Label

Sabtu, 31 Disember 2016

NOVEL Bind Me, My Love #BMML Bab1

“ahhh!” kedengaran bunyi jeritan datang tengah‐tengah ruang legar.

Suasana yang tadinya penuh dengan gelak ketawa terus menjadi sepi. Semua mata tertumpu pada gadis cantik yang sedang berdiri di tengah‐tengah ruang legar.

"ahh! that was too hot!" teriak Jas setelah melangkah keluar dari

"I know right! Way too much!!!" jerit Ad dengan sekuat hati.

"ahhhhhh!” kini teriakan mereka bersatu.

“gediknya….” Tegur satu suara lelaki yang sedang menghirup air melalui straw dari gelas minuman di tangannya.

“langau! Baik kau diam! Aku pun tengah panas dengan kau ni!” marah Ad sambil membulatkan kedua bola matanya ke arah Haziq yang membuat muka polos.

“asal pulak kau nak panas. Patutnya aku yang panas, kau merengek sehari semalam pasal cite tak guna ni…. Rosak‐rosak…” Haziq mengelengkan kepalanya.



Melihat pergaduhan dunia ke‐3, Jas aka Jasmine pantas mengeluarkan iphone‐5 nya dan menekan app facebook. Malas mahu mendengar perbalahan dua orang kawan yang tidak pernah tamat.

“woo! Tapi aku tak minta kau ikut sekali masuk tengok wayang…”

“ye la, tak kan aku nak duduk menung dalam kereta dua jam….”

“menung je la! Bukan tu hobi kau ke…”

“dah, aku nak balik ni. Berlambak lagi assignment aku nak buat.”

“eleh, macam dia sorang je ada assignment… aku pun ade jugak”

Jas mengangguk setuju.

“kau lain la, semua assignment pakat fotostat je. Aku kene buat sendiri”

“dah rezeki….”

“ok, aku nak balik ni…”

“ye la, ye la… jom Jas…. Tua kutuk ni nak balik! Jom…” Ad menarik tangan Jas untuk mengikutinya.

Haziq membuka langkah ke arah lif dengan rasa sebal yang menggunung. Benggang di hati masih menekan apabila teringatkan akan scene movie yang sungguh tidak masuk akal, ‘mengarut! Penipu!’

Dalam sibuk membuntuti langkah laju Haziq, matanya menangkap signboard, BURGER KING. Langkahnya terhenti serta merta. Cik perut sudah mula berbunyi.

“babe, kau lapar tak?”

“lapar la! Aku makan popcorn sikit je. Habis kene bedal dengan driver kehormat kita tu…” rungut Jas.

“biasalah, dah perut macam tong…. Okay, jom kita makan…”

Jika ditilik dari jauh, Haziq hanya berbadan sederhana, tapi bab makan. Boleh ternganga tengok dia makan.

“Haziq…”

Haziq malas mahu menoleh. Langkahnya diteruskan ke lif.

Asal bukan sayur

Ad merengus saje je dia ni kan…

“Muhammad Haziq Denis Bin Farid Denis!” jerit Ad dengan sekuat hati sebelum tersenyum lebar.

Langkah Haziq terhenti. Namanya disebut penuh oleh Ad dikhalayak ramai. Dia pantas mengerling kiri dan kanan. Khuatir ada yang mengecam nama keluarganya, Denis.

“ziq!” jerit Ad dengan bangga.

Haziq melepas keluhan seusai melakukan scanning throughout the crowd, alhamdulillah takde…

“ziq!” Ad melambai ke arah Haziq yang berjalan kea rah mereka.

“ape…” dengar malas Haziq membuka mulut.

“tu…” Ad memuncungkan bibirnya ke arah kedai fast food di depan mereka.

“lapar sangat ke? Aku ade meting event lagi pagi esok….”

“lapar! Jom Jas…” Ad memotong bicara Haziq dan mengheret

#

Mata Ad sibuk memilih set makanan yang terpampang di depan matanya. Dalam asyik dia memilih, bau wangian Haziq seakan meyentak deria baunya. Haziq sudah berdiri tegak di sebelahnya sambil menyeluk kedua tangan ke dalam poket.

Suara nyaring Jas memilih set makanan sungguh membingitkan telinga,

“I want extra salad. Extra okay! I want that French fries, big size! Big one… okay?”

Wajah cashier perempuan di kaunter itu sudah mula berubah menjadi keruh.

Namun itu bukan sesuatu yang diambil pusing oleh Ad. Tumpuannya beralih kepada wajah polos lelaki di sebelahnya,

“nak makan ape?” soal Ad kepada Haziq yang sudah diam seribu bahasa.

“macam biasalah…” jawab Haziq dengan malas.

“ala, janganlah marah. Kau ni…”

“tak marah, merajuk je….” Ujar Haziq dengan senyuman ketat.

“ala ala, bucu‐bucu….” Ad mahu memicit pipi lelaki disebelahnya. Lelaki itu kelihatan sungguh kacak apabila tersenyum.

Haziq pantas mengelak.

“acah je…. Bukan betul pun”

“tak boleh, kau bukan isteri aku…”

“lol…. Like I want to! Dah, dari kau berdiri jadi tiang terbiar kat sini, lebih baik kau pergi cop meja untuk kita orang…”

Haziq yang mampu tersenyum nipis sebelum berlalu pergi.

Ad hanya mampu tersenyum riang,

“cik kak, malu sikit wei…. Kat public ni, jangan nak tersengih panjang macam tu. Orang kata gila nanti…”

“oops, aku tengok signboard kat hujung sana…. Cantik…” Ad berhelah,

Sejak bila dia jadi sado semacam… hmm, jangan tengok lama‐lam… dosa…

“gatai naa!” usik Jas dengan senyuman senget.

#

“makanan dah sampai!!!” jerit Jas sambil meletak dulang makan ke atas meja.

Ad dan Haziq hanya mampu terlopong.

“ni talam ke kebun?” soal Haziq dengan riak tidak percaya. Terlalu banyak raksasa hijau yang terhidang dan terselit di dalam burger‐bugerdi depannya.

“haha, so funny…. Dah dig in!” Jas membuat riak menyampah.

“ye la, kenapa banyak sangat sayur ni?” tegur Ad lantas mengerling ke arah Haziq yang duduk di depannya.

“sayur is healthy food,apa yang masalahnya?” kening Jas sudah bertaut.

“Aziq…” Ad mula berasa serba salah. Dia tahu Haziq tidak menyukai makanan yang berdaun, dan everytime they came to the fast foods restaurant, set‐macam‐biasa stands for no sayur at all.

“o, kau tak makan sayur eh ziq? Eee, besar panjang, siap berjanggut lagi, tak kan tak makan sayur lagi…” perli Jas dengan nada bergurau.

Haziq tersenyum ketat. Plastic namun masih kelihatan ikhlas pada wajah suci miliknya.

“aku ok je, sekali sekala makan. It won’t kill me right?” ujarnya dengan penuh yakin. but you the one who will be kill…. Haziq oi!

“Haziq, kalau kau tak nak, biar aku je makan….” Ujar Ad dengan suara kecil. rasa bersalah mula
menjalar.

“hish, kau ni Ad. Biar je la dia makan sayur, biar badan dia tu dapat vitamin lebih sikit” cantas Jas. Dia sudah bersedia untuk membaham burger ‘kebun’ di depan matanya. Burger diangkat dan digigit dengan penuh nikmat.

“dah‐dah, baca bismilllah dulu sebelum makan” ujar Haziq sebelum mengangkat tangan untuk membaca doa makan.

Ad dengan rasa bersalah mengangkat tangan untuk berdoa.

Jas yang asyik mengunyah pantas berhenti, ‘hish! Dia ni kan!’

#

“uweek! Uwek!”

“kamu muntah lagi ke?” soal Puan Hanim kepada anak lelakinya yang baru keluar dari tandas.

“sikit je…” jawab Haziq dengan lemah.

“sikit apanye, tengok tu. Sampai darah keluar sekali….”

“takde apelah ibu….”

“kamu makan ape tadi?”

“makan sayur….”

“ya Allah, kenapa kamu pergi makan sayur…”

Haziq hanya mampu tersenyum kecil.

“Aziq, ibu tegur ni sebab ibu sayang. Ibu tahu kamu dah lama kawan dengan yana tapi kamu tak boleh nak ikut semua kata‐kata dia. Ibu tak suka anak ibu selalu sakit…”

“ibu, Aziq ok la. insyaAllah, takde ape. Ibu, Aziq nak naik atas, nak rehat jap”

“tengok, ibu cakap sikit, terus nak naik atas…”

“penat bu….”

“ye la, kamu nak atas rehat. Nanti ibu bawakan supper untuk kamu…”

Haziq mengangguk lemah sebelum berlalu ke tangga rumah.

#

Selesai memarkir kereta, Ad menangkap kelibat seseorang dia amat kenali. Dia berlari mengejar langkah si dia. Hujung tudung ditolak ke belakang.

“ziq!” tangannya siap melambai‐lambai ke arah Haziq, cuba mendapatkan perhatian dari lelaki itu.

Haziq berpaling sebentar sebelum meyambung langkahnya.

“Haziq…”

“hmmm”

“sihat?”

“hmmm”

“da breakfast?”

“hmmm…”

“kau nak tahu tak….”

“tak”

“haish, kau ni pagi‐pagi buta lagi buat suara kene cekik…”

“hmm…”

“wei Aziq, janganlah buat suara macam tu dengan muka hodoh kau tu, makin hodoh aku tengok!

DUSH!

Haziq hanya mampu mengeleng kepalanya,

“direct sangat tu…. Aku handsome kot…”

“yeah right… tapi tajuk hodoh bukan topic hari ni…”

“okay then, cite ape yang kau ghairah sangat nak share ni….” Haziq tersenyum lebar. Menahan tawa yang mahu meletus.

“tahu‐tahu je kau ye, memang cite ghairah pun…. Jap” Ad melakukan aktiviti tarik dan hembus nafas berulang kali.

Haziq membulatkan matanya, darn it! Run boy! Run!

Ad sempat meyambar beg Haziq dari berlalu pergi.

Haziq membuat facepalm.

“arrhhhh!!!”

Haziq melepas nafas lemah, ‘dia jerit lagi…’

“thanks to you!!! Semalam aku mimpi Edward Cullen peluk aku dan dia….”

Haziq meletak sapu tangannya pada mulut Ad. Menghalang gadis itu dari terus menerus cerita 18sx di khalayak ramai.

“dear adriyana Balqis, jangan sambung cerita awak tu di public ni….”

Ad menarik muka empat belas!

“don’t ask why. Soalan tu tak valid and you know why. Kau ni, takde Jas depan mata. Aku pun jadi mangsa dengar cite benda tak senonoh!”

“kau kan….”

“bye‐bye…. Got class!”

“ngek la, aku satu kelas dengan kau kan!”

Haziq menjelir lidahnya.

Ad tersenyum kecil.

#

“Haziq…. Lepas ni, kau balik ke?” soal Ad.

“nope, got mpp meeting…”

“tak abis‐abis dengan meeting….”

“sorry…”

“Jas, kau buat apa lepas ni?” Ad beralih pandangan ke Jasmine yang masih tersengih‐sengih menghadap skrin handphone.

“aku kene balik. Mak aku minta teman ke pasar….” Sepasang mata Jas masih melekat pada skrin handphone.

“mak ke boyfriend kau?”

“euw, boyfriend? Dream on babe, taubat aku, keje couple‐couple ni…. Dapat jantan macam si gigi pagar tu, mati hidup balik, aku tak nak”

“bruh…. Jadi kau nak kawin ke?”

“depends, kalau mak aku bagi calon five stars, aku rembat je la”

“gatal”

“jodoh, destiny….”

“cakap pasal jodoh, aku, adriyana Balqis nak share hot story….”

Pantas mata Jasmine terus tertancap pada wajah Ad. Sepasang mata itu berkilau tanda excited. Haziq mengeleng kepalanya, ‘hot‐story‐session by adriyana Balqis start now!’

“babe, kau tahu aku mimpi sape semalam?” Ad memulakan perbualan dengan sengihan gatal.

“no, you don’t said! Haa….” Mulut Jasmine pantas terlopong sebelum dia menutup dengan tangan kanannya. Jas the drama queen start the action!

“yaaa…. Its him! Edward Cullen! Dia muncul dalam mimpi aku….”

“oh my god! You’re so lucky babe! Dia buat ape… dia buat ape?”

Haziq hanya mampu memsang telinga sementara menunggu meetingnya bermula.

“dia peluk aku, best giler…. I feel I was bella! But in better way….” Ilaian ketawa Ad memetir.

“dia buat ape lagi…” Jas menggjongketkan keningnya.

“choih! Hubungan kami belum sah, mana boleh…”

Haziq tersengih mendengar perbualan luar tabii perempuan‐perempuan di depannya.

“kau rasa kan…. Kalaulah vampire ni wujud, dorang memang handsome‐plus‐sado macam Edward tu tak?” soal Jas dengan kerutan dahi. Seolah‐olah soalannya itu adalah masalah dunia!

“of course lah, dorang mesti full package lelaki idaman…. Tapi sayang, itu semua fantasi…” Ad mengeluh.

“but, if la…. Kau jumpa vampire yang hot lagi segak lagi sado…. Kau nak couple dengan dia?” duga Jas.

Berderau darah Haziq mendengar soalan yang terpancul dari mulut Jasmine. Kini tumpuannya terarah ke Ad yang sibuk menghirup air. Berdebar jantungnya menanti jawapan dari bibir merah itu.

“kalau orang dah sudi, aku terima je la… bukan selalu dapat vampire jadi boyfriend…” jawab Ad
dengan gaya terlentok. Serentak ketawa mereka bersatu.
Haziq tersenyum lebar.
“Ad…” Haziq tiba‐tiba menyampuk.
Serentak kepala kedua gadis itu berpaling ke arahnya, Haziq menelan liur. Terasa kering
tekaknya pada saat ini,
ape kau dah buat! Excited sangat ni apasal!
“ape? Jangan cakap yang kau suka vampire? Aku tak rasa vampire pompuan ade hot macam
aku?”
“lol, kau hot ke?”
DUSH!
Ad menarik muka,
“orang buta pun tahu aku hot….”
“yakin….”
“okay, cut the crap, kau nak cakap ape?”
“kalau aku Edward Cullen, kau nak kawin dengan aku tak?”
Soalan Haziq seakan merenjatkan seluruh saraf badan milik Ad.
“ceh, kau, vampire? Dream on. Nak jadi vampire celup pun tak lepas…. Vampire mana pakai
spek, mana ade goatie…” Ad ketawa kecil. Jauh di sudut hatinya, Haziq pernah menjadi cinta
pertamanya,
zaman tak akil baligh lagi…
Jas turut ketawa.
“tapi, kalau kau tanya aku ziq, aku nak…” potong Jasmine.
Sesaat kemudian, Ad menolak bahu Jasmine.
“kau pulak…. Tadi gaduh nak kawin…”
“ye la, Haziq ajak kawin kot….”
“aku gurau je la… takyah tarik rambut pasal aku…” Haziq tiba‐tiba bersuara.
“lol…. Joke of the day…” ujar Ad dengan muka bengkek.
“tapi kalau kau couple dengan vampire, mesti dia nak hisap darah kau… macam mana?” soal
Jasmine lagi. Perbualan tentang jejaka vampire ini sungguh menghiburkan hati perempuannya.
Haziq tersedak. Dia kemudian pantas mengemas barangnya dan mengangkat punggung untuk
beredar,
“okay, meeting aku nak start dah… bye, assalamualaikum…” dia tidak suka apabila topic darah
menjadi perbualan.
Tanpa menunggu jawapan, dia membuka langkah pergi.
“Whatsup with him?”
Ad mengangkat kedua bahunya.
“back to the question…”
“of course la aku tak bagi, gile kau… ingat aku tabung darah ke ape? Kalau dia nak hisap darah
aku, aku break up dengan dia…”
“amboi, yakinnya…”
“of course…”
#
Ad mengatur langkah ke kereta dengan langkah longlai. Sebal hatinya apabila semua rakanrakannya
mempunyai agenda masing‐masing dan meninggalkann dirinya seorang diri pada
petang yang sepi.
“hurgh…” dia melepaskan nafas berat.
“sorang?” satu menegur dari belakang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan