AKU pergi juga ke majlis makan malam syarikat kami atas sokongan encik Awal dan kakaknya Puan Afifah. Mereka bukan hanya menyokong saja tapi baju aku pun mereka yang sponsor. Sehelai baju kurung moden yang penuh dengan manik dan labuci. Sesuai dan bertepatan dengan kehendakku kerana baju ini longgar dan selesa dipakai. Aku sepadankan pula bersama shawl keluaran terbaru yang bersesuaian. Shawl bercorak yang didatangkan khas dari Syria. Juga sesuai dengan kehendak hatiku. Labuh, lebar dan mudah dipakai.
Pada mulanya encik Awal nak datang bersama denganku tapi aku tak mahu gosip akan tersebar antara aku dan dia. Cukuplah hatiku merusuh kerana aku pernah digosipkan dengan encik Zuhaimie. Aku tak mahu lagi menambah beban di jiwaku. Bila aku tak mahu pergi bersamanya, dia hantar pula Puan Afifah dan adik‐adiknya untuk mengambil aku. Walau aku menolak, dia tetap memaksa agar aku menunaikan permintaannya. Katanya, kalau aku datang ke majlis itu seorang diri, cuti aku selama seminggu yang telah dijanjikan itu, akan dibatalkan.
Hampeh! Bos yang tak pernah ikhlas. Nak kena dengar cakap dia baru nak tunaikan janji ke? Tak dengar cakap janji dibatalkan? Macam tu pun ada ke?
‘’Waa..kak Izz, boleh terbeliak mata abang Awal nanti. Kak Izz memang mengancam sangat malam ni.’’ Pujian daripada Lina, adik bongsu encik Awal hanya berjaya membuatkan bibir aku tersenyum spontan tanpa kata. Dialah gadis ayu yang aku jumpa bersama encik Awal tempoh hari. Rupanya dia pun macam aku juga hari itu. Sengaja pura‐pura berlakon mesra. Dan aku tak tahu pula adik beradik encik Awal cukup sporting bila bersama denganku.
‘’Abang Awal cakap, mulai esok kak Izz nak balik kampung seminggu. Kami nak ikut boleh tak kak Izz. Bosanlah asyik bercuti di bandar‐bandar besar saja. Sesekali nak juga ambil angin di kampung,’’ Lina bersuara lagi dan aku sudah memandang wajahnya untuk mencari kepastian.
‘’Kalau sudi, jomlah. Kak Izz okey saja. Siapa lagi yang nak ikut?’’ aku menyoal dia kembali.
Spontan Lina dan Umai mengangkat tangan. Sebenarnya kami dah berkenalan sebelum ini. Selepas encik Awal memaksa aku untuk pergi majlis makan malam ni, dia mengajak aku pergi ke rumah mereka sekali lagi.
Seharian aku di rumah mereka. Berbual dan melakukan pelbagai aktiviti riadah. Kami bermain
badminton dan permainan congkak. Memang best sangat sebab mereka semua melayan aku dengan baik, terutamanya Puan Afifah yang pernah bertemu dengan aku sebelum ini. Aku tak terasa pun macam berada di rumah big bos, sebaliknya aku terasa begitu dihargai oleh semua orang.
Kereta kami tiba di perkarangan hotel. Layanan pertama yang kami terima buat aku rasa tersangat kekok. Pintu kereta dibuka oleh pekerja hotel. Ada hamparan carpet merah menghala masuk ke pintu utama dan aku semakin mengelabah menyaksikan panorama di depan mata. Selalunya aku hanya tengok situasi sekarang ni hanya dalam filem atau drama-drama di dalam tv saja tapi langsung tak pernah aku duga bahawa aku juga akan merasai pengalaman ini.
Kali pertama merasai pengalaman ini, aku tak nafikan bahawa seluruh tubuh aku sedikit mengigil dan tapak tanganku sudah berpeluh dingin. Hebat betul penangan masuk ke majlis orang kaya raya ni. Apatah lagi bila pergi satu kereta dengan ahli keluarga pemegang saham.
Memang terbaiklah layanan yang kami terima. Aku pula cuba mengintai‐ngintai rakan‐rakan sekerja yang sama bahagian denganku seperti Baya, Erna, Shasha, Puan Salina dan ramai lagi. Tapi bila kami dibawa ke meja khas untuk orang‐orang VVIP, aku langsung tak berpeluang untuk bertemu muka dengan kawan‐kawanku yang lain. Meja milik bos bahagian aku pun jauh di belakang sana.
Encik Amran memandang aku dengan pandangan selamba bila aku tersenyum kepadanya, bila kami berselisih. Aku tak tahu kenapa? Mungkinkah dia tak perasan itu adalah aku atau sebaliknya? Biarkanlah encik Amran tu. Kalau dia tak kenal aku pun lagi bagus. Selamat sikit daripada gosip‐gosip liar. Almaklumlah, pekerja baru yang hanya menjawat jawatan kerani makan semeja dengan ahli keluarga pemegang saham. Mesti gempakkan? Aku terus membebel di dalam hati. Buat masa ini mulut aku memang terkunci. Hanya suara hati aku saja yang sedang berkata‐kata.
‘’Selamat datang semua pemegang‐pemegang saham, YB‐YB, Tan Sri, Dato‐Dato, bos‐bos besar, bos‐bos kecil dan semua pekerja‐pekerja syarikat telekomunikasi Visma Perkasa Sdn Bhd. Majlis malam ini diadakan sempena keluaran terbaru smartphone Jenama Kejora yang telah pun berada di pasaran seluruh Asia dan kini smartphone baru ini akan turut diperkenalkan di pasaran Antarabangsa pula. Malam ini kita akan memilih seorang lelaki dan seorang wanita yang memakai pakaian yang paling anggun dan bergaya mengikut cabutan yang akan dibuat oleh bos besar kita. Para pemenang akan menjadi model untuk memperkenalkan smartphone baru kita di peringkat dunia. Sebelum itu saya mempersilakan encik Zuhaimie untuk memberikan sepatah dua kata untuk memperkenalkan jenama baru smartphone ini. Dipersilakan encik Zuhaimie Ariffin naik ke atas pentas.’’
Juruacara majlis memulakan mukadimahnya dan meminta encik Zuhaimie untuk naik ke atas pentas. Aku dapat menyaksikan dengan jelas. Encik Zuhaimie, encik Awal dan encik Amri bergandingan menuju ke atas pentas. Para hadirin sudah bertepuk tangan.
‘’Assalamualaikum dan selamat malam buat semua hadirin yang sudi hadir untuk memeriahkan
majlis malam ini. Saya dengan berbesar hatinya mengucapkan terima kasih terutamanya kepada pemegang‐pemegang saham kerana telah menerima usul untuk smartphone baru ini dan juga kepada cik Izz Zahrah Hasyilla yang telah menyiapkan usul ini. Tak ramai yang tahu bahawa usul ini telah disiapkan oleh beliau kecuali kami bertiga yang berada di atas pentas ini saja,’’
Hati aku sudah mula bergegar hebat bila nama aku disebut oleh encik Zuhaimie. Serius, aku tak rasa bangga sedikit pun sebab aku sudah memberi amaran agar nama aku dirahsiakan. Aku malu dan tiada keyakinan diri dan lebih tepat lagi rasa rendah diri yang membuak‐buak yang aku rasakan. Bila nama aku disebut, Puan Afifah, Lina dan Umai sudah mengucapkan tahniah untukku. Aku hanya tersenyum hambar kerana bukan ini kemahuanku. Aku malu dan sangat malu bila nama aku disebut‐sebut. Jangan ditanya kenapa kerana aku sendiri tiada jawapannya untuk diberikan.
‘’Smartphone baru ini adalah smartphone yang telah dicipta khas untuk penguna‐pengguna yang beragama Islam. Mengenai harga pula, kami gunakan harga yang disarankan oleh cik Izz Zahrah, iaitu bermula dengan harga Rm99.00 hingga yang paling mahal Rm 990.00. Kami tak target pada keuntungan tapi kami target pada kepuasan penguna dan paling penting aspek yang ingin kami ketengahkan. Seluruh umat Islam pasti akan berpuas hati dengan smartphone ini, selain murah kami juga utamakan kualiti. Antara fungsi‐fungsi smartphone keluaran baru ini adalah sentiasa mengingatkan kita tentang waktu solat. Walaupun sebelum ini sudah wujud smartphone sebegini tapi smartphone Kejora ini kami beri sedikit kelainan. Kami masukkan hadis‐hadis dan surah agar pengguna‐pengguna sentiasa sedar akan kewajipan menunaikan solat sehari lima waktu. Untuk penguna‐penguna tegar yang sentiasa mengunakan smartphone untuk melayari internet pula, smartphone ini akan menapis setiap gambar yang akan dimuat naik. Bukan saja gambar yang akan ditapis malahan video‐video juga akan turut ditapis. Kita sudah sedia maklum masa kini, pengguna‐pengguna smartphone seringkali memuat turun video‐video lucah ke dalam smartphone mereka dan inilah untungnya mengunakan smartphone terbaru syarikat kita.’’
Aku mendengar sambil menghafal semua kata‐kata encik Zuhaimie. Aku sudah tahu semua yang diucapkannya itu kerana aku yang menyediakan kertas cadangan itu. Tak sangka betul, akhirnya smartphone Jenama Kejora yang aku cadangkan berjaya juga berada di pasaran. Tak sabar aku nak beli untuk ibu dan abah di kampung.
‘’Majlis ini juga diadakan untuk memperkenalkan Cik Izz Zahrah yang telah memberikan cadangan untuk smartphone Kejora ini.’’ Aku tergamam tiba‐tiba mendengar ucapan encik Zuhaimie yang seterusnya. Aku hilang fokus dan ayat‐ayat encik Zuhaimie yang seterusnya terus hilang daripada pendengaranku. Suasana riuh dalam majlis ini terus berganti dengan suasana yang begitu asing untukku. Aku sudah mula mengigil bila nama aku diseru berkali‐kali oleh encik Zuhaimie dan aku disuruh supaya naik ke atas pentas. Aku mengeleng berkali‐kali dan aku nampak encik Awal sudah turun dari pentas dan melangkah ke arah kami.
‘’Izz, awak ingat tak, saya pernah cakap awak adalah tetamu special saya malam ini? Jom, saya nak memperkenalkan tetamu istimewa saya kepada semua orang,’’ aku semakin berpeluh di dalam dewan yang berhawa dingin ini. Encik Awal pula seakan memaksa aku untuk mengikut dia naik ke atas pentas. Walaupun aku mengeleng berkali‐kali tapi dia tetap berkeras. Rasa macam menyesal pula aku datang malam ini.
‘’Bos, mana aci bos buat saya macam ni. Dah la tak bincang dulu.’’ Aku berkata perlahan. Dia tayang wajahnya yang sangat tenang setenang, tenangnya. Menyampah pula aku tengok!
‘’Izz, tetamu‐tetamu kehormat yang lain tak suka menunggu. Awak kena ingat tu, kalau awak tak mahu kena saman, lebih baik awak ikut saya naik ke atas pentas. Awak jangan takut. Saya takkan tinggalkan awak dan saya akan sentiasa ada di sebelah awak.’’
Encik Awal berbisik kepadaku. Meremang bulu tengkuk aku mendengarnya. Dalam keadaan terpaksa aku bangun juga dan mengikut dia naik ke atas pentas. Para hadirin sudah bertepuk tangan disertai dengan kilauan flash kamera daripada beberapa orang wartawan yang turut ada bersama di dalam dewan ini. Esok mesti masuk muka depan surat khabarlah ni!
‘’Okey, inilah dia orangnya, Cik Izz Zahrah Hasyilla, pencadang utama smartphone keluaran terbaru syarikat kita. Saya berbesar hati kalau Cik Izz Zahrah boleh berikan sepatah dua kata atau kalau tak mau bercakap, boleh kot menyanyi sebuah lagu?’’
Aku mengetap bibir bila aku sudah naik ke pentas dan ayat‐ayat itu yang encik Zuhaimie ungkapkan disusuli oleh sorakan para‐para hadirin di bawah sana. Nampak benor macam aku dikenakan cukup‐cukup oleh mereka walaupun mungkin bukan itu niat mereka.
‘’Assalamualaikum dan selamat malam semua tetamu terhormat, bos‐bos dan semua rakan-rakan
sekerja. Saya tak pandai sangat nak membuat ayat dan paling penting saya juga tak pandai menyanyi. Kalau dah dipaksa naik ke sini dan dipaksa bercakap saya tak ada pilihan lain. Salah dan silap saya mohon berbanyak maaf. Sebenarnya saya yang harus berbesar hati sebab diberi peluang untuk membuat kertas cadangan yang tak pernah saya buat sebelum ini. Bagi saya semua ini hanyalah kebetulan saja. Apa yang terlintas dalam minda saya bila bos‐bos di atas pentas yang sedang bersama dengan saya sekarang ini meminta saya untuk membuat kertas cadangan bagi keluaran smartphone terbaru syarikat ini. Saya hanya memberi cadangan mengikut pemerhatian dan pengalaman saya setiap kali saya melayari internet terutamanya di dalam laman‐laman sosial. Hari ini ramai daripada kalangan warga kota ataupun warga desa yang suka membuang masa di dalam laman sosial hingga mengabaikan solat. Dan selalunya mereka suka memuat naik gambar‐gambar mereka dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna. Jadi saya utarakan apa yang saya lihat di dalam kertas cadangan dan saya sendiri tak menduga kertas cadangan itu akan diterima dan diluluskan oleh pemegang‐pemegang saham dan lembaga pengarah. Terima kasih kerana menghargainya. Semoga banyak manfaat yang akan diambil sempena keluaran smartphone terbaru ini. Apa yang penting, sebagai umat Islam haruslah kita utamakan apa yang wajib dan jauhkan apa yang Allah larang. Sekian, cukup sampai di sini. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berkata‐kata.’’
Aku sudahi ucapan ringkas aku. Tak sangka pula selepas aku bersuara, darah gemuruh aku terus hilang walau debarannya masih bersisa. Bila tepukan gemuruh bergema barulah aku mampu melebarkan senyuman semula. Encik Awal pula sudah mengangkat ibu jarinya kepadaku.
Selepas aku berganjak dari tempat aku berucap tadi, encik Awal pula mengambil alih untuk berucap. Itu yang aku sangka tapi sebaliknya pula yang berlaku. Encik Zuhaimie dan encik Amri turun dari pentas sedangkan aku dipaksa untuk terus berdiri di sebelah encik Awal di atas pentas. Skrin besar di belakang kami dipasang dan smartphone baru jenama Kejora pun diperkenalkan. Kemudian naik pula seorang perempuan di atas pentas dengan membawa smartphone Kejora. Satu diberikan kepada aku dan satu lagi diberikan kepada encik Awal.
Encik Awal : Izz..sudikah awak menjadi isteri saya?
Encik Awal mula menaip dan perkataan yang ditaipnya tertera di atas skrin besar di belakang kami juga di dalam smartphone yang sedang aku pegang. Sekarang giliran aku pula untuk membalasnya. Wah! Aku betul‐betul sedang berada dalam persimpangan dilema. Apa yang harus aku jawab?
Aku : Sila tanya dengan ibu dan abah saya kerana mereka masih hidup dan sihat walafiat. Biar
mereka yang membuat keputusannya.
Aku ambil jalan mudah dengan menjawab apa saja yang tersirat di dalam hatiku. Kemudiannya naik pula balasan daripada encik Awal.
Encik Awal : Saya nak nikah dengan awak, bukan dengan ibu dan abah awak.
Balasan daripada encik Awal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Aku mengetap bibir menahan geram. Dahlah mereka tak berbincang dengan aku, dah tu tak bagi skrip pula tu. Apa lagi yang harus aku balas?
Aku : Saya anak kepada ibu dan abah saya jadi wajiblah bos meminta izin dan bertanya mereka. Kitakan orang Islam dan sebagai orang Islam haruslah kita mengikut apa yang ditetapkan dalam Islam. Mana yang wajib kita dahulukan. Dalam Islam Ibu dan ayahkan wajib diutamakan.
Balasan mesej daripada aku mendapat tepukan gemuruh dan encik Awal mengakhiri mesej kami hanya di situ saja. Sebelum aku turun dari pentas aku mendengar dewan menjadi riuh sekali lagi. Sempat aku menoleh dan melihat skrin besar dan aku sudah tercengang melihat ayat‐ayat yang tertera di atasnya.
Encik Awal : Izz Zahrah Hasyilla. Awak lulus ujian dan bakal dinaikkan pangkat menjadi isteri saya untuk seumur hidup.
Aku tergamam membaca ayat‐ayat yang tertera di skrin kerana aku sangka segalanya sudah berakhir tapi memandangkan aku ni jenis yang tak suka mengaku kalah, aku berhenti seketika dan meminta kembali smartphone yang sudah aku berikan kepada wanita pembantu tadi. Aku mula menaip patah‐patah kata dan setiap perkataan yang aku taip naik satu persatu di atas skrin besar yang dapat dibaca oleh semua orang.
Aku : Tapi bos, saya tak mahu jadi isteri bos untuk seumur hidup. Saya nak jadi isteri bos hingga ke Jannah, boleh?
Dan ayat‐ayat aku sudah mendapat tepukan gemuruh dan gelak ketawa daripada semua hadirin. Aku pula terus melangkah turun dari pentas selepas itu. Majlis diteruskan dengan persembahan dan persembahan pertama dimulakan oleh encik Awal sendiri. Tak sangka pula ‘orang tua’ tu pandai menyanyi.
‘’Izz Zahrah..this song just for you!’’ encik Awal berkata setelah muzik mula kedengaran. Aku sudah duduk di tempat aku tadi dan menghayati lirik lagu yang disampaikannya.
I will promise you
To live with only you in my two eyes
I will promise you
To live with only you in my two arms
From the time I open my eyes
And till I sleep I will only yearn for you
I love you
Don't forget these words
I love you forever
I will become the shade in the hot summer
I will become your umbrella when it rains
I will become the small chair when you become tired from walking
So that your happiness willbe doubled
I will laugh with you
I will become the towel when you cry to wipe your tears
I WILL PROMISE YOU
We are like coffee and doughnut
Giving me happiness
You are my special chip
Day by day you are running low on energy
Emergency..
Breathing life into you
Your sweet scent
The love I hid every single day
On the day we are together
I will show you all
I WILL PROMISE YOU
That wherever I am
I will only remember you
I will promise you
That wherever I am doing
I will remember you
Forever I will live with this new path in my life
I love you
Don't forget these words
I LOVE YOU FOREVER

Tiada ulasan:
Catat Ulasan