Label

Jumaat, 30 Disember 2016

NOVEL Wanita Rembang Malam Bab2

“Kereta rosak, Bos. Mungkin kami lewat sampai malam ni.” Sazlan melaporkan.

“Kau orang ada kat mana sekarang ni?”

“Tamparuli.”

“Tamparuli?” Shaq terkejut. “Kamu boleh sampai ke sekitar pukul 6 atau 7 malam?”

“Boleh, Bos.”

“Okey. Apa‐apa hal, missed call saja. Biar aku call kau orang balik.”

“Baiklah, Bos.”

Shaq menutup telefon bimbitnya. DipandanginyaCecil yang sedang terbongkok‐bongkok berhampiran kolam. Apa lagi yang dilihat oleh isterinya kali ini? Hatinya berdebar‐debar. Segera dihampirinyaCecil dan menjenguk ke kolam. Dia terkejut apabila melihat segumpal rambut terapung di situ.Cecil memandangnya dengan bibir terbuka sedikit. Agaknyawanita itu mahu melontarkan pertanyaan.



“Hmm.. abang tak tahu.” Shaq cuba meneka.

“Tak tahu apa?”Cecil hairan.

“Pasal tu?” Shaq memandang ke kolam dan terkejut kerana tidak melihat gumpalan rambut itu lagi.

“Pasal apa bang?”Cecil bingung. “Abang okey ke?” Dipautnya lengan suaminya. “Abang nampak bercelaru dan tertekan semenjakCecil bagitahu pasal kelibat tu. Ada apa‐apa yang abang rahsiakan dariCecil ke?” Sinar mata gadis itu mengandung wasangka.

“Nak rahsiakan apa pula? Tak ada apa‐apalah.” Gugup benar hati Shaq ketika ini. Dia cuba mengingati, namun tiada secebis pun cerita silam yang terpahat dalam dinding fikirnya, selain kisah perempuan murahan tersebut.Cecil menghela nafas. Dia tidak mahu bersangka buruk pada suaminya itu, namun sikap lelaki itu mengundang sejumlah persoalan dalam benaknya.

“Abang pergilah bersihkan diri. Nanti mama dan papa ternanti‐nanti pula.”

“Masih awal,” ulah Shaq sambil memandang jam tangannya. “Nanti, lepas bersarapan.. abang nak bawaCecil meninjau persekitaran pulau ni.”

Cecil tersenyum. Dia berasa gembira setelah mendengar rancangan tersebut. “Seronoknya. Tak sabar Cecil,” katanya lantas tergedik gembira. Shaq tersenyum. Keriangan isterinya menggembirakannya. Hatinya berasa tenang tika melihat isterinya begitu. “Okey sekarang, abang pergi mandi. Badan abang berbau peluh.”

“Yalah.Cecil pun mandilah sama.”

“Tak naklah.” Cecil malu‐malu. Disorongnya tubuh Shaq hingga ke muka pintu kamar mandi.

“Abang mandilah seorang‐seorang.”

“Marilah.” LenganCecil ditariknya. “Banyak tempat nak gosok ni. Abang tak dapat nak gosok. Tangan tak sampai.” Shaq beria‐ia benar.

“Mengada‐ngada.” MukaCecil berubah serius. Kedua pelipisnya kembali merah seperti udang kena panggang. Shaq tergelak perlahan lantas melepaskan tangan isterinya.

“Tak apa. Isteri abang jual mahal,” katanya dalam nada merajuk. Daun pintu ditutupnya.Cecil terpempan. Kini rasa bersalah bersemut di hatinya. Dia jual mahal ke? Sambil memicit dahi,Cecil berjalan perlahan ke meja solek. Rambutnya yang hitam dan lurus disikat perlahan.

Dia merenung wajahnya yang terpantul di muka cermin. Wajah bujur sireh yang berjaya memikat lelaki nakal bernama Shaq.

Lelaki yang kini menjadi suaminya. “Abang tak nampak pun macam penjahat,” bisiknya seraya tersenyum. Bunyi air mencurah‐curah kedengaran.

Masa berlalu. Shaq berjerih ke hujung katil untuk mengambil telefon bimbitnya yang tersadai atas meja lampu. DipandanginyaCecil lantas melemparkan senyuman.Cecil tersenyum. Benaknya terasa kosong. Shaq memandang semula skrin telefon. Nampaknya Wadi telah menelefonnya beberapa kali. “Kejap sayang.” Shaqbingkas.

Dia kemudiannya keluar dan berdiri dekat kolam. “Sorry Bos. Kami kemalangan dekat Strawberry Lodge, Ranau. Sebuah kereta memintas kami dan bertembung dengan sebuah lori di depan. Kami terbabas dan terjatuh ke lereng bukit.”

Shaq terkejut,“Ada sesiapa yang tercedera ke?” Dadanya diketuk debaran.

“Tiada, Bos. Kami semua selamat dan dalam perjalanan ke Sandakan.”

Kedua kening Shaq bertaut.“Baguslah. Bagaimana pula dengan lori dan kereta yang memotong tu?”

“Tidak dapat diselamatkan. Mereka semua meninggal di tempat kejadian.”

“Aneh. Mereka semua meninggal dan kamu pula terselamat?”

Wadi ketawa perlahan. “Mana boleh mati Bos, kalau kerja belum selesai.”

“Yalah. Hati‐hati.” Shaq menutup telefon. Dia termenung seketika. “Pelik. Habis terjunam dalam gaung tapi tak mati pula. Biar betul.” Dia mendapatkanCecil. “Nak sambung tidur?” suanya sambil berbaring di sebelahCecil.

“Tak. Kita kena bersiap, nanti mama dan papa ternanti‐nanti.”Cecil gundah.

“Abang dah telefon mama tadi. Dia suruh kita berehat,” tipu Shaq. Dia sebenarnya malas mahu bergerak ke mana‐mana. Kedua kening Cecil bersatu.

“Betul?”

“Ya sayang.” Dia tersenyum penuh makna.

SEBAGAIMANA yang telah dijanjikan, Shaq membawa isterinya bersiaran. Dipandunya Alphard menyusuri jalan raya gravel. “Besarnya pulau ni.”Cecil merapikan tudung merah jambu yang dipakainya. Angin yang berhembusan kasar membuatkan tudungnya terkibar‐kibar. Shaq sekadar tersenyum. Stereng kereta diputarnya perlahan ketika memasuki satu selekoh.

“Pulau ni tak adalah sebesar mana. Tapi cukuplah untuk kita sekeluarga. Nanti,Cecil ajaklah Firul pindah kat sini. Bolehlah dia tolong jagakan pulau ni.”

“Elok juga macam tu. Abang Firul tak ada kerja. Daripada dia duduk membuang masa, bagus dia duduk kat dalam pulau ni.” Cecil kelihatan teruja. Kedua matanya bersinar‐sinar tatkala mengenangkan rancangan baru mereka. “Abang cubalah berlembut dengan Abang Firul nanti. Tak baik ikutkan perasaan benci dan marah tu.”

Shaq menarik nafas. “Abang akan cuba, sayang,” katanya bersahaja. Keretanya diparkir setelah tiba di puncak bukit. Sebuah rumah singgah tersergam di situ.

“Rumah siapa ni?”Cecil melangkah turun setelah Shaq membukakan pintu kereta untuknya.

“Rumah ni pun milik sayang juga.”

“Hmm...”Cecil terkejut.

Shaq tersenyum. “Semua aset yang ada dalam pulau ni milikCecil.Cecil adalah isteri abang, bakal ibu kepada anak‐anak abang. Maka pulau ni dengan rasminya akan jadi milikCecil.”

Cecil terkedu. “Tapi bang...”

“Tak ada tapi‐tapi. Kita sudah saling memiliki dan kerana ikatan ini.. abang serahkan harta yang paling abang sayang iaitu pulau ni.” Dipautnya bahuCecil agar rapat dengannya. Dia kelihatan sungguh gembira. Berbeza pulaCecil.Cecil sebenarnya bingung, sebab setahunya pulau ini belum diwariskan kepada Shaq, tetapi telah diserahkan oleh Puan Nadia kepadanya.

Namun, cara suaminya berkata‐kata seolah pulau ini sudah lama menjadi hak milik lelaki itu.

“Kenapa diamCecil? Cecil tak suka ke?” Hairan pula pabila melihatCecil termenung begitu.

“Oh.. tak ada apa‐apa bang?”Cecil tercelik dari lamunan. Dia tersenyum seraya memeluk suaminya. Dia berasa bahagia amat sangat. “Cecil harap Abang Firul sukakan tempat ni.”

“Dia pasti suka. Mustahil dia tak suka, kalauCecil dah sukakan tempat ni.” Shaq menarik nafas.

Wajahnya merudum tiba‐tiba.

“Kenapa bang?”

“Risau pula kalau Firul tu belasah abang nanti.”

“Apa pasal pula?”

“Sebab abang dahkacau sarang tebuan miliknya,” kata Shaq serius.

“Sarang tebuan apa benda pula? Bila masa abang pergikacau?” Shaq tersenyum.

NampaknyaCecil tidak memahami maksudnya.Cecil tiba‐tiba memandangnya. “Oh! BaruCecil tahu... sarang tebuan tu...” Matanya membesar. Shaq ketawa geli hati. “Abang ni jahatlah.Sarang tebuan pula.” Dia menumbuk manja.

“Habis tu nak cakap apa? Kalau tersalah cakap nantiCecil marah pula.” Shaq ketawa menggelekek. DitariknyaCecil ke dalam pelukan lalu diciumnya dahi isterinya. Geram sangat dia pada wanita itu.Cecil berasa teruja. Tak sangka jadi isteri lebih baik dari jadi adik kepada seorang abang. Dia cepat‐cepat beristiqfar tatkala menyedari apa yang difikirkannya itu tidak elok sebenarnya.

“Mari,” ajak Shaq. Dia mahu isterinya melihat suasana dalam rumah persinggahan tersebut.

Rumah yang didirikan dari batang‐batang kayu itu memang cantik. Ia menyerupai kabin. Di dalamnya luas dan dilengkapi 3 buah bilik tidur, bilik bacaan, dapur dan bilik air.

“Abang pernah tidur kat sini ke?”

“Pernah.” Sekilas, teringat pula kisah perempuan murahan yang menumpang tidur dalam rumah ini. Perempuan yang tidak dikenalinya siapa.

“Tempat ni lagi cantik dari rumah kat bawah tu.”Cecil menepikan kesemua kain bidai. Dari sini, dia dapat melihat semua tempat. Termasuk kapal‐kapal perlayaran yang berlabuh dekat jeti Bandar Sandakan. “Abang,Cecil nak tidur kat sini malam ni?” Dipandanginya Shaq yang sedang mencari‐cari sesuatu dalam kabinet kayu.

Shaq terkejut. “Tak boleh. Tempat ni tak sesuai untuk kita berdua.”

DahiCecil berkerut. “Apa pasal pula?”

“Tak tahulah.Tapi abang tak naklahCecil tidur kat sini.”

Cecil mendekati Shaq. “Tempat ni berhantu ke bang?” bisiknya perlahan.

“Tak juga. Menurut mama, rumah ni tak elok untuk pasangan suami isteri yang baru berkahwin seperti kita.” Shaq terpaksa berdusta.Cecil semakin tertanya‐tanya. “Cecil ni suka sangat berfikir dan bertanya, tahu tak?” Dia tersenyum. Pintu kabinet ditutupnya. Dia bercadang mahu menyelongkar tempat ni setelah Wadi dan konco‐konconya yang lain tiba.

“Setiap rahsia ada persoalan dan ada jawapannya bang. Apa sebenarnya yang tidak kena pada rumah ni?”

“Abang pun tak tahu.”

“Kalau macam tuCecil kena tanya mama sendiri.”

Shaq mengangguk. “Itulah yang sebaiknya.Cecil tanya pada mama apa sebenarnya yang tidak kena dengan rumah ni.”

“Cecil tengok rumah sebelah tu macam tak ada penghuniaje.”

“Biasalah tu sayang. Kan hanya mama dan papa berdua di situ. Papa pun lumpuh...”

“Lumpuh?Cecil tak perasan pula.”Cecil rasa terkilan. “Macam manaCecil boleh terlepas pandang ni?” Dia mengetuk dahi.

“Cecil tak perasan sebab papa tak duduk kat kerusi roda macam kerusi yang disorong kat hospital. Kerusi roda papa nampak macam kerusi biasa. Dahlah tu, usah menyalahkan diri.”

Digosoknya kepala Cecil lalu dikucupnya. Entah mengapa, dia suka sangat mengucup ubun-ubun
isterinya. Dia sayangkanCecil dan amat‐amat sayang. Dia enggan kehilangan wanita itu sebagaimana dia kehilangan beberapa orang insan.

“Terima kasihkerana sudi menerima abang, Cecil. Abang gembira dan bahagia kerana memiliki isteri sebaik Cecil. Abang semakin sayangkan Cecil,” ucapnya setulus hati.Cecil tersenyum malu.

“Sama‐sama kasih, bang.” Shaq tersenyumlalu menarik bahu Cecil agar rapat dengannya.

Angin yang sedang berhembusan perlahan menyapa tubuh mereka berdua. Shaq tersentak.Satu wajah melintas dalam benaknya.Wajah suram dan mengerikan persis mukanya.

Cecil mengerutkan kening.“Abangokey ke?” Disentuhnya hujung hidung suaminya.Shaq menarik nafas dan muka kepayahan... dia mengangguk perlahan. Tika ini, ada sesuatu sedang menggelupur dalam benaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan