“Stop! I tak nak dengar apa‐apa lagi!”
Langkahku terhenti di hadapan Aida. Niat untuk terus masuk ke bilik selepas bertemu dengan clientdi luar, terbantut. Jeritan perempuan yang amatku kenali siapakah gerangannya itulah yang menjadi puncanya. Ex‐clientku ini masih belum berubah penampilan dan sikapnya. Skirt pendek yang begitu sendat dan baju tanpa lengan yang begiu ketat tetap jua menjadi pilihannya. Wajahnya pula sentiasa diwarnai dengan pelbagai warna bagi menutupi pucat yang menghodohkan rupanya. Rambut dan kuku usah dikata, sentiasa bercat dan berwarna sehingga menggagalkan air sembahyang untuk menembusinya.
“Dah lama ke dia mengamuk?”
Soalku pada Aida yang masih utuh berdiri di tempatnya.
“Nak dekat sejam ada. Datang‐datang je macam penyagak. Terjerit‐jerit macam orang kena histeria.”
Gerutu Aida.
“Dia mengamuk pasal apa?”
Belum sempat Aida mahu menjawab, Ustazah Miskah yang entah bila berdiri di belakangku ini
terlebih dahulu membuka mulutnya.
“Pasal Dr. Adiib.”
Aku pantas mengurut dada. Terkejut.
“Maksud ustazah?”
“Si Adiib tu, boleh pulak last‐last minit dia kata dengan Dr. Karim yang dia tak dapat nak teruskan lagi sesi dengan minah tu. Dia minta Dr. Karim serahkan Datin tu pada kaunselor lain.”
“Siapa?”
Laju aku bertanya. Takut juga andai aku terpaksa mengendalikan semula Datin muda ini. Haru
jadinya nanti.
“Sayalah. Siapa lagi...”
Lemah Ustazah Miskah menjawab.
“Jadi apa masalahnya? Okeylah tu. Sekurang‐kurangnya masih ada yang sudi untuk kendalikan Datin Sally tu.”
“Itu kata Balkis.”
Kian lemah tuturan rakan sekerjaku ini.
“Ustazah tak ikhlas kendalikan Datin Sally?”
Aku sekadar mahu menduga.
“Entahlah… Susah nak cakap. Kalau kita ditengking dan dimakinya… Mana boleh tahan. Entah-entah sebab tulah agaknya Dr. Adiib tu angkat kaki. Malas nak layan minah tak bertamadun ni. Balkis pulak… Apa alasan Balkis waktu minta Dr. Karim cari kaunselor lain untuk kendalikan perempuan tu?”
Nampak benar Ustazah Miskah terasa dengan apa yang telah dilakukan oleh Datin Sally. Andai tidak, masakan wanita yang dipenuhi ilmu agama di dadanya ini sanggup menggunakan pelbagai kata ganti nama diri yang tidak sepatutnya kepada Datin yang masih terpekik dan terlolong di hadapan kami ini.
“I tak kira! Itak nak perempuan yang macam mak nenek tu jadi kaunselor I! Beri nasihat mengikut ajaran agama konon. Diri sendiri pun tak betul! Ada hati nak nasihatkan I!”
“Awak tengok Balkis. Dia panggil saya, mak nenek. Kurang ajar betullah perempuan ni. Kalau
ikutkan hati saya ni, nak je saya lempang mulut dia tu.”
Kemarahan di dalam diri Ustazah Miskah terserlah melalui rona merah di wajahnya. Lupa terus
dirinya terhadap persoalan yang diutarakan kepadaku sebentar tadi. Aku pula lebih senang tidak mengingatkan dirinya tentang pertanyaannya itu.
“Sabar ustazah. Anggaplah Datin Sally terleka dalam menuturkan bicaranya sehingga tidak sedar telah mengguriskan hati insan yang mendengarnya.”
Ustazah Miskah mendiamkan diri. Mungkin beristighfar di dalam hati. Bagi menghalau syaitan yang telah mencetuskan api kemarahan dan kebenciannya sebentar tadi.
“Datin… Saya minta maaf kalau pihak syarikat tidak dapat memuaskan kehendak Datin. Tapi, saya tak boleh nak paksa Dr. Adiib untuk terus menjadi kaunselor Datin.”
Lembut Dr. Karim berbicara. Seakan‐akan memujuk, intonasinya.
“What!!! Come on Dr. Karim... Dulu yougantikan Dr. Balkis dengan Dr. Adiib. Waktu tu, you cakap yang Dr. Balkis terlalu banyak tugasan yang nak dikendalikan. Sekarang apa pulak alasan you untuk gantikan Dr. Adiib dengan perempuan gila tu!”
“Astaghfirullahal azhim… Dia panggil saya perempuan gila?!”
Cepat Ustazah Miskah mengurut dadanya. Aku tahu pasti bahang di hatinya lebih dirasainya
berbanding tadi.
“Sabar ustazah. Sabar… Mengucap. Tak payah dilayan.”
“Sumpah! Lepas ni, mati hidup balik pun saya takkan jadi kaunselor pada perempuan mulut jahat ni lagi!”
Aku tetap jua cuba menyabarkan Ustazah Miskah sepertimana Dr. Karim yang sedang berusaha bersungguh‐sungguh untuk meredakan kemarahan Datin Sally.
“Apa alasan you?!”
Datin Sally masih mendesak.
“Maaf Datin. Saya nak kena jaga kerahsiaan staffsaya. Dr. Adiib ada alasan tersendiri. Lagipun waktu saya bertanya dengan Datin tentang pertukaran tu, Datin telah bersetuju. Tapi, kenapa sekarang ni lain pulak?”
“Sebab, masa mula‐mula dulu youcakap yang pertukaran ni untuk sementara waktu je. Tapi sekarang ni nak dekat empat sesi dah I terpaksa dengar ceramah free ustazah you tu!”
Ku toleh Ustazah Miskah. Mulutnya sudah tidak mengeluarkan sebarang kata. Tetapi aku yakin
hatinya masih berbara.
“Ustazah Miskah hanya menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang kaunselor dan saya yakin dia layak untuk berhadapan dengan Datin.”
“Layak?! Layak apa? Layak ke dia nak tegur apa yang I pakai? Apa yang I buat? Itu hak I! Dia
sepatutnya mendengar dan menyelesaikan masalah I! Ni tak… Sikit‐sikit dosa… Buat tu dosa. Buat ni dosa. I bosanlah dapat kaunselor kuno macam dia tu. Sekarang ni, I nak you panggil Dr. Adiib. Biar I sendiri yang tanya dia. Apa masalah dia tak nak berhadapan dengan I?”
“Ustazah… Ustazah nak pergi mana tu?”
Aku meraih lengan Ustazah Miskah.
“Saya nak masuk ke bilik saya. Saya tak rasa yang saya mampu untuk berhadapan dengan perempuan tu lagi.”
Laju Ustazah Miskah melangkah. Simpati meluruh pada temanku itu.
“Maaf, Dr. Adiib tak ada di pejabat.”
Penipuan terpaksa disuakan pada Datin Sally yang tiba‐tiba tersenyum sinis. Pelik.
“Tak ada di pejabat? Betul?”
Kali ini nada suara yang digunakan tidak lagi meninggi tetapi lebih kepada memerli.
“Betul. Dia ada urusan di luar.”
“I tak sangkalah orang sealim you ni boleh menipu! Lebih baik you campak je songkok you tu.
Penipu! Dari staffsampai majikan semuanya penipu! You ingat… Ini bodoh ke? Tu… Kereta Inspira yang sama dengan Dr. Balkis tu siapa yang punya? Waktu I datang tadi, ada satu je kereta Inspira silver dan ianya bukan milik Dr. Balkis. Tapi Dr. Adiib!”
Terpempan Dr. Karim. Bukan setakat dirinya. Tetapi aku turut merasa terkejut. Sehingga begitu sekali Datin Sally mengetahui perihal Dr. Adiib. Apa sebenarnya yang dikehendaki Datin muda ini? Aku mula menyimpan curiga.
“Tak apa… Kalau hari ni I tak dapat jumpa dia. I akan bersabar. Tapi ingat! I nak yousebagai majikan tegas sikit dengan staff you. Jangan suka‐suka hati nak tendang I macam bola. Sekejap kaunselor ni. Sekejap kaunselor tu. Mulai saat ini. I nak you dengar baik‐baik! I akan hanya berurusan dengan Dr. Adiib dan bukannya dengan staff you yang lain!”
Belum sempat Dr. Karim menjawab. Datin Sally terus berlalu dan di saat dirinya melintasi tempat dirianku, sempat lagi dia menjeling tajam ke arahku dan Aida.
Pandanganku masih terarah kepada deretan kereta yang tidak pernah surut menjalari jalan raya di hadapan Syarikat Positive Thinker Consultancy and Services ini. Jalan raya besar ini merupakan salah satu jalan raya yang menjadi tumpuan ramai sementelah ianya mampu menghubungkan pengguna kepada pelbagai destinasi di ibu kota.
Semenjak membuang pandangan melalui tingkap lut sinar ini, ingatanku tetap sahaja kepada
kejadian sejam yang lepas. Amukan dan tengkingan Datin Sally benar‐benar menguji kesabaran Dr. Karim dan juga Ustazah Miskah. Malahan tempiasnya turutku rasai. Apatah lagi di saat jelingan tajam daripada Datin muda itu menikam pandanganku. Jelingan itu bagaikan ingin memberitahuku… Siapa yang berani menentangnya pasti padah akan diterima!
Tetapi mahu apa sebenarnya ex‐cleintku itu dengan Dr. Adiib? Kenapa keras benar pendirian
Datin Sally menolak Ustazah Miskah sedangkan bicara temanku itu sering sahaja terjaga. Andai
ada nasihat yang diberikannya pastilah hukumnya benar dan bukannya dusta. Atau
mungkinkah bukan Ustzah Miskah penyebab utamanya? Penolakan Datin Sally terhadap
Ustazah Miskah dan penghinaan terhadap temanku itu hanyalah satu alasan untuknya
mendapatkan kembali perkhidmatan Dr. Adiib. Jadi ini bermakna… Keinginan mendapatkan Dr.
Adiib sebagai kaunselornya kembali, menjadikan dia buta terhadap kebaikan Ustazah Miskah.
Buta saat melihat kelembutan rakan sekerjaku itu dan pekak untuk mendengar nasihat ikhlas
daripadanya. Semuanya kerana dia menginginkan Dr. Adiib!
“Hebat juga Dr. Adiib ni.”
Ujar hatiku.
Bayangan Datin Sally dan Dr. Adiib yang hadir silih berganti di ruang mataku terganggu saat
perutku berkeroncong hebat. Perut yang langsung tidak berisi dari pagi akibat kesibukan
memenuhi appointment dengan client menyebabkan aku langsung tidak menjamah sebarang
makanan. Hanya Milo panas sempatku teguk sebagai alas perut. Aku menoleh sekilas jam di
pergelangan tangaku. Tepat 1.00 petang. Pantas sahaja aku mencapai handbag dan berlalu
keluar dari pejabatku.
Sesampai sahaja di restoran, aku melangkah laju mencari tempat duduk yang masih tidak
berpenghuni. Lapar di perut perlu diredakan segera. Di saat aku melilaukan pandangan, tibatiba
lambaian tangan seseorang menggamit diriku untuk menghampirinya. Tersenyum lelaki
itu saat aku mengambil tempat di hadapannya. Namun tawar benar senyumannya itu. Tidak
seperti kebiasaannya. Andai akulah yang berada di dalam situasinya sekarang, mungkinkah
senyuman itu juga yang akan aku ukirkan?
Pelayan datang menghampiri. Cepat sahaja Nasi Ayam dan Laici ais ku pesan.
“Dr. seorang je?”
Aku memulakan bicara.
“Haah. Lambat Dr. Balkis makan hari ni?”
“Ada kerja sikit.”
Ujarku. Lelaki di hadapanku ini hanya terdiam mendengar jawapanku. Tiada kata penyambung
bicara yang hendak diungkapkan. Lantas perbualan yang baru hendak bermula menjadi
hambar. Tidak betah dengan suasana sepi yang menjenguk, lantas…
“Emm… Dr. dah habis makan ke?”
“Tak. Saya minum je.”
“Tak lapar?”
“Tak.”
Sepatah jawapan diberikan. Merasakan yang dirinya mahukan ruang, lantas mulut iniku kunci
rapat agar teman di hadapan dapat berfikir secara tenang.
Seminit kemudian pelayan datang membawa apa yangku pesan. Bismillah berserta doaku baca
sebelum makanan menjadi jamahan rasa lidah dan santapan perut yang masih bergendang
irama. Tekstur serta rasa ayam dan nasinya sempurna seperti kebiasaannya. Itulah sebab utama
mengapa restoran ini sering sahaja menjadi pilihan seleraku.
“Dr…”
Lembut namaku dipanggil. Aku menghentikan kunyahan makanan dan perhatianku berikan
kepada lelaki di hadapanku ini.
“Saya nak tanya sikit boleh?”
Anggukanku berikan dan air Laici ku sedut perlahan.
“Kenapa Dr. berhenti menjadi kaunselor Datin Sally?”
Nampaknya lelaki yang sedang memandangku dengan penuh pengharapan ini sudah
memulakan langkah awal untuk meluahkan apa yang sedang membebani dirinya tika ini.
“Dr… Saya perlu tahu.”
Seakan mendesak bunyinya. Aku meletakkan sudu dan garpu. Sekali lagi air sejuk di
hadapanku iniku sedut.
“Betul Dr. tak lapar?’
Aku cuba mengalih perhatiannya. Kalau boleh aku tidak mahu memburukkan sesiapa.
Walaupun sudah nyata manusia jenis apakah Datin muda itu.
“Dr. Balkis… Tolonglah. Saya… Saya perlu tahu kenapa Dr. tak sanggup lagi nak kendalikan
perempuan tu?”
“Saya ada di pejabat, waktu Datin Sally mengamuk tadi.”
Aku masih tidak menjawab persoalannya. Masih cuba mengalihkan perhatian lelaki yang kian
tidak sabar riaknya menantikan jawapan daripadaku.
“Jadi… Dr. dengar semuanya?”
Terdengar keluhan. Kedengarannya berat sekali.
“Tak baik Dr. mengeluh.”
Aku sekadar mengingatkan.
Lelaki di hadapanku ini tertunduk seketika, sebelum pandangan sayunya menyentuh hatiku.
Seketika hanya matanya sahaja yang seolah‐olah berbicara denganku. Kehendaknya tetap
sama dengan apa yang diinginkan oleh mulutnya… Mahu mengetahui sebab mengapa aku
tidak sanggup lagi mengendalikan Datin muda itu.
“Dr. betul nak tahu kenapa saya dah tak sanggup nak mengendalikan Datin Sally?”
Laju anggukan diberikan. Aku menarik nafas dalam danku hembuskan perlahan.
“Boleh. Saya akan beritahu. Tapi sebelum tu, saya nak tahu kenapa Dr. minta Dr. Karim
serahkan Datin Sally pada Ustazah Miskah?”
“Tak. Saya tak ada minta Ustazah Miskah menggantikan tempat saya. Cuma… Saya katakan
dengan Dr. Karim yang saya dah tak sanggup lagi nak kendalikan perempuan tu. Jadi, saya
minta agar sesiapa yang mahu menjadi kaunselor kepada Datin Sally boleh menggantikan
tempat saya. Saya persilakan sesiapa sahaja dan apabila Dr. Karim kemukakan perkara ni
kepada Ustazah Miskah, dia dengan rela hati menawarkan dirinya.”
Simpatiku kepada Ustazah Miskah kian menggunung. Sudahlah dia yang menawarkan dirinya
secara rela untuk berhadapan dengan ex‐clientku itu. Alih‐alih usahanya yang disisipkan
dengan niat untuk membantu Datin muda itu langsung tidak dihargai. Segala nasihat dan
teguran secara baik dibalas dengan kata‐kata kasar dan penghinaan. Bukan aku tidak pernah
merasakan itu semua. Aku sudah kenal benar siapakah Datin Sally sebenarnya!
“Dr…”
Lamunanku terhenti dan bayangan Ustazah Miskah kian jauh menghilangkan diri.
“Emm… Saya. Ada apa Dr.?”
Soalku sedikit gagap.
“Tak. Saya cakap kalau Dr. rasa keberatan untuk memberitahu saya tentang perkara tu. Tak
apa. Saya tak nak paksa.”
“Saya tak kata pun yang saya takkan beritahu. Cuma Dr. belum jawab lagi soalan saya.”
Berkerut dahi rakan sekerjaku ini.
“Dr. belum beritahu, kenapa Dr. dah tak sanggup hendak kendalikan Datin Sally lagi.”
“Emm… Saya… Saya ada alasan saya tersendiri.”
“Baiklah. Kalau macam tu, jawapan saya pun sama. Saya ada alasan saya tersendiri.”
Bukan niatku hendak bermain tarik tali. Tetapi biarlahku tahu sebabnya terlebih dahulu.
Sebelum mulutku ini mengatur bicara memenuhi kehendak lelaki yang sedang memandangku
dengan pandangan yang sukar untukku mengerti. Marah? Geram? Keliru? Ah! Tidak mampuku
telah apakah erti pandangannya itu.
“Pada mulanya saya tidak menyangka perempuan seperti apa yang bakal saya berhadapan.”
Pandangan pelik itu sudah menghilang. Apa yang tinggal hanyalah kesayuan saat mulutnya
memulakan sebuah cerita. Cerita mengenai seorang wanita. Wanita yang pernah
mencederakan hati aku dan hatinya.
“Sesi pertama berjalan agak lancar. Tapi biasalah… Sikap suka bercakap kotor dan menghina
bekas isteri suaminya cepat sahaja terserlah. Bila saya nasihatkan dia perihal rumah tangga, dia
agak tidak menerima tetapi tidaklah sampai memaki hamun saya.”
“Pelik! Kalau akulah yang berada di tempat lelaki ini pada waktu itu. Pasti sahaja maki hamun
dan penghinaan menembusi pendengaranku. Nampaknya lelaki ini lebih bernasib baik
berbanding diriku.”
Ujar hatiku.
“Nasihat demi nasihat yang saya beri langsung tak diterima. Adakalanya saya pula yang
diajarnya. Sesi demi sesi bersama perempuan tu benar‐benar memberikan tekanan pada saya.
Sampailah suatu hari… Tiba‐tiba dia bertanya pada saya. Pertanyaan yang pada mulanya saya
tidak anggap membawa apa‐apa erti. Tetapi kerana pertanyaan itulah segalanya berubah.”
“Pertanyaan apa?”
Soalku ingin tahu.
“Dia tanya, adakah saya sudah berumah tangga? Saya menjawab tentang status bujang yang
saya pegang. Tetapi yang peliknya setelah mendengar jawapan itu, dia tersenyum gatal. Saya
benci melihat senyuman itu. Hendak sahaja rasanya saya menampar mukanya agar senyuman
itu termati. Tapi saya tahu etika yang perlu saya jaga sewaktu menjalankan tugas. Maka
perkara itu saya pendamkan sahaja. Sesi hari itu begitu lambat berakhir saya rasakan…
Semuanya kerana Datin Sally tidak lagi menghormati statusnya sebagai isteri orang dan saya
sebagai kaunselornya.”
Sekali lagi terdengar keluhan. Cukuplah sekali aku mengingatkan lelaki di hadapanku ini. Andai
keluhan mampu menenangkan hatinya. Apa lagi hendakku katakan.
“Semenjak hari tu. Perempuan tu sering sahaja menghubungi saya. Pada mulanya, dia
menghubungi untuk meminta nasihat dan pandangan berdasarkan permasalahan yang sedang
dihadapinya. Tapi lama kelamaan perbualan kami makin terpesong daripada landasan yang
sepatutnya.”
“Maksud Dr.?”
Kali ini pandangan rakan sekerjaku ini begitu berat sekali. Seolah‐olah sedang memikul beban
yang maha hebat.
“Dr... Kalau saya katakan… Yang… Yang perempuan tu ada melakukan gangguan seksual pada
saya. Dr. percaya?”
“Astaghfirullahal azhim…”
Hanya ungkapan itu yang termampuku luahkan. Mana mungkin aku tidak mempercayai katakata
lelaki ini. Riak wajahnya sahaja sudah menampakkan kebenarannya.
“Dr. percaya?”
Sekali lagi kepastian dikehendaki daripadaku. Aku mengangguk penuh yakin. Aku mahu rakan
sekerjaku ini tahu bahawa aku amat yakin yang dirinya sedang menuturkan kebenaran dan
bukannya sebuah penipuan.
“Terima kasih sebab percayakan saya. Saya tak tahu nak luahkan pada siapa.”
Terasa diri dihargai kerana aku dicari sebagai teman untuk berkongsi permasalahan yang
menimpa dirinya. Tidakku sangka seteruk ini perangai Datin Sally. Tidak cukupkah dirinya
sudah berjaya menakluki buaya tua yang begunung hartanya itu? Kenapa pula lelaki sebaik Dr.
di hadapanku ini pula hendak dijadikan mangsanya?
“Dr. Karim tahu perkara ni?”
“Tahu. Saya dah tunjukkan semua bukti yang ada.”
“Bukti?”
“Perempuan tu telah melakukan gangguan seksual secara terang‐terangan pada saya.”
“Maksud Dr.?”
Aku perlukan kepastian sejauh mana kesanggupan Datin itu untuk memiliki Dr. yang sedikit
berusia daripadaku ini.
“Dia selalu mengungkapkan kata‐kata lucah. Menghantar gambar‐gambar yang tak sepatutnya
kepada saya. Pernah satu tahap… Dia tunggu saya di hadapan rumah papa saya.”
“Tunggu depan rumah papa Dr.? Untuk apa?”
“Dia ajak saya keluar kerana ada masalah yang hendak diluahkan pada saya. Katanya dia
pelukan nasihat daripada saya. Saya bukanlah lelaki bodoh yang tidak mampu berfikir secara
mendalam hendak apa sebenarnya perempuan tu sehingga sanggup menunggu saya di
hadapan pagar rumah papa saya. Mujur sahaja waktu itu papa ada di rumah. Papa yang
menghalau perempuan tu secara baik.”
“Papa Dr. tahu perihal ni?”
“Tahu. Tak ada rahsia antara saya dan papa. Papa jugalah yang mencadangkan saya untuk
berhenti mengendalikan perempuan tu. Papa tak nak saya terlibat dengan permasalahan yang
lebih besar. Yelah. Memang sekarang ni, dia hanya berani menunggu saya di hadapan rumah
papa saya sahaja. Tetapi kalau saya tidak menghindari perempuan tu dan kalau saya memberi
ruang pada dia untuk terus mendekati saya pasti permasalahan yang lebih besar bakal
tercetus.”
Aku kagum dengan lelaki ini. Andailah lelaki lain… Mampukah dia menahan diri daripada
penangan Datin muda yang sentiasa berpakaian seksi dan mengiurkan lentik tubuhnya itu?
Tanpa sedar aku memanah lama wajah lelaki di hadapanku ini. Baru kini aku sedar mengapa
Datin Sally tergila‐gilakan Dr. ini. Kekacakan dan ketampanan itulah faktor utamanya.
“Kenapa pandang saya macam tu?”
Cepatku alihkan pandangan. Terasa haba menyerbu ke mukaku. Malu dengan tindakanku
sebentar tadi.
“Dr. Balkis.”
Cepat pula namaku dipanggil semula.
“Saya nak ucapkan terima kasih… Terima kasih sebab sudi menjadi pendengar yang setia. Baru
sekarang saya sedar apa yang saya mahukan daripada Dr.”
“Mahukan daripada aku?”
Soal hatiku dan wajahku pula sudah menghadirkan tanda tanya.
“Betul. Bila saya nampak Dr. melangkah masuk tadi… Saya ingatkan saya mahukan kepastian
tentang penolakan Dr. pada perempuan tu. Tapi… Bila saya dah berbicara dan meluahkan apa
yang membebani saya, barulah saya sedar yang saya perlukan Dr. sebagai teman yang boleh
dipercayai untuk menyimpan rahsia ini. Hanya Dr. dan Dr. Karim sahaja selain papa saya yang
tahu perihal ini. Saya tak perlukan lagi penjelasan Dr. mengenai perempuan tu. Dr. boleh
simpan sebab mengapa Dr. menyerahkan perempuan tu kepada kaunselor lain. Terima kasih
Dr. sebab… sudi memahami saya.”
Kini pandangan mataku bertaut dengan lelaki yang sedang mengukirkan senyuman ikhlas
padaku. Dr. Adiib! Ya. Itulah nama lelaki yang berada di hadapanku saat ini. Lelaki yang selama
ini hanya berbicara secara biasa dan kadangkala tersenyum mesra ini terasa begitu dekat
kewujudannya denganku saat ini. Mungkinkah kerana simpatiku terhadap dirinya ataukah
kerana dia benar‐benar menghargaiku sebagai teman berbicaranya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan