LUQMAN ADZLIEterpaksa bergegas pulang ke kampungnya petang itu. Panggilan telefon yang diterima tengahari tadi sungguh mengejutkan. Selepas menyelesaikan tugasannya untuk hari itu, Luqman Adzlie terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk pulang ke kampung. Ibunya terpaksa bertarung nyawa di wad kecemasan sekarang ini kerana jatuh pengsan secara tiba-tiba. Sehingga kini keadaannya masih koma dan pihak hospital sedang berusaha untuk merawatnya. Begitulah menurut kata adiknya, Mia Salmi yang selama ini tinggal di kampung menjaga ibu dan ayahnya.
“Ya Allah…..selamatkanlah ibuku!” kata‐kata yang selalu bermain di bibirnya sepanjang perjalanan pulang itu.
Terbayang‐bayang di ruang matanya saat ibunya tersenyum semasa dia pulang ke kampung beberapa bulan yang lalu. Keadaannya yang gembira dan tenang langsung tidak menampakkan keadaan ibunya yang sedang sakit. Ternyata semangat ibunya kuat kerana melawan penyakit di dalam diam. Dia langsung tidak mengetahui sebenarnya ibunya sedang sakit. Ayahnya pun tidak pernah memberitahu perkara itu kepadanya mahupun Mia Salmi. Mustahil ayah tidak tahu tentang sakit emak! Kenapa ayah atau ibu mahu menyorokkan perkara yang sebenar? Memang dia sangat hairan. Sebab itulah dia sangat terkejut apabila Mia Salmi memberitahu tengahari tadi tentang musibah yang menimpa ibu mereka.
“Along balik cepat! Emak sakit….sekarang ada kat wad ICU hospital besar!” terdengar cemas suara Mia Salmi di hujung talian.
“Macam mana boleh jadi macam itu?”
“Err….tak tahulah bang….abang baliklah cepat!”
“Okey…..kamu sabar sikit. Nanti petang nanti abang sampai!”
“Cepat iya bang…..datang terus ke hospital….,” suara Mia Salmi masih lagi kedengaran cemas.
“InsyaAllah…..apa‐apa hal, jangan lupa beritahu abang…,”
Sehingga saat itu, perjalanan pulang menuju ke selatan itu tidak mengalami sebarang masalah.
Pergerakan kenderaan di lebuhraya Utara Selatan itu nampaknya lancar. Luqman Adzlie terus
menumpukan kepada pemanduannya. Sesekali ingatannya melayang jauh. Walaupun jasadnya berada di situ tetapi hakikat jiwanya telah lama berada di wad kecemasan yang menempatkan ibunya. Wajah tua ibunya, datang mengapung di ruang mata. Dia masih teringat lagi kata‐kata ibunya beberapa bulan yang lalu.
“Lepas ni….bila lagi kamu nak balik ke kampung? Sibuk memanjang…..kerja tak habis‐habis!”
pernah ibunya menyuarakan rasa hatinya apabila Luqman jarang sangat pulang ke kampung sejak akhir‐akhir ini.
“Along memang sibuklah mak……faham‐faham sajalah kerja wartawan ni….,”
“Orang lain sibuk juga……tapi ada masa nak balik kampung. Ada masa nak jengok mak ayah dia orang. Agaknya kalau mak dah terlantar sakit……barulah kamu nak balik!”
“Ehh……mak jangan cakap macam itu……sedih Along dengar tahu…,”
“Tak balik kampung satu hal…..sampai tak ada masa nak urus hal sendiri……sibuk cari duit saja tapi tak kaya‐kaya jugak!” perli ibunya lagi. “
Tersenyum sendirian apabila Luqman terkenangkan peristiwa itu. Saat itu ingatannya tertumpu terus kepada ibunya. Terasa lapang dadanya tidak memikirkan kerja dan tugasannya yang berlambak di pejabat. Sepi sekejap aktiviti hariannya yang sentiasa mahukan dia berkejar ke sana sini untuk mendapatkan berita. Belum lagi dengan tugasan luar yang menuntut masa dan keberanian untuk dilunaskan demi mendapatkan liputan berita yang benar‐benar tepat dan terbaik. Ada hikmahnya yang berlaku sebalik musibah yang menimpa ibunya. Dia bebas daripada memerah otak untuk berfikir tetapi terpaksa menerima hakikat ibunya sakit dan sangat memerlukan dia saat itu.
“Along memang betul‐betul sibuklah mak……mak, abah dan adik memang sentiasa di hati Along….. tak ada orang lain dah!”
“Iyalah tu…..habis tu Kak Fiqa nak letak mana?” tiba‐tiba Mia Salmi menyampuk perbualan antara dia dan ibunya.
“Ermm….betul kata adik kau tu……bertunang lama dah……bila lagi?”
“Hai…..tiba‐tiba ubah topik lain pulak!”
“Along nak kumpul duit banyak‐banyak mak…….senang boleh kahwin cepat dengan Kak Fiqa!”
Luqman Adzlie terus melayan perasaannya. Wajah Syafika Aziera pula muncul bersilih ganti. Serta merta emosi perasaannya berubah. Sudah hampir seminggu dia tidak mendengar khabar berita tunangnya itu. Sejak peristiwa perselisihan faham minggu lalu, tiada langsung perkhabaran berita mengenai perempuan itu. Bukan dia sudah melupainya tetapi Syafika Aziera yang buat‐buat tidak tahu. Dalam tempoh itu, panggilannya tidak berjawab. Sistem pesanan suara juga tidak berbalas. Dia tahu, Syafika Aziera merajuk hati dengannya.
Perangai Syafika Aziera agak pelik sejak akhir‐akhir ini. Cepat terasa hati dan kuat merajuk. Apa lagi suka mendesak apabila bertemu muka. Pening kepalanya juga dia memikirkan hal itu. Apa
sebenarnya yang dia mahu? Bukan dia tidak tahu yang tanggungjawabnya sangat berat. Sehinggakan menuntut pengorbanan masa yang banyak terhadap tugasnya. Bukan dia tidak faham tetapi sahaja buat‐buat tidak faham. Sanggup menuduhnya yang bukan‐bukan.
Biarlah….agaknya orang perempuan memang begitu, sentiasa mahu dibelai. Perasaannya cukup halus dan sensitif.
“Kalau Man dah ada perempuan lain……dah lama Man tinggalkan Fika tau!”
“Jadi memang benarlah Man dah perempuan lain!”
“Adakah Man cakap macam tu?”
Terdiam juga Syafika Aziera apabila Luqman Adzlie menyoalnya kembali. Dia tahu Luqman Adzlie seorang lelaki yang baik. Bukan sehari dua dia mengenali lelaki itu, malah sudah lebih 5 tahun. Cuma apabila dia tertekan memikirkan perkara yang bukan‐bukan, fikirannya cepat buntu dan bercelaru. Lelaki pun bukan boleh dipercayai sangat. Kadang‐kadang di hadapan cakap lain, di belakang buat perkara lain. Sebab itulah perasaan curiga Syafika Aziera semakin menebal terhadap lelaki itu. Mungkin itu caranya untuk menduga kesetiaan tunangannya itu.
“Berilah Man sikit masa lagi……biar Man selesaikan kerja‐kerja yang ada. Lepas itu barulah kita
fikirkan soal hubungan kita…..okey…..,”
“Kalau nak tunggu……sampai bila pun kerja tak akan habis. Agaknya alasan Man saja…,”
“Tolonglah faham Fika…..tolonglah…..Man buat semua ini untuk kita……untuk masa depan kita
jugak!”
“Fika ni perempuan……keputusan di tangan Man. Jawapannya ada pada Man…..,”
Terasa kusut kembali fikirannya apabila terkenangkan tunangnya itu. Perjalanan cerita cintanya tidak seindah yang disangkakan. Sekejap bahagia sekejap ada sengketa. Agaknya memang macam itu rasanya saat bercinta. Kata orang, cemburu tandanya sayang. Benarkah kenyataan itu? Mungkin ada benarnya kerana bila ada cabaran barulah masing‐masing menilai diri sendiri. Mungkin juga!
Bunyi hon dari kereta yang memotong di sebelah kanan jalannya membuatkan Luqman Adzlie
tersentak. Serta merta ingatannya terhadap Syafika Aziera hilang. Nasibnya baik kerana masih lagi dapat mengawal pemanduannya dengan tenang. Kaki langit sudah nampak beransur gelap. Perjalanan berjalan lancar terus menuju ke destinasinya. Ingatannya kembali terpukat kepada wajah ibu yang mungkin masih tidak sedarkan diri terlantar di dalam wad kecemasan.
Dia terus menekan gear minyak keretanya dan seketika kereta yang dipandu itu semakin laju
meluncur ke hadapan.
MIA Salmi duduk di kerusi menunggu sehingga terpejam matanya. Terasa letih dan penat menunggu ibunya yang terlantar koma sejak tengahari tadi. Jam di dinding wad sudah hampir 7 malam. Waktu melawat untuk wad biasa baru sahaja tamat. Bermakna sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang. Bayang abangnya, Luqman Adzlie masih lagi belum muncul.
Sepatutnya dia sudah sampai ketika itu.
Seketika kemudian nampak Luqman Adzlie bergegas ke wad kecemasan di mana ibunya
ditempatkan. Dia memerhatikan kalau‐kalau bayang ayanhnya ada di situ. Pandangannya ternyata hampa. Hanya kelihatan Mia Salmi yang gayanya sudah terlelap. Luqman Adzlie menghampiri adiknya itu. Perasaan ingin tahu tentang keadaan ibunya memaksa dia menyentuh bahu Mia Sarah dengan harapan adiknya itu akan terjaga.
Mia Salmi agak terkejut apabila terasa badannya seperti digoncang. Apabila matanya terbuka, wajah Luqman Adzlie terus melekat di situ.
“Mak macam mana Mia?”
“Err…..mak masih tak sedarkan diri….,” balas Mia Salmi sambil menyeka mata antara sedar dengan tidak.
“Tak nampak pun abah?”
“Dah balik dulu petang tadi.….rumah tak ada orang. Abah bimbang kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku,”
Luqman Adzlie mengangguk tanda memahami. Kemudian dia terus ke kaunter wad untuk meminta izin dari jururawat yang bertugas untuk melawat ibunya di wad kecemasan. Waktu begini pelawat biasanya tidak dibenarkan melawat pesakit. Luqman Adzlie memberi alasan sebab dia terlambat dan datang dari jauh maka keadaan itu memihak kepadanya. Mia Salmi masih tidak berganjak di kerusi menunggu. Dia sudah puas menatap wajah ibunya sejak tengahari tadi.
“Macam mana dengan keadaan ibu saya?”
“Dia masih tidak sedarkan diri…..keadaannya nampak stabil,”
“Boleh saya tahu keadaan selanjutnya……maksud saya peluangnya untuk sembuh seperti
sediakala….,”
“Ohh…..maafkan saya encik, doktor yang bertugas sudah keluar. Sebaik‐baiknya esok encik
tanyakan pada doktor yang bertugas. Itu bukan bidang kuasa saya…,”
“Okey……terima kasih. Err…..boleh saya melawat mak saya……sebentar pun jadilah,”
“Boleh tapi jangan buat bising. Biarkan pesakit berehat secukupnya…,”
Luqman Adzlie terus menuju ke wad yang menempatkan ibunya. Sayu rasa hatinya apabila
badan dan kepala ibunya dipenuhi dengan pelbagai saluran tiub kecil. Hanya dengusan nafas
ibunya yang terdengar sedangkan mata tertutup rapat. Dadanya nampak berombak menahan
naik turunnya nafas. Tidak sanggup rasanya dia melihat penderitaan yang ditanggung oleh
tubuh tua ibunya itu. Namun dia bersyukur kerana ibunya masih bernafas dan dia masih
berkesempatan untuk menatap wajah ibunya. Biar tanpa suara tetapi suara hatinya tetap yakin
ibunya akan sembuh suatu masa nanti.
“Maafkan saya encik……masa melawat sudah tamat. Biarkan pesakit berehat…..esok encik
datang melawat lagi….,” ujar jururawat dengan lembut.
Luqman Adzlie faham dan terus beredar keluar. Mia Salmi masih menantinya di kerusi
menunggu. Nasib baik Mia Salmi ada di rumah, dapat juga dia menjaga dan melihat ibu
bapanya di rumah. Dia rasa amat terhutang budi dengan pengorbanan adiknya itu.
“Jom bang…..kita balik dulu. Esok kita datang lagi….abah dah lama tunggu dekat rumah,”
Langkah mereka berdua beriringan menuju ke pintu keluar wad. Sampai di tempat parkir
kereta, mereka berdua terus masuk ke dalam kereta tanpa banyak suara. Wajah Mia Salmi
masih lagi nampak sugul. Ada bunga‐bunga sayu tumbuh saat itu di wajahnya. Luqman Adzlie
sempat mengerling ke arah Mia Salmi.
“Fikirkan apa lagi? Doakan mak cepat sembuh!”
Mia Salmi masih terdiam. Pandangannya terus meratah tiang‐tiang lampu yang berbaris
sepanjang jalan pulang ke rumah. Mulutnya bagai terkunci rapi.
“Kita semua sayangkan mak. Mak adalah kekuatan kita……kalau kita asyik bersedih macam
mana mak nak sembuh….,”
Mia Salmi menoleh ke arah Luqman Adzlie. Wajahnya tetap tidak berubah, tidak ceria seperti
sebelumnya. Mulutnya bergerak‐gerak seperti ingin berkata‐kata tetapi ayatnya hanya tersekat
antara dua bibirnya. Lidahnya kelu untuk berbicara. Luqman Adzlie dapat menangkap isyarat
itu.
“Ada sesuatu yang Along tak tahu atau Mia nak beritahu sesuatu pada Along?”
“Err…entahlah Along……Mia rasa serba salah sekarang ni….,”
“Serba salah……kenapa? Apa masalah Mia?”
Mia Salmi berdiam kembali. Berat sangat mulutnya untuk menyambung kata‐kata. Sikapnya
membuatkan Luqman Adzlie tertunggu‐tunggu jawapan darinya. Haruskah dia beritahu sahaja
duduk sebenar perkara itu kepada abangnya itu? Apa kata abangnya nanti? Keadaan yang
menimpa ibunya ketika itu turut menyebabkan dia tidak sanggup membuat sebarang
keputusan. Biarpun keputusan itu sangat penting demi masa depannya juga. Sudah lama dia
menantikan saat itu. Bila saat gembira mahu dizahirkan, saat duka pula mengundang dia dan
keluarganya.
“Mia tak jawab lagi soalan Along……kenapa ni?”
“Err….tak ada apa‐apalah…….Mia cuma teringatkan mak….,”
“Along tak rasa macam tu……Mia kena berterus terang dengan Along waima dengan keluarga
kita sekali pun. Masalah Mia, masalah Along juga….,”
“Terima kasih Along…….nantilah Mia beritahu sampai rumah nanti…..,”
Luqman Adzlie terus memandu keretanya sambil terus melayan perasaan. Sikap pelik Mia
Salmi itu membuatkan hatinya bertanya‐tanya. Suasana kembali bisu apabila kedua‐duanya
diam tanpa sebarang bicara. Mia Salmi kembali memandang keluar tingkap kereta menikmati
pemandangan indah di waktu itu.
SELEPAS solat isyak berjemaah, Haji Ali terus menadah tangan sambil berdoa. Luqman Adzlie
dan Mia Salmi turut melakukan perkara yang sama. Doa juga dipanjatkan untuk isterinya yang
tercinta, Hajjah Kalsom agar segera sembuh dan sedar dari komanya. Selepas bersalaman, Mia
Salmi segera membuka telekungnya sebelum bangun menuju ke meja makan. Dia membuat
apa yang patut sebelum menjemput ayah dan abangnya makan malam.
“Berapa hari kamu cuti?” tanya Haji Ali kepada Luqman Adzlie.
“Along dapat cuti 3 hari saja…..abah sihat?”
“Bolehlah……macam yang kamu lihat ni……cuma darah tinggi ni susah sangat nak hilang!”
“Abah sabarlah……rajin‐rajin makan ubat……insyaAllah boleh sembuh,”
“Dah tak larat nak telan pil‐pil tu……sakit tak baik jugak!”
Luqman Adzlie tersenyum apabila mendengar kata‐kata ayahnya itu. Bunyi keluhan ayahnya
seperti orang berputus asa. Dia faham benar perangai ayahnya itu. Walaupun sakit, kadangkadang
makannya tidak berpantang. Apa yang hendak dimakan akan dijamah walaupun
dilarang. Emaknya orang yang banyak berleter apabila ayah tidak mahu mendengar kata.
“Ayah kena banyak pantang makan……bukan main makan saja,”
“Makan tak makan sama saja……sakit jugak!”
“Sebab itulah mak selalu bising……abah bukan nak dengar nasihat orang…,”
Terdiam sebentar Haji Ali apabila kata‐kata itu ada benarnya. Dia teringatkan isterinya yang
selalu menegur. Hajjah Kalsom memang cerewet menjaga soal makan minumnya, lebih‐lebih
lagi penyakit darah tingginya pernah mencecah bacaan tertinggi sehingga diarahkan masuk ke
wad oleh pegawai perubatan yang bertugas. Dia hanya berpantang sekejap, selepas itu dia
akan lupa diri dan makan semula apa yang dia suka.
“Keadaan mak macam mana abah?”
“Itu yang membimbangkan abah sekarang…..,”
“Doktor kata apa? Mesti doktor dah ada laporan awal tentang penyakit mak….,”
“Belum lagi…..esok baru laporan itu akan keluar. Begitulah kata doktor pada abah petang tadi.
Kita berdoa agar emak kamu akan dapat diselamatkan…,”
“Ya…..abah….kita doakan untuk mak,”
“Ehh…..kita makan dulu. Adik kamu dah tunggu lama tu…,”
Haji Ali dan Luqman Adzlie bangun dan terus menuju ke meja makan. Mia Salmi sudah lama
menunggu dengan nasi dan lauk terhidang di atas meja. Seketika kemudian mereka bertiga
mengambil tempat masing‐masing. Makanan yang terhidang dijamah dengan begitu berselera
oleh Luqman Adzlie. Sementara itu Haji Ali makan ala kadar sahaja bila mengenangkan
kesihatannya. Dia bangun dahulu lantas menuju ke ruang tamu.
Manakala Mia Salmi nampak seperti tidak berselera untuk makan. Luqman Adzlie nampak
perubahan dari air muka dan perlakuan adiknya itu. Sejak dari dalam kereta lagi, dia sudah
mula perasan dengan perubahan itu. Apa yang sedang difikirkan oleh Mia Salmi? Persoalan itu
terus menggamitnya untuk terus bertanya.
“Kamu ni kenapa Mia? Dari tadi Along tengok macam ada masalah saja!”
“Memang bang…..tapi Mia tak sanggup nak beritahu abah mahu pun Along…..Mia rasa susah
sangat nak cakap…..Mia….,”
“Sekarang cakap terus terang dengan Along……jangan buat Along tertanya‐tanya. Manalah
tahu Along boleh tolong selesaikan masalah Mia tu….,”
Mia Salmi terus bangun meninggalkan Luqman Adzlie dengan seribu tanda tanya. Dia
memberi isyarat supaya Luqman Adzlie bersabar. Selesai membasuh tangan, dia segera
bergerak menuju ke kamarnya. Kemudian keluar kembali bersama satu sampul surat yang agak
besar. Ketika itu Luqman Adzlie sudah habis makan dan sudah pun mencuci tangannya.
Sampul surat itu diserahkan kepada Luqman Adzlie.
“Surat apa ni?”
“Along bukalah….,”
Luqman Adzlie bagaikan tidak sabar untuk membuka sampul surat itu. Ditarik isi suratnya dan
setelah melihatnya barulah dia mula memahami apa masalah yang difikirkan oleh Mia Salmi.
Dia tersenyum puas setelah selesai menatap surat itu. Seketika pandangannya bersatu dengan
mata Mia Salmi. Walaupun di wajah Mia Salmi nampak sugul, namun di hatinya pasti berbunga
riang. Surat tawaran belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi itu bagaikan tidak
bermakna lagi buat dirinya.
“Abah dah tahu?”
Mia Salmi hanya menggelengkan kepala. Luqman Adzlie mengetap bibir. Dia sedang
memikirkan sesuatu demi masa hadapan Mia Salmi.
“Bila surat ni sampai?”
“Err……dah dua hari…..Mia memang belum beritahu abah dan mak. Tak sangka pulak mak nak
jadi macam ni….”
“Tak apa…..Mia sabar dan tenang. Nanti biar Along bincang dengan abah…,”
“Tapi Mia dah ambil keputusan untuk menolak tawaran itu…,”
“Jangan…..nanti dulu Mia…..kenapa buat keputusan terburu‐buru?”
“Mia dah fikir panjang…..demi Mak……Mia sanggup!”
Terharu rasa hati Luqman Adzlie apabila mendengar pengakuan ikhlas Mia Salmi. Dia tahu
betapa hancurnya hati Mia Salmi kerana mahu menolak tawaran belajar itu. Tawaran itu
datang sewaktu ibunya ditimpa malang. Siapa yang akan menjaga ibunya kalau dia menerima
tawaran belajar itu? Sedangkan saat itu pun dia tidak tahu bilakan ibunya akan sedarkan diri.
Dia sangat sayangkan ibunya dan sanggup melupakan niat untuk sambung belajar. Luqman
Adzlie amat menyanjung tinggi hasrat Mia Salmi itu.
“Ya……kita semua sayang mak tapi bukan ini caranya. Mia mesti ambil peluang sekali seumur
hidup ini…..mesti ada jalannya…,”
“Mia tak sanggup tengok mak macam tu……abah pun bukannya sihat sangat. Siapa lagi yang
nak diharapkan? Biarlah Mia berkorban untuk orang yang Mia sayang……,”
“Berkorban biar kena pada tempatnya……Along lagi tak sanggup melihat cita‐cita Mia
dikorbankan demi pengorbanan ini…..nanti Along fikirkan…,”
Mia Salmi tidak membantah kata‐kata Luqman Adzlie. Memang itulah cita‐citanya demi
kejayaan dan kebahagiaan diri serta keluarga di masa hadapan. Hatinya berbelah bahagi
apabila terkenangkan ibunya. Kata orang, hendak ditelan mati emak hendak dibuang mati
ayah. Rasa serba salah dibuatnya. Namun kehadiran Luqman Adzlie yang mahu membelanya
cukup memberi perangsang untuk dia terus melangkah maju ke hadapan. Di hatinya kembali
berapi dengan sebuah harapan yang masih berbaki.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan