PANGGILAN telefon emak sebentar tadi menyebabkan Intan Nawrah termenung lama. Kata emak, doktor sarankan supaya segerakan pembedahan. Dan ketika dia bercakap dengan adiknya Nur Idayu, duit yang berjaya dikumpul setakat ini baharu sahaja mencecah tujuh ribu. Dia turut bingung, tak tahu mana nak mencari baki kos pembedahan. Sebenarnya mereka bersembang panjang, malah emak berniat hendak menjual sahaja rumahnya di Taman Bukit Hijau. Intan Nawrah sahaja yang menahannya. Sayang! Rumah itu hasil pencarian bersama antara emak dan dan ayah. Itu saja pusaka yang ada untuk anak cucu menumpang teduh. Di akhir perbualan, Intan Nawrah berjanji kepada emak, hendak meminta bantuan rakan‐rakan untuk memuatkan kisah si kecil Naufal ke dalam akhbar. Mudah‐mudahan ada dermawan yang baik hati sudi meringankan beban mereka. Intan Nawrah sendiri tak pernah sekalipun tertinggal dari memberi. Sekecil‐kecil nilai, walaupun tidak berduit, dia akan mendahulukan Naufal, si kecil kesayangannya itu.
Kudin di sebelah dijelingnya. Kalau Kudin tidak sibuk, dia hendak mendapatkan nasihat Kudin
tentang hal itu. Intan Nawrah pula semakin tidak sabar. Jangan melengah‐lengahkan!
Pesannya buat diri sendiri.
“Abang Kudin...”
“Yup!”
“Busy tak?”
“Biasa‐biasa aje. Kenapa?”
“Nawrah nak tanya pendapat Abang Kudin ni.”
“Nawrah nak kahwin ke? Wah bestnya nak makan nasi minyak Nawrah. Bila tu?” Tanya Kudin teruja tak tentu pasal. Intan Nawrah menggeleng. Begitulah Abang Kudin, mudah menyimpang dari haluan. Lain yang nak diberitahu, lain pula kisahnya dileretkan.
“Bukanlah.”
“Siapa nak kahwin? Ada dengar‐dengar bunyi kahwin tadi. Kudin ye? Ada hati kau nak kahwin
lagi?”
Suara Kak Natrah pula kedengaran di antara mereka. Habislah! Lain yang nak dibincangkan, lain pula yang disembangkan mereka. Kalau tak sekat awal‐awal, memang meleret‐leret ni. Fikir Intan Nawrah.
“Apahal aku pulak? Ni cik adik manis kita ni.”
“Bukan macam Abang Kudin fikirlah!” balas Intan Nawrah, geram.
“Anak saudara Nawrah ni...umur baru setahun dua bulan. Dia ada masalah hati. Hatinya gagal
berfungsi. Kami semua buntu tak tahu mana nak cari duit. Doktor kata dia kena jalani pembedahan di China.”
Cerita Intan Nawrah, perlahan. Kak Natrah yang bertenggek di kerusinya tadi mula menarik satu kerusi kosong berhampiran lalu duduk disebelahnya.
“Alah...keciknya umur dia dah menanggung sakit macam tu. Berapa kosnya Nawrah?”
“Banyak, kak. Seratus enam puluh ribu ringgit.”
“ALLAHU Akbar. Tingginya kos pembedahan.” Kak Natrah terkejut, sambil memegang kedua
pipinya.
“Mintak sumbangan lah dari orang awam, Nawrah. Tapi mintak izin dari Encik Habil dulu. Nanti, Abang Kudin bawak Nawrah jumpa Zura. Dia yang incharge kebajikan.”
“Nawrah, adik, suaminya dengan mak dah tak tahu mana nak korek duit. Padahal kami dah berempat, bukannya lone ranger.”
“Ayah kepada Naufal, kerja sampai lewat malam, hari‐hari begitu sebab nak cari duit lebih, tapi
banyak manalah sangat yang dia dapat sebulan. Sewa rumah, beli barang dapur, bil api air, rawatan anak sakit lagi, GST lagi?”
Suara Intan Nawrah kedengaran tertekan. Walaupun nampak boleh menjalani kehidupan seperti biasa, tiap kali nak memejam mata, raut wajah Naufal dulu menyapa. Hanya dia saja yang tahu betapa gusarnya diri tidak dapat membantu Naufal. Tetapi panggilan dari emak tadi mengubah persepsi Intan Nawrah. Mahu tak mahu, dia perlu menebalkan muka. Biarlah orang pandangnya sebelah mata sekalipun, nyawa Naufal dulu yang perlu diselamatkan.
“Betul. Kita semua rasa, Nawrah. Bebanan kos sara hidupyang tak mampu kita tanggung. Kalau sihat walafiat, mungkin ALLAH turunkan ujian lain, tapi kalau ada anak kecil yang sakit macam anak saudara Nawrah tu, dengan kos pembedahan yang tinggi. ALLAHHU Akbar. Buatlah segera Nawrah. Jumpa Encik Habil dulu. Berat kita pikul sama, ringan kita jinjing sama. Ye?”
Intan Nawrah mengangguk. Dia perlu bertindak segera. Kasihan Naufal menanggung derita. Teringat kata emak, Naufal ada peluang untuk terus hidup jika pembedahan segera dijalankan. AMANI mengangkat muka apabila disapa Intan Nawrah. Dia membalas sapaan itu dengan senyuman. Lama tak melihat Intan Nawrah di Unit Pentadbiran jika tidak ada sebab‐sebab tertentu. Biasanya dia hendak berjumpa dengan Encik Muhammad Habil. Tentu hari ini dia ada urusan lagi dengan ketua jabatan mereka.
“Nawrah. Lama tak jumpa. Sihat ke?”
“Sihat, alhamdulillah. Amani? Makin cantik dan berseri‐seri, apa petuanya?” Puji Intan Nawrah,
ikhlas. Memang dia suka melihat raut wajah Amani. Dia selalu memukau pandangan dengan
pakaiannya yang selalu cantik.
“Mana ada petua lah Nawrah. Biasa‐biasa aje.”
“Iya lah tu. Saja tak nak share, kan?”
“Betul. Tak ada. Kalau ada, saya announcesatu balai berita. Biar semua orang tahu rahsia saya.” Balas Amani, mengangkat sebelah tangannya bagai berikrar. Intan Nawrah ketawa sebelum menarik tangan kawannya itu.
“Encik Habil ada dalam tak?”
“Tadi ada orang jumpa dia. Kejap ye, nak pi intai kejap.” Jawab Amani, meninggalkan Intan Nawrah serta‐merta. Pada Intan Nawrah, Amani lincah bekerja. Pantang ditanya, terus bertindak. Padahal, dia sendiri boleh mengetuk masuk bilik Encik Muhammad Habil.
“Tunggu kejap ye, Nawrah. Bos tengah jawab call. Dia mintak masa lima minit lagi.”
“Duduklah dulu.”
Pelawa Amani lagi, sambil menunjukkan sebuah sofa merah di sudut dengah ruang pejabat itu. Intan Nawrah mengangguk. Dia mencapai akhbar Berita Metro terbitan hari ini. Saja pulak dia menyelak halaman sukan, nak mengintai sudut coretannya saban hari. Mujurlah dia tak ditugaskan untuk mereview perlawanan bola sepak. Dia kurang arif hal bola, malah tak berminat dengannya tetapi terpaksa juga ambil tahu selepas bertugas di Unit Sukan. Habis semua majalah sukan dibacanya untuk mengkaji teknik penulisan artikel mereka. Saban masa, jika tiada tugasan luar, itulah rutinnya di Unit Sukan, belajar dan terus belajar.
“Intan!” Panggil seseorang. Intan Nawrah mengangkat mukanya.
“Awak nak jumpa saya, ye?”
“Mari masuk!” Ajaknya, membuka pintu seluasnya buat Intan Nawrah. Dia dan Amani bertukar
senyuman sebelum Intan Nawrah hilang dari pandangan.
“Duduklah.” Pelawa Encik Muhammad Habil, mesra seperti selalu.
“Emmm...Encik Habil, sebenarnya begini. Keluarga saya sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah. Anak saudara saya yang berusia setahun dua bulan menghidap masalah kegagalan fungsi hati. Doktor mintak kami sediakan kos seratus enam puluh ribu ringgit untuk tujuan pembedahan di China. Masalahnya kami semua tak mampu. Saya nak mintak jasa baik Encik Habil, supaya kes anak saudara saya ni boleh di kentengahkan dalam Berita Metro. Kami nak mohon sumbangan orang ramai.” Cerita Intan Nawrah panjang lebar.
Mula‐mula tadi dia berasa gugup dan berdebar‐debar, tetapi terpaksalah menebalkan muka untuk Naufal. Encik Muhammad Habil di depannya tidak menjawab, hanya mendiamkan diri. Intan Nawrah jadi khuatir, bimbang jika hal itu tak dilayan Encik Muhammad Habil. Jika tak berjaya, Intan Nawrah perlu memikirkan jalan lain pula. Yang penting kesihatan Naufal pulih seperti sedia kala. Sejak disahkan mempunyai masalah hati pada usianya lapan bulan, Intan Nawrah tak pernah lihat Naufal aktif bermain seperti kanak‐kanak lain.
Ada juga sesekali Intan Nawrah lihat anak saudaranya aktif bermain, kemudian, dia akan jatuh sakit beberapa hari. Kesihatannya mudah sangat merosot. Sehingga usianya setahun dua bulan, kebanyakan masanya dihabiskan dengan berulang alik ke hospital. Sebab itu tamat sahaja semester akhir, dia terus bekerja dengan Mak Su Lia. Niatnya hendak membantu emak Siti Fatimah dan Nur Idayu sendiri.
“Kejap, Intan.”
Suara Encik Muhammad Habil akhirnya kedengaran. Intan Nawrah mengangguk. Dia lihat sahaja gerak geri Encik Muhammad Habil yang menghubungi seseorang. Daripada perbualan itu, Encik Muhammad Habil sedang berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh Intan Nawrah dan meminta bantuan Ketua Pengarang memberi sedikit ruang kepada masalah yang dihadapi oleh dirinya dan keluarga. Dia menanti perbualan itu dengan sabar sehingga tamat.
“Saya dah uruskan dengan Ketua Pengarang Encik Mizan. Katanya, dia boleh tolong masukkan
artikel tentang anak saudara awak dalam akhbar hari Khamis ni. Tapi dia nak turun padang esok, nak ziarah keluarga awak sambil buat temubual.”
Beritahu Encik Muhammad Habil, memandang tepat wajahnya. Intan Nawrah mengangguk.
Sekurang‐kurangnya dia sudah boleh menarik nafas panjang dengan hati yang lebih tenang. Semoga doanya dimakbulkan ALLAH.
“Alhamdulillah, kalau macam tu...boleh saya ambil cuti esok? Saya nak ikut serta jugak Encik
Habil.”
“Tak payahlah, Intan. Awak bertugas macam biasa. Biarlah Encik Mizan buat kerjanya. Nanti beri alamat keluarga awak dan nombor telefon untuk dihubungi pada Encik Mizan.”
“Terima kasih banyak, Encik Habil.”
“Sama‐sama.”
“Saya mintak diri dulu.”
Ujar Intan Nawrah mula tersenyum. Dia mulai bangun tetapi suara Encik Muhammad Habil
kedengaran pula. Intan Nawrah mula berdiri di belakang kerusi, menyorot matanya terus ke arah Encik Muhammad Habil.
“Berbeza betul muka awak masuk dengan muka awak nak keluar dari bilik saya ni, Intan. Tadi saya nampak awak susah hati, ni dah boleh tersenyum.” Usiknya.
Intan Nawrah tidak menjawab tetapi hanya melorek senyuman buat ketua jabatannya. Dalam hati ada doa dititip buat lelaki itu, semoga ALLAH memurahkan rezeki buatnya yang sudi membantu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan