HAJI KARIM menongkat basikalnya ke perdu ketapang yang membayangi sebuah rumah limas tua. Dia tertinjau‐tinjau, kalau‐kalau ternampak kelibat Limah, perempuan tua yang menghuni rumah itu. Senyap. Bayangnya tidak kelihatan. Tingkap di anjung dan serambi rumah terbuka. Suasana sekitar sepi. Matahari semakin condong arah ke barat.
“Mana pulak Limah ni? Tidur agaknya,” desis hati kecil Haji Karim.
Dia menghampiri rumah limas beratap rumbia itu. Langkahnya perlahan. Di tangannya kelihatan seikat daun pisang dan beberapa ketul ubi kayu muda. Daun pisang itu Limah yang pesan. Sejak membuat kuih jualan, Limah selalu membeli daun pisang Haji Karim. Dua atau tiga hari sekali, Haji Karim akan datang menghantarkan pesanan. Itu pesan Limah, janda beranak satu yang lewat 50‐an usianya.
Sejak kematian suaminya, Limah terpaksa membuat kuih jualan bagi menampung kehidupan dua beranak. Kuih‐kuih tersebut ditumpangkan di kedai Wak Seman yang terletak di simpang jalan menuju ke pekan Kuala Sungai Baru. Limah kuat bekerja. Limah hatinya kental dan sanggup menghadapi kehidupan walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Duit hasil jualan itulah yang mengenyangkan perut mereka dua beranak. Sehinggakan Haji Karim turut kagum dengan kegigihan Limah.
“Limah … ooh … Limah!” seru Haji Karim dari anjung rumah.
Senyap.
“Tingkap terbuka, orangnya tak ada,” rungutnya pada dirinya sendiri.
Sebentar kemudian terpacul sesusuk tubuh di tingkap rumah tengah. Haji Karim kenal dengan perempuan itu lalu menghampirinya.
“Err … mak tak ada. Dia ke baruh.” Siah bersuara. Haji Karim semakin hampir ke arah Siah.
“Nii … hah, daun pisang yang mak kamu pesan,” sela Haji Karim sambil menghulurkan daun pisang itu kepada Siah.
“Berapa duitnya Pak Aji?”
“Alah … mak kamu selalu sangat pesan daun pisang dengan aku. Kali ini tak payah bayar!” balas Haji Karim sambil menyengih sehingga kelihatan gigi‐gigi tuanya.
Siah tidak bersuara. Dia hanya memerhatikan sahaja gelagat yang ditunjukkan oleh Haji Karim. Selalunya Haji Karim akan mengambil duit bayarannya tetapi hari ini tidak seperti selalunya. Sebelum beredar Haji Karim menghulurkan beberapa ketul ubi kayu muda kepada Siah.
“Ubi ni belum cukup bulan, kalau masak lemak putih campur daun pegaga tentu sedap. Lebih-lebih
lagi kalau Yah yang masak!” sela Haji Karim.
“Ahh … gatal punya Pak Aji!” seru Siah di dalam hati apabila Haji Karim tersenyum lagi kepadanya.
Tidak lama kemudian Limah sudah pulang ke rumah. Biarpun usianya sudah menjangkau lebih separuh abad tetapi Limah masih gagah berjalan. Beberapa biji kelapa tua dibimbit dengan tangan kanan. Manakala tangan kiri pula menyangga beberapa kerat anak senduduk kering untuk dijadikan kayu api di sebelah bahu kirinya.
Limah kasihan melihat Siah yang sampai sekarang belum bertemu jodohnya. Biar usianya sudah lama mencecah angka 30 namun jodohnya masih di awang‐awang.
“Mengapa mak?” Siah memandang tepat ke muka ibunya. Siah dapat merasakan ada sesuatu yang bersarang di kepala ibunya.
“Err … tak ada apa‐apa. Mak rasa penat sikit.”
“Itulah … mak kerja kuat sangat. Nanti Yah ambilkan air untuk mak,” ujar Siah sambil berlalu.
“Ada Haji Karim datang?”
“Baru kejap tadi dia balik,” jawab Siah.
“Lupa pulak mak nak beritahu kau, duit daun pisang tu ada atas para dapur.”
“Tapi hari ini Haji Karim tak mahu duitnya. Katanya ambil saja daun pisang tu … tak payah bayar. Oh ya! Haji Karim ada beri sikit ubi kayu. Yah letakkan atas dapur,” beritahu Siah lagi kepada ibunya.
“Ermm … baik sungguh hati Haji Karim!” sela Limah sambil ketawa kecil.
“Jangan‐jangan ada udang sebalik batu!” balas Siah sambil mencebik bibir. Limah tersengih melihat gelagat Siah. Siah memuncungkan lagi bibirnya. Limah terkekeh‐kekeh ketawa.
“Hai … untunglah dapat laki macam Haji Karim tu!” kata Limah bergurau kepada Siah. “Entah-entah
hatinya dah tersangkut pada kau Yah!” tambah Limah lagi.
Hati Siah bagikan menjerit apabila mendengar kata‐kata yang keluar dari mulut ibunya. Biarpun ibunya hanya bergurau tetapi dia memang tidak sanggup dipasangkan dengan Haji Karim. Jantung hatinya berdetak.
Haji Karim datang lagi. Siah yang sedang menyapu di tangga serambi mula menyedari akan kehadiran Haji Karim. Haji Karim semakin hampir dengannya. Siah buat tidak perasan. Haji Karim batuk‐batuk kecil untuk beberapa detik. Siah tetap tekun dengan kerjanya. Haji Karim batuk‐batuk lagi.
“Mak kau ada Siah?” tegur Haji Karim.
“Dapur agaknya,” balas Siah seraya memandang tepat ke muka Haji Karim.
Sejak akhir‐akhir ini semacam sahaja gelagat yang ditunjukkan oleh Haji Karim. Siah nampak benar kelainannya. Haji Karim akan tersenyum dan tersengih apabila bersua muka dengannya. Tidak macam dahulu lagi, wajahnya serius.
“Eeeiii … meluat!” Siah pendamkan dalam hati. Kerjanya harus dibereskan segera sebelum membantu ibunya di dapur.
“Err … Limah, ini daun pisang yang kau pesan.”
“Ehh … mengapa banyak sangat ni Bang Aji?” sela Limah apabila menyedari daun pisang yang dipesan melebihi daripada biasa.
“Semalam angin kuat. Tiga batang pokok pisang aku tumbang. Jadi dari membazir aku bawa lebih hari ini,” beritahu Haji Karim.
Limah kemudian menghulurkan sekeping duit seringgit kepada Haji Karim.
“Ehh … tak payahlah Limah. Aku sedekah saja pada kau. Simpanlah duit tu, buat tambah belanja dapur.”
“Jangan macam tu Bang Aji. Saya nak buat jual. Bukankah saya memang pesan dengan Bang Aji?” soal Limah.
“Itu aku tahu. Lagi pun bukannya rugi aku kalau aku beri percuma daun pisang ni. Tak kaya aku!” sela Haji Karim dengan gaya berseloroh.
“Ohh … ya, nanti kejap…,” Haji Karim meninggalkan Limah sebentar dalam tanda tanya. “Ni … hah, pisang muda buat masak lemak kuning,” hulur Haji Karim dua sisir pisang muda kepada Limah.
“Terima kasih aje Bang Aji. Rezeki saya tak tolak!”
Beberapa saat mata Haji Karim bersabung dengan mata Siah. Tanpa dipaksa, Haji Karim senyum lagi. Siah malu. Siah cepat‐cepat mengalihkan pandangan ke arah ibunya.
“Eeii … geramnya!” gerutunya sambil mengetap bibir.
“Mengapa kau Siah? Siapa pulak yang kau geram?” tanya Limah yang turut perasan dengan gelagat Siah.
“Tak ada apa‐apalah mak. Haji Karim tu selalu sangat senyum pada Yah. Yah tak suka!”
“Itu yang kau geramkan. Haji Karim jangan kau layan sangat, semakin menjadi‐jadi nanti. Lagipun apa salahnya kalau dia senyum pada kau. Senyum tu bukankah menambah rezeki!” panjang Limah berceloteh.
Limah dan Siah baru selesai menikmati makan malam. Siah nampak berselera menikmati gulai pisang muda masak lemak kuning. Dua kali dia menambah nasi. Limah turut berselera dan ditambah lagi dengan ikan kering bakar serta sambal belacan. Memang membuka selera.
“Sedap mak masak malam ni. Yah berselera sekali.”
“Untung ada Haji Karim kalau tidak ….”
“Mak ni balik‐balik Haji Karim. Balik‐balik Haji Karim yang mak sebutkan. Macam dah tak ada orang lain!” gerutu Siah memotong cakap ibunya. Memprotes.
“Yalah, kan dia yang beri pisang muda ni?”
“Itu Yah tahu tapi entahlah.” Siah kemudiannya terus berlalu. Limah hanya memandang dengan ekor matanya.
Limah kini di ruang tamu melayani perasaannya. Dengan tiba‐tiba wajah Jusoh, arwah suaminya muncul diingatan. Hati Limah bertambah sayu. Sebelum menghembuskan nafasnya yang akhir, Jusoh sempat berpesan pada Limah. Dia masih ingat lagi.
“Mah … ja … jaga anak kita!” itu yang keluar daripada mulut Jusoh.
Igauan Limah terus singgah ke wajah Siah. Mengenang Siah, hati Limah tambah tersayat. Macam‐macam persoalan menerjah kotak fikirannya. Siapa akan menjaga Siah bila dia sudah tidak ada lagi di dunia ini? Macam mana dengan makan pakai Siah? Jodoh! Sampai bila Siah nak tunggu jodohnya? Sampai bila?
“Mengapa mak ni? Yah tengok mak sedih aje. Mengapa mak?” tanya Siah apabila melihat kekeruhan bertakung di wajah tua ibunya yang retak seribu.
Limah tidak perasan akan kehadiran Siah. Kekeruhan di wajahnya memang tidak boleh disembunyikan lagi. Malam ini Limah mahu berterus terang dengan Siah. Biar Siah tahu. Biar Siah faham akan gelodak jiwanya sebagai seorang ibu yang ingin melihat kebahagiaan anaknya.
“Yah …” Limah diam seketika. “Mak dah tua Yah. Mak risau lihat keadaan kau.”
“Akhirnya terkeluar juga keraguan yang lama bersarang di dadanya.
“Mengapa ni mak? Tentang Yah janganlah dirisaukan sangat. Tahulah Yah jaga diri.”
“Mak sedih lihat kau, nasih kau Yah!” Dada Limah semakin sebak. Manik‐manik jernih mula mengapung di pelupuk matanya.
“Jangan fikir yang bukan‐bukan mak. Kalau mak risau, Yah lagi risau. Mak sedih, hati Yah lagi sedih. Sudahlah mak,” balas Siah cuba menenangkan perasaan ibunya. Juga perasaannya.
Malam itu Siah sukar melelapkan matanya. Dicubanya beberapa kali tetapi ternyata gagal.
Penat berbaring Siah duduk di birai katil. Hatinya mula diamuk gelisah yang panjang. Sikap ibunya menambah lagi gelora di dada. Jiwanya semakin bercelaru. Hatinya mula tidak keruan. Siah bangun menuju ke almari soleknya. Wajahnya ditenung dan diperhatikan lama‐lama. Ya … memang terdapat perbezaan pada kulit wajahnya. Kalau dahulu kulit mukanya tegang, pipinya nampak gebu tetapi kini semuanya itu tidak dimiliki lagi. Garis‐garis halus dan kedut‐kedut kecil jelas di bahagian bawah mata. Kulit pipinya semakin kendur.
“Ahh … tak cantikkah aku? Apa bezanya aku kalau nak dibandingkan dengan Sanah, Tipah, Lamah, Som dan lain‐lain anak gadis kampung ini? Apa kurangnya aku? Apa lebihnya mereka?
“ Tuhan!!!” Jerit Siah dalam hati.
Sepuluh tahun telah berlalu dan selama sepuluh tahun itulah Siah memendam rasa dan makan hati. Peristiwa Saman yang ingin memperkosanya masih tebal di layar ingatan. Peristiwa itulah yang menyebabkan orang kampung mula hilang kepercayaan terhadapnya. Siah dikatakan tidak suci lagi walaupun pada hakikatnya dia masih gadis. Lebih sedih lagi, kepahitan ini turut dirasakan oleh ibunya.
“Tuhan, segalanya aku pasrahkan pada‐Mu!” doa Siah selepas menunaikan sembahyang subuh. Hatinya kembali tenang.
Sudah lima hari Limah tidak nampak muka Haji Karim. Tidak mungkin Haji Karim lupa dengan pesanan daun pisangnya. Bukan sekali Limah pesan malah saban minggu. Siah pun hairan.
Selalunya dua atau tiga hari sekali Haji Karim akan datang membawa pesanan. Siah mula berteka‐teki. Mungkin Haji Karim ke Bandar. Atau mungkin Haji Karim berkecil hati dengannya.
Mungkin juga!
“Oiii … Siah! Mengapa termenung ni? Tak baik menung di tangga!” serga Embun. Di tangannya kelihatan seikat daun pisang.
“Ehhh … Mak Embun. Terperanjat hati Yah!”
“Mak kau mana?”
“Ada dalam.”
“Aku datang ni bawak pesan orang. Pesan Haji Karim!”
“Haji Karim?”
Wajah Haji Karim tiba‐tiba muncul di depan mata Siah. Masih terbayang di hati Siah akan gelagat Haji Karim. Sengih dan senyum tidak lekang dari bibirnya. Gelagat Haji Karim kadang-kadang menjadikan dirinya serba salah. Limah dan Siah dikhabarkan oleh Embun bahawa Haji Karim jatuh basikal sewaktu pulang dari kebun beberapa hari yang lepas. Kaki kirinya terseliuh.
Itulah sebabnya bayang Haji Karim tidak kelihatan beberapa hari ini. Timbul perasaan kasihan
di hati Siah terhadap nasib malang yang menimpa Haji Karim.
“Kasihan Haji Karim. Setahu Yah anaknya Milah bekerja di Bandar. Siapa pulak yang jaga Haji
Karim mak?”
“Sejak kematian isterinya dia dah biasa hidup seorang. Segala kerja dia buat sendiri. Dia tak
mahu nak susahkan anak‐anak. Puas Milah mengajaknya ke bandar tapi dia tetap tidak mahu
tinggalkan tanah pusakanya. Ada khabar dia nak kahwin lagi tapi akhir‐akhir ini senyap aje,”
panjang jawapan yang keluar dari mulut Limah.
“Err … biar Yah pergi dulu mak. Nanti lewat pulak!” seru Siah sambil memasukkan beberapa
alatan menjahit ke dalam beg jahitannya.
“Jangan lupa duit daun pisang Haji Karim!” beritahu Limah kepada Siah yang sudah berada di
hujung halaman.
Siah hanya berjalan kaki menuju ke pekan. Jaraknya Cuma lima belas minit berjalan kaki.
Sebelum itu Siah mesti singgah sebentar di rumah Haji Karim.
“Siah!!!!!”
“Siah … nanti dulu Siah! Aku perlu bicara dengan kau!”
Siah terus melangkah.
“Maafkan aku … maafkan aku Siah! Aku berdosa!”
Langkah Siah terhenti. Dia menoleh sekali lagi ke arah lelaki itu.
“Maaf? Setelah kau hancurkan hidup aku, sekarang kau datang nak ganggu aku lagi. Pergi!
Jangan ganggu aku!”
Jawapan itu tegas keluar daripada mulut Siah.
“Aku bersalah Siah. Sekarang aku mahu menebus segala dosa aku terhadap kau. Aku insaf
sekarang. Aku … aku benar‐benar menyesal melakukan kerja keji dan terkutuk itu. Percayalah
bahawa balasan yang aku terima selama ini telah cukup menyeksakan. Hukumlah aku!” balas
Saman dengan air mata mula tumpah di pipi.
“Syukurlah kalau kau dah insaf. Tuhan telah membuka pintu hati kau. Tetapi tidak untuk hati
aku! Minta maaflah pada Tuhan,” ucap Siah sambil meneruskan langkah kakinya.
“Nanti dulu Siah! Ada lagi perkara aku nak kau tahu.”
“Apa lagi Saman? Aku tak punya banyak masa sekarang!”
“Aku sayang kau Siah. Aku cintakan kau!”
Langkah kaki Siah terhenti lagi. Dia menoleh sekali lagi ke arah Saman yang sudah berteleku di
tanah. Ada senyuman yang hambar diukirkan untuk Saman sebelum kembali meneruskan
langkahnya.
“Siah!!!!!” jerit Saman sekuat hati.
Saman terus meratap apabila bayangan Siah semakin kelam di hadapan. Langkah kaki Siah
semakin pantas. Bayang Haji Karim bagaikan melambai‐lambai. Luka di hatinya kembali
berdarah. Jiwanya semakin parah. Matanya semakin berkabus.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan