Label

Selasa, 29 November 2016

NOVEL Darlingku Minah Angau Bab20

Nyata Bunyamin terkejut apabila melihatkan wajah Anggun Danisha yang tersua di sebalik pintu. Penampilan Anggun Danisha yang cantik memakai baju kurung bersama tudung sedondon warnanya sambil memeluk sebuah fail membuatkan Bunyamin tertanya‐tanya sendirian.

“What a surprise to see you, here,” kata Bunyamin. Dia tahu Anggun Danisha tidak akan pernah
berhenti untuk menakluki semula hatinya. Namun ada rasa gusar apabila Anggun Danisha sudah pandai mencarinya di tempat kerja.

“I told you before, I akan ikut walau di mana you berada,” kata Anggun Danisha. Tanpa disuruh
Anggun Danisha melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia terus memerhatikan wajah Bunyamin yang amat dicintainya.

“You buat apa di sini?” tanya Bunyamin.

“Salah ke I berada di sini?” tanya Anggun Danisha kembali. Dia sengaja mahu membiarkan
Bunyamin tertanya‐tanya akan kehadirannya di sini.

Bunyamin hanya ketawa apabila mendengarkan bicara Anggun Danisha itu. Namun perbuatannya itu hanya sekadar menyembunyikan keresahan hatinya. Wajah Fatihah yang garang macam singa mula terbayang di ruang ingatannya. Kalaulah Fatihah tahu yang dia sedang dikejar oleh kekasih lamanya pastinya nahas dirinya dikerjakan oleh wanita itu.

“Tak salah. Tapi ada sesesuatu yang menganggu I,” kata Bunyamin sambil menyelak rambutnya. Wajah Anggun Danisha yang kelihatan tenang itu dipandangnya lama.



Anggun Danisha tersenyum manis. Dia menongkat wajahnya dengan kedua belah tangannya sambil matanya terus memandang Bunyamin. Sudah lama dia tidak dapat memandang wajah itu sepuasnya. Perasaan rindu yang semakin menggebu mula terubat apabila dia berbuat begitu.

Bunyamin mengeluh lemah apabila melihatkan sikap Anggun Danisha itu. Wanita itu langsung tidak memperdulikan bicaranya. Malah gadis itu asyik menelek wajahnya sampai Bunyamin sendiri rasa tidak senang duduk.

“Gaya dan penampilan you hari ini tak ubah macam student. Pandai you menyamar ya,” kata
Bunyamin.

Anggun Danisha ketawa suka hati apabila mendengarkan bicara Bunyamin itu. Pasti Bunyamin akan lebih terkejut apabila mendengarkan bicaranya kelak. Sukakah Bunyamin apabila mengetahui usahanya itu?

“Memang I jadi student pun,” kata Anggun Danisha. Dia terus merenungi wajah Bunyamin.

Ingin membaca kata hatinya yang sebenarnya.

Nyata Bunyamin begitu terkejut mendengarkan pengakuan Anggun Danisha itu. Matanya terbuntang luas manakala mulutnya ternganga bagaikan tidak percaya. Untuk apa wanita di hadapannya ini mahu menyambung pengajiannya? Adakah hanya semata‐mata kerana mahu meraih hatinya semula? Bunyamin menggeleng kesal. Dia cukup tidak bersetuju dengan perancangan yang dibuat oleh Anggun Danisha itu.

“You must be joking,” kata Bunyamin masih menidakkan apa yang sedang dibicarakan oleh Anggun Danisha itu.

Anggun Danisha ketawa lagi. Wajah tertekan Bunyamin itu benar‐benar mengeletek hati dan
perasaannya. Dia tahu tatkala ini pastinya Bunyamin panik dengan apa yang telah dilakukannya ini. Malah dia yakin keras hati Bunyamin tidak akan bertahan lama jikalau hari-hari wajahnya disuakan kepada lelaki itu. Pastinya lelaki itu tiada pilihan lain selain daripada menerima cintanya semula.

“You nampak muka I macam sedang buat lawak antarabangsa ke?” tanya Anggun Danisha kembali.

Bunyamin mendenggus kasar. Dia melurut rambutnya yang tidak gatal. Buat seketika dia hanya
memandang kosong kepada meja kerjanya yang kelihatan tersusun rapi. Tanpa sedar tangannya sudah diketuk di meja. Cuba menghilangkan rasa terkejut yang sedang merantai hatinya.

“You sambung master?” tanya Bunyamin sambil menggelengkan kepalanya.

Cepat‐cepat Anggun Danisha menganggukkan kepalanya. Bibirnya sentiasa setia mengukirkan
senyumannya. Dia berasa gembira dengan apa yang telah dilakukannya ini. Dia tidak kisah sama ada dia mampu berjaya atau tidak dalam pelajarannya kini tetapi apa yang pasti dia mahu berjaya di dalam percintaannya.

“Kenapa tiba‐tiba sahaja you mahu sambung master? Bukankah sebelum ini you kata kepada I yang you sudah bosan belajar?” tanya Bunyamin. Dia masih belum percaya yang Anggun Danisha sanggup membuat keputusan sedrastik ini.

“Memanglah I bosan sambung belajar tapi I tak pernah bosan kalau sentiasa bersama dengan you,” kata Anggun Danisha sambil tersengih lebar.

Bunyamin mengeluh sambil menggeleng lemah. Dia tidak faham apa yang sebenarnya sedang
difikirkan oleh Anggun Danisha. Hanya kerana mahu bersamanya sehingga sanggup berbuat begini? Memang tidak masuk dek akal langsung!

“You ni dah gila ke? You ambil duit mana untuk sambung belajar? I’m sure you dah tak dapat
sponsor from your dad,” kata Bunyamin cuba menyedarkan hakikat yang sebenar.

“I rasa I hanya belajar untuk satu semester aje,” kata Anggun Danisha cuba berterus‐terang.

“Satu semester? Apa yang you mengarutkan ini, Isha?” tanya Bunyamin. Dia sudah bangun daripada tempat duduknya. Sungguh dia berasa tertekan dengan sikap tidak matang Anggun Danisha itu. Keberadaan Anggun Danisha di sini sememangnya akan mengundang bencana kepadanya.

“I yakin dalam tempoh satu semester aje I dapat menakluki hati you semula, Min,” kata Anggun Danisha. Dia cuba bangun mendapatkan Bunyamin. Tangan Bunyamin cuba diraihnya namun lelaki itu pantas menepisnya.

“You ni dah gila ke? You buat semua ini hanya kerana cinta?” Suara Bunyamin sudah meninggi.

Sungguh dia tidak tahan dengan perangai kebudak‐budakan Anggun Danisha itu. Ternyata jarak usia yang ketara antara mereka berdua benar‐benar merenggangkan hubungan mereka.

“Kenapa you marah pula? Sepatutnya you terharu dengan apa yang telah I lakukan ini,” bentak
Anggun Danisha. Dia tidak puas hati dengan tengkingan Bunyamin itu. Malah dia mula berasa
berjauh hati dengan sikap lelaki itu.

“Danisha, boleh tak you matang sedikit? Ini perkara serius tapi you boleh buat keputusan sambil lewa begitu aje! I memang tak faham dengan you!” kata Bunyamin sambil mendenggus kasar.

“I buat semua ini untuk you, Min! Tapi you kata I tak matang?”

Air matanya sudah bergenang. Sungguh dia tidak sangka Bunyamin sanggup memarahinya sebegitu. Salahkah dia membuat keputusan sebegini demi untuk kebahagian mereka bersama?

“Danisha, hidup ini bukan hanya kerana cinta aje! You tak boleh sedar ke semua itu? Tolonglah
jangan berperangai kebudak‐budakan sebegini,” kata Bunyamin kasar.

“Maknanya I ni membosankan you?” tanya Anggun Danisha. Air matanya yang sebentar tadi
bergenang mula mengalir membasahi pipinya. Terobek hatinya apabila mendengarkan bicara jujur Bunyamin itu.

“Please Danisha, tolong tinggalkan UM. I tak nak you sia‐siakan masa you hanya kerana I. Better you buat perkara yang berfaedah for yourself,” nasihat Bunyamin.

Nyata Anggun Danisha begitu terkedu dengan bicara Bunyamin itu. Dia tidak sangka sejauh ini dia berkorban tetapi lelaki itu masih tidak mahu menghargainya. Malah lelaki itu dengan kejamnya mahu menghalaunya pergi.

Anggun Danisha tertunduk lemah. Airmata yang laju mengalir disekanya perlahan. Dia cuba
memandang lelaki itu. Mahu meraih simpati lelaki itu tetapi malangnya Bunyamin tidak sedikitpun mahu memandangnya. Perlahan Anggun Danisha mengeluh lemah. Air mata yang mengalir terus laju mengalir tanpa henti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan