AKU datang awal ke pejabat hari ini. Bila dah ada suami tidur di sebelah, malam aku pun menjadi malam yang paling resah walaupun ada juga terselit perasaan indah bila sudah tidur berdua. Memang sangat berbeza perasaannya daripada sebelum ini.
Aku sangkakan encik suami aku ni takkan ikut aku balik semalam. Tanpa aku sedar dia sudah menapak naik tangga bersama aku hingga ke tingkat lima rumah flat yang aku sewa. Kebetulan lift pula rosak semalam.
Aku terus tersadai di atas sofa sebaik masuk ke dalam rumah. Dia pula terus menjelajah hingga ke bilik tidur aku yang tak sempat berkemas. Sebelum balik ke kampung aku tergesa‐gesa meninggalkan rumah. Selalunya aku kemas rumah sebelum pergi bekerja. Itu pun kemas ala kadar apa yang sempat. Balik kerja kalau mod elok barulah aku kemas seluruh rumah, kalau tak tunggu hari cuti barulah aku mengemas.
Selepas berehat seketika semalam aku membersihkan diri dan masuk tidur. Bayangkan, seminggu ni aku terlalu sibuk dengan kerja dan persiapan untuk pernikahan kami. Kena berkejar ke sana dan ke sini. Semua urusan memenatkan minda dan fizikal aku. Ditambah pula dengan hari pertama aku datang bulan. Memang letih teramat sangat.
Bila bangun pagi ini aku terkejut melihat rumah sudah dikemas bersih. Encik Awal pula hanya
tinggalkan nota di atas almari solek. Katanya dia pulang ke rumahnya selepas subuh dan akan bertolak ke tempat kerja dari rumahnya. Maknanya, pagi ni aku datang ke pejabat dengan kereta sendiri.
Yes! Encik Awal memang seorang lelaki dan suami yang amat memahami. Bukan saja dia dah tolong kemaskan rumah aku, malahan dia begitu memahami kehendak aku. Semalam aku tak sedar pun macam mana aku tidur. Adakah aku tidur dalam pelukan dia? Atau, dia langsung tak sentuh aku?
Aku tiada jawapannya kerana tidur aku terlalu nyenyak semalam. Dalam rasa takut, dalam rasa resah sebenarnya aku langsung tak sedar apa yang berlaku. Pelikkan? Mungkin kerana terlalu letih atau sebaliknya.
Aku pun tak pasti. Bila aku bangun pagi ni pun sudah ada sarapan di atas meja. Aku bangun pagi, bersiap, bersarapan dan keluar rumah. Awal sangat lagi dan selepas aku punch card aku naik ke tingkat atas sekali.
Pagi masih awal lagi, sebelum tiba masa bekerja bolehlah aku melapangkan minda aku sebentar di sini sambil mengimbas kembali detik‐detik terindah antara aku dan encik Awal di atas ni. Aku berdiri di hujung koridor sambil menyedut udara segar. Sejuk terasa mencengkam tubuhku hingga ke tulang hitam. Aku mengosokkan kedua belah tanganku dan menekapkan ke wajahku. Terasa hangat seketika. Aku imbas kembali kegiatan aku di atas ini ketika aku mula bekerja.
Aku memerhatikan sekelilingku dan bila mendapati tiada orang lain selain aku, bibirku spontan
mengukirkan senyuman. Inilah masanya aku memulakan aktiviti yang sudah lama aku tak lakukan. Aku mula meregangkan tubuhku. Kebetulan pagi ini aku mengenakan seluar dan blaus jadi memudahkan sedikit pergerakanku berbanding berbaju kurung.
Kemudian aku meletakkan tanganku ke pinggang, aku lenggokkan pinggangku kiri dan kanan.
Selepas selesai sesi melegakan urat‐urat pinggang, aku tunduk pula dan tanganku cuba menyentuh hujung kasut. Tertonggek pula punggungku. Andai ada orang yang sedang mengintai kegiatan aku daripada belakang tentu dia peroleh keuntungan dapat melihat gelagat gila‐gila aku pagi ini.
Selepas dapat menghilangkan sedikit kesejukan tubuhku, aku mengeluarkan telefon bimbitku. Masih ada dua puluh minit lagi sebelum pukul lapan pagi. Masih ada masa lagi untuk aku bersantai di sini buat sedikit waktu lagi.
Aku memulakan aktiviti yang seterusnya. Aku buka fail manager di dalam telefonku. Aku klik
bahagian foto dan mula menjamu mataku dengan gambar‐gambar pernikahan kami. Tanpa sedar aku sentuh dahiku bila melihat gambar encik Awal mengucup dahiku selepas pembatalan air sembahyang.
Seterusnya bibir aku tersenyum mekar selepas melihat pose‐pose lain pula. Dan tanpa sedar aku tiba‐tiba menyentuh bibirku. Erkk..semalam aku mimpi ke atau..? Wajah aku berbahang tiba‐tiba.
Baru aku teringat sesuatu, sebelum aku terlelap semalam terasa sesuatu yang hangat menyentuh bibirku. Aku tutup wajahku dengan telapak tangan. Malunya, rupa‐rupanya dia sempat mengambil kesempatan ke atas aku yang sedang keletihan? Bijak, bijak..tapi tak apa dia adalah suamiku. Aku redha kerana seluruh tubuh, jiwa dan hatiku adalah miliknya.
Aswal Madri ~Ayang..buat apa tu? Pagi tadi abang dah beli sarapan dan tinggalkan di atas meja. Makan ke tidak?~
Ada nada mesej berbunyi dan itu adalah nada yang aku setkan khas untuk whatssap. Aku pantas keluar dari fail manager dan membuka wahatssap pula. Bibir aku sekali lagi sudah tersenyum lebar. Aku menaipkan kata‐kata sambil bibir terus‐terusan tersenyum.
Aku~ Dah makan, Terima kasih abang tolong kemas rumah dan siapkan sarapan untuk orang~ Aku sengaja menaip perkataan abang untuk mengambil hati dia yang telah membuatkan aku benar‐benar bahagia pagi ini.
Aswal Madri~ Abang? Tak sia‐sia abang tolong kemas rumah. Dapat juga hadiah terindah. Aku~ Dalam whatssap jer. Di dunia nyata, nanti‐nantilah yer?
Aswal Madri~ Kalau macam tu rajin‐rajinlah send whatssap untuk abang yerJ
Aku~ Ingat orang tak ada kerja ke? Nak send whatssap jer? Okey..orang dah ada di pejabat ni.
Nak mula kerja dah~
Aku akhiri mesej aku untuk dia dan mula bangun. Sebelum orang lain datang dan kegiatan aku di tingkat atas ni ketahuan lebih baik aku turun dulu.
Aswal Madri~ Bye sayang. Kita jumpa di rumah ya petang nanti.
Aku tersenyum membaca balasan daripada encik Awal dan kaki turut melangkah menuju ke arah lift. Harap‐harap aku takkan terserempak dengan orang lain nanti. Aku menekan butang untuk turun ke bawah bila sampai di depan lift. Jantung berdebar‐debar bila menunggu lift yang sedang naik kerana aku takut terserempak dengan orang lain di pagi hari ini. Kebetulan ini kali pertama aku naik ke sini di awal pagi.
Mudah‐mudahan orang atasan belum datang lagi memandangkan masih terlalu awal. Aku tahu mereka selalu masuk ke pejabat pukul sembilan pagi dan orang macam aku ni masa bekerja kami bermula pukul lapan pagi. Almaklumlah pekerja‐pekerja bawahan macam kami memang wajib datang awal dan bos‐bos besar pula memang itulah masa untuk mereka masuk bekerja. Datang awal ke lewat tetap ada imbuhan besar untuk mereka setiap bulan.
Aku menghela nafas kelegaan bila pintu lift terbuka luas dan lift masih kosong. Aku terus meloloskan diri aku ke dalam lift dan menekan nombor dua. Dalam hati aku sentiasa berdoa agar hari ini akan berjalan dengan lancar.
Semoga segala urusan aku akan dipermudahkan. Dan aku paling berharap hubungan aku dengan encik Awal takkan terbongkar sebelum majlis persandingan kami yang akan diadakan hujung bulan hadapan.
Mengikut apa yang telah dirancang, encik Awal akan mengadakan majlis kenduri itu di kampung kami dan kami akan bersanding serentak dengan kak Ieta. Abang Izzhar pula akan mengikat tali pertunangannya sebelum tarikh persandingan kami. Kata encik Awal, kalau aku tak mahu hubungan kami diumumkan, dia takkan mengadakan majlis persandingan di Kuala Lumpur. Biar hanya saudara mara terdekat saja yang tahu kami sudah menjadi suami dan isteri.
Wah! Dia betul‐betul akan tunaikan permintaan aku. Cair hati aku ini bila dia melayan aku sebegini. Aku rasa perasaan dan diri aku benar‐benar telah dihargai. Perasaan sayang aku semakin bercambah terhadapnya dengan apa yang sedang dilakukannya. Pandai betul dia ambil hati akukan? Aku sayang Aswal Madri!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan