian pintu lift terbuka dan aku tak menunggu lama, terus meloloskan diriku dan menekan nombor 25 iaitu tingkat yang paling atas sekali. Bila lift bergerak dan aku yang masih berserabut dengan masalah siang tadi terus khayal sendiri.
Sampai saja ke destinasiku, aku menapak keluar dan terus melangkah dengan lemah.Di depan sana sudah terbentang sebuah permandangan yang sangat indah. Bibir aku tanpa sedar sudah mengukirkan senyuman.
Aku berdiri di tepi koridor bangunan dan memandang di kejauhan, memerhatikan suasana malam yang sangat indah dengan warna‐warna lampu neon yang bergemerlapan. Bangunan pencakar langit yang masih terang begitu menarik minatku. Aku memerhatikan suasana malam dengan asyik dan cuba melupakan segalanya yang sedang aku hadapi.
"Awak buat apa di sini?" ada suara lelaki yang menyapaku dan orang itu telah berdiri di sebelahku. Terasa lututku sudah bergoyang dan jantungku sudah berlari laju. Aku membelek jam di tangan. Sudah pukul 10.00 malam.
"Kenapa tak balik lagi?" Lelaki itu bertanya lagi. Aku cuba menoleh ke arahnya. Perlahan‐lahan aku mendongak kerana dia lebih tinggi daripadaku.
"Err..err..saya, saya.." tergagap‐gagap aku bersuara namun minda aku masih tak mampu berfungsi sepenuhnya kerana tak menduga akan bertembung dengan orang lain di sini.
"Kenapa?" Dia bertanya lagi. Aku terus mengelabah.
"Nak baliklah ni.." sejurus aku berkata kakiku terus melangkah namun pergerakanku terlalu kaku angkara lututku yang sedang mengigil.
"Tunggu!" dia bersuara lagi. Jantung aku seakan terhenti berdenyut. Di dalam hatiku sudah berdoa sakan, semoga Allah melindungiku.
"Saya hantar awak," kata‐katanya membuatkan aku berpaling ke belakang dan mendongak untuk melihat wajahnya. Bibirnya sudah menguntum senyum. Lidahku terus kelu melihat senyuman itu dan mataku pula terus merenung wajah kacak di depanku.
"Kenapa tengok saya macam tu? Jangan cakap awak tak sudi pulak. Dah lewat ni, bahaya balik
sorang‐sorang." lelaki itu berkata lagi. Aku sudah telan liur berkali‐kali. Siapakah dia? Bagi aku,
balik seorang ataupun balik bersama lelaki yang tak dikenali tak ada bezanya. Tetap berbahaya.
"Tak apalah encik. Saya balik sendiri." aku menolak perlawaannya sambil berpusing dan berjalan laju namun aku dapat mendengar derap langkahnya di belakangku.
"Nur Izz Zahrah..awak nak ke mana tu? Takkan awak nak turun dengan tangga?" aku dengar dia memanggil namaku. Dia kenal aku ke? Aku semakin mengelabah.
"Jangan degil. Saya hantar awak balik. Kereta awak rosakkan? Dan awak datang kerja naik kereta Zuhaimiekan pagi tadi?" dia masih bersuara. Hati dan minda aku semakin bercelaru. Dia tahu semua pasal aku ke?
"Encik ni siapa?" aku berpura‐pura berani dan bertanya dengan nada suara yang tegas.
"Saya kawan Zuhaimie, awak kenal diakan?" sambil bersuara matanya merenung tepat ke wajahku. Aku berpusing kalut dan melangkah lagi tanpa menjawab pertanyaannya. Kawan encik Zuhaimie? Macam mana pula dia boleh kenal aku? Hati aku berbisik sendiri.
"Nur Izz Zahrah." dia melaung namaku lagi. Semakin laju aku melangkah dan menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Kalau boleh aku ingin masuk ke dalam lift di tingkat 24 saja. Hati aku sedang berperang sekarang ini. Menyesal pula bila difikirkan balik. Kenapalah aku mengambil keputusan untuk pulang lewat malam ini? Kalau aku pulang awal tadi tentu kejadian seperti ini takkan berlaku.
Sampai di tingkat 24 aku menuju ke arah lift dan berjalan laju. Aku tahu lelaki itu tadi masih
mengikut aku dari belakang. Aku terus berdoa di dalam hati semoga lelaki itu takkan mengapa‐apakan aku. Bila lift sampai aku terus meloloskan diriku. Lelaki tadi berbuat perkara yang sama. Aku mula mengigil lagi tapi cuba berlagak tenang. Sekarang dia sedang berada di depanku dan sedang merenung wajahku. Lututku sudah mula goyah namun aku cuba menenangkan hatiku sendiri. Percaya saja dengan Allah kerana Dia akan sentiasa ada untuk melindungiku.
"Izz..boleh saya panggil awak Izz?" lelaki itu bertanya. Tak semena‐mena aku terasa lucu dengan soalannya. Hilang semua rasa takut aku tadi. Aku mengulum senyum dalam diam.
"Dah panggil dah pun, baru nak minta izin? Semua orang panggil saya Has," aku cuba berlagak
ramah.
"Kenapa Has?" dia tanya lagi.
"Hmm..sebab, sebab mereka nak panggil Has. Biarlah mereka." aku sengaja nak mainkan dia dengan berkata begitu.
"Saya tak nak panggil Has. Saya nak panggil Izz juga. Rasa sweet saja." dia berkata lagi. Aku berfikir sejenak. Kalau dia boleh panggil nama aku sesuka hati dia saja, aku pun nak buat macam tu juga.
"Kalau macam tu saya panggil awak encik mengada‐ngada." tanpa berfikir panjang aku pula
meluahkan apa yang aku fikir.
"Ehh..kenapa pula? Bila pula saya mengada‐ngada ni?" dia cuba membantah.
"Ehh..ikut suka hati sayalah, nak panggil apa pun. Awak boleh pula panggil nama saya ikut suka hati awak." aku tak mahu mengaku kalah.
"Nama awakkan Izz Zahrah? Okeylah tu kalau saya panggil Izz. Masalahnya nama saya tak ada pula mengada‐ngada tu." lelaki di depan aku cuba membantah. Aku tayang wajah selamba saja. Kau suka ke tak, ada aku kesah.
"Ikut suka sayalah. Mulut saya." aku sengaja marakkan lagi kemarahannya.
"Mana boleh macam tu. Kita belum berkenalan lagikan? Nama saya Aswal Madri. Kawan-kawan
dan keluarga panggil saya Awal." lelaki tadi berkata lagi sambil menghulurkan tangannya. Eh, tak tahu hukum ke apa? Takkan dia nak bersalam dengan aku kot? Aku sudah mencebik ke arahnya.
"Maaf ya, saya ni dilahirkan sebagai anak melayu yang beragama Islam. Dalam agama saya dilarang bersalam dengan lelaki yang bukan mahram saya." aku berkata dengan yakin sambil memeluk tubuh. Lelaki di depan aku sudah tersenyum sambil menarik tangannya kembali.
"Good. Saya suka perempuan macam awak. Sudi jadi isteri saya tak?" dengan selambanya dia buat ayat macam tu dengan aku. Ishh..memang sengaja nak menguji aku ke apa?
"Tapi saya tak suka lelaki macam awak. Jumpa perempuan saja terus kejar. Belum kenal lagi dah tanya soalan yang tak sepatutnya." aku pula memainkan peranan aku.
"Awak yang tak kenal saya tapi saya dah lama kenal awak. Hari‐hari saya tengok awak." dia
tersenyum selepas berkata. Aku memerah minda berfikir. Setahu aku, ini kali pertama aku
terserempak dengan dia.
"Tipulah. Saya tak pernah jumpa awak pun. Dahlah, saya nak balik. Dah lewat ni." aku malas lagi nak berbual dengan dia dan bila lift sudah berhenti dan terbuka luas aku terus keluar dan berjalan laju. Dia terus mengikut aku dan jalan di sebelahku.
"Saya hantar awak balik. Percayalah, saya takkan apa‐apakan awak. Dah lewat ni, bahaya awak
balik seorang." dia cuba menghalang aku. Aku serba salah, dalam hati menyesal sangat sebab
ikutkan hati tadi. Kalau aku tak cuba membuktikan bahawa aku bukan ada hubungan dengan
encik Zuhaimie dan pulang kerja seperti biasa tentu aku tak mengalami semua ini. Tentu aku
takkan bertembung dengan lelaki ini, tapi kenapa pula dia pun pulang lewat juga? Siapa dia?
Pengawal keselamatan ke? Daripada baju yang dia pakai tak nampak pula macam pegawai
keselamatan. Berbaju kemeja biru dan berseluar slack. Memang nampak kemas dan kacak. Lebih‐lebih lagi dengan tubuhnya yang tinggi dan tegap.
"Maaf, saya tak biasa balik dengan lelaki yang bukan mahram saya. Lebih‐lebih lagi kalau berdua‐duaan." aku terus mengelak daripada dihantar oleh lelaki ini. Dalam kepala aku sudah tergambar kami berdua‐duaan di dalam kereta atau di atas motor. Hiss..seramnya.
"Okey, kalau macam tu saya teman awak balik naik kenderaan awam. Bas, teksi atau LRT?" lelaki tadi masih tak berputus asa. Aku yang semakin serabut kepala.
"Awak ni kenapa? Beria‐ia nak ikut saya balik. Awak nak tahu di mana rumah saya ke? Lepas tu
senanglah awak nak atur rancangankan?" tanpa berfikir panjang terluah lagi apa yang aku fikir.
Lelaki itu tayang wajah terkejut, tapi selepas itu dia sudah ketawa.
"Awak ni Izz Zahrah, kalau tulis skrip untuk filem mesti filem tu meletop kebabom begitu. Mesti
penerbit filem tu akan meraih keuntungan berjuta‐juta." dia berkata sambil ketawa dan kepalanya tergeleng‐geleng. Aku mencebik ke arahnya.
"Baguslah tu tapi kesian dengan awakkan? Belum kenal lagi dah berani tanya yang bukan-bukan.
Macam senang sangat..." aku tak menghabiskan ayat aku. Ayat seterusnya aku sambung dalam hati. Belum kenal dah nak buat bini. Ishh, ishh..
"Senang sangat apa?" dia masih menyoal. Aku pula sudah bergerak ke perhentian bas.
Kebetulan sebuah teksi sedang bergerak ke arah kami. Aku tak menunggu lama, terus menahannya. Bila aku masuk ke perut teksi, lelaki tadi pula sudah membuka pintu hadapan dan turut meloloskan dirinya. Parah. Nampaknya dia memang sudah nekad untuk ikut aku balik.
"Esok jangan balik lewat malam kalau tak mahu saya ikut awak balik." aku belum kata apa‐apa,
dia yang bersuara terlebih dahulu sambil menoleh ke belakang. Aku buat tak tahu saja dan berpura‐pura tidak mendengar. Aku melihat keluar tingkap dan menghayati keindahan malam.
"Izz..awak dengar tak ni?" dia menyoal aku.
"Saya dengarlah encik Awal dan akhir." aku bersuara juga dan menoleh ke arahnya.
"Apa? Saya kekasih awal dan akhir awak? Tapi saya tak mahu jadi kekasih awak. Berdosa kalau
bercinta ni. Saya nak awak jadi isteri saya. Kita bercinta selepas nikah ya Izz?" ayat‐ayat yang
kedengaran sedikit nakal itu diungkapkannya. Aku menarik nafas berat. Letihnya melayan manusia macam dia ni.
"Tak hingin.." aku membentak keras. Dia sudah ketawa bersama pemandu teksi. Entah bila pak cik teksi tu jadi geng dia?
"Encik yang kacak macam ni pun kena reject juga ke? Kalau cik tu tak mahu, jadi menantu pak
cik sajalah." pak cik teksi pun nak memainkan peranannya. Dia ketawa selepas selesai
mengungkapkan ayat‐ayatnya.
"Boleh ke? Tak apa, anak pak cik tu boleh jadi isteri nombor dua. Masih ada tiga lagi kekosongan." ujar lelaki itu dan ayat‐ayatnya membuatkan aku mencebik lagi tanpa sedar.
Orang lelaki ni kalau bab memadukan bini memang kerja mereka agaknya.
"Boleh, boleh, tapi kena tunggu 20 tahun lagi sebab anak perempuan pak cik baru berusia dua bulan. Yang lain semua anak lelaki." bila pak cik teksi berkata begitu spontan aku tergelak. Tiba‐tiba terasa lucu. Bila aku tersedar lelaki tadi menoleh ke belakang dan memandang ke arahku, cepat‐cepat aku tutup mulutku dan memandang keluar teksi.
"Pandai pak cik buat lawak. Izz yang beku pun boleh ketawa. Nanti nak berguru dengan pak ciklah." dia cuba mengayat aku ke? Elehh..perkara macam tu pun nak berguru ke? Aku berani kerat jari, pak cik tu pun tak sangka aku akan tergelak tadi sebab aku pun tak menduga akan tergelak. Semuanya reaksi separa sedar aku.
"Bukan payah pun nak buat lawak ni, yang penting kena aktivkan minda. Kalau minda tak aktiv,
nak buat apa pun takkan menjadi." ujar pak cik teksi itu pula. Aku tumpang memasang telinga.
"Anak pernah dengar tak orang cakap, hari jumaat orang Islam pergi masjid masuk kafir terus?" aku tersentap mendengar kata‐kata pak cik teksi. Otak aku sudah membantah keras namun bibir tetap tak bersuara.
"Hah? Ini kali pertama saya dengar pak cik. Kenapa pula macam tu?" lelaki yang bernama Awal
itu bertanya kalut. Tentu dia pun fikir macam aku. Apa yang mengarut sangat pak cik teksi ni?
"Betullah. Orang Islam masuk. Kafir terus." jawab pak cik teksi itu. Aku cuba mencerna ayat-ayatnya.
"Maksudnya?" lelaki tadi bertanya lagi.
"Yalah, hari jumaatkan orang Islam berpusu‐pusu pergi masjid. Orang kafir dia teruslah, takkan
orang kafir pun nak masuk juga?" kali ini aku sudah dapat membaca maksud pak cik tu.
Rupanya dia sedang mencuba buat lawak spontan. Alang‐alang orang tak sabar tentu pak cik tu bakal dihentam balik. Tapi bila tujuan dia sekadar nak buat lawak ada logiknya juga dan aku dengar lelaki tadi sudah ketawa.
"Pak cik ni, buat orang suspen saja." lelaki tadi berkata dalam ketawa yang masih bersisa.
Mereka terus berbual sesama mereka hingga kami tiba ke destinasi. Lelaki yang memperkenalkan namanya sebagai Aswal tadi menghantar aku hingga ke muka pintu rumahku. Aku tak boleh nak menghalang dia. Bukan tak menghalang tapi puas menghalang dia tetap mengekoriku. Untuk keselamatan aku katanya. Hiesy..akhirnya aku yang ditimpa perasaan serba salah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan