‐Tahun 2005‐
“Baiklah. Nanti saya kirim salam dekat walid wan dan umi tuk. Esok abang balik hati‐hati ya.
Assalamualaikum.”
Seketika salamku disambut. Senyuman masih menguntum di bibirku biarpun talian sudah diputuskan. Senyuman yang kian mekar menggambarkan kegembiraan yang tidak terkata. Siapa sangka usia percintaanku dengan Abang Fikri sudah menginjak ke tahun ketiga.
“Amboi! Senyum sampai ke telinga nampak. Syoknya dia.”
“Astaghfirullahal azhim…”
Aku mengurut dada. Selamba pula Mashitah mengambil tempat di sebelahku.
“Tak baiklah awak ni Mashitah… Curi perhatikan saya.”
“Bukan curi perhatikanlah! Tapi curi dengar.”
Membulat mataku. Serta merta terasa panas wajahku. Hadir perasaan malu andai Mashitah
mendengar setiap butir bicaraku dengan abangnya.
“Baiklah. Nanti Balkis kirim salam dekat walid wan dan umi tuk. Esok abang balik hati‐hati ya.
Assalamualaikum.”
Mashitah mengejek manja dengan mengulangi ayat akhir penamat bicaraku dengan Abang Fikri.
“Sah! Dia dengar!”
Jeritan bergema di daerah hatiku.
“Merahnya muka awak Balkis.”
Kian galak Mashitah mengusikku.
“Berdosa tau curi dengar perbualan orang lain.”
Perlahan aku berkata.
“Orang lain? Mana ada orang lain. Saya curi dengar perbualan bakal kakak ipar saya je.”
Mashitah pantas memaut lenganku. Dilentokkan kepalanya di bahuku.
“Balkis. Saya rasa bertuah sangat sebab awak sudi menerima abang saya.”
Aku masih membisukan diriku. Terasa yakin yang sahabatku ini masih ingin menyambung bicaranya biarpun terdengar lengkap ayatnya.
“Sebab saya yakin yang awak mampu untuk menjadi seorang isteri, menantu dan kakak ipar yang baik. Tapi… Kadang‐kadang saya cemburu dengan awak.”
“Cemburu?”
“Haah. Saya cemburu!”
Terdengar sedikit keras nadanya. Pantas pula sahabatku ini mengembalikan semula kedudukannya seperti asal dan pautan tangan jua sudah dileraikannya.
“Saya cemburu sebab nenek saya selalu puji awak. Selalu membanding‐bandingkan saya dengan awak. Dia cakap awak ni dahlah cantik, rajin pulak tu. Kalau bab kepandaian usahlah disangkalkan lagi. Memang awak bekali‐kali ganda cerdik daripada saya. Buktinya, sekarang ni awak tengah menunggu peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat master.
Sedangkan saya… Diploma pun tak habis. Sudahnya terpaksa menjadi guru ganti sementara di
sekolah rendah je.”
Suram benar wajah Mashitah kala ini.
“Tak baik awak cakap macam tu. Lagipun dia tukan nenek awak.”
“Tak baik? Habis tu nenek saya tu perkotak‐katikkan saya, baik sangatlah ya?”
“Bukan macam tu maksud saya. Cuma sebagai cucu kita harus banyak bersabar dengan kerenah datuk dan nenek kita. Mereka jauh lebih berusia daripada kita. Kalaupun mereka ada mengeluarkan kata‐kata yang menghiris perasaan… Maafkan sahajalah. Bukankah itu lebih baik, daripada kita menyimpan rasa sehingga menghadirkan bisa di hati kita.”
“Senanglah awak cakap… Sebab wan dengan tuk awak tak macam nenek saya.”
Aku menyentuh lembut bahu Mashitah. Ku perhatikan wajah sahabatku ini. Semenjak kedatangan nenek Mashitah hampir seminggu yang lalu, kerap benar kesayuan menyarungi wajah di sebelahku ini.
“Mashitah… Allah takkan menghadirkan seseorang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kita andai kita tidak mampu untuk mengendalikan mereka. Sebab tulah dalam Islam tiada istilah putus saudara. Jadi, kesimpulannya… Seteruk mana dan sejahat manapun layanan nenek awak pada awak. Awak kena banyak bersabar. Bersabar untuk berhadapan dengan insan yang berstatuskan nenek dan ibu kandung kepada ibu awak adalah perlu agar nenek awak mampu melihat kelebihan dan kesempurnaan yang ada pada awak. Saya yakin satu hari nanti dia akan mengaku tersalah menilai diri awak.”
Mashitah mencerna setiap patah kata yang membentuk tazkirah pendekku sebentar tadi. Agak lama pandangannya terhala ke hadapan. Pasti otak serta hatinya bergabung satu bagi mematahkan setiap hasutan syaitan yang sememangnya akan menafikan sekeras‐kerasnya nasihatku sebentar tadi. Wajah yang tadinya beku tanpa sebarang reaksi sudah mula mempamerkan perubahannya.
“Kan bagus senyum macam ni.”
Usikku.
“Thanks ya, Balkis.”
“Saya tak ada buat apa‐apa pun.”
“Tak buat apa‐apa awak cakap? Kalaulah saya ni minta pendapat orang lain. Saya tak rasa mereka akan menenang dan merasionalkan saya. Silap‐silap hari bulan, makin dibakarnya api kemarahannya saya ni. Saya pun apa lagi… Waktu tu, mulut ni mesti lancang memaki hamun nenek saya sendiri.”
“Saya hanya menasihati perkara yang benar sahaja.”
“Saya tahu. Sebab tulah dah malam‐malam macam ni pun saya sanggup cari awak. Memang
bertuahlah Abang Fikri dapat awak.”
Terasa darah yang menyerbu ke wajahku sebelum ini berebut‐rebut memerahkan wajahku semula. Entah mengapa saat nama lelaki yang amatku rindui itu disebut, rasa malu datang menerpa.
“Awak rindu tak dekat abang saya?”
Usikan nakal daripada Mashitah benar‐benar menghadirkan getaran di jiwa.
“Mesti rindukan. Tapi, tak apa. Esok bila abang saya sampai sahaja di rumah mesti dia akan tergesa‐gesa cari awak. Masa tu bolehlah awak melepaskan rindu yang sedang sarat tu.”
Kian giat pula sahabatku ini mengenakan aku. Cubitan kecilku hadiahkan di paha kanannya.
“Adui! Sakitlah.”
Mashitah terjerit dan aku pula sudah tertawa kecil.
“Padan muka.”
Ejekku.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Eh, Mak Cik Faaidah. Jemput masuk.”
Ramah, Zawiyah mempelawa jirannya itu.
“Lah. Apa susah‐susah ni mak cik.”
Namun disambut jua apa yang dihulurkan kepadanya.
“Mana ada susah‐susah. Tadi mak cik goreng mee. Banyak pulak lebihnya.”
“Terima kasih mak cik. Jemput duduk.”
Zawiyah mempersilakan Mak Cik Faaidah duduk disebelah ibunya yang sedang menikmati minuman petang. Bersalaman jirannya itu dengan ibu kandungnya. Terlihat mesra mereka berdua bertegur sapa sambil senyuman mudah sahaja terukir di bibir keduanya.
“Jemput minum mak cik.”
“Mak cik ni datang cuma nak bagi mee je. Ni siap dapat minum lagi. Segan pulak rasanya.”
“Nak segan apa. Elok benarlah awak datang rumah anak saya ni. Saya pun ada perkara nak berkias‐kias dengan awak ni.”
Aiton memulakan mukadimah. Zawiyah mengerling sekilas ke wajah ibunya sebelum menumpahkan sepenuh perhatian kepada pengganding bicara ibunya sebentar nanti.
“Berkias‐kias?”
Kurang mengerti Faaidah tentang maksud insan di sebelahnya ini.
“Ya. Berkias‐kias tentang cucu kita.”
Kini barulah sedikit pengertian terjamah oleh minda tua Faaidah. Dia tersenyum.
“Cucu awak Balkis tu dah bepunya ke?”
Biarpun Aiton sudah mengetahui perihal Balkis dan Fikri, sengaja diutarakan soalan itu agar adat dapat diikuti.
“Setahu saya. Dari kecil lagi, Fikri tu jelah satu‐satunya kawan dia.”
Zawiyah yang berada di sebelah ibunya hanya diam membisu. Tidak mahu menyampuk. Dirasakan perkara seperti ini biarlah orang‐orang tua yang mengendalikannya, biarpun perihal itu berkaitan dengan anak kandungnya sendiri. Perhatian terus sahaja ditumpahkan kepada Mak Cik Faaidah.
“Memang itu pun yang saya dengar. Saya yakin yang cucu saya tu memang dah sayang sangat
dengan cucu awak. Saya pun dah anggap Balkis tu macam cucu saya sendiri. Terasa bersyukur sangat kalau Fikri dapat beristerikan perempuan sebaik Balkis tu.”
Kian melebar senyuman Faaidah. Terasa bersyukur kerana kebaikan dan kesucian Balkis mampu dilihat dan dinilai oleh insan di hadapannya ini.
“Faaidah. Sebenarnya tujuan saya menyuruh Zawiyah memanggil Fikri pulang ke kampung kali ini bersebab.”
“Bersebab?”
Faaidah menunjukkan minatnya tentang hala tuju perbincangan yang tidak disangka‐sangka ini. Sangkanya sebelum ke sini, dia akan pulang sesudah Mee Goreng disedekahkan kepada Zawiyah. Tetapi ternyata ada pula perkara besar yang berbaur kebaikan yang menantinya di petang ini.
“Ya. Fikri pulang ke sini kerana ingin berbincang secara telus dengan Balkis tentang perancangan kami sekeluarga.”
“Perancangan apa?”
Polos Faaidah. Kedua pasang mata anak beranak yang bercahayakan kegembiraan dan kebahagiaan di hadapannya ini bagaikan sudah memulakan cerita yang belum diluahkan oleh lidah. Perlahan, wanita sebayanya membuka mulutnya kecil dan dengan penuh berhati‐hati satu persatu ayat yang membentuk perancangan Aiton sekeluarga ditangkap oleh telinga tuanya. Ucapan syukur terus‐terusan berzikir di hati Faaidah kerana keyakinannya selama ini tentang penilaiannya terhadap kebahagiaan yang bakal digapai oleh cucunya itu dengan Fikri semuanya tepat belaka. Dia yakin lelaki sebaik Fikri mampu untuk membahagiakan cucu kesayangannya itu.
“Syukur. Ya Allah.”
Bisik hati Faaidah bersama senyuman melebar masih terukir di lahiriah.
Bayangan Mashitah sudah menghilang. Mungkin dirinya mengerti yang aku dan abang kandungnya memerlukan ruang untuk berbicara.
“Balkis sihat?”
“Alhamdulillah.”
Terurai sedikit kerinduan Fikri tatkala berdepan dengan insan kesayangannya ini.
“Abang rindukan Balkis.”
Aku tertunduk. Tersipu‐sipu.
“Balkis tak rindukan abang?”
Terasa getaran di jiwa kian hebat menguasai diri.
“Balkis tak rindukan abang?”
Soalan diulang.
“Saya… Saya…”
Aku mula tergagap. Tanpa disangka tawa terletus di bibir Abang Fikri. Aku pantas mendongak.
Terasa hairan dengan tingkahnya.
“Kenapa abang gelak?”
“Tak ada apa‐apa.”
“Tipu.”
Rajukku.
“Ohhh… Dah pandai merajuk ya. Ni mesti Mashitah yang ajar ni.”
Aku tersenyum dengan usikan itu.
“Balkis tak jawab lagi soalan abang. Balkis rindu tak dengan kekasih Balkis ni?”
Renungan menggoda itu kian mendebarkan dada. Aku harus melarikan pandanganku agar
syaitan tidak tertawa kemenangan saat aku berdosa melayan perasaan yang tidak sepatutnya
terhadap lelaki yang masih belum sah bergelar suami.
“Abang. Kita belum kahwin lagi. Masih ada batas dalam bicara dan perlakuan.”
Aku mengingatkan. Andai insan di sebelahku ini terlupa.
“Maaf.”
Sunyi seketika.
“Abang terlalu ikutkan kata hati tanpa menimbalkannya dengan iman. Maaf Balkis.”
“Tak apa. Sebagai manusia memang kita mudah terleka.”
Segenap wajah Balkis diperhatikannya lama. Bertambah kasihnya pada gadis dambaannya ini.
Didambakannya Balkis untuk menjadi isterinya. Isteri? Hampir terlupa Fikri akan tujuan
utamanya mengajak Balkis untuk bertemu dengannya pada petang ini.
“Abang tak penat ke? Yelah… Baru balik dari Singapura terus ajak Balkis jumpa abang.”
Sengaja ayat ituku atur bagi menyedarkan Abang Fikri. Ralit benar dia memandang wajahku.
“Tak. Lagipun abang dah biasa berulang‐alik dari Singapura ke sini. Dah hampir tiga tahun
abang bekerja di sana.”
“Sekejap jekan. Dah tiga tahun.”
“Haah. Sekejap je. Dah tiga tahun, sama dengan usia percintaan kita.”
Aku tersenyum mendengar kenyataan itu. Cair hati Fikri melihat senyuman insan di sebelahnya
ini.
“Abang tak terfikir nak cari kerja di Malaysia je?”
“Ada. Mungkin tak lama lagi abang akan berpindah ke sini balik. Tapi sebelum tu… Abang
perlukan izin daripada Balkis dulu.”
“Izin?”
Berkerut dahiku.
“Balkis…”
Lembut namaku dipanggil.
“Abang… Abang dah berbincang dengan keluarga abang.”
Aku sengaja mendiamkan diriku. Memberi ruang kepada insan kesayanganku ini melanjutkan
bicaranya.
“Sebenarnya tujuan abang balik kali ini bersebab.”
“Sebab apa?”
“Sebab Balkis.”
“Saya?”
Soalku kian tidak mengerti. Terlihat Abang Fikri menarik nafasnya dalam dan seketika
menghembuskannya. Dijalinkannya kesepuluh‐sepuluh jari jemarinya agar bertaut rapat.
Genggamnya kian erat.
“Kenapa ni abang?”
Soaku mulai risau. Tidak pernah Abang Fikri memberikan reaksi seperti ini sepengenalanku
dengannya.
“Balkis…”
Sekali lagi lembut namaku dipanggil. Tumpuanku kali ini benar‐benar tumpah ke wajahnya.
Kian hebat debaran di dada. Getaran di jiwa pula usah dikata. Kesejukan mulai menghadirkan
dirinya.
“Balkis. Sebenarnya tujuan abang balik kali ini adalah untuk berbincang secara bersemuka
dengan Balkis tentang perancangan abang sekeluarga… Abang… Abang dah fikir masak‐masak
yang abang nak ‘ikat’ Balkis sebelum Balkis melanjutkan pelajaran ke peringkat master.
Maksud abang… Abang tak halang kalau Balkis hendak sambung belajar. Abang langsung tak
larang. Malahan abang akan memberikan sokongan sepenuhnya. Tentang cita‐cita Balkis tu,
Balkis boleh terus gapai. Tiada halangan langsung pada pihak abang. Cuma, sebagai insan
yang teramat mencintai Balkis. Abang nakkan sebuah kepastian. Kepastian yang diikat dengan
sebuah perhubungan.”
Terkaku aku tanpa bicara. Terasa hendak pecah dadaku menerima debaran yang maha hebat.
“Balkis… Abang sudah memutuskan untuk menghantar keluarga abang masuk merisik Balkis
sekali gus melangsungkan pertunangan kita pada bulan hadapan. Tapi, sebelum segala apa
yang abang rancangkan ini dapat abang laksanakan… Abang perlukan persetujuan dan
keizinan daripada Balkis. Sudikah Balkis?”
“Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah…”
Nama Maha Penciptaku ucapkan berulang kali di hati agar dapatku tenangkan sedikit
kegelisahan yang sedang bermaharajalela.
“Balkis…”
Tersentak aku saat namaku dipanggil lagi. Aturan nafasku atur sebaik mungkin sebelum
mulutku izinkan untuk berkata‐kata.
“Balkis… Balkis perlu berbincang dengan walid wan dan umi tuk dulu.”
“Kalau perkara tu, tak usahlah Balkis bimbangkan. Mama dan papa ada beritahu abang yang
mereka akan berbincang terlebih dahulu dengan wan dan tuk. Tetapi persoalannya sekarang
adakah Balkis bersetuju? Tak guna jugakkan kalau wan dan tuk sahaja yang beria‐ia menerima
sedangkan Balkis…”
Terdengar kesayuan di dalam luahan Abang Fikri kali ini. Rasa bersalah cepat sahaja menjelma.
“Abang…”
Tumpuan Abang Fikri kembali ke wajahku.
“Balkis… Balkis terima.”
Tertunduk aku. Malu dan segan bersatu.
“Alhamdulillah.”
Syukur terlahir di bibir Fikri. Riang bukan kepalang saat segala aturannya dan keluarga
dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Senyuman yang melebar kian merekah tatkala melihat
wajah insan yang teramat dicintainya ini turut diwarnai dengan warna‐warna bahagia.
Keazaman di dalam diri Fikri hadir secara tiba‐tiba. Azamnya! Dia mahu gadis idamannya ini
terus mengukirkan senyuman seperti ini dan tidak akan dizinkan mana‐mana insan menyakiti
dan mengguriskan lagi hati insan kesayangannya ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan