“Waalaikumsalam…” Wan Zamilah menjawab salam yang kedengaran dilaungkan daripada pintu utama rumahnya berdiam. Pantas dia mengatur langkah menuju ke pintu hendak menyambut tetamu yang datang, namun saat terpandangkan wajah anak dan menantunya, dia hanya memandang tanpa suara.
“Izdham ke mana? Dua hari tak balik rumah?” soal Wan Zamilah dengan muka yang masam. Tanpa sebarang berita dia ditinggalkan di rumah seorang diri.
“Maaf mummy, kami pergi Bukit Tinggi, saja ambil angin.” Izdham Syah berterus terang akan lokasi yang mereka jelajahi.
“Pergi bercuti berdua saja? Tak reti‐reti nak bawak mummy sekali?” soal Wan Zamilah lagi, ternyata tidak berpuas hati apabila mengetahui anak dan menantunya berjalan makan angin tanpa membawanya sekali. Ini sudah melampau! Getus akalnya. Izdham Syah terdiam, tidak mempunyai jawapan buat soalan kedua ibunya itu. Bagaimana hendak membawa Wan Zamilah bersama jika percutian itu tujuannya memang untuk melarikan diri daripada kelibat dan tingkah ibunya itu?
Tanpa berlengah dia mendekati tubuh tua itu, menyalam tangan ibunya dan kemudian dia memunggah bagasi pakaian dari dalam but kereta. Ingin mengelakkan diri daripada disoal buat kali ketiga! Iddya Melissa pula terkial‐kial hendak keluar daripada kereta bahana kepenatan menempuh perjalanan yang panjang dan juga dirasakan tubuhnya keletihan yang amat. Mungkin akibat terlalu banyak menggunakan tenaga mendaki bukit sepanjang bercuti di Colmar Tropicale.
“Mummy…” Iddya Melissa menegur sambil menyalami tangan tua itu. Sengaja berbasa basi, hakikatnya saat terpandangkan seraut wajah ibu mertuanya, dia sudah merasakan hatinya dihimpit tekanan yang mendadak.
“Nak ke mana tu?” laung Wan Zamilah kuat saat melihat langkah menantunya menghala ke anak tangga, tentu sahaja hendak masuk ke dalam bilik. Dia tahu tapi saja hendak bertanya.
“Naik bilik mummy, Melissa letih sangat. Tak larat rasanya badan ni…” Lembut Iddya Melissa menyuarakan kata. Tubuhnya berpaling menghadap wajah ibu mertuanya yang tidak lepas menuntun pandangan ke arahnya.
“Mummy lapar, tolong masakkan!” Berderau darah Iddya Melissa sebaik mendengarkan kata‐kata itu menampar gegendang telinganya. Masak?! Apa ibu mertuanya itu kurang deria pendengarankah? Bukankah baru saja tadi dia mengatakan dia letih dan amat tidak larat?
Iddya Melissa mengerutkan dahi. Izdham Syah yang sampai di muka pintu terlihat ibu dan isterinya saling meningkah pandangan tanpa sepatah kata. Dia mula berasa tidak enak.
“Mummy, kenapa?” soal Izdham Syah bertanyakan hal yang sebenar.
“Mummy mintak Melissa masak sebab mummy lapar, dia pulak boleh diam je tak berkutik dari tadi. Ingat Mummy ni main‐main ke?” Wan Zamilah mengadu domba kepada anak lelakinya. Izdham Syah memandang wajah isterinya pula. Jelas air muka isterinya keruh dan mendung.
“Tapi Mel kan dah cakap Mel letih mummy. Maaf, Mel tak larat nak masakkan Mummy makanan. Abang tolong belikan Mummy makanan di luar ye? Boleh?” Iddya Melissa meminta pertolongan suaminya.
“Boleh sayang, pergilah naik berehat. Mummy lapar ye? Nak makan apa? Izdham carikan.” Bagasi pakaian mereka diletakkan di tepi anak tangga, langkah kaki isterinya dihantar dengan pandangan kasih. Kemudian, kunci kereta yang telah diletakkan di tempat gantungan kunci mula dicapai semula, bersedia untuk keluar mencari makanan buat ibunya.
“Izdham belilah apa‐apa, mummy makan je. Kenapa dengarkan sangat cakap Melissa tu? Izdham manjakan dia sangat! Nanti dia pijak kepala! Berjalan jauh‐jauh tak pulak penat, balik‐balik je saja cari alasan nak mengelak daripada tanggungjawab!” Leternya lagi, yang sebenarnya hati di dalam terbuku kemarahan apabila anaknya memihak dan mengikut telunjuk isteri. Hal itu amat tidak disenanginya.
“Mummy, apa salahnya bagi isteri Izdham berehat? Dia letih tu. Lagipun kalau untuk Mummy makan, bukan Izdham tak boleh tolong belikan.” Izdham Syah cuba memujuk, tapi semakin jelas dimatanya kini ibunya seolah‐olah sengaja mencari perbalahan. Bukan dengan dia, tapi dengan isterinya. Mengapa begitu? Dia tertanya‐tanya di mana silap isterinya? Tapi tidak ditemui jawapan kepada persoalan yang amat menggusarkan fikirannya.
“Menangkan sangat isteri tu! Cepatlah pergi beli makanan, mummy lapar ni.” Wan Zamilah menggesa Izdham Syah keluar. Sebaik kereta anaknya hilang dari pandangan, bergegas dia menaiki tangga, pintu bilik yang menempatkan peraduan anak dan menantunya digegar kuat seperti hendak roboh dikerjakan.
“Melissa! Kau bukak pintu ni sekarang!” jeritnya lantang. Hatinya benar‐benar panas dengan sikap menantunya itu. Iddya Melissa yang baru hendak terlena, dengan lemah melangkah longlai ke arah suara yang memetir itu, lalu pintu biliknya dibuka. ‘Apa lagi yang tak kena dengan orang tua ni?’ getusnya sendiri.
“Kenapa ni Mummy…?” tanya Iddya Melissa sebaik terpandang wajah garang ibu mertuanya terbias di hadapan mata.
“Kenapa kau tanya? Kau buta ke pekak?! Aku dah cakap aku nak kau masak kan?! Kenapa kau buat tak tahu je?! Kau ingat aku ni siapa yang kau nak rendah‐rendahkan?!” Jari telunjuknya sudah dinaikkan ke hadapan muka menantunya.
Iddya Melissa terpempan dengan perubahan sikap ibu mertuanya yang terlalu mendadak itu. Hilang kantuknya diganti dengan rasa terkejut dan sakit yang mencengkam di dada.
“Bila Mel rendah‐rendahkan Mummy?” soal Iddya Melissa dengan rasa tidak percaya.
“Kau buat anak aku dengar kata kau! Apa kau ingat kau mem besar dalam rumah ni ye?! Dasar tak sedar diri, kahwin dengan anak aku lepas tu berlagak macam puan besar! Mulai hari ni, kau dengar sini baik‐baik! Apa aku cakap, jangan berani‐berani kau nak bantah! Sekali lagi aku dengar kau lawan cakap aku, nahas kau aku kerjakan!” Bahu Iddya Melissa ditunjal berulang kali dengan jari telunjuknya selepas usai memberi amaran yang memuntahkan amarahnya. Jelingan maut diberikan kepada menantunya itu lalu dia melangkah turun ke bawah.
Iddya Melissa memegang bahunya yang sakit ditujal sebentar tadi. Terpinga‐pinga sendirian dengan kejadian yang baru saja berlaku. Pantas telefon bimbit dicapai, laju nombor suaminya didail mengadu domba dengan esakan tangisan.
“Abang balik sekarang.” Ringkas suaminya memutuskan kata di hujung talian. Iddya Melissa duduk di birai katil menanti kepulangan suaminya dengan penuh debaran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan