Label

Ahad, 11 Disember 2016

NOVEL Berikan Aku Cinta Bab18

“Mujur Encik Nazwan menghantar anak kawan encik ni secepat yang mungkin. Jika tidak, agak
sukar untuk kita selamatkan dia tetapi kuasa ALLAH, siapa yang tahukan. Anak kawan encik dalam keadaan stabil cuma dia perlukan rehat yang banyak. Moga Encik Nazwan bersabar sedikit dan dia memerlukan masa untuk sembuh,” beritahu doktor yang merawat Zamri bila dia mula keluar dari wad yang menempatkan Zamri di hospital itu.

“Terima kasih ya doktor,” ucap Encik Nazwan tersenyum hambar bila mendengar penerangan ringkas yang cukup melegakan hatinya. Doktor itu hanya mengangguk dan berlalu pergi dan meninggalkan dua beranak itu di kerusi menunggu. Mereka berdua duduk semula sambil menenangkan fikiran.

“Ayah rasa, sudah sampai masanya,” kata Encik Nazwan bersuara semula.

“Sudah sampai masa apa yah?” soal Nuraini ingin tahu.

“Sudah sampai masanya Ain kahwin dengan Zamri,” permintaan Encik Nazwan, bagaikan satu bala baru tiba di dalam hidupnya. Nuraini tertunduk melihat lantai. Tidak sanggup bertentang mata dengan ayahnya.

“Ayah tahu Ain tak sanggup tapi melihatkan cara dia berbuat begitu pada Ain, ayah tahu dia cintakan Ain. Ayah tak kata dia tak salah dalam hal ni cuma manusia tak pernah buat silap. Manusia tak sempurna semuanya. Ain kena ingat tu,” ujar Encik Nazwan memberi kata nasihatn buat anak perempuannya.



“Ain tak sanggup yah. Ain tak sanggup nak kahwin dengan dia. Tak sanggup nak hidup bersama dia yah,” rungut Nuraini bersungguh‐sungguh.

“Ayah tahu tapi ini semua untuk kebaikan semua orang. Bukan saja untuk menutup aib keluarga kawan ayah tapi ayah tak nak kejadian ini berlaku buat kali kedua. Sebab tu ayah minta sangat perkahwinan Ain dengan Zamri berlangsung,”

“Permintaan ayah tidaklah sebesar mana pun tapi mungkin secara perkahwinan, Ain boleh belajar menerima Zamri dan sudi memaafkan dirinya nanti walaupun bukan dalam masa yang terdekat. Cinta boleh di pupuk selepas kahwin. Ayah harap, Ain pertimbangkan apa yang ayah putuskan untuk Ain ya. Ayah tak nak Ain terseksa lagi,” ucap Encik Nazwan bangun dari duduk meninggalkan Nuraini keseorangan di situ. Memberi ruang untuk anaknya berfikir panjang.

Nuraini memejamkan matanya rapat. Air matanya mengalir lagi kerana peristiwa tadi. Hendak
salahkan siapa lagi, dia sendiri pun tidak tahu. Semuanya berlaku dalam masa yang pantas dan cepat. Sedar‐sedar, Zamri telah di masukkan ke hospital kerana hantukan kuat di sofa. Dia tidak tahu berbuat apa lagi saat ini. Fikirannya semakin menemui jalan buntu.

Tangisan isterinya masih lagi belum reda. Cukup jelas walaupun dari luar bilik jelas kedengaran
kerana peristiwa petang tadi. Sehingga malam, isterinya masih dalam keadaan yang sama. Sudah penat dia memujuk tetapi tidak satu pun berbuahkan hasil yang positif. Kali ini, dia mencuba lagi. Pintu bilik di buka perlahan dan penuh tertib. Melangkah menuju ke katil di mana isterinya masih di situ bersama tangisan pilu.

“Ika… abang minta maaf. Abang tak sengaja. Abang kesal sangat dengan apa yang abang dah buat pada anak kita. Abang tak sangka perkara begini boleh berlaku. Maafkan abang ya. Ika dari tadi lagi tak makan apa‐apa,” pujuk Encik Zakuan lembut.

“Biar Ika tak makan langsung. Ika rela mati dengan Zamri daripada hidup dengan abang yang tak ada hati perut pada anak kita sendiri,” luah Puan Zulaika dengan marah.

“Mengucap Ika. Abang dah minta maaf. Abang tak sengaja,” sekali lagi Encik Zakuan cuba memujuk.

“Mengucap? Sebelum abang pukul anak kita, abang tak mengucap? Anak kita dan nak mati, baru abang pandai mengucap,” sindir Puan Zulaika pedas. Encik Zakuan terkedu dan terasa ke lubuk hatinya akan sindiran pedas itu dalam dirinya.

“Apa yang Ika cakap ni? Anak kita belum mati lagi. Dia ada di hospital. Nazwan yang bawakan anak kita ke sana. Anak kita masih selamat. Anak kita masih lagi hidup,” beritahu Encik Zakuan keadaan sebenar anak lelaki mereka berdua.

Ternyata, pemberitahuan itu tidak berhasil sedikit pun. Encik Zakuan sudah tidak tahu untuk berbuat apa. Dia menyerah kalah dalam hal ini. Segala pujuk‐rayu tidak di hiraukan lagi oleh isterinya sendiri. Dia melangkah keluar dari bilik tidurnya. Meninggalkan isterinya keseorangan bersama tangisan yang tiada penghujungnya. Mungkin isterinya memerlukan masa untuk bersendirian. Dia menutup daun pintu bilik rapat dan berlalu ke ruang rumah itu untuk keluar.

Encik Zakuan melangkah laju ke wad yang menempatkan anaknya di hospital yang di kunjungi.
Setelah pintu di tolak, dia dapat melihat anak lelakinya terbaring lesu di atas katil. Dia merapati ke katil itu dan duduk di kerusi yang di sediakan.

Dia mengenggami tangan anak lelakinya erat lalu di kucup penuh kasih dan penuh kekesalan. Dia tidak tahu untuk berbuat apa bagi anaknya sedar ketika itu juga. Mahu saja dia mengantikan tempat anaknya untuk menanggung kesakitan yang dia buat pada anak kandungnya sendiri. Saat tangan Zamri di pegang erat dan di elus lembut ke pipinya, air matanya jatuh lagi. Dia tidak dapat menahan sendu melihat keadaan anak lelakinya sekarang.

Walaupun hanya menerima tamparan hebat, dia tahu anaknya pasti kecewa kerana mempunyai ayah seperti dirinya. Tidak bertolak ansur, panas baran dan bertindak melulu tanpa berfikir dulu.

Aku memang ayah tak guna! Bentak Encik Zakuan dalam hati.

Dia menangis bagai budak kecil di birai katil. Air mata lelaki begitu murah ketika ini. Terlalu
menyesal sehingga tidak boleh berpatah balik. Dia mengenggam erat lagi tangan kasar anak lelakinya lagi.

“Maafkan ayah Zam. Maafkan ayah,” ucapan dari Encik Zakuan ikhlas dari lubuk hatinya sendiri. Entah ya entah tidak anak lelakinya dapat memaafi dirinya nanti. Dia terima apa saja keputusan dan dia hanya berserah.

“Maafkan aku Naz. Aku minta maaf banyak‐banyak,” ucap Encik Zakuan pula pada Encik Nazwan saat dia keluar dari wad anak lelakinya. Dia memeluk erat teman baiknya itu yang mengajar erti kasih pada anaknya sendiri. Dia tahu silapnya tapi semuanya sudah terlanjur. Dia perlu memperbaiki dirinya agar lebih berhati‐hati pada hari kelak.

“Sudahlah. Perkara hendak berlaku, semuanya ALLAH dah rancang. Kau banyak‐banyak berdoalah untuk anak kau tu. Dia tak serius mana pun. Cuma cedera ringan saja. Kau perlu berhati‐hati lepas ni. Jangan ikut sangat rasa amarah kau tu. Kita bincang elok‐elok. Tak perlu hukum anak kita macam tu sekali. Kalau kita cegah macam mana sekali pun, kalau ianya nak berlaku, tetap akan berlaku. Itu semua takdir Tuhan yang perlu kita terima,” pesan Encik Nazwan menegur supaya sahabat baiknya itu tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

“Aku janji aku tak kan ulangi lagi pada anak aku nanti. Aku akan jaga dia baik‐baik lepas ni,” Encik Zakuan memberi jaminan. Moga, dia boleh melaksanakan sumpah dia bahawa dia tidak akan mengasari anaknya lagi.

“Isteri kau macam mana sekarang ni? Dah okey?” tanya Encik Nazwan ingin tahu. Melalui pujukan isterinya, dia di maklumkan bahawa masih lagi tiada perubahan bila isterinya cuba sedaya upaya memujuk isteri sahabat baiknya agar dia bertenang pada hari peristiwa tersebut.

“Belum. Aku tak tahulah macam mana nak pujuk lagi. Pening kepala aku fikirkan,” keluh Encik
Zakuan bila memikirkan isterinya yang masih lagi melancarkan rajuknya yang tiada penghujung.

“Sabar je lah. Kau kena faham kenapa dia buat macam tu. Dia pun, sayangkan anak dia juga. Sebesar mana pun salah Zam tu, dia tetap sayangkan anaknya sendiri. Kau tampar Zam depan mata dia. Mungkin susah dia nak terima bila kau buat macam tu pertama kali,” ujar Encik Nazwan memberi kemungkinan besar kenapa isteri Encik Nazwan masih berkeadaan sama.

“Harap dia boleh maafkan aku,” balas Encik Zakuan lemah suaranya.

“Harap macam tulah. Satu lagi, aku rasa ini cara yang terbaik untuk kita berdua. Aku nak anak kita berdua kahwin secepat yang boleh. Aku tengok, Zam betul‐betul cintakan anak aku, Nuraini,” beritahu Encik Nazwan tanpa berselindung lagi.

“Apa? Kahwin?” Encik Zakuan sudah pun terkejut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan