SEJAMBAK mawar merah di tepi kepala katil Luqman Adzlie kembali mencuri tumpuan. Sehingga saat itu, dia masih belum pasti siapakah pengirim misteri jambangan bunga mawar merah itu. Saban hari bunga mawar yang bertukar ganti itu dihantar oleh gadis yang bekerja di Sweet Seroja, sebuah kedai bunga dan cenderahati yang terdapat di tingkat bawah hospital pakar berkenaan.
“Terima kasih. Boleh saya tahu siapakah gerangannya pengirim jambangan indah ini?”
“Maaf encik, saya memang tidak tahu. Tugas saya hanya menghantarkan pesanan yang ada.”
“Mustahil awak tak tahu?”
“Itu encik kena tanya kepada bos saya.”
“Saya jadi musykil!”
“Kenapa encik? Sepatutnya encik rasa bertuah sebab ada orang sanggup berbuat demikian untuk encik. Rasa‐rasanya peminat misteri tu.”
“Peminat? Siapalah saya nak ada peminat?”
Dia merasakan sesuatu yang pelik. Adakah orang yang minat dengannya dalam diam? Luqman Adzlie tiba‐tiba memikirkan apa yang dikatakan oleh gadis penghantar bunga itu. Siapakah gerangan peminat misterinya itu? Sudah sah‐sah semestinya perempuan!
“Hai … menung panjang nampak?” suara Manissa menerobos ke cuping telinga Luqman Adzlie.
“Ohh … awak. Maaflah ... mana ada.”
“Cantikkan?” ringkas soalan dari Manissa.
“Apa yang cantik?”
“Bunga mawar itulah.”
“Ermm …”
“Macam tak suka saja?”
“Suka tapi …”
Wajah Luqman Adzlie nampak culas. Manissa memang perasan perubahan air muka di raut wajah lelaki itu. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
“Kenapa awak?”
“Entahlah …”
“Saya mengganggu awakkah?”
“Ehh … tak ada kena mengena dengan awaklah. Saya rasa kurang selesa sikit.”
“Kalau macam itu, biar saya pergi …”
“Nanti dulu awak …”
Manissa pula terasa serba salah. Jiwanya turut dipagut rasa tidak selesa. Mengapa pagi ini Luqman Adzlie berlain benar nampak perwatakannya? Langsung tidak gembira seperti selalunya. Sekilas pandangannya melihat Luqman Adzlie masih merenung tepat ke arah jambangan mawar merah di sisi katilnya. Lama dia merenung ke arah itu.
“Awak ada masalahkah dengan bunga mawar tu?”
Manissa kembali memulakan kata. Pandangan Luqman Adzlie terus mencari suara Manissa. Gadis di hadapan matanya serius menanti jawapan. Senyum kecil Luqman Adzlie mula mengendurkan keadaan. Dia membetulkan duduk di atas katil supaya rasa lebih selesa.
“Saya okey saja cuma nak tahu insan misteri di sebalik jambangan indah ini. Awak bacalah kadnya itu … Awak moga cepat sembuh…” kata‐kata yang terus mengundang misteri kepadanya sepanjang berada di wad itu.
“Apa nak dirisaukan. Lainlah kalau bom atau peluru yang awak dapat. Untungnya hari‐hari dapat jambangan mawar merah. Mesti dari orang tersayang kot!” usik Manissa selamba.
“Orang tersayang? Siapa?”
“Awak tanyalah diri awak. Kenapa tanya saya?”
“Awak saja nak usik saya. Nak buat lawak!”
“Lawaklah sangat!”
Mulut Manissa nampak tersenyum namun hatinya mula dihimpit resah. Ada satu rasa menunda‐nunda tangkai sanubari. Dia sebenarnya masih tertanya‐tanya bagaimana Luqman Adzlie boleh terlibat dalam kemalangan tempoh hari? Adakah Luqman Adzlie terbabas semasa memandu atau ada komplot di sebaliknya.
“Awak, nak tanya sikit boleh?”
“Tanyalah. Banyak pun tak apa.”
“Awak janganlah marah. Bukan niat saya jugak nak busy body.”
“Apa dia? Macam serius saja!”
“Memang serius!”
Berkerut dahi Luqman Adzlie. Ada persoalan mula bermain di kotak ingatannya. Dia pun teruja hendak tahu apa sebenarnya yang sedang difikirkan oleh Manissa. Serius? Apa yang serius sangat ini? Perempuan ini membuat dirinya serba salah.
“Awak … boleh tak jangan buat saya sakit kepala?”
“Maaflah awak kalau dah buat awak sakit kepala. Tak penting pun tapi tak tahulah kenapa saya nak ambil berat pasal awak. Sejujurnya niat saya ikhlas. Saya dah mula suka nak jadi kawan awak.”
“Maksud awak?”
“Awak jangan salah faham. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya ceritakan segalanya. Nantilah…”
“Ermm … awak buat saya tertanya‐tanya.”
Luqman Adzlie mengetap bibir. Nampak wajahnya mengundang tanda tanya. Manissa berasa serba salah membuatkan Luqman Adzlie berperasaan begitu. Terbit juga rasa bersalah di hatinya. Dia tidak mahu lelaki itu salah faham atas apa yang telah dikatakan.
“Satu hari nanti awak akan kenal jugak siapa saya sebenarnya.”
“Siapa awak sebenarnya? Awak buat fikiran saya makin kusut!”
“Maaf tapi biarlah rahsia!”
“Aduh! Apa kes ni? Tolonglah awak jangan berteka‐teki dengan saya.”
“Sabarlah awak. Pasti ada jawapan di akhirnya nanti …”
“Hmmm …”
Ada keluhan lepas lagi dari kerongkong Luqman Adzlie. Memikirkan jawapan itu, semakin bertambah buntu otaknya. Sebenarnya apakah yang diinginkan oleh gadis ini? Biar pun buntu memikirkannya, dia semakin berminat untuk mengenali lebih dekat dengan Manissa. Bagaikan ada satu tarikan magnet, perasaan dan segalanya semakin hampir melekat.
“Dahlah tu, awak jangan fikir lagi yang bukan‐bukan. Semuanya akan okey nanti.”
“Ermm … iyalah. Tadi awak kata nak tanya. Apa dia?”
“Walau kemalangan yang menimpa awak dah hampir dua minggu berlaku, saya ingin nak tahu macam mana awak boleh terlibat dalam nahas ini? Saya tahu, kerjaya awak memang bahaya dan ada risikonya. Awak sangat berani mengupas isu GRO dan kupu‐kupu malam tu.”
“Itu dah memang tanggungjawab saya. Apa‐apa kerja pun ada risikonya. Kenapa mana awak tahu?”
“Sebagai seorang kawan, saya ingin membantu.”
“Maksud awak?”
“Saya ikhlas. No big deal!”
Luqman Adzlie gumam seketika. Dilontarkan pandangan tepat ke wajah Manissa. Siapakah sebenarnya gadis ini? Beria‐ia sangat ingin membantunya. Semakin lama mengenalinya semakin banyak menimbulkan tanda tanya. Luqman Adzlie dapat melihat kesungguhan Manissa dalam berkawan. Ikhlaskah dia dalam bersahabat atau ada udang di sebalik batu?
Bolehkan dia berkongsi rasa dan cerita dengan gadis yang mula tumbuh kemesraan di hatinya itu? Antara ya dengan tidak, jawabannya perlu dituntut.
“Awak janji dulu dengan saya boleh?”
“Jangan paksakan diri awak untuk percaya kepada saya.”
“Okeylah kalau macam itu. Memang saya rasa saya dikhianati. Beberapa hari sebelum nahas ari itu, saya ada menerima satu nota ugutan. Mereka mahu saya hentikan penulisan kisah-kisah GRO itu. Saya juga perasan ada satu kereta datang menghimpit kereta saya sebelum terbabas. Itu saja yang sangat ingat. Selebihnya memang tak ingat, tahu‐tahu dah ada kat hospital ni.”
“Kenapa tak buat laporan polis sebelum kejadian tu?”
“Saya dah biasa terima ugutan macam ni. Sebab itu saya abaikan. Saya fikir mereka hanya mahu menakutkan saya saja. Tak sangka pulak dia orang serius, tak main‐main.”
“Awak ingat tak ke mana awak pergi sebelum kejadian tu?”
“Ermm … seingat saya, dua hari sebelum itu saya ada ke salah sebuah kelab malam. Biasanya saya akan dapatkan maklumat untuk artikel saya di situ. Dah biasa sangat buat kerja macam ni.”
“Nasib baik awak selamat. Lepas ni awak kena berhati‐hati lagi.”
“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih atas ingatan awak tu.”
“Sama‐sama awak.”
“Err … boleh tak kita jangan berawak‐awak? Lain benar saja bunyinya.”
“Apa yang lainnya? Kita bukan ada apa‐apapun. Kita kawankan!”
“Panggil saya Luqman. Saya rasa itu lebih selesa. Saya panggil awak Nissa bolehkan?”
“Ikut suka hati awaklah … err … kalau Luqman suka, Nissa pun okey saja.”
Tersenyum Luqman Adzlie mendengar jawapan itu. Manissa turut sama berbuat sedemikian. Semakin lama berbual semakin mesra mereka berdua. Bagaikan sudah kenal lama, kemesraan itu semakin erat menjalar melingkar membaluti rasa kasih yang mula tumbuh. Luqman Adzlie memang tidak menyangka, gadis yang pernah menyumpah seranahnya berada di hadapan mata. Berlainan sungguh perwatakannya. Memang sangat berbeza. Bukan sahaja cantik rupa paras, cantik juga budi bahasanya. Agaknya benarlah kata orang, tidak kenal maka tak cinta.
Benarkah kenyataaan itu? Luqman Adzlie merasakan ada getar mula berombak di dada. Semakin lama semakin kuat derunya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan