Maya tak pernah berhenti untuk mencuba! Bagi Maya, sebelum Aril menjadi suami orang, selagi itulah Maya akan berusaha. Tiada siapa yang tak kejar Aril. Kata orang, siapa yang tak kejar Aril, otaknya ada mereng sikit. Mereng macam mana, Maya pun tak tahu. Tapi bagi Maya, cintanya pada Aril bukan cinta palsu, kasihnya pada Aril bukan kasih dusta. Maya memang mencintai Aril sejak pertama kali melihat raut wajah itu.
Cinta pandang pertama? Ya, cinta pandang pertama dan cinta pertama bagi Maya. Di syarikat success Holdings, dari tingkat bawah hinggalah tingkat ke atas, semuanya nakkan Aril. Tak riuh pulak syarikat itu kalau tak dengar para staff wanita berbicara bergaduh pasal Aril setiap hari.
Sebelum waktu kerja, semasa waktu kerja, setelah selesai waktu kerja pasti tak lekang di bibir dengan nama Aril Asraff. Mata Aril yang kebiru‐biruan, bibir Aril yang kemerah‐merahan, dan tentunya senyum Aril yang bisa menusuk hati semua para wanita. Maya yang hanya berkerja sebagai tukang sapu juga tidak terkecuali. Sindiran para staff atasan tentang dirinya yang tergedik‐gedik sedangkan hanya tukang sapu tak pernah di masukkan di hati. “Nak bersaing biarlah cara sihat, tak payahlah nak kaitkan pasal status,” Maya berbicara sendiri.
“Hei, perempuan gedik! Tak payahlah kau nak ngorat bos tu. Dia takkan tengok kau pun. Tukang sapu, huh! Bos takkan pandang punya,” Linda tersenyum sinis memandang Maya yang terhendap‐hendap masuk ke ruang pejabat dimana terletaknya ruang bilik Aril. Nak kata menyapu tak ada pulak penyapu di tangan… Maya nak buat apa lagi kalau bukan nak mengintai putera impiannya.
“Alaaah, tukang sapu ke, tukang kopi ke, tukang tukul ke, ada aku kisah! Aku tak dengar pun bos tu pilih kau! Kau nak sibuk apahal? Bos boleh jadi hak siapa pun. Jangan kau rasa tergugat dengan tukang sapu macam aku ni dahlah,” Maya mencebikkan bibir ke arah Linda. Linda mengetap bibir geram. Maya memang selalu nak potong jalan aku!
“Hei! Kau memang tukang sapu tak tau malu lah. Kau cepat turun kat bawah, sini bukannya tempat kau, tak sesuai langsung! Kau asyik nak merayap aje, sampai satu syarikat ni kenal dengan tukang sapu macam kau!” Linda menjerit marah. Maya hanya tersengih menampakkan giginya yang tersusuh rapi. Tak sedikit pun takut dengan jeritan Linda. Malahan dengan selambanya, dipintal‐pintal hujung rambut yang diikat tocang.
“Kak Nera, bos tak datang lagi ke? Lamanya bos datang,” tanpa menghiraukan Linda, Maya menoleh memandang Nera, setiusaha Aril. Nera hanya mengangkat bahu.
“Kau boleh blah tak Maya! Sakit mata aku tengok kau kat sini. Blah lah! Bos pun takut nak datang kalau tahu kau kat sini,” Linda masih tidak puas hati. Dia berdiri lalu menarik lengan Maya menuju ke pintu.
“Eh, apasal ni? Awal pagi dah ribut tak tentu pasal,” Linda tersipu‐sipu melihat Aril yang baru
sampai. Aril mengerut dahi hairan. Dilihat jam ditangan, 10 minit lagi untuk masuk kerja.
Takkan awal pagi dah riuh?
“Selamat pagi, bos. Baru sampai? Maaflah Maya nie buat hal sikit,” Penuh sopan Linda menegur. Maya angkat kening tanda tidak puas hati. Laa, aku pulak yang disalahkan! Cepat-cepat Maya menunding jarinya tepat ke wajah Linda dengan pandangan geram.
“Linda bos, awal pagi dah nak cari gaduh. Maya cuma masuk jap, nak tengok bos. Alih‐alih Linda ni marah. Kan waktu kerja tak mula lagi, suka hatilah Maya nak merayap kat mana. Sehari tak jumpa, rindulah bos. Nak Maya buatkan air?” Maya tanpa malu mula nak mengayat.
Membuntang mata staff yang lain mendengar kata spontan Maya. Maya hanya tersengih. Berani betul. Tak ada malu langsung!
Aril hanya mengelengkan kepala. Bukan sehari Maya berkelakuan aneh macam ni. Malah dah
berbulan lamanya sejak Aril mengantikan posisi ayahnya di syarikat itu. Dimana‐mana pasti Aril
bertembung dengan Maya. Macam dah tak ada kerja lain aje.
“Dahlah Maya, saya tak perlukan khidmat awak, Nera ada kalau saya nakkan air. Pergilah, dah nak mula kerja dah. Kang saya potong gaji awak baru tau!” Aril berkata serius. Maya makin tersengih. Tak ada perasaan takut langsung.
“Alaa, bos. Bolehlah…. Kak Nera, Maya buatkan air untuk bos hari ini, boleh tak? Hah, kak Nera
angguk tu bos… Tak apa, Maya buatkan bos air ya? Nak apa bos, air milo? Tea? Kopi? Nescafe?” Maya mula membilang jarinya. Mengira jenis minuman ringan yang berada di pantri.
Nera hanya tersenyum memandang Maya. Ada ke aku angguk tadi? Budak ni memang nak kena!
“Maya! Kan saya dah kata, it’s okay. Saya buat sendiri pun tak apa. Dah, Linda balik ke tempat awak. Maya baik awak turun sekarang. Ready to do your work.” Aril berkata kemudiannya memandang para sekalian staff yang sudah mula menunjukkan gendik pada Aril. Macam-macam lagak gaya yang ditunjukkan. Macam dah buat reheasel sebelum masuk kerja pulak.
“Nera, seperti biasa, lagi 30 minit buatkan saya tea,” Aril memberikan arahan sebelum berlalu.
Aril sengaja mengambil Nera sebagai setiausahnya kerana Nera berstatuskan Ibu beranak dua. Kalau tak, parah Aril nak melayan karenah gila semua staff wanita yang ada. Nak di marah, semuanya bagai tak ada sakitnya, nak di pecat dah lain ceritanya. Aril mula memikirkan cara untuk menghilangkan kegilaan para staffnya.
xxxxxxxxxx
“Masuk!”
Aril mengarahkan masuk tanpa melihat ke arah pintu. Tangannya lincah membelek fail ditangan.
“Air bos...” Aril menoleh mendengar suara itu. Aril kenal suara Nera.
“Awak? Aik, kan saya dah kata, kerja!” Aril mengeluh melihat Maya mengerdipkan matanya sambil meletakkan tea di atas meja.
“Tak apalah, bos. Nanti Maya ambilah overtime gantikan waktu yang dah jalan. Kerja sampai tengah malam pun tak apalah bos, yang penting bos ada. Minum bos, hasil air tangan Maya,”
Maya mula mengarut. Tanpa segan silu Maya mula mengambil tempat duduk di hadapan Aril.
“Ya ALLAH, Ya RABBI…. Maya, Maya…. Saya dah tak tahu macam mana nak tegur awak ni.
Wahai cinderellaku, boleh awak keluar dari bilik saya, awak kerja ya,” Aril mula buntu melihat
Maya. Nak ditegur tak payah cakap, nak dimarah tak sampai hati juga sebab Maya ni rajin budaknya. Cuma kalau dah datang gediknya, macam tak ingat dunia.
“Wah, Maya boleh jadi Cinderella bos ke? Ni yang semangat nak kerja ni… Maya bersihkan dulu ruang bilik bos ni macam mana? Boleh kan bos?” Aril menepuk dahi melihat telatah Maya.
“Apa‐apalah Maya. Tapi kerja tu cepat sikit sebab saya tak suka dengar bunyi vacuum. Jangan ingat nak makan gaji buta pulak!”Aril memberikan nasihat. Maya menganggukan kepala pantas.
“Terima kasih bos. Bertambahlah kasih sayang Maya kalau macam ni. Nanti hari‐hari Maya start kerja dekat bilik bos ya. Maya keluar jap, nak ambil vacuum. Diminum airnya bos, nanti sejuk,” Maya tersenyum lebar. Maya keluar sambil menyanyi kecil. Suara sumbang pun ada hati nak menyanyi. Aril tersenyum sambil mengelengkan kepala.
xxxxxxxxxx
“Bos, nanti bos lunch dekat mana? Kita lunch sama boleh? Maya belanja bos lunch hari ini,”
Maya mula memancing Aril. Maya berhenti sejenak memandang Aril yang lagi sibuk.
“Awak banyak duit ke nak belanja saya,” Aril berkata sinis. Sikit pun Aril tidak menoleh ke arah
Maya. Maya tersenyum megah. Pancingannya hampir mengena!
“Alaaa, bos… setakat dua puluh ringgit bolehlah bos. Kita makan dekat warung ajelah. Next time bos belanja Maya pulak. Nanti waktu tu kita makan dekat hotel 5 bintang pun tak apa, Maya tak kisah pun. Sekali sekali bos makan dekat warung tak apalah bos,” Maya mula mengada‐ngada. Hujung rambut dipintal‐pintal lagi dengan lenggok di badan. Aril menoleh ke arah Maya. Ada motif budak ni!
“Maya!!!” Aril menjerit. Maya terkejut mendengar jeritan Aril. Nasib baik Maya bukan jenis yang
kuat melatah.
“Maya, dari tadi saya tengok awak ni tak gerak langsung kerjanya. Ni dah nak jam 10 dah Maya oii! Kalau dah siap, silakan awak keluar!” Aril mengurut dada menahan sabar. Maya merapikan diri sambil tersenyum malu.
“Yalah, bos jangan lah marah. Nak tercabut jantung Maya bos. Lain kali jeritlah senyap-senyap,”
Maya merungut. Usai mengemas, Maya mengatur langkah ke pintu.
“Bos, suara bos kalau lagi jerit, cool gila la bos. Nanti, lunch jangan lupa ya bos,” Maya berkata
sambil mengangkat‐angkat keningnya. Melopong Aril mendengar kata‐kata Maya.
“Maya, awak….” Aril tersenyum melihat Maya cepat‐cepat keluar dari bilik itu.
xxxxxxxxxx
Aril duduk di tepi kolam renang sambil bermandikan cahaya bulan. Aril semakin pening memikirkan sikap staff wanita di pejabat yang makin hari tak tentu hala. “Handsome sangat ka aku ini? Apa yang ada dekat aku sampai semua kaum hawa tak jemu nak kejar aku? Adakah sebab aku ni Mix Malay dangan Perancis atau sebab aku ni anak Datuk Franz Eddy?”Dah bercampur aduk dah persoalan yang bermain di fikiran Aril.
Dulu waktu Aril masih menuntut di University pun Aril sentiasa dibayangi oleh para gadis semasa, hinggalah ke hari ini. Kaki yang direndamkan di dalam air ditarik lalu Aril mengatur kaki masuk ke rumah.
“Ibu, ibu tak kisah kan siapa pun gadis pilihan Ari. Ibu tak kisahkan latar belakang gadis tu?”
Aril menyapa Puan Arisa yang sedang leka menonton television. Puan Arisa menoleh hairan.
Tak pernah Aril bertanyakan soalan seperti itu.
“Rasanya Ibu tak kisah siapa pun gadis pilihan Ari. Yang penting, gadis tu dari keluarga baik-baik,
hormat orang tua, dan gadis tu boleh bahagiakan anak ibu,” Puan Arisa menjawab lembut.
“Apa istimewa Ari ibu? Ari pun dah jadi buntu. Sana sini asyik nak kejar Ari aje, office dah tak
payah nak cakap dah. Handsome sangat ke Ari ni?” Melopong Puan Arisa mendengar kata‐kata Aril. Macam budak baru belajar. Lurus bendulkah anak aku seorang nie?
“Ya ALLAH Ari. Ditanya pulak dekat Ibu. Kalau Ari nak tahu sangat, Ari tanyalah dekat gadis kat
luar sana. Kenapa mereka tergila‐gilakan dekat Ari,” Puan Arisa memberikan cadangan sambil
tersenyum seribu erti. Aril hanya diam sambil memandang Puan Arisa yang sedang tersenyum lebar.
“Ari bukannya apa Ibu. Ari tak nak riak dengan apa yang Tuhan dah bagi dekat Ari. Cuma kalau
mereka nak dekat Ari sebab Ari ni anak ayah, anak Datuk Franz Eddy baik tak usah dekat,”Aril
mengeluh. Puan Arisa bangun lalu mendekati Aril. Bahu Aril diusap dengan penuh kasih sayang.
“Ari, salah seorang dari mereka di luar sana tu pasti mencintai Ari dengan tulus, dengan penuh rasa cinta. Ibu tahu, seribu dari mereka tu, ada yang tak jujur, tak ikhlas nak dekat dengan Ari. Tapi cubalah Ari buka hati Ari, bukakan sedikit ruang untuk seseorang yang mencintai Ari dengan tulus. Insya ALLAH dia akan selalu ada dalam hidup Ari. Mungkin Ari buntu sebab Ari tak pernah buka hati Ari untuk cinta Ari. Ibu selalu berdoa, ALLAH akan tetapkan jodoh yang terbaik untuk Ari,” Ari terkedu mendengar nasihat Puan Arisa.
‘Tak pernahkah aku buka hatiku selama ini?”bisik hati Aril.
xxxxxxxxxx
Maya rambang mata melihat barisan kedai yang tersusun dengan barang berjenama. Maya memang seorang kaki shopping tapi Maya bukannya orang kaya yang suka tabur duit dengan benda‐benda tak berfaedah. Mak abah tiap bulan tunggu duit dari Maya. Tiap bulan, adik‐adik Maya nak guna duit untuk ke sekolah.
“Tak apalah, kang nanti aku dapat bos Aril barulah aku belanja benda‐benda mahal macam ni. Sabar kau ya beautiful dress, nanti aku beli kau juga. Kau duduk diam‐diam aje dekat situ. Jangan kau cuba nak kerdipkan mata dekat orang nanti kang kau dibeli baru kau tahu!”
Dengan gaya selambanya Maya berkata dengan dress putih di hadapannya. Jari telunjuknya dibawa ke bibir, lagak gaya seperti Ibu menyuruh anaknya diam. Pembantu jurujual yang berdiri tidak jauh dari Maya sudah tersenyum. Maya kalau datang gilanya, memang tak boleh control langsung.
“Adik, cantik dress ni kan. Tiap minggu akak tengok dress ni tau. Bos adik masih tak kurang kan
harga untuk akak ke? Adik pujuklah bos adik tu. Kang buruk dress tu tak ada yang beli,” Maya
memancing pembantu jurujual itu.
“Alah kak, dress tu dah laku pun kak. Dress kat depan akak tu jadi bahan contoh aje. Nak bagi tengok untuk orang yang suka cuci mata macam akak ni. Akak je yang tak tahu. Tu dah tinggal satu lagi tu. Kang kalau orang ambil melepaslah akak,”Lancang juga mulut budak ni! Maya cuba control malu. Senyuman diukir lalu melangkah keluar dari kedai itu. Sempat pulak Maya tunduk hormat jurujual itu. Kang dah dapat malu kau Maya!
Maya memandang ke kedai sebelah. Mancari mangsa dress yang seterusnya. Wah, green dress. Susah nak dapat tau green dress! Maya mengerdipkan matanya berkali‐kali sebelum mengatur langkah. Tiba‐tiba Maya terkedu. ‘Bos!’
Lama Maya terpaku di tengah. Bos tengah shopping, bukan seorang tapi berdua dengan seorang gadis. Maya mengamati gadis itu, rasanya tak pernah nampak. Sudah adakah pilihan hari bos? Siapakah gadis comel ramping itu?
“Tak mungkin gadis itu pilihan hati bos. Bos tak pernah cerita pun. Cari dress? Tak mungkin bos nak kahwin dah. Kalau nak kahwin, bos takkan masuk kedai murah macam tu. Bos mesti masuk butik mewah,” Maya menenangkan hatinya sendiri. Maya leka memerhati hingga Aril menjauh dengan gadis itu, hilang ditengah keriuhan hiruk‐pikuk Shooping Complex tersebut.
‘Kecewa kah aku? Tidak ini bukan penghujungnya. Aku mesti dapatkan dulu jawapan dari bos. Tak boleh tuduh! Aku mesti tanya bos,”Maya meyakinkan dirinya sambil menarik nafas panjang. Bibir diketap dalam‐dalam. Tak sabar untuk menunggu hari esok.
xxxxxxxxx
Maya masuk kerja seperti biasanya tapi bagi Maya hari ini tak sama dengan hari‐hari lain.
Maya tak nak riuh pasal Aril, yang Maya nak tunggu hanya jawapan dari persoalan yang
semakin menghantui benak fikirannya. Peristiwa semalam berlegar‐legar di minda
membuatkan Maya tak senang duduk seperti cacing kepanasan. Mujur Maya sendirian di
pantri. Jam ditoleh berulang kali.
“Aku mesti tanya bos! Aku tak boleh diam. Harap‐harap gadis tu bukan siapa‐siapanya bos,”
gumam Maya.
“Maya, bos suruh hantarkan tea dekat bilik bos,” Nera muncul tetiba di hadapan pintu pantri.
Maya cepat‐cepat menoleh.
“Bos dah sampai ke Kak Nera? Maya tak dengar pun. Jap, Maya buatkan tea,” Maya tergopahgopah
bangun lalu mendapatkan tea dan menuangkan air panas ke dalam gelas. Nera
memandang hairan.
“Mak oii! Cepatnya kau buat air tu Maya. Kau nak kejar apa ni? Macam tak biasa pulak akak.
Bos tu baru sampai lah, bukannya bos nak minum terus. Pelan‐pelan lah,” Nera menegur. Maya
tersengih. Cuba ditutup resah di hati.
“Dah siap! Maya hantar dulu ya kak Nera. Lepas ni Maya nak start dengan kerja Maya,” belum
sempat Nera menjawab, Maya telah lesap. ‘Macam halimunan pulak aku rasa’ Nera
mengelengkan kepala.
“Masuk!!”
Maya menarik nafas panjang apabila Aril menjerit dari arah luar. Kedegilan Maya untuk
menghantar tea tiap pagi membuatkan Aril akur. Tak disuruh pun, Maya sendiri yang mahu.
Maka, secara tidak bertauliahnya Maya dilantik untuk menghantar tea tiap pagi di bilik Aril.
“Good morning. Tea bos...” Maya cuba berlagak selamba. Aril hanya berdehem menyambut
sapaan dari Maya. Tanpa disuruh, Maya meletakkan tea ditepi meja Aril. Kemudiannya, Maya
memandang wajah Aril yang menunduk, lama.
“Okay, thank Maya. Awak boleh teruskan kerja awak.” Maya terpanar seketika apabila
pandangannya bertemu dengan pandangan Aril. Maya tergamam.
“Are you okay Maya?”
Maya cepat‐cepat mengangguk. Merona merah pipi Maya. Tanpa kata, Maya mengatur
langkah keluar dari bilik itu.
“Maya, next month saya akan bertunang. Kalau tak ada halangan lepas tu, saya akan jadi suami
orang...”
Maya terkedu, langkahnya terhenti. Hatinya benar‐benar hancur. Jadi benarlah gadis semalam
itu pilihan Aril. Maya cuba untuk senyum. Perlahan‐lahan Maya menolah pada Aril.
“Wah, berita baik ni bos. Apasal last minute’s baru nak bagi tahu,” Maya cuba menceriakan
nada suaranya.
“Hahaha… Maya, ini bukan last minute’s lah. Saya kan dah kata next month. Maya kira
beruntung tau sebab Maya orang pertama yang tahu dalam syarikat ni,” Aril tersenyum ceria.
Terkedu Maya melihat senyuman itu. Seketika Maya hilang tumpuan.
“Lepas ni takkan ada lagilah riuh pasal nak rebut bos kan? Nanti Maya tak gaduh dengan Linda
lagi sebab bos dah jadi hak orang,” Maya berkata perlahan. Perasaan sedih disembunyikan
dalam hati.
“Laa, staff jejaka‐jejaka tampan kan banyak dalam syarikat ni. Maya pilih aje lah,” Ujar Aril riang.
Maya benar, lepas ni takkan riuh lagi pasal nak rebut Aril Asraff!
“Tak apalah bos. Sekali lagi, tahniah ya. Kalau makan nasi minyak tu jangan lupa kami kat sini,”
Maya cepat‐cepat melangkah meninggalkan Aril. Aril hanya memandang sambil
menjongketkan bahunya sebelum meneruskan kerja.
xxxxxxxxxx
Maya duduk dipangkin pokok mangga. Selepas kejadian itu, Maya meninggalkan syarikat
success Holdings serta‐merta. Kebetulan, Mak Teja, mak Maya dikhabarkan jatuh sakit
mendadak. Tak jugalah Aril mencurigai pemergian Maya dari Syarikat itu. Maya tak meletakkan
jawatan, cuma memohon cuti tanpa gaji hingga Mak Teja benar‐benar sihat. Hingga ke hari ini,
Maya lebih rela duduk di kampung. Panggilan dari syarikat dibiarkan sepi.
“Kau jahat Aril. Mati‐mati aku ingatkan kau nak pilih aku. Adakah sebab aku ini hanya tukang
sapu, tak setaraf dengan golongan macam kau. Orang kaya memang semunya tak ada hati
perut, penipu, sombong! Mesti sekarang kau dah bahagia dengan kehidupan kau. Biarlah, aku
nak lupakan kau dalam hati aku. Menyesal aku jatuh cinta dengan kau, menyesal aku kenal
dengan kau!” Maya tak habis‐habis mengutuk Aril. Air mata jernih yang jatuh dipipi dikesat
dengan kasar.
Dah tiga bulan Maya melayan perasaannya sendiri. Maya bukannya seorang gadis yang
cengeng, tapi entah kenapa air mata tak pernah jemu mengalir tiap kali Maya teringatkan Aril.
Rindukah aku pada lelaki itu?
Mak kata, akan ada rombongan datang meminang minggu hadapan. Siapa orang itu, Maya
juga tidak tahu. Dah puas Maya menolak tapi abah tetap nak terima pinangan tu. Abah kata
aku ni anak dara tualah, tak lakulah. Padahal aku baru nak masuk 24 tahun. Tua sangat ke?
“Maya, dah nak maghrib ni. Masuklah. Tak elok anak dara duduk kat luar!!” Mak Teja menjerit
dari arah jendela rumah. Putus cinta ke anak aku ni. Asyik nak menongeng je aku tengok!
“Ya, Mak. Nanti Maya masuklah,” Maya menjawab tanpa berganjak dari pangkin. Maya masih
mahu melayan perasaannya sebelum dipinang minggu depan.
xxxxxxxxxx
“Ya ALLAH Maya! Apasal tak siap lagi ni? Rombongan dah sampai tu. Cubalah elok sikit
perangai tu. Jangan nak malukan mak dengan abah!” Mak Teja terkejut melihat Maya yang
masih tak berganjak dari atas katil. Rombongan lelaki dah sampai, kejap lagi nak sarungkan
cincin, tak Maya tak bersiap langsung!
“Maya tak nak terima pinangan tu! Maya kan berhak tolak mak, ini hidup Maya!” Maya sedikit
keras. Novel ditangan tidak sedikit pun dilepaskan. Makin rancak pulak Maya membacanya.
“Maya! Boleh tak kalau jangan bantah! Mak tengok keluarga pihak lelaki dari keluarga baikbaik.
Dah, cepat bersiap!” Mak Teja berkata geram.
“Mak, Maya tak nak lah! Maya tak nak lelaki tu,” bentak Maya geram. Mucung sedepa
dihadiahkan pada Mak Teja. Mak Teja menarik nafas panjang. Macam nak jerit aje nak panggil
Pak Badar, abah Maya untuk mengheret Maya keluar.
“Walaupun dengan saya pun awak masih nak tolak?” Maya terkedu melihat bosnya terjengul di
pintu bilik secara tiba‐tiba.
“Bos, bos buat apa dekat rumah Maya?” Maya mengajukan soalan bodoh. Maya cuba
menyembunyikan raut wajahnya yang kusut‐masai. Macam baru hilang laki.
“Nak pinang bunga kat taman. Tapi bunganya jual mahallah. Kalau gini, nak cari bunga lain la
jawabnya,” Aril tersenyum memandang wajah Maya yang sudah merona merah.
“Bunga? Yang ni ke pihak lelakinya mak?” Mak Teja hanya menganggukan kepala menjawab
soalan Maya. Hairan macam mana Aril boleh masuk di bilik Maya. Takkan tak ada yang
menghalang?
“Apasal mak tak cakap siang‐siang. Em…. baju Maya mana mak? Selendang Maya dah rapi kan
mak? Jap ek, Maya bersiap.” Aril menahan tawa melihat reaksi Maya. Tanpa segan silu, Maya
melompat dari arah katil. Bahagia mula menular ke hati.
Aril keluar dari bilik apabila Maya menghadiahkan jelingan maut. Lupa Maya nak bersiap. Tak
susah pun nak pujuk. Aril tersenyum lagi. Maya takkan dilepaskan lagi seperti hari itu.
xxxxxxxxxx
Maya dan Aril berjalan menyusuri pantai. Deru ombak memecahkan suasana sepi antara
mereka. Masing‐masing seperti kehilangan idea untuk memulakan bicara. Sesekali Maya
menguis anak pasir yang bertandang di jari kakinya.
“Apasal dengan pertunangan bos tempoh hari? Ingatkan bos dah kahwin dah,” Maya
membuka bicara. Aril membuntang melihat wajah Maya. Maya mengerut dahi hairan. Takkan
aku salah tanya?
“Sayang, dah tunang pun masih panggil bos ke? Tak prihatin betul lah Maya ni,” Aril mengutuk
perlahan. Maya cepat‐cepat mencekup mulutnya.
“Okeylah. Sorry. Cik abang, apasal tak tunang dengan gadis tempoh hari?” Kali ini Aril yang
mengerut dahi hairan. Gadis?
“Eh, jap…. Sayang macam dah tahu something aje ni. Gadis tempoh hari? Maya kenal dengan
Malessa ke?” Aril menghadap memandang Maya. Pasti Maya maksudkan Malessa. Malessa
yang ditinggalkan kerna mengejar cinta Maya yang jauh menyepi di Kampung.
“Ow, Malessa, tak kenal pun. Cuma hari tu Maya nampak awak dengan gadis tu tengah pilih
dress.” Maya berkata jujur. Aril sudah tersengih‐sengih.
“Sebab tulah Maya tinggalkan syarikat?” Aril mengusik nakal. Maya menarik muncung.
“Mana ada. Waktu tu mak sakit mendadak. Maya pulanglah,” Maya cuba mempertahankan diri.
“Apasal tak tunang dengan gadis tempoh hari?” Maya bertanya lagi. Aril menatap wajah Maya,
wajah yang semakin hari merasuk dalam benak fikirannya.
“Sebab saya tahu, orang yang saya sayang bukan seorang yang bernama Malessa tapi seorang
yang bernama Maya Qaseh. Sejak awak tinggalkan syarikat hari tu, hidup saya macam tak
lengkap. Ada sesuatu yang awak tak pulangkan dekat saya. Tiap malam, saya solat, solat
istikharah sebab nak tahu siapa jodoh saya. Seminggu sebelum bertunang dengan Malessa,
saya banyak berguru dengan Ibu. Tiap malam saya asyik mengigau pasal awak. Sebab itulah,
Ibu suruh saya hantarkan rombongan meminang tapi bukan untuk Malessa tapi untuk awak.
Saya yakin awak adalah jodoh saya, seseorang yang dah curi hati saya. Tak pernah mana‐mana
gadis buat saya gila seperti waktu kehilangan dengan awak dulu. Mungkin mengenali Malessa
tak sama macam mana saya mengenali awak sebab itu saya mengambil masa yang lama untuk
kenal hati awak,” Maya terharu mendengar penjelasan panjang lebar dari Aril. Ternyata, Maya
tidak bertepuk sebelah tangan. Cuma Aril lambat untuk menyedari semua itu.
“Sayang, apasal sayang tergilakan dengan saya ek? Dah lama saya nak ajukan soalan ni,” Aril
bertanya jujur. Soalan yang sekian lama menghuni di mindanya. Maya walau hanya seorang
tukang sapu, tapi kasihnya pada Maya makin menebal dari hari ke hari, sejak pemergian Maya.
Ditatap wajah Maya penuh kasih. Seseorang yang berjaya mengetuk hatinya. Tak ada duanya,
dan Insya ALLAH Maya yang terakhir untuknya.
“Maya sayangkan seorang yang bermana Aril Asraff bukan kerna latar belakangnya, bukan
kerna harta bendanya yang melimpah ruah tapi sebab Maya tahu, orang tu boleh jaga Maya,
boleh berikan kebahagiaan buat Maya dan anak‐anak Maya nanti. Disebalik sikap rajinnya,
terserlah sikap tanggungjawab sebagai seorang suami kelak, di sebalik keras hatinya itu
tersimpan kasih dan sayang yang mendalam untuk Maya dan yang paling penting disebalik
wajahnya yang tampan, tersembunyi sikap romantiknya yang sebenar,” Maya tersengih
memandang Aril. Keluar juga gedik Maya. Aril menghemburkan tawa sebelum menatap wajah
Maya. Mereka berbalas senyuman, lama.
Tanpa sedar, Aril merangkul erat pinggang Maya. Maya menepis laju. Sentuhan lembut Aril
menggetarkan naluri kewanitaannya.
“Apasal?” tanya Aril sambil mengukirkan senyuman nakal.
“Tak boleh pegang‐pegang lah. Dosa!” Maya mencebikkan bibirnya.
“Laaa, dah tunang kan. Lagi pun dua minggu lagi dah nak kahwin pun,” duga Aril.
“Tetap juga dosa. Tak boleh!” Maya menjelirkan lidahnya. Aril melopong melihat aksi spontan
Maya.
“Eleeh, dulu waktu riuh nak rebut dengan Linda, tak ada pulak dosa ek. Orang sentuh tak ada
pulak dosa,” Aril merungut. Hidung Maya dicuit geram.
“Itu dulu, sekarang lain. Kena jual mahal sikit,” Maya tertawa kecil. Hidung Aril dijentik
perlahan. Orang jentik, mestilah ikut sama. Baru adil!
“Ya ALLAH sayang! Sakitlah. Kuku tu tajam sangat!” Aril menjerit. Maya cepat‐cepat melihat
hidung Aril. Tak ada bekas pun!
“Cuppp”
Maya terkejut bila Aril menghadiahkan satu kucupan di pipi kirinya. Spontan wajah Maya
merona merah. Aril tersenyum menang. Nak jual mahal konon. Kang dah kena!
“Awak tak adillah. Dah rasmi awal‐awal...” bentak Maya geram. Aril dah sentuh aku. Tak boleh
jadi ni!
“Kalau gitu, jom kita cari tok kadi. Kita nikah hari ini juga. Nak tunggu dua minggu ke depan
masih lama la sayang,” Aril tak habis‐habis menyakat.
“Awaklah yang pergi, nikah sana seorang‐ seorang. Tak tahu malu,” balas Maya. Maya
menyusun langkah tanpa menghiraukan Aril.
“Cuppp”
Sekali lagi Maya terpanar apabila Aril mengucup pipi kanannya pulak. Maya memandang Aril
yang sudah berlari di hadapan. Tak guna punya bakal suami!
“Sorrylah, dah kucup kiri, kanan pun mesti kucup juga. Tak boleh berat sebelah. Nanti yang
lainnya, sambung lepas kahwin,” Aril menjerit menoleh Maya yang sudah mencuka di
belakang.
“Aril!!!!” Maya menjerit geram sambil mengejar langkah Aril. Hari makin gelap, menanti
esoknya serta tulatnya untuk menunggu hari bersejarah Aril Asraff dan Maya Qaseh. Pantai
menjadi saksi pada kasih sayang mereka yang makin bertaut erat.
Pasti lepas ni, Linda akan melopong terkejut kalau tahu aku berhasil mendapatkan Aril Asraff,
satu pejabat mungkin akan pengsan kalau tahu Aril Asraff akan jadi suami aku. Tunggu
kehadiran Puan Maya bersama Encik Aril kat pejabat nanti wahai pemuja‐pemuja Aril!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan