SAMPUL berwarna biru diambil dari beg tangan. Isinya ditarik dengan cermat. Dek kerana bau
wanginya yang menyengat Unit Sukan, Intan Nawrah buat keputusan untuk membacanya di
perhentian bas sahaja. Tulisan cantik itu memikat matanya.
Hai Intan Nawrah!
It’s me, Alexander Zulkarnaeen.
Ha ha! Saya gila kot.
Surat yang tak pernah tulis, saya tulis.Apa nak buat? Penangan Intan Nawrah.
Dipendekkan cerita, saya ada di stesyen bas setiap hari, sampai awak naik bas.
Saya tak datang dekat, okay! Cuma nak intai dari dalam kereta aje.
No worries. Saya tak muncul di depan awak, dan memang mustahil dapat call awak.
Sadisnya kisah saya, kan?Bye for now.
Alexander Zulkarnaeen
Senyumannya berbunga sambil melipat kembali surat itu. Dia toleh ke kanan untuk melihat jika
benar Alexander Zulkarnaeen ada di situ. Zap! Terasa simbahan panas menyengat muka. Alexander Zulkarnaeen ada di dalam kereta, menyorot mata ke arahnya. Ada senyuman pada wajah itu, bagai menyapa, tetapi dek kerana malu, dia tidak dapat mengangkat muka lagi. Apa dia fikir agaknya, melihat aku tersenyum sambil membaca suratnya? Aduhai. Malu Intan Nawrah dibuatnya. Bila tahu yang dirinya sedang diperhatikan, Intan Nawrah jadi tak tentu hala, malu tiba‐tiba. Bukan itu sahaja, debaran di dada juga berdetak tak tentu hala, iramanya bermacam‐macam versi.
“Bila pulak bas nak sampai, ye? Kenapa lambat sangat ni?”
Dalam hati dia menyambung, blushed sangat dah muka aku ni. Tak tahu nak sorok mana. Kenapalah Alexander Zulkarnaeen buat kerja begini? Kalau dia tunggu diam‐diam pun tak apa. Ini dia beritahu, dan aku tahu. Oh!
Dia menjenguk ke belakang, di belakang kereta Alexander Zulkarnaeen, berharap supaya muncul bas. Hisy! Baik punya port dia parking! Kalau nak tengok bas, kena tengok dia dulu. Rungut Intan Nawrah, tetapi tak lama. Di hujung sana, sebuah bas Rapidkelihatan sedang menghampiri. Intan Nawrah tersenyum. Dia berdiri di bahu jalan kerana tidak sabar lagi nak menghilangkan diri dari Alexander Zulkarnaeen.
Nun di dalam keretanya, Alexander Zulkarnaeen senyum sahaja. Dia senang hati dapat melihat
Intan Nawrah hari ini. Intan Nawrah sudah hilang di dalam perut bas, begitu juga dengan bas tiga warna itu. Apabila ia hilang di hujung jalan, baharulah Alexander Zulkarnaeen menyambung pemanduannya. Tak mengapalah, walaupun tak dapat mendekati, cukuplah dia memandang dari jauh sahaja, terubat rindu. Rindukah? Tanya Alexander Zulkarnaeen pada dirinya sendiri.
“Bukan setakat rindu, tapi rasa tak tentu hala kerana terpaksa akur dengan syaratnya yang tak mahu didekati dan dihubungi. Mujurlah dia tak keluarkan syarat dilarang mengintai atau dilarang menghendap. Kalau tak...hemm, haru!” Kata Alexander Zulkarnaeen tergelak sendiri.
Petang yang mendamaikan, tidak seperti petang‐petang sebelumnya. Lambatnya dua bulan setengah nak berlalu. Dia tak sabar nak menerima perkhabaran positif di hujung kisah ini.
“Tentu dia terima aku.” Fikirnya sebelum kembali memandu.
ADAM hanya menggeleng kepala. Dah sah Alexander Zulkarnaeen angau. Ada saja arahan
terbarunya yang pelik lagi aneh. Pagi tadi, dia diarahkan ke kedai alat tulis untuk membeli beberapa keping kertas berkulit keras yang berwarna‐warni, gam, gunting, pen berwarnawarni?
Apa lagi? Sampul surat zaman mak muda‐muda dulu pun dia suruh beli jugak. Aduhai! Macam nak kembali ke sekolah kalau tengok kesungguhan Alexander Zulkarnaeen ni. Itu arahan yang berlaku pagi tadi, belum kira arahan pada minggu sebelumnya. Lepas set, batal, kemudian reset temujanji jodoh, kemudian batal lagi. Berkepuk maki hamun dihamburkan kepadanya, bukan Alexander Zulkarnaeen yang susah. Kemudian, dia ditugaskan sebagai perisik pula, mendapatkan alamat unit Intan Nawrah bertugas. Selepas merisik, hari-hari dia jadi posmen, mengutus surat cinta Alexander Zulkarnaeen.
Kini, laman web yang dibukanya pulak, bukan laman web lelong hartanah lagi, kalau mengintai
dari tepi, memang nampaklah love wallpaper memenuhi ruang utama skrin komputernya. Angau pelik Alexander Zulkarnaeen ni!
“Pukul satu, macam biasa. Hantar surat ni ke Balai Berita Metro.” Beritahu Alexander Zulkarnaeen ketika dia berdiri di hadapan lelaki itu.
“Bos...zaman tulis surat ni dah berlalu. Tahun lapan puluhan, awal sembilan puluhan dulu. Sekarang orang guna aplikasi facebook, whatsapp, wechat lah.” tegur Adam.
“Kau cara kau, Adam. Aku, cara aku. Adalah sebab kenapa aku buat begini.”
“Yelah, bos. Saya nasihat aje, pelik tengok bos backdated.”
“Ada nasihat lagi?” tanya Alexander Zulkarnaeen, menyindir. Adam mengangkat muka, sambil
tersengih.
“He...he...he. Tak ada.”
“Pukul satu masuk balik.” Arah Alexander Zulkarnaeen pula. Adam keluar dari biliknya, tetapi
tetamu bersilih ganti. Kertas yang digunakan tadi, terus ditarik masuk ke dalam laci.
“Lain kali, ketuk pintu dulu.” Tegur Alexander Zulkarnaeen kepada Hariz.
“Maaf, bos. Kebetulan Adam keluar, saya pun masuklah.”
“Tak apalah.”
“Bos, kita ada persaingan sengit di Bukit Merah, Perak. Ada satu lagi company yang nak beli tanah tu.”
Cerita Hariz sebaik duduk di depan Alexander Zulkarnaeen. Tiada jawapan segera dari Alexander Zulkarnaeen. Selama berkecimpung dalam bidang hartanah, saingan selalu ada. Seperti mereka, kadang‐kadang dia berkeras. Ada masanya dia beralah sahaja, bergantung kepada keuntungan yang dibawa oleh hartanah itu.
Hal yang sama pernah terjadi ketika dia membeli Alexander Hill. Kawasan bukit itu menjadi rebutan dua lagi syarikat pemaju, tetapi dia terpaksa bersaing dengan mereka hingga akhirnya rezeki berpihak kepada mereka.
“Harganya macam mana?”
“Dah tentu dia letak harga yang lebih tinggi dari kita. Hampir satu juta jugak bos.”
“Kalau bos nak tahu, syarikat tu syarikat yang sama bersaing dengan kita sebelum Alexander Hill jadi milik kita.” Tambah Hariz lagi.
Dia baru melawat aset hujung minggu lepas bersama Nazim. Kebetulan, ketika mereka sampai,
sebuah kenderaan pacuan empat roda baru berselisih dengan mereka. Kata tuan tanah, wakil yang datang itu menawarkan jumlah yang lebih tinggi untuk membeli tanahnya.
“Siapa?”
“Diana Alexandria Properties.”
“Diana Alexandria? Kenapa macam pernah dengar nama tu, ye?” Soal Alexander Zulkarnaeen
sendirian. Dia menarik laci, tempat menyimpan fail sulit calon temuduganya. Diana Alexandria.
Namanya macam pernah dilihat pada borang temujanji jodoh.
“Bos cari apa?”
“Aku macam pernah dengar nama ni. Tak apalah Hariz. Deal seperti yang kita dah bincangkan
sebelum ni. Kalau ada rezeki kita, adalah. Kalau tak ada, kita ikhtiar tempat lain pulak.”
“Okay, bos. Saya ikut flow asal.”
“Kita cuma boleh offer dia bayaran cepat. Selebihnya kita tak mampu. Kalau urusniaga berjalan
lancar, projek Bukit Merah akan dijalankan bermula Januari 2016. Kau kena usha dua lagi lokasi
strategik sebagai back up plan.”
Hariz sekadar mengangguk. Esok, dia akan bertolak semula ke Bukit Merah untuk urusan pembelian enam puluh ekar tanah. Petang ni, dia akan meneliti beberapa lagi lokasi yang berpotensi untuk dimajukan seperti kehendak Alexander Zulkarnaeen.
“Okay, bos. Esok saya mohon ke Bukit Merah dengan Nazim.”
“Okay.”
Sebaik susuk Hariz hilang di sebalik pintu, Alexander Zulkarnaeen menarik kembali laci yang paling atas. Borang calon‐calon isteri tak jadinya dibelek satu persatu, sehingga matanya menangkap satu nama.
“Diana Alexandria?”
“Siapa dia? Apa motif dia nak jadi calon isteri aku?” Alexander Zulkarnaeen tertanya‐tanya. Dia
tidak dapat jawapan sehinggalah muncul Adam sebaik pintu dikuak.
“Dah pukul satu, bos.” Tegur Adam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan