Selepas lebih kurang sejam menunggu, akhirnya nampak kelibat mak saya masuk ke dalam klinik pesakit luar. Saya terus sahaja berlari memeluk mak saya dengan erat.
“Mak! Tolong saya, mak...Diorang mahu masukkan saya ke dalam wad sini,” rintih saya sambil
menangis teresak‐esak di pelukan mak. Mak saya membelai rambut saya dengan penuh kasih sayang, lalu dia memandang ke arah Encik Ahmad yang juga turut sama berdiri dan berjalan ke arah kami.
“Hai, Puan Justine, saya Encik Ahmad, bos Annie di tempat kerjanya,” kata bos saya itu sambil
menghulurkan tangannya untuk bersalam. Mak saya membalas salamannya.
“Hai Encik Ahmad.” Mak saya memegang pipi saya lalu mendongakkan kepala saya agar mata saya bertentangan dengan matanya. “Annie, ya ampun, apa jadi sama kamu? Kenapa kamu di sini, bukan di tempat kerja?” Tanyanya dengan nada risau. Saya cuma menggelengkan kepala saya, tidak ada tenaga lagi untuk mengulangi apa yang terjadi sejak tadi tengahari. Lagipun, mak saya masih tidak tahu akan kewujudan Ste....Ironinya, Ste yang saya cintai itu memang tidak wujud berdasarkan apa yang diorang beritahu saya. Saya rasa macam mahu ketawa pun ada juga sekarang ini. Ketawakan diri saya yang sangat bodoh untuk biar diri saya terperangkap dalam permainan hidup ini. Doktor Syarifah keluar daripada bilik pemeriksaannya lalu terus jalan menuju ke arah kami.
“Hello, kamu Puan Justine ya?” Mak saya mengangguk, masih tidak mahu melepaskan saya daripada pelukan saya. “Saya Doktor Syarifah, saya pakar psikiatri. Boleh saya jumpa dan bercakap dengan puan seorang sekarang?” Dengan rasa kesal, mak saya pun melepaskan saya daripada pelukannya.
“Annie, mak pergi dulu. Kau tunggu sini dengan Encik Ahmad, okey?” katanya sambil mencium dahi saya. Saya mula menangis lagi tatkala mak saya hilang dari pandangan saya. Encik Ahmad dengan sabarnya membawa saya kembali ke tempat duduk. Kami berdua tidak bercakap apa-apa sepanjang masa itu.
***
Dalam masa beberapa jam sahaja, hidup saya sudah berubah daripada baik menjadi antara yang paling teruk yang pernah terjadi selama ini. Siapa yang sangka, baru tadi pagi saya masih berada di bilik saya sendiri, buat aktiviti saya sendiri, makan di meja sendiri dengan mak saya, pergi kerja dengan kereta sendiri. Dan akhirnya, saya sampai ke tempat kerja di mana nasib saya berubah dengan drastiknya.
Siapa yang sangka bahawa saya sekarang ini berada di wad psikiatri di Hospital Mesra Bukit Padang ﴾HMBP﴿? Saya sendiri pun tidak sangka, apalagi mak saya.
Setelah sejam kami menunggu mak saya dengan Doktor Syarifah habis berbincang, mak saya keluar dari bilik doktor itu lalu terus pergi ke arah saya dan memeluk saya lagi. Dia berkali‐kali berkata minta maaf kepada saya. Saya pun terus menangis dan tidak ingin melepaskan mak saya tetapi selepas itu saya diiringi oleh jururawat ke wad perempuan di atas bukit. Memang penat kaki saya berjalan ke wad itu, tetapi saya tetap teruskan juga. Mak saya dan juga Encik Ahmad berjanji yang mereka akan datang melawat saya keesokan harinya. Mak saya juga beritahu bahawa dia akan beritahu segalanya kepada bapa dan juga Angie. Saya berkeras hati beritahu mak jangan menyusahkan diri kerana mereka tidak akan kisah punya, namun mak saya marah saya balik dan berkata yang mereka berhak tahu pasal saya. Encik Ahmad pula berjanji yang dia tidak akan beritahu hal ini kepada rakan‐rakan sekerja kami, dan saya sangat menghargai akan itu. Perkara terakhir yang saya mahu berlaku ialah khabar tentang saya masuk wad sakit mental tersebar di seluruh HQE.
Sudah pasti Dr. Stephen Marcus akan rasa puas hati kerana dia berjaya mengurung saya dan
mengelakkan dirinya daripada dikacau oleh saya!
Saya akhirnya selamat sampai ke wad itu, dan dibawa ke katil di mana saya akan habiskan masa saya selama saya berada di sini. Wad ini agak penuh, cuma ada satu lagi katil kosong yang kebetulan berada di sebelah kiri saya, dan katil saya terletak di belakang sekali, jadi sebelah kanan saya adalah dinding. Baguslah itu. Saya tiada mood mahu bersosial di wad ini. Lagipun, setelah saya siap menganalisa setiap pesakit di sini, bersosial ialah perkara terakhir yang ada dalam fikiran masing‐masing. Kata jururawat yang mengiringi saya itu, saya punya kes adalah minor, sebab itu saya ditempatkan di belakang sekali. Kalau kes yang teruk seperti kes percubaan bunuh diri, dia akan ditempatkan di hadapan sekali supaya staf‐staf di kaunter senang mahu monitor keadaan pesakit.
“Nurse, agak‐agaknya berapa lama saya akan berada di sini ya?” Tanya saya dengan berhati-hati
semasa jururawat itu cek semua vital sign saya. Dia cuma menggeleng kepalanya.
“Sorry cik, saya tidak tahu. Tapi kebiasaannya kalau kes minor, sehari dua sahaja tu boleh pulang sudah. Tapi cik belum ada diagnosis muktamad, kan?” Saya mengangguk kepala saya.
“Okey, semuanya normal sahaja. Cuma berat kamu agak lebih sikit daripada normal.” Dia menulis semua keputusan pemeriksaannya di cartanya.
Saya melihat tubuh badan saya yang makin gempal itu. Saya memang jenis yang chubby orangnya namun selama ini saya berjaya mengekalkan berat saya untuk tidak mencapai berat enam puluh lima kilogram. Berat saya sekarang ialah enam puluh lapan kilogram.Mood saya makin lagi down sebab itu, dan jururawat itu pun perasan akan perubahan mood saya, namun dia tidak berkata apa‐apa. Dia pun nampak macam baru sahaja mula bekerja, mungkin belum ada pengalaman untuk melayan pesakit di sini. “Terima kasih, nurse.”
“Sama‐sama, cik. Nanti cik akan diberi briefing sedikit tentang aktiviti‐aktiviti yang disediakan di wad ini ya. Lepas itu, doktor‐doktor akan jumpa kamu untuk berbincang tentang diagnosis kamu dan merancang rawatan yang sesuai untuk kamu.” Saya mengangguk lagi, jelas dengan penerangannya. Selepas dia keluar dari wad itu, saya pun duduk di atas katil saya lalu berfikir panjang lagi tentang nasib saya ini. Tiada satu pun pesakit di sini yang berusaha untuk pergi ke tempat saya untuk berbual dengan saya, dan disebabkan saya sudah biasa dibuat begitu, saya pun buat‐buat tidak kisah saja tentang hal itu. Saya pun mencapai diari saya yang saya letak di meja sebelah saya, dan mula menulis diari saya untuk menceritakan segala‐galanya. Sekarang ini hanya dengan diari sahaja yang menjadi tempat luahan hati saya. Setelah saya siap tulis catatan saya untuk hari ini, tiba‐tiba saya rasa sangat sedih.
Saya sedih kerana saya rasa tertipu. Saya rasa dipermainkan oleh keadaan. Kegembiraan saya itu semuanya palsu belaka. Ste yang saya cintai tidak wujud. Ste yang sebenar membenci saya sehingga dia sanggup mengenakan saya perintah sekatan. Ste yang mencintai saya tidak akan buat saya begini.
Lepas itu, tiba‐tiba saya rasa cemas pula. Jangan‐jangan Zero pun seorang yang tidak wujud juga! Fikiran itu buatkan saya tambah sedih, saya sudah tidak dapat menahan rasa sebak di dada lalu menangis dengan kuat, sudah tidak peduli lagi dengan sekeliling saya. Saya menangis mengenangkan nasib malang saya ini. Saya rasa sangat tidak berguna di dalam hidup ini. Saya rasa ingin mati sahaja supaya penderitaan ini berakhir.
Bagus kau mati saja, Annie. Dunia akan lebih baik lagi selepas kau mati, hahaha! Bisik suara itu lagi. Saya mula berasa sangat marah lalu menjerit, “DIAMLAH KAU TOLOL!!!!” Saya pun terus
mengangkat meja di sebelah saya itu lalu menghempasnya sekuat yang saya mampu. Meja itu
diperbuat daripada kayu, makanya memang jadi rosak juga meja itu gara‐gara kemarahan saya yang tidak terkawal itu. Pesakit‐pesakit yang lain menjerit minta tolong. Wad menjadi kecoh terus. Beberapa orang staf datang masuk ke dalam wad dan menuju ke arah saya.
“Kenapa ni Annie?” Tanya salah satu jururawat itu. Sambil itu dia bisik pada rakan sekerjanya,
“Tolong panggil H.O in charge. Beritahu dia ada pesakit mengamuk.” Saya memandang ke arah
staf‐staf itu, lalu saya terbeliak mata apabila mata saya singgah ke sekujur tubuh orang yang saya benci sekarang ini. Saya pun terus menunjuk ke arah orang itu.
“STE! BANGSAT BETUL KAU NI! MARI KAU SINI! BERANI KAU BUAT SAYA BEGINI!!!!” Lalu saya menuju ke arah Ste yang sedang berdiri di situ sambil tersengih‐sengih.
Kenapa, Annie? Apa kau rasa, oren? Hahahaha!
“DIAM LAH KAU STE! SAYA TAMPAR KAU!” Saya mula menghayunkan tangan saya ke arah Ste, namun sebaliknya tangan saya menampar angin sahaja. Saya mengelipkan mata saya berkali-kali. Ste sudah hilang. Mustahil! Tadi saya betul‐betul nampak Ste di hadapan saya!
Kelihatan kelibat seorang doktor muda datang berlari ke arah kami. “Astaga, kenapa ni? Apa yang terjadi?”
“Dia mengamuk, doktor. Lepas tu, saya nampak dia macam halusinasi saja,” jawab jururawat nombor satu.
“Okey, ikat dia dulu, lepas tu bagi dia Midazolam satu miligram IV STAT. Lepas dia tenang sudah dan bangun dari tidur nanti, panggil saya supaya saya dapat tanya dia beberapa soalan tentang apa yang terjadi tadi,” doktor muda itu memberi arahan. Semua staf mengangguk dan menjalankan tugas masing‐masing. Mata saya liar mencari kelibat Ste. Dia ingat dia boleh lari daripada saya ya? Kau sudah pandang rendah pada saya, Ste! Tiba‐tiba dua orang staf memegang kedua‐dua tangan saya lalu membawa saya kembali ke katil saya. “Staff nurse! Pindahkan dia di katil depan, tukar dengan mak cik Solmah ini. Dia pun stabil sudah, kan,” arah doktor muda itu lagi. Lalu, saya pun dipindahkan ke katil depan, dan tanpa amaran, kedua‐dua tangan saya diikat dengan kain putih yang disambungkan pada besi di sisi katil saya. Saya pun mula geram lagi.
“Eh, kenapa ikat saya ni???! Lepaskan saya bah! Saya bukan mahu bunuh kamu pun! Bodoh punya staf! HOI, DENGARKAH TIDAK NI?!” Saya menjerit lagi.
“Noi, kau pasang IV line, saya tolong kau pegang dia,” kata jururawat nombor satu itu.
“Okey,,” jawab jururawat nombor dua yang dipanggil Noi itu.
IV LINE? APA TU BENDA?Pertanyaan saya terjawab apabila saya nampak Noi membawa jarum,
lalu dia mengikat pergelangan tangan kanan saya dengan glove, dan dia pun menepuk‐nepuk atas tangan saya untuk mencari urat. Saya menjerit kesakitan lagi apabila jarum itu menusuk masuk ke dalam urat saya. Jururawat nombor satu memegang saya dengan sangat kuat.
Sempat lagi saya rasa kagum dengan dia; dia kecil dan kurus orangnya namun punyalah kuat dia pegang saya! Nasib baik Noi pandai pasang jarum itu dengan hanya satu percubaan, kalau tidak, adalah yang kena tampar oleh saya ini. Saya mengeluh bila saya perasan yang tangan saya sudah kena ikat. Mahu tampar pun tidak boleh sudah sekarang, semuanya salah Ste!
Kalau bukan sebab dia, manalah saya kena ikat begini!
“Nurse, ada kamu nampak satu orang doktorkah yang kacak‐kacak tadi tu? Saya mahu tampar tu dia tapi tiba‐tiba dia buat magic dan hilang begitu sahaja? Celaka betul dia tu,” saya berkata dengan agak pantas, mungkin terlalu pantas kerana pertanyaan saya itu tidak mendapat reaksi daripada kedua‐dua jururawat itu. Sebaliknya, jururawat nombor satu ﴾nanti saya perlu tanya nama dia, penatlah mahu panggil dia jururawat nombor satu, semput nafas saya nanti!﴿ memasukkan satu ubat ke dalam jarum yang baru dipasang tadi. Ubat yang diberi itu adalah ubat penenang. Beberapa minit selepas itu, mata saya mula mahu tertutup. Sebelum saya terlelap, sempat pula saya tanya jururawat nombor satu itu, “Siapa nama kau oh, nurse?” Suara saya pun sudah agak tidak jelas sudah namun dia dapat tangkap pertanyaan saya.
“Celia. Bah, tidurlah kau. Nanti kita cerita lagi,” jururawat nombor sa‐ eh, Celia, membelai rambut saya sekejap lalu berjalan keluar daripada wad diikuti oleh Noi yang tersenyum lebar itu. Senyuman itulah imej terakhir yang saya nampak sebelum saya betul‐betul terlelap.
***
Saya pandang dia. Dia pandang saya balik. Saya senyum, dia pun senyum. Saya mengerutkan dahi saya, dia pun ikut sama. Lepas itu saya pandang dia lagi, dan kitaran akan berulang‐ulang sampailah lima minit, dan saya mula memecahkan kesunyian itu.
“Kau ini cerminkah? Apa saya buat, kau ikut saja.”
Doktor muda itu cuma ketawa sahaja. “Tiadalah. Saja‐saja.” Dia berdehem, lalu mengeluarkan buku nota dengan pen dari beg silangnya yang berwarna merah jambu itu. “Okey, mari kita mulakan. Pertama sekali, Annabella‐”
“Panggil saya Annie saja.”
“Okey, Annie. Nama saya Doktor Isya. Saya orang Tuaran. Dan, ya, mi Tuaran adalah mi yang paling sedap di Sabah, setuju atau tidak?” Saya mengerutkan dahi saya. Biar betul doktor ini?
Belum pernah saya jumpa doktor yang goofy seperti dia ini, namun saya rasa terhibur juga dengan dia. Sekurang‐kurangnya dia tidak judge saya. Dia anggap saya macam kawan baru sahaja. Saya tersenyum lebar lalu mengangguk, mengiyakan kenyataannya tentang mi Tuaran itu. Dia pun ketawa sebentar. Doktor Isya ini lawa orangnya, dengan tudung yang cantik, lesung pipit di kedua‐dua belah pipinya, pemakainannya pun kemas sahaja. Kelihatan cincin emas di jari manisnya, bermakna dia sudah kahwin. Wah, dia sungguh muda namun sudah kahwin! Saya terpegun buat seketika.
“Annie sayang,” ujarnya dengan lembut. Wah, dia mesti sudah ada anak, cara dia layan saya macam mak sayalah pula! “Kamu kenapa eh tadi petang tu? Tiba‐tiba mengamuk pula. Ada orang kacau kaukah?”
“Ya, doktor. Saya dengar suara jahat itu lagi, dia cakap lebih baik saya mati. Lepas saya hempas meja itu, saya nampak Ste berdiri di depan saya, ejek saya. Apa lagi, saya pun geramlah, baru saya mahu pergi tampar dia, sudah dia lari pergi tapuk. Sebab dialah tu saya kena ikat dan kena kasih ubat penenang.” Saya berkata agak pantas namum atas sebab tertentu, dia dapat juga tangkap apa yang saya cuba sampaikan.
“Suara itu lelakikah atau perempuan? Memang kalau suara itu muncul, kata‐katanya semua
negatifkah?”
“Lelaki. Saya rasa suara itu milik Ste.”
“Ste itu siapa ya?”
“Boyfriend, eh silap, EX‐BOYFRIEND saya! Dia yang menyebabkan saya dimasukkan di sini! Benci betul oh saya sama dia!” Kata saya dengan rasa marah yang mula timbul lagi, namun rasa marah itu sekejap saja, saya rasa tenang kembali selepas melihat senyuman lembut doktor ini.
Sesi soal jawab pun diteruskan lagi, di mana dia tanya soalan yang agak sama dengan apa yang Doktor Syarifah tanya saya tadi petang. Namun, saya rasa selesa dengan Doktor Isya ini. Dia selitkan lawak juga kadang‐kadang, membuatkan saya ketawa terbahak‐bahak. Setelah dia siap dengan pertanyaannya, dia pun memeriksa saya. Mula‐mula saya rasa malu untuk menunjukkan badan saya yang gempal itu, namun riak wajahnya kekal lembut dan menerima sahaja. Malah, dia kata saya ini comel sangat! Di pengakhiran sesi ini, saya sudah rasa tidak sanggup untuk merelakan dia pergi. Saya kembali moody apabila saya diiringi masuk kembali ke dalam wad. Doktor Isya kata saya tidak perlu diikat lagi memandangkan saya sudah tenang kembali namun saya kena duduk di katil depan ini disebabkan takut saya tiba‐tiba mengamuk lagi di tengah‐tengah malam. “Annie, kamu makan dulu ya, ada makanan di ruang legar di luar sana itu. Kawan‐kawan yang lain pun ada sama di luar itu, jadi kamu tidak akan rasa keseorangan, okey?” Dia merujuk pesakit‐pesakit sama wad saya itu sebagai “kawan‐kawan” walaupun pada hakikatnya, selepas amukan saya itu, langsung tiada siapa yang berani menegur saya. “Nanti saya dengan bos on‐call akan datang jumpa kamu lagi, ya?” Saya cuma
mengangguk lalu berjalan ke ruang legar itu untuk makan malam, walaupun pada masa itu saya memang betul‐betul tiada selera.
Seperti yang dijangka, tiada siapa yang mempelawa saya untuk duduk bersama. Seperti biasa, saya buat‐buat tidak kisah dan memilih tempat duduk di belakang sekali. Saya duduk seorang-seorang
dan menikmati makanan yang sangatlah tidak sedap, namun demi tidak mahu Doktor Isya yang baik itu marah saya, saya gagahkan hati juga untuk berpura‐pura seakan‐akan saya sedang makan KFC. Lagipun, kan saya ini hebat dalam imaginasi yang tinggi? ﴾Okey, saya memang bersikap ironi dan menyindir diri sendiri di sini﴿.
Tiba‐tiba ada seseorang duduk di hadapan saya. Saya memandang ke arahnya dan kenal siapa dia. “Hai, mak cik Solmah, kan?” Mak cik itu tersenyum menampakkan giginya yang tinggal beberapa saja lagi. Saya agak‐agak mak cik ini berumur enam puluh‐an, dia nampak sangat kurus sehingga nampak tulang rusuk di sebalik baju hospital itu. Rambutnya sudah beruban, namun dia nampak bersih. Wajahnya juga nampak friendly.
“Kenapa kau duduk satu orang di sini?” Tanyanya sambil mengunyah nasi yang agak kurang masak bagi saya itu dengan perasaan bahagia. Sekurang‐kurangnya ada juga yang betul‐betul suka akan masakan hospital ini! Bisik hati saya.
“Mak cik nampak kan saya mengamuk tadi?” Dia mengangguk. “Siapalah yang berani mahu duduk dengan saya selepas kejadian itu...” kata saya dengan pasrah.
Mak cik Solmah dengan selamba menunding jari telunjuk ke arahnya. “Akulah. Siapa lagi?” Lalu dia ketawa mengilai. Saya pun ikut ketawa juga. Mak cik ini comel betullah! Beberapa pesakit lain menjeling ke arah kami kerana tawa kami itu agak kuat, namun saya tidak peduli akan itu.
Yang penting, saya seronok berbual dengan mak cik ini. Biarpun umur kami jauh beza, namun kami cepat rapat dalam masa yang singkat. Ada dua tiga pesakit yang sebaya dengan saya juga di wad ini namun mereka lebih selesa dengan dunia mereka.
Selepas kami siap makan, kami diarahkan untuk masuk semula ke wad untuk tidur. Namun, saya tidak dapat tidur kerana banyak betul benda bermain di fikiran saya. Mak Cik Solmah pula singgah dari katil ke katil sambil berbual dengan pesakit‐pesakit di situ. Ada yang buat‐buat tidak dengar, ada yang menghalau dia, ada yang melayan dia juga. Bila dia tiba di katil saya, kami pun rancak berbual secara rambang, dari topik memasak sampailah ke topik baju.
Macam‐macamlah kami bualkan sepanjang malam itu. Saya rasa pelik namun gembira juga kerana sepanjang saya hidup, belum pernah lagi saya ada kawan yang cepat rapat dengan saya seperti mak cik ini. Even Zero pun ambil masa seminggu baru kami mula rapat dan jadi kawan baik. Saya rasa kejadian hari ini adalah blessing in disguise pula. Ya, saya dimasukkan ke dalam wad mental, siapa yang suka, kan? Namun, di sinilah saya belajar erti persahabatan yang sebenar, tidak kira siapa pun.
***
Akhirnya pada lebih kurang jam empat pagi barulah saya dapat tidur dengan lena, itupun selepas dibagi ubat tidur atas permintaan saya sendiri. Seperti yang dijanjikan oleh Doktor Isya, dia dengan doktor on‐call ada datang jumpa saya sekejap. Mereka telah bagi saya satu ubat psikotik yang saya sendiri pun tidak tahu namanya. Doktor cina itu ada beritahu saya yang ubat itu untuk mengurangkan halusinasi saya yang saya alami itu. Saya cuma mengangguk tanda faham sahaja, rasa bersyukur pun ada kerana saya betul‐betul tidak mahu suara itu datang mengganggu saya lagi.
Keesokan harinya, dalam jam sembilan pagi selepas saya siap makan sarapan, saya dipanggil oleh jururawat ke satu bilik lain di mana para doktor sekalian berkumpul. Doktor Syarifah pun ada sama di situ. Mereka bertanyakan soalan yang sama kepada saya.
“Annie, berdasarkan apa yang berlaku kepada kamu selama ini, kami telah mencapai satu diagnosis untuk penyakit kamu ini. Namanya Skizofrenia. Kamu pernah dengar tidak apa itu Skizofrenia?” Tanya Doktor Syarifah dengan lembut.
Skizo...apakah benda itu? Nama pun susah mahu disebut.Saya cuma menggelengkan kepala saya.
“Okey. Skizofrenia bermaksud satu gangguan jiwa yang kompleks di mana pesakit yang
mengalaminya akan ada kesulitan dalam proses berfikir sehinggalah menyebabkan halusinasi
berlaku. Seperti apa yang kamu sedang alami itu selama hampir setahun itu.”
“Doktor...Apa sebab saya dapat penyakit ini ya? Takkan saya lahir‐lahir saja memang ada sakit ini?” Saya mula rasa cemas dan keliru juga.
“Annie, biasanya skizofrenia ini disebabkan oleh genetik, keadaan sekeliling, proses kimia yang
berlaku di dalam otak, ataupun dipengaruhi oleh masalah kesihatan lain atau dadah dan alkohol. Dalam kes Annie, ia lebih kepada keadaan sekeliling kamu dan juga pengalaman di masa lalu kamu,” jelas doktor itu dengan tenang sambil memegang bahu saya dengan lembut.
Saya cuba fikir semula apa yang berlaku kepada saya di masa lalu saya namun informasi yang terlalu banyak hari ini menyebabkan saya tidak dapat fikir semula apa‐apa buat masa ini. Saya mengeluh pasrah dan menundukkan kepala saya. “Doktor...Adakah saya akan sakit selamalamanya?”
Rungut saya dengan perlahan, namun doktor itu berjaya juga tangkap soalan saya itu.
“Yang itu soalan yang subjektif, Annie. Namun semuanya bergantung kepada sejauh manakah kamu ikut semua terapi dan ubat yang disediakan. Sekarang ini kami fokus untuk mengstabilkan kamu dan juga memberi kamu gabungan ubat‐ubat antipsikotik sama ada ia sesuai untuk kamu ataupun tidak. Saya juga perlu jumpa dengan keluarga kamu untuk sesi kaunseling kelompok untuk berbincang tentang kamu dan penyakit ini, kerana selepas kamu dibenarkan pulang ke rumah, mereka inilah yang akan jaga kamu sehingga kamu mampu berdikari kembali.”
Keluarga? Jangan‐jangan bapa dan Angie sudah pindah rumah sekarang ini selepas dengar tentang saya ini. Mak sajalah harapan saya.
“Kamu juga akan perlu terapi psikososial untuk membantu kamu menghadapi cabaran-cabaran
seharian dalam komunikasi, kerja seharian, penjagaan diri, dan membentuk serta mengekalkan hubungan dengan orang lain apabila kamu sudah stabil nanti. Selain itu, rehabilitasi, terapi cognitif dan tingkah‐laku, dan juga kaunseling kelompok dengan pesakit lain juga akan diberi kepada kamu. Di sanalah kamu akan belajar dengan lebih mendalam lagi tentang penyakit kamu dan juga cara‐cara untuk menghadapinya setiap hari.”
Saya membeliakkan mata saya. Aduhai, banyaknya terapi! Namun, jika saya mahu sihat seperti
dahulu, saya kenalah tabah menghadapinya dan ikut semua terapi ini. Saya mengangguk sahaja dengan rasa pasrah. Pasrah akan semua ini.
“Okey Annie, sekarang kami mahu kamu berada di wad ini dalam beberapa hari lagi untuk kami tinjau perkembangan kamu. Kalau kamu sudah stabil, baru kami boleh bagi kamu pulang, okey?” Saya mengangguk lagi, bahu saya mula jatuh dengan lemah semangat. Doktor Syarifah perasan akan perubahan mood saya itu lalu dia memberikan saya senyuman manis dan menepuk bahu saya. “Kuatkan semangat, Annie. Kamu kira masih di peringkat awal, jadi masih sempat untuk kawal penyakit kamu itu. InsyaAllah, kamu akan sembuh. Banyakkan berdoa, okey?”
Berdoa? Doktor, saya sendiri pun sudah tidak percayakan Tuhan, mahu berdoa kepada siapa pula?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan