02 JUNE 2012
Mulai saat ini segalanya berubah dalam hidupku. Rasanya seperti hanya mainan mimpi tapi aku harus terima kenyataan ini. Aku disahkan menghidap penyakit barah otak dan barah hati. Kata Doktor Salwa, barah otakku sudah di tahap kritikal manakala barah hati baru di peringkat awal. Sepertinya aku nak tersenyum sebab aku boleh menghidap dua penyakit barah sekaligus. Aku nak ukirkan senyuman tapi air mata yang menitis. Kata Doktor Salwa penyakit itu dah semakin sebati dalam tubuhku. Kalau hanya satu barah, mungkin aku masih boleh bertahan lama tapi dua barah. ALLAH… tubuhku dah tak kuat untuk ini… Apa yang harus aku lakukkan….
Ain.
Buku diary ku tutup sambil mengesat air mata jernih yang jatuh di pipi. Aku menarik nafas panjang sambil berjalan ke arah balkoni rumah tiga tingkat kebangaan Ibu dan Ayah. Anak rambut yang jatuh ku selak perlahan. Kata‐ kata Doktor Peribadi Ayah, Doktor Salwa seperti baru semalam bermain di cuping telingaku.
“Ain, dah lama sampai? akak tak ada bagitahu pun suruh Ain datang,” Suara halus Doktor Salwa ku balas dengan senyum ikhlas. Memang tak salah Ayah pilih Doktor peribadi. Manis wajah dan baik orangnya.
“Ain dah lama tunggulah Kak. Report Ain dah keluarkan kak? Akak cakap hari tu seminggu dah siap tapi ni dah masuk dua minggu, Ain datanglah.” Aku bertanya lembut. Doktor Salwa telah ku anggap sebagai Kakakku sendiri. Hidup sebagai anak tunggal memang sangat membosankan. Mujur Doktor Salwa ada walapun dia hanya sekali sekala datang ke rumah.
Paling tidak aku boleh menjenguk Kak Salwa di Kliniknya.
“Sebelum tu, akak nak tanya Ain, akak harap Ain jawab dengan jujur ya. Ain pernah tak rasa tubuh Ain seakan lemas, sakit kepala ke gitu?” Soalan Doktor Salwa ku sambut dengan tawa kecil. Berkerut dahi Doktor Salwa melihat telatahku.
“Ya ALLAH soalan akak ni macam nak bagi Ain tak hidup lama. Ain rasa sakit kepala tu biasalah
kak, semua orang akan rasa. Kalau yang lain Ain tak ingat sangat. Cuma sebulan dua ni aje Ain rasa macam kepala nak cabut, jantung nak cabut. Entahlah akak, Ain rasa nak cabut aje semuanya. Nyawa Ain pun macam nak cabut…” Kata akhir aku tekankan dalam diam. Ku lihat Doktor Salwa sudah mula menitiskan air mata. Aku sentuh lembut wajahku, tak ada air mata tapi kenapa Doktor Salwa menangis. Aku salah bicarakah?
“Alaa, akak ni. Nangis pulak. Ain nak ambil report cards Ain la bukan nak tengok akak nangis. Ain okey lah akak, jangan nak nangis, kalau Ain tutup mata baru akak boleh nangis. Ain tak marah pun kalau akak nak ratap Ain nanti,” sekali lagi aku berkias sendiri. Mulut ku cekup pantas.
“Ain ni, kesitu pulak budak ni. Akak nak nangis tu kan hak akak. Akak nangis ke dik?” hampir
terburai tawaku melihat Doktor Salwa menyapu air mata dengan tisu. Ditanya aku tapi tengok dua tiga helai tisu tak cukup nak sapu air mata yang jatuh.
“Dahlah, Ain nak tengok report Ain. Akak dah siapkan report tu kan? Meh sini Ain tengok...,”
Aku mengajukan soalan sambil menghulurkan tangan. Lama aku menghulurkan tangan tapi tidak mendapat apa‐apa reaksi dari Doktor Salwa. Dia seolah tidak mengendahkan soalanku.
“Akak! Cepatlah… Ain nak jumpa Lisa lagi lepas ni,” Aku seakan mengertak Doktor Salwa.
“Ain… Em, kalau Ain ambil sekali report tu dengan Ayah Ibu Ain, boleh tak? akak bukan apa, cuma nak orang tua Ain tahu keadaan kesihatan Ain,” Doktor Salwa sibuk membersihkan mejanya. Lah, kesitu pulak dia… Ain datang bukannya nak tengok akak kemas mejalah!
“Akak ni… Nak tunggu Ayah Ibu apanya. Kang tak sempat baru akak tahu. My parent busy 24 hours la akak. Kang kat Malaysia kang kat luar Negara. Akak macam tak tahu aje,” Aku merungut. Doktor Salwa ni ada‐ada aje, selalu tak macam ni.
“Akak sebenarnya tak tahu dari mana nak mula Ain. Akak sendiri macam tak boleh nak terima,”
Doktor Salwa tertunduk. Aku mengerut dahi hairan.
“Apasal akak? Ain sakit ke? Ain sakit apa? Ain tak sihat kan akak,” Spontan soalan itu keluar dari mulutku. Perasaan takut bertandang di sudut hatiku. Doktor Salwa memandang tepat wajahku. Aku menarik nafas panjang.
“Dahlah akak. Bagitahu aje lah. Ain tak sukalah kalau macam ni”
“Tapi akak harap Ain kuat ya. Akak nak Ain istighfar banyak‐banyak”
Aku hanya menganggukkan kepala. Doktor Salwa menarik laci meja lalu mengeluarkan sebuah fail, mungkin itu adalah report aku.
“Akak juga tak percaya dengan report Ain ni. Dua tiga kali akak teliti results Ain ini sebab akak tak percaya, tapi hasilnya tetap sama. Ain… Ain disahkan menghidap menghidap barah otak dan barah hati. Penyakit yang lambat‐laun akan memakan diri Ain sendiri,” Aku tergaman mendengar penjelasan Doktor Salwa, kaku tak terkata. Tak mungkin!
Kelopak mata Doktor Salwa kembali bertakung dengan air mata. Aku cuba untuk tenang. Ku
genggam kedua tanganku lalu membawa ke dada. Aku mula istighfar tanpa sedar. Bibir ku ketap sambil mengusir perasaan kesal dan sedih.
“Ain, akak….” Ku buka kedua kelopak mata mendengar suara Doktor Salwa. Tak sangka Doktor
turut bersedih untuk aku. Terima kasih kak Salwa!
“Ain nak tengok report tu boleh tak akak? Macam tak caya pulak Ain,” Aku berkata lemah.
Report yang dihulurkan ku buka perlahan. Walaupun tak berapa faham dengan isi yang tertulis di dalam report itu, tapi aku tak buta, aku tak bodoh! Nama serta kedua penyakit tertera di atas kertas itu. Aku menarik nafas lagi sambil memandang tepat pada wajah Doktor Salwa.
Senyuman cuba ku berikan seikhlasnya.
“Tak sangka Ain ni kuat sangat kan akak. Dapat dua penyakit sekali gus, tak ramai tau yang bertuah macam Ain,”Aku cuba untuk bergurau tapi air mata sudah lama membasahi pipi. Ku kesat air mata dengan jemari yang mengigil. Doktor Salwa mendakap tubuhku.
Azan Maghrib mengejutkan ku dari lamunan yang panjang. Aku beristighfar panjang. Aku masuk, ingin segera menunaikan solat. Ingin memanjatkan doa agar rasa sakit yang kian menghuni segenap tubuhku dapatku tahan hingga ke saat akhir hidupku.
XXXXXXXXXXXXX
Aku mengeluh lagi. Buku diary ku gengam erat sambil menghirup udara segar. Diary itu tak pernah kutinggal sejak aku mengetahui tentang soal penyakitku. Terasa jari jemariku seperti selalu ingin menari pada tiap halaman kertas diary itu.
Kata Doktor Salwa, jangka hayatku sekitar dua atau tiga bulan sahaja lagi. Dah macam aku ni benda mati pulak, ada jangka expired. Aku terkadang susah nak percaya sebab takdir manusia terletak pada tangan ALLAH, bukannya pada jangkaan manusia. Aku dah puas menangis, tapi aku tahu itu takkan pernah merubah takdir yang tertulis atas hidupku. “Mungkin Tuhan sayangkan aku sebab itulah Tuhan tak bagi aku lama hidup kat dunia,” aku selalu bisikkan kalimah itu untuk untuk mendapatkan sedikit kekuatan dalam meneruskan hidupku yang kian suram.
“Mak kamu melocot, lompat tiang angkat kaki,” aku menjerit nyaring sambil mengurut dada.
Lisa ketawa terbahak‐bahak di belakangku. Macam nak tergolek dah aku tengok. Aku memandang geram, hampir nak lemparkan buku diary di tangan ke arah Lisa. Suka sangat nak menyakat.
“Ya ALLAH, Ain… tak sangka kau update latah kau ni kan. Seminggu tak jumpa, makin power aku rasa latah kau ni. dah boleh masuk competition melatah tau,” Aku menjeling tajam melihat Lisa selamba mengambil tempat di sebelahku tanpa maaf meniti di bibirnya.
“Eh! Kau ni tak ada adab langsung la. Macam tak buat salah aje aku tengok. Maaf tak ada, alihalih
kau dah duduk. Aku suruh kau duduk ke?!” Aku merungut geram. Aku menampar kuat paha Lisa dengan buku Diary. Baru padan muka!
“Ya ALLAH Ain, sakitlah! Yalah, yalah aku minta maaf. Siapa suruh kau tu asyik termenung aje dari tadi. Sampai aku dekat pun kau tak sedar. Kau ni kenapa, hah?” Soalan Lisa membuatkan aku terkedu seketika. Jari‐jemariku berlaga sama sendiri. Cuba untuk mengusir sakit di hati.
Aku tak mungkin bukak cerita dengan Lisa. Walaupun Lisa kawan terbaik aku, selalu ada untuk aku, dan selalu baik dengan aku tapi aku tak mungkin ceritakan dengan Lisa, tak mungkin!
“Eh, kau ni kenapa Ain? Ada yang salah ke dekat wajah aku, yang kau galak nak tengok aku ni
kenapa?” Aku tersengih melihat Lisa sambil mengelengkan kepala. Lisa walaupun agak celupar, tapi hatinya baik. Aku tak pernah bosan berteman dengan Lisa.
“Muka kau tu makin berkedut lah aku tengok. Tu pasal kau asyik nak membebel macam nenek
kebayan”
“Eleeh… cakap aje la aku ni tambah cantik. Aku hari‐hari minum jamu mak dara, takkan berkedut punya. Aku yang patut komen kau sebab muka kau tu makin pucat, sesuai jadi Pontianak. Kau ni tak sihat ke Ain? Muka pucat semacam aje,” Aku pantas mengukirkan senyuman mendengar pertanyaan Lisa.
“Eh, mana ada, aku sihatlah. Aku terlebih pakai makeup tadi kot. Tu yang lain sikit. Pucat sangat ke, sesuai jadi Pontianak tak? Kalau okey, hari‐hari aku dandan macam ni. Baru real Pontianaknya, kau kan suka sangat dekat Pontianak,” aku menyakat Lisa. Lisa mula menggeliat geli, ketara sangat wajahnya yang sangat anti dengan Pontianak. Takutlah tu.
“Dah, jom masuk kelas. Malas aku nak layan kau ni. kadang‐kadang otak mereng juga,” Aku pantas menarik lengan Lisa apabila dia mula untuk melangkah. Lisa terduduk semula.
“Lisa, kita kawan sampai bila‐bila kan. Kau sayang kan aku kan? Nanti kalau aku pergi kau datang kan jenguk aku,” Pertanyaan spontanku membuatkan Lisa mengerut dahi hairan. Lisa menyentuh dahiku pantas.
“Panas tak juga, biasa aje. Eh, Ain! kau ni kena sampuk ke apa, tiba‐tiba aje mengarut tak tentu pasal. Kau nak ke mana pulak? Nak ke Us? Nak ke Paris? Buat apa nak jenguk kau,” Lisa merungut sambil memandang wajahku. Aku mengaru‐garu kepala.
“Tak adalah, aku kat sini aje lah. Manalah tau aku nak pergi nanti, tak ke kau jenguk aku,” aku
berkata perlahan sambil menundukkan wajah. Air mata cuba ku tahan dari jatuh ke pipi.
“Iya, aku jenguk kau nanti ya. Hari‐hari aku jenguk kau bila kau nak pergi nanti. Kata kat sini juga, tapi nak suruh aku jenguk. Mengarut kau ni Ain. Selalunya kau nak temankan kau kat rumah, kau tak nak, ada bibik lah. Tak faham aku. Dah jom, nanti lewat kita”
Aku hanya memandang Lisa yang makin menjauh. Air mataku sapu sebelum bangun. Aku tersengih dalam sendu. Ya mungkin Lisa akan jenguk aku hari‐hari nanti tapi rumah aku dah lain dah waktu itu. Biarlah Lisa akan faham bila tiba saatnya nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan