Label

Jumaat, 9 Disember 2016

NOVEL Aku Dan Bos Bab20

ROMBONGAN pengantin lelaki dah tiba dan mengambil tempat di ruang tamu. Kak Ieta juga sudah duduk bersimpuh di belakang pengantin lelaki. Ketika jurunikah baru nak memulakan tugasnya, encik Awal masuk dan duduk berlutut di depan kak Ieta. Serius, aku memang kesian tengok dia tapi aku masih ingin melihat dia berusaha untuk meluahkan perasaannya. Ketika aku mengintai gelagat dia dari jauh, abang Izzhar masuk ke dalam rumah dan berdiri di sebelah aku.

‘’Has, kenapa jadi macam ni? Orang lelaki pun ada maruah dan harga diri Has.’’ Aku tersentap
mendengar kata‐kata abang Izzhar tapi aku tetap tak mahu mengalah. Aku ingat lagi malam itu bila aku tiba‐tiba dipanggil naik ke atas pentas dan encik Awal melamar aku di depan orang ramai. Walaupun nampak macam lakonan tapi aku juga turut rasa malu diperlakukan seperti itu. Alah, dalam majlis akad nikah ni bukannya ramai mana pun. Cuma saudara mara aku dan rombongan pengantin lelaki saja. Aku berbisik di dalam hati.

‘’Izz..’’ encik Awal mula bersuara. Hanya nama aku yang disebutnya. Nampak macam payah sangat dia nak memulakan kata. Kak Ieta pula nampak macam tenang saja. Mata semua tetamu kini sedang menghala ke arah encik Awal dan kak Ieta.

"Izz..jangan macam ni. Saya tak sanggup kehilangan awak Izz. Takkan awak sanggup lupakan saya macam tu saja? Siapa pula lelaki ni? Hari tu tunang awak orang lainkan?" aku dengar encik Awal bersuara lagi.



" Izz..maafkan saya. Semua tu hanya gurauan saja untuk menguji perasaan awak. Saya cuma nak tahu perasaan awak terhadap saya saja. Jangan macam ni Izz, please.." aku sudah menekan perut melihat gelagat encik Awal yang masih tak berputus asa merayu kak Ieta.

"Has, keluarlah. Kesian Awal tu. Sampai bila Has nak dera dia macam tu? Kalau abang ditempat dia, tak sanggup abang nak tebalkan muka macam tu.." abang Izzhar mencuit aku dan meminta aku munculkan diri. Aku masih lagi ingin menguji encik Awal.

"Biarlah abang. Bukan senang nak tengok drama free depan mata. Lagipun, Has teringin nak dengar ayat‐ayat cintan encik Awal yang seterusnya." aku keluarkan kenyataan yang sangat kejam. Abang Izzhar sudah mengelengkan kepalanya berkali‐kali melihat kedegilanku.

"Izz Zahrah Hasyilla! Keluar sekarang!" lain yang aku fikir, lain pula yang terjadi. Tiba‐tiba saja
abah menyeru nama aku dan semua tetamu terutamanya saudara mara aku sudah memandang tepat ke arahku. Terpaksa juga aku munculkan diri sambil tersenyum kelucuan.

"Encik Awal, itu kakak kembar saya, Izz Zahrah Hasyieta. Sorry, encik Awal ingat encik Awal saja ke yang pandai nak kenakan orang? Orang kata hutang darah dibayar darah, tapi Izz Zahrah Hasyilla kata hutang prank dibayar sama rata. Peace!" aku berkata kepada encik Awal sambil membuat peace dan bibir aku sudah lebar dengan senyuman.

"Apa maksud awak? Apa semua ni Izz?" suara gugup encik Awal kedengaran sambil dia memandang aku dan kak Ieta silih berganti.

"Yang tu siapa? Dia tunang awakkan?" encik Awal bertanya sambil menudingkan jarinya ke arah abang Izzhar pula.

"Dia abang saya. Maaf encik Awal. Saya tak sangka encik Awal ni pandai berlakon. Kalau saya jadi penerbit filem gerenti saya ambil encik Awal sebagai watak utama." aku masih ada hati untuk berseloroh lagi. Wajah encik Awal sudah bertukar warna. Telinganya juga sudah merah.

Marah ataupun malu, aku tak pasti.

"Izz Zahrah..awak memang sengajakan?" suaranya semakin perlahan dan wajahnya sudah mencerun geram ke arahku. Aku mula rasa serba salah berdepan dengan dia sekarang. Aku pandang wajah abah, aku pandang kak Ieta dan akhir sekali aku pandang wajah abang Izzhar mohon pertolongan.

‘’Awal, aku rasa semua ini hanya salah faham saja. Izz Zahrah tak bersalah dalam hal ni. Kita pun bersalah juga sebab kita pun selalu kenakan dia. Aku rasa semua ini kifarah, sepatutnya kau kena bersyukur sebab bukan Izz yang akan nikah.’’ Encik Zuhaimie masuk dan menyelamatkan keadaan. Aku sudah mula mengesat air mata yang tak semena‐mena menitis ke pipi. Aku tak dapat nak mengambarkan apa perasaan aku sekarang ni.

‘’Betul, kalau encik Awal nak marah juga, saya tak kisah. Encik Zuhaimiekan ada. Encik Awal tak
nak, saya ngorat encik Zuhaimie pulalah.’’ Entah daripada mana idea mengarut tu menjengah dalam kepala hotak aku ni. Tak pasal‐pasal nama encik Zuhaimie yang aku sebut dan aku sudah terdengar encik Zuhaimie ketawa dengan ayat‐ayatku.

‘’Awak tak kesian ke Izz? Awal dah hilang separuh nyawa sebab awak, takkan awak nak uji dia lagi? Pasal gambar yang dia hantar tu, semua kerja saya…’’

‘’Saya tahu encik Zuhaimie. Saya dah dengar tadi, di sebalik langsir, di tepi tingkap. Tak apa, saya tak kisah. Esok suruh kawan baik encik Zuhaimie ni buat lagi macam tu. Alang‐alang nak edit gambar dan hantar kepada saya, bagi banyak sikit, setakat tiga keping tak cukup untuk
dipublishkan.’’ Aku memangkas kata‐kata encik Zuhaimie dan cuba mengertak encik Awal.

Terbuntang mata dia mendengar kata‐kataku.

‘’Lebih baik awak delete gambar tu. Saya saman awak nanti!’’ amboih, ada hati lagi nak beri aku amaran. Aku cebikkan bibir kepadanya dan berlalu dari ruang tamu kerana aku baru tersedar semua mata sudah memandang kami sambil mulut mereka tak henti‐henti bersoksek-soksek.

‘’Minta maaf pak cik sebab dah buat kecoh. Minta maaf semua.’’ Encik Zuhaimie sekali lagi
menyelamatkan keadaan dengan meminta maaf kepada abah dan kepada semua tetamu yang 
menyaksikan adegan spontan kami tadi. Aku pula sudah keluar dari rumah dan masuk ke bawah khemah dan menuju kepada Puan Afifah dan keluarganya. Encik Awal dan encik Zuhaimie juga menuju ke arah yang sama. Puan Afifah menyambut aku dengan senyuman lebar sambil mengeleng‐gelengkan kepalanya.

‘’Pandai awak Izz, ini kali pertama akak tengok Awal tu buat perangai macam tu. Kuat juga penangan Izzkan?’’ Puan Afifah bersuara sambil tersenyum. Encik Amri sudah tergelak sambil melihat encik Awal dan encik Zuhaimie melangkah ke arah kami. Aku pula sudah duduk di tepi Puan Afifah sambil berpura‐pura mengacah anak keduanya. Lina dan Umai juga sedang berjalan ke arah kami. Mereka juga turut ada di dalam rumah menyaksikan adegan spontan tadi. Tak tahulah apa yang mereka fikir. Marahkah mereka?

‘’Sukalah tu?’’ encik Awal bersuara sebaik dia melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Aku
berganjak sedikit dan berpura‐pura tidak mendengar. Semakin rancak aku bermain dengan Syarina yang baru berusia dua tahun itu. Melihat dia ketawa setiap kali aku mengacahnya membuatkan hati aku sedikit lega.

‘’Kak Izz, ini kali pertama Lina tengok drama tanpa skrip. Macam best, tapi kesian pun ada juga
tengok hero tu tadi. Walau apa pun, Lina takkan sesekali memihak mana‐mana pihak sebab Lina tahu kak Izz pun mangsa juga. Gambar yang abang Awal hantar tu, kalau Lina yang jadi girlfriend abang Awal pun, memang Lina reject abang Awal, la, la tu jugak. Memang daring habis.’’ Bila tahu Lina memihak kepadaku, aku menjungkitkan keningku berkali‐kali kepadanya.

Ada juga geng yang nak memihak kepadaku. Nasib baik lagi.

‘’Nasib baik lagi abang hantar gambar tu, kalau tak, tak adalah orang tu nak confess kat abang,’’ wajah aku rasa terbakar mendengar sindiran encik Awal. Encik Zuhaimie sudah ketawa sakan. Aku mengebam bibir menahan geram.

‘’Confess apa?’’ Lina menyoal laju.

‘’Lina nak baca ke?’’ encik Awal sudah mengeluarkan telefonnya. Aku menjeling geram.

‘’Delete! Kalau tak saya betul‐betul publishkan gambar encik Awal tu. Gempar satu Malaysia tengok CEO syarikat Aswal Mardi dalam pose maut macam tu,’’ aku mengertak dia pula. Dia sudah tergelak.

‘’Cubalah kalau berani. Nanti saya suruh Mie edit gambar kita pula dalam pose macam tu. Mahu?’’ aku menjegil. Amboi, tak habis‐habis lagi nak ugut aku?

‘’Aku tak mau masuk campur!’’ kata‐kata encik Zuhaimie buat aku tersenyum kemenangan lagi.

‘’Berani masuk campur, nanti saya pun publishkan gambar encik Zuhaimie yang ada pose maut
macam tu juga. Kan Lina?’’ spontan Lina meletakkan jari telunjuknya di bibir.

‘’Lina! Delete!’’ Lina pula mendapat amaran daripada encik Zuhaimie. Yang lain sudah tercenggang melihat kami bertiga terutamanya Umai yang pastinya tak tahu apa‐apa mengenai perbualan kami.

‘’Gambar apa ni? Umai nak tengok juga. Kenapa nak berahsia dengan Umai. Mana aci. Abang Awal, minta handphone tu, Umai nak tengok juga.’’ Mendengar saja Umai meminta telefon daripada encik Awal, aku pantas merampasnya terlebih dahulu.

‘’Huh! Ada password.’’ Aku mengeluh.

‘’Kalau pandai cubalah buka.’’ Encik Awal sudah mencabar aku. Aku cuba taip nama aku. Izz Zahrah dan tekan perkataan done.

‘’Oooo..’’ spontan aku tersenyum sambil kepala sudah terangguk‐angguk dan memandang encik Awal. Dia guna nama aku rupanya. Dengan pantasnya aku buka whatssap dan padam semua mesej aku. Aku clearkan chat kami berdua dan memberi semula telefon kepada encik Awal.

‘’Awak delete semua Izz?’’ dia bertanya geram. Aku tersenyum menang. Dan dia sudah menghela nafas panjang.

‘’Aih, takkan Izz tahu password handphone kau Awal?’’ soalan encik Zuhaimie buat aku tertunduk, tiba‐tiba terasa wajah berbahang. Takkan aku nak bocor rahsia kot?

‘’Kamikan sejiwa!’’ ayat‐ayat encik Awal buat semua orang mencebikkan bibir termasuk aku.

Tak boleh blah punya ayat.

HARI yang penuh bersejarah buat kak Ieta dan aku berakhir juga. Selepas rombongan pengantin lelaki pulang, keluarga Puan Afifah pula masuk ke dalam rumah dan menyampaikan hajat mereka. Tanpa aku duga rupanya Puan Afifah sudah membawa bersama cincin tanda dan kini aku sudah bergelar tunang encik Awal secara rasminya. Encik Awal meminta kepada abah agar pernikahan kami disegerakan secepat mungkin.

Abah menjadi serba salah pada mulanya kerana majlis akad nikah kak Ieta baru saja selesai. Nak mengadakan kenduri untuk kali kedua dalam tempoh yang singkat mungkin akan memenatkan minda untuk berfikir. Encik Awal pula membuat saranan agar majlis akad nikah hanya diadakan secara ringkas saja. Katanya, buat apa yang wajib dan perlu saja. Nanti kalau nak buat majlis besar‐besaran buat majlis lain pula. Macam kak Ieta yang akan bersanding pada hujung bulan hadapan. Encik Awal sanggup nak mengeluarkan semua belanja. Abah semakin serba salah dengan sikap murah hati encik Awal.

‘’Bukannya apa pak cik, sekurang‐kurangnya Izz ni ada juga orang pantau. Bandar sekarang ni
banyak sangat bahaya. Saya nak menjaga dia dua puluh empat jam tanpa ikatan nanti apa pula kata orang tapi kalau saya buat tak tahu saja, saya juga yang akan risau,’’ abah sudah terdiam mendengar kata‐kata encik Awal. Macam bernas sangat, sedangkan aku sudah berdebar‐debar menanti respon daripada abah.

‘’Bagus juga tu, pak cik pun setuju dengan cadangan Awal ni tapi dengan apa yang berlaku hari ni, takut orang akan salah faham pula. Nanti macam‐macam fitnah pula yang keluar. Baru sangat kakaknya menikah, dah nikahkan adik pula. Pak cik ingat kita tunggu seminggu dua lagi la, biar hilang dulu kes hari ini?’’ aku tak sangka abah akan berfikiran jauh seperti ini. Orang kampung dengan orang Bandar takkan sama. Lebih‐lebih lagi yang menyaksikan ‘tragedi’ hari ini terdiri daripada saudara mara kami.

‘’Saya faham maksud pak cik tu, sebab itu saya nak segerakan pernikahan kami. Macam apa yang Izz pernah cakap kat saya, Biarlah apa pun orang nak cakap, yang penting Allah tahu apa yang kami buat. Ada orang tu kata bercinta tanpa nikah ni pun berdosa dan saya nak halalkan apa yang haram sebab saya pun tak mahu terus tanggung dosa mencintai Izz Zahrah yang masih belum jadi isteri saya,’’ encik Awal curi kata‐kata aku. Pandai pula dia guna ayat‐ayat aku untuk lembutkan hati abah. Akhirnya abah beri kata putus agar pernikahan kami diadakan minggu hadapan. Melopong aku mendengarnya sebab esok aku sudah mula bekerja. Mana sempat nak buat persiapan minda untuk menjadi isteri orang.

MALAM ini aku terpaksa juga ikut mereka pulang ke Kuala Lumpur. Kami bertolak selepas maghrib dan aku naik kereta encik Awal bersama Lina dan Umai. Encik Zuhaimie duduk di sebelah pemandu. Mereka bergilir‐gilir memandu kerana encik Awal kata dia tak boleh nak focus memandu kerana aku ada bersama di dalam kereta. Dia teruja sebab terlampau seronok aku dah jadi tunang dia. Geram betul aku mendengar kata‐kata dia. Langsung tak reti nak menjaga hati Umai yang mungkin sedang terluka mendengar kata‐katanya itu.

‘’Awal, kau hembus ayat apa tadi? Cer bagi petua sikit.’’ Encik Zuhaimie yang sudah mengambil alih memandu memecahkan keheningan malam. Tadi mereka hanya berbual‐bual kosong saja.

Aku pula macam tak ada mod nak menyampuk perbualan mereka. Banyak sangat yang aku
fikir. Sekarang baru aku tahu macam mana perasaan kak Ieta bila nak bergelar isteri orang.
Memang sangat tertekan rupanya.
‘’Hembus apa?’’ aku memasang telinga mendengar perbualan mereka sambil memejamkan
mata dan berpura‐pura tidur. Umai dan Lina sudah lama dibuai mimpi agaknya atau mereka
pun seperti aku hanya berpura‐pura tidur ataupun hanya tidur‐tidur ayam.
‘’Abah Izz tu, senang saja setuju dengan pendapat kau. Asalnya dia nak menangguh, alih‐alih
dia setuju. Kau ada baca ayat apa‐apa ke?’’ suara ketawa encik Awal sudah bergema di dalam
kereta. Aku menghela nafas dalam diam.
‘’Mengarutlah kau ni. Aku rasa abah Izz tu mungkin dah berkenan sangat dengan aku tu, sebab
tu dia terima saja pendapat aku yang cukup bernas tu,’’ amboih! Perasan tak hengat. Aku
sudah mengutuk encik Awal di dalam hati.
‘’Apa perasaan kau sekarang. Takkan tak nak share dengan aku?’’ sekali lagi encik Awal ketawa.
Suka pula dia mendengar soalan‐soalan cepubelian encik Zuhaimie tu?
‘’Tentulah suka. Kau tak nampak ke kebahagiaan yang dah terpancar di wajah aku ni. Kan Izz?
Awak tak tidurkan Izz?’’ sambil menjawab soalan demi soalan yang diajukan oleh encik
Zuhaimie tu, tak pasal‐pasal nama aku juga yang diserunya. Terkantoi pula dengan dia. Aku
menghela nafas berat pula kali ini.
‘’Bos! Minta tolong sikit boleh tak bos? Lepas‐lepas ni kita buat macam biasa juga boleh tak?
Lecehlah kalau semua pekerja tau, stresslah kalau asyik kena gossip saja,’’ aku buat permintaan
yang tak mungkin dia akan setuju dengan sekelip mata. Aku buka mata dan dia sudah
menoleh ke belakang.
‘’Kenapa? Awak tak suka ke jadi isteri saya?’’ soalan maut pula yang dibalasnya.
‘’Bukan tu masalahnya bos. Masalah utamanya nak menjaga mulut pekerja‐pekerja bos yang
tak boleh ditutup tu dan masalah yang berbangkitnya pula hati saya ni bukannya kebal macam
besi bos. Kadang‐kadang tu tersentap juga,’’ aku meluahkan apa yang aku rasa. Lega rasa jiwa
aku ni. Ringan kepala aku bila dapat melepaskan semuanya.
‘’Okey, kalau itu yang awak nak tapi dengan syarat selepas kita nikah, awak izinkan saya masuk
ke dalam rumah awak ya?’’ aku menghela nafas berat sekali lagi. Inilah dia orang lelaki tapi aku
tak ada sebab untuk mengelak.
‘’Bab tu saya tak boleh nak membantah, selepas bos dah jadi suami saya, yang wajib saya wajib
tunaikan, Cuma di pejabat bos buatlah kerja bos macam biasa. Tolong jangan umum saya ni
isteri bos. Rimas saya ni bos. Biarlah pekerja‐pekerja bos tak tahu siapa saya ni, saya rela bos
daripada teruk kena kutuk,’’ aku lepaskan lagi apa yang aku rasa.
‘’Saya tak pernah jumpa perempuan macam awak ni Izz Zahrah, orang lain berebut‐rebut nak
jadi isteri CEO, awak ni tak mahu pula,’’ encik Zuhaimie mencelah perbualan kami.
‘’Salah tu encik Zuhaimie, bukan tak mahu. Dah setuju punkan? Cuma tak nak diumumkan saja.
Banyak bezanya antara tak mahu dan tak nak diumumkan tu,’’ aku membantah kata‐kata encik
Zuhaimie. Terdengar encik Awal ketawa dan dia sudah menoleh ke belakang lagi.
‘’Esok awak naik makan di atas ya Izz? Tak payah bawa bekal, saya tahu awak masih letih. Nanti
saya suruh Mimi order makanan untuk kita.’’ Aku mengeleng kepala dengan pantas. Tak setuju
dengan saranannya sebab aku dah ada geng untuk keluar makan. Lagipun sekarang bukan
masa yang sesuai untuk kami makan berdua. Darah tengah manis orang kata. Masih dalam
tempoh pertunangan, masih banyak cobaan dan godaan.
‘’Tak boleh! Minggu ni tak boleh. Minggu depan In Sha Allah, kalau kita masih berjodoh. Dah
jadi isteri bos nanti baru saya nak dengar cakap bos. Sekarang ni saya tak nak dengar cakap bos lagi. Bertunang bukan tiket untuk kita berdua‐duaan setiap hari,’’ encik Zuhaimie sudah
ketawa perlahan bila mendengar kata‐kataku.
‘’Awak ni Izz, sebab tulah saya nak nikah dengan awak cepat‐cepat sebab awak ni perempuan
yang paling degil pernah saya jumpa. Umai dengan Lina ni pun tak degil macam awak tau.’’
Bila encik Awal menyebut nama Lina dan Umai aku menoleh ke sebelah. Sempat aku melihat
bibir Lina yang seakan ingin tersenyum tu. Dah sah‐sah tidur‐tidur ayam.
‘’Encik Awal tentu akan jemu kalau saya pun macam mereka. Tentu tak mencabar pula hidup
encik Awal nanti,’’ aku tetap menjawab dan ketika inilah Lina membuka matanya.
‘’Tak apa! Lina pun nak kena belajar daripada kak Izz juga. Lina pun nak degil macam kak Izz
juga. Baru mencabar sikit hidup abang Awal nanti.’’ Bila Lina membuka mulutnya encik
Zuhaimie juga sudah membuka luas mulutnya dan ketawa kuat.
‘’Habislah kau Awal!’’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan