EMAK menghidangkan teh o suam buatnya, mengerti yang anak itu dah lama tidak merasa air
tangannya. Kemudian, dia mengambil tempat di sebelah suaminya, duduk betul‐betul di hadapan Alexander Zulkarnaeen. Gaya anak itu minum diperhatikan saja. Biar dia minum puas-puas dulu, hal nikah kahwin bertunang tu boleh dibincangkan selepas ini. Kalau sebut waktu ini, boleh tersembur pulak kalau tak kena gayanya.
“Zul dah makan?”
“Belum mak. Sambal petai ada?”
“Sambal petai, sambal petai! Balik Kuantan, itu ajelah yang dia nak makan.”
“Mestilah. Itu killer cooking mak. Esok Zul nak makan nasi lemak sambal petai.”
Pesan Alexander Zulkarnaeen, menghabiskan baki minumannya. Abah, Haji Alias tidak bercakap. Matanya leka menonton televisyen. Berbanding dengan emak, abah memang pendiam. Agaknya sikap Haji Alias menurun pula buatnya. Sebab itu rata‐rata stafnya melabel dirinya sebagai pendiam, jarang‐jarang tersenyum dan lebih suka membawa diri.
“Zul...apa kata kita tunggu Abang Long dan Abang Ngah balik dulu, baru kita meminang Intan
Nawrah, ye?” Usul Hajah Normah, buat Alexander Zulkarnaeen hilang tumpuan pada televisyen. Dia menyorot mata pada Hajah Normah, kemudian beralih pada Haji Alias pula.
Tiada respon daripada lelaki bernama abah itu.
“Zul bukan nak majlis beriya pun mak.” ulasnya, masih sopan menutur bicara.
“Iya lah. Mak faham...Tapi cuba bayangkan perasaan abang‐abang dan kakak‐kakak ipar Zul. Nanti apa kata mereka, adik bertunang senyap‐senyap, tahu‐tahu dah nak kahwin. Sebelum diorang kata, kita ni janganlah mulakan. Jangan jadi punca untuk orang terus menyalahkan kita.”
Terang emak, perlahan. Alexander Zulkarnaeen diam. Takkan dia nak berlawan cakap dengan emak pulak? Jika begitu reaksi Hajah Normah, tentu mereka tidak akan menuju ke Tapah esok.
Emak bersungguh‐sungguh mahu hal itu disampaikan kepada Abang Ngah dan Abang Long terlebih dahulu.
“Kalau mak berkeras jugak, kita tak payah pergilah...Batalkan aje. Zul tak mahu menyusahkan Abang Ngah dengan Abang Long. Tak mahu jadi modal buat bergaduh. Tak apalah mak. Kita tak payah ke Tapah esok.” putusnya. Punah harapan nak meminang Intan Nawrah hujung minggu ini. Hajah Normah, awal lagi tak bersetuju.
“Tapi Zul nak mintak mak tolong buat persediaan untuk majlis Zul aje. Zul dah beritahu Intan
Nawrah, nak ke sana sebagai pengantin 31 Disember ni. Untuk majlis keluarga kita, mak dengan abah tolonglah uruskan, ye. Apa yang Zul kena buat atau kena beli, mak beritahu aje. Nanti Zul usahakan.”
Beritahu Alexander Zulkarnaeen. Malas nak memanjangkan cerita ke Tapah lagi. Tak apalah, biar Hajah Normah buat persediaan kahwinnya sahaja. Lagipun dia sangat yakin dengan penerimaan Intan Nawrah. Dia pasti Intan Nawrah akan terima dirinya menjelang 31 Disember ini.
Hajah Normah berkerut kening. Tanpa persetujuan kedua‐dua keluarganya, Alexander Zulkarnaeen buat keputusan untuk berkahwin pada 31 Disember? Hajah Normah mengeleng-geleng kepalanya. Rasa penat pulak dengan karenah anak bongsunya itu.
“Zul, janganlah main‐main hal nikah kahwin ni. Mak bukannya tak mahu pergi meminang Intan
Nawrah tu untuk Zul tapi rancangan Zul ni tergesa‐gesa sangat. Kalau minggu ni Zul balik
berbincang dengan mak dan abah, dua minggu lagi, bolehlah kita ke Tapah. Beri peluang pada semua orang buat persediaan. Abang Haji, cuba nasihat sikit anak awak ni.”
“Nak cakap apa? Awak dah cakap semua dah tadi.” bidas Haji Alias.
Baru kini dia menoleh, itupun sebab dipanggil isterinya. Dia tak minat memberi nasihat terlalu
banyak, lagipun Alexander Zulkarnaeen dah menyatakan keputusannya. Orang tak kahwin, awak bising. Orang nak kahwin, awak bising juga. Mana satu yang betul ni Nah oi! Tapi soalan itu hanya berdetik di dalam hati.
“Anak bongsu awak nak kahwin ni.”
“Baguslah. Itu yang awak sibukkan dari dulu, kan? Takut anak awak bujang terlajak sampai ke tua. Habis, macam mana esok Zul? Cakap betul‐betul, mak dan abah nak pergi meminang ke tidak? Kalau abah, Abang Long dan Abang Ngah tak ada pun tak apa.”
“Mak tak nak.”
“Bukan mak kau yang nak kahwin.”
Selar Haji Alias. Tiba gilirannya pula untuk bersoal jawab dengan Alexander Zulkarnaeen. Tak
sampai hati pula nak menolak permintaan anak itu. Tetapi nak menunaikan dalam masa terdekat, pada keesokan harinya, rasanya permintaan Alexander Zulkarnarnaeen melampau juga. Rasanya, dia di pihak Hajah Normah kali ini, tak bersetuju dengan Alexander Zulkarnaeen.
“Bukan mak tak nak meminang, tapi mak tak mahu buat kerja tergesa‐gesa ni, Zul. Hari ni nak, esok serbu rumah dia. Kalau serbu barang kat kedai tak apalah. Bila‐bila masa, bila‐bila ada duit. Ni anak orang Zul! Dia ada mak ayah dia. Ada adatnya jugak.” tekan Hajah Normah lagi.
Alexander Zulkarnaeen berdiam diri lagi. Teringat cincin yang dibelinya. Nampaknya, dua minggu lagilah cincin itu sampai kepada pemiliknya. Itupun jika Intan Nawrah sudi. Tentu dia sudi. Desis hatinya sendiri, tidak mahu berfikir selain dari yang baik.
“Beginilah, Zul! Dua minggu lagi kita ke Tapah. Beri peluang pada keluarga perempuan untuk
bersedia dengan kedatangan kita.”
INTAN Nawrah berpeluang melihat aksi Naufal bermain‐main kali ini. Dia nampak beransur sihat, tidak seperti sebelumnya. Rasanya, semenjak Naufal dilahirkan, boleh dibilang dengan jari, berapa kali mereka bertemu mata dalam keadaan Naufal sihat. Kebanyakan masa, Naufal sakit dan dirawat di hospital.
Kak Natrah dan suaminya sedang bersiap‐siap hendak pulang. Katanya hendak pusing di Cameron Highland dahulu sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya. Kak Natrah duduk di sebelahnya dengan beg kain di tepi. Dia mendepa tangan, mahu meriba Naufal.
Naufal tidak pula menolak. Dia jalan terkedek‐kedek ke arah Kak Natrah. Intan Nawrah tersenyum, lalu menyorot mata ke arah Siti Fatimah, emaknya.
“E’eh...Dia nak dengan Kak Nat lah!” Ujar Kak Natrah teruja.
Dia deras memeluk Naufal lalu mencium anak kecil itu berkali‐kali. Intan Nawrah tumpang seronok walaupun jauh di sudut hatinya doa tidak pernah putus buat Kak Natrah supaya dikurniakan cahaya mata. Kak Natrah, walaupun tiga belas tahun melayari bahtera perkahwinan, dia suaminya masih belum dikurniakan cahaya mata. Intan Nawrah kagum dengan ketabahan Kak Natrah. Sedikitpun dia tidak merungut dengan rezeki ALLAH walaupun pelbagai ikhtiar telah dilakukannya.
“Agaknya dia nak ikut Kak Nat ke Cameron tak?”
“Eh, boleh sangat! Kak Nat lagi suka. Kan Naufal? Jom kita ke Cameron, nak?”
“Tak naklah...Naufal, kan? Tak nak kacau orang nak honeymoon.” Usik Intan Nawrah, tolong
menjawab bagi pihak Naufal yang tidak faham apa‐apa. Mereka ketawa bersama. Begitu juga Siti Fatimah dan Nur Idayu. Mereka sama menumpang senyum.
“Nawrah, esok balik KL dengan akak tau. Esok akak singgah ambil Nawrah, ye?”
“Eh, tak payahlah Kak Nat! Nawrah ambil bas aje.”
“Tak apa. Kak Nat ambil Nawrah esok. Lagipun haluan kita sama.”
“Banyaknya Nawrah menyusahkan Kak Nat akhir‐akhir ni, kan?”
Balas Intan Nawrah segan, sebaliknya Kak Natrah senyum sahaja. Dia senang berkawan dengan
Nawrah, malah telah menganggap Nawrah seperti adik sendiri. Lagipun, Nawrah tidak ramai kawan di Kuala Lumpur. Tak salah jika dia menolong Nawrah.
“Taklah. Nawrah tak menyusahkan pun. Nawrah mendengar kata, mudah nak urus. Kan, Naufal?”
Tanya Kak Natrah, menggoyang‐goyangkan tangan Naufal. Anak kecil itu menghulur kereta mainan kepada Kak Natrah, mungkin nak mengajak main bersama. Kak Natrah dilihat mengambil kereta itu sebelum mengucup pipi kecil Naufal berkali‐kali.
“Sepatutnya bila jangkaan Naufal ke China?”
“Belum ada tarikh lagi Kak Nat, sebab duit kami masih belum cukup.”
Jawab Nur Idayu perlahan. Sejak berita tentang anaknya yang memerlukan rawatan disiarkan di akhbar, ada juga beberapa orang yang datang melawat Naufal di hospital. Mereka memberi
sumbangan seikhlas hati walaupun Nur Idayu sangat segan menerimanya.
“Mudah‐mudahan ada orang yang sudi membantu Naufal nanti.”
“Doktor kata, kalau boleh selesaikan tahun ni jugak, sebelum bulan 12.”
“Pendeknya masa, sampai bulan dua belas. Memang patutlah Nawrah mintak izin dari Encik Habil. Akak doakan kos berjaya dikumpul sebelum bulan dua belas ni.”
“Amin.” Jawab mereka semua hampir serentak.
Buat Intan Nawrah, doa adalah ubat paling mujarab untuk merawat segala jenis penyakit termasuklah ketegangan perasaan. Tatkala jalan berliku dilalui, hingga hampir memutuskan ikhtiar, hanya pada ALLAH tempatnya mengadu.
“Ini ada sumbangan sikit untuk Naufal, tak banyak, tapi ikhlas dari akak. Harap‐harap sumbangan akak ni dapat meringankan beban Ayu dan suami.” Ujar Kak Nawrah, menghulurkan sekeping sampul berwarna coklat kepada Nur Idayu. Nur Idayu segan sampai malu hendak mengangkat muka, namun dipujuk lagi oleh Kak Natrah.
“Jangan begitu, Ayu. Sumbangan ni untuk Naufal. Tolonglah ambil, akak ikhlas.”
“Akak halalkan, ye?” Kak Nawrah terus memujuk.
Dia tahu apa perasaan Nur Idayu sebagai ibu, tentu mahukan kesembuhan anaknya. Dan dia mengerti juga mengapa Nur Idayu menolak. Itu kerana Nur Idayu mempunyai rasa malu. Kak Natrah akhirnya menarik tangan Nur Idayu. Sampul coklat itu diletakkan di dalam ganggaman Nur Idayu.
“Kak Nat doakan Naufal cepat sembuh dan sihat macam kanak‐kanak lain.”
“Terima kasih, Kak Nat. Semoga ALLAH membalas jasa Kak Nat, murahkan rezeki Kak Nat dan
suami.”
“Amin.” Ucap Kak Natrah, meraup tangan ke mukanya. Dia bersalaman dengan Nur Idayu, bergilir dengan Nawrah dan emak mereka Siti Fatimah. Suaminya yang banyak berdiam diri ikut bangun. Mereka mengucapkan terima kasih, berkongsi perasaan sebelum mengucapkan selamat tinggal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan