Iddya Melissa yang memasang telinga akan perbualan yang berlangsung antara suami dan juga ibu mertuanya mengetap gigi, geram!
Perlahan dia menapak keluar daripada bilik, menuruni tangga dan mengambil tempat di sisi suaminya yang masih berdiam di sofa. Wajah suaminya yang kelat direnung.
“Macam mana bang?” lembut Iddya Melissa menanyakan soalan, yakin suaminya faham akan apa yang dimaksudkan.
“Abang pun tak tahu. Lain yang abang niatkan, lain yang jadi. Abang pening! Serabut! Baru cakap nak berikan dia duduk di rumah lain, dia dah cakap abang nak halau dia. Siap cakap tak restu kita kahwin.” Izdham Syah melepaskan perasaannya. Sesekali dia berdecit tanda benar‐benar buntu dengan masalah yang dialami.
“Eh, mana boleh macam tu? Masa kita kahwin, dia tak ada dan dia tak wujud pun dalam hidup abang. So rules tak restu kahwin tu tak boleh diterima pakai!” Iddya Melissa membuahkan pandangan dari sudut fikirannya.
“Tapi dia tetap ibu abang! Macam mana sekalipun, abang tetap kena dengar cakap dia!” suara Izdham Syah sedikit tinggi. Iddya Melissa tersentak. Semenjak dia menerima lamaran cinta suaminya, ini kali pertama dirinya diherdik sebegitu rupa. Kolam matanya panas, terasa bila‐bila masa sahaja akan ada manik jernih yang berjuraian keluar. Izdham Syah hanya memandang wajah isterinya dengan jelingan yang tajam dan sukar dimergertikan.
“Jadi abang nak cakap sebab dia ibu abang… abang tetap kena dengar cakap dia dan oleh kerana dia tak restu perkahwinan kita, abang nak kita berpisah? Macam tu?!” Suara yang tersekat di kerongkong, dipaksa untuk keluar. Terkerdip‐kerdip mata Iddya Melissa merenung wajah suaminya.
“Ada abang cakap abang nak kita berpisah ke?!” herdik Izdham Syah lagi. Bergegar hebat bahu Iddya Melissa apabila ditengking sebegitu. Suaminya sudah terpacak berdiri di hadapannya.
“Yang abang nak tengking‐tengking Mel ni kenapa?!” Iddya Melissa turut tidak mengalah. Tidak faham mengapa dia menjadi mangsa jerkahan suaminya sedangkan bukan dia yang membuat punca? Bukan juga dia yang menekan suaminya sebegitu.
“Sebab Mel cakap Mel tak boleh duduk serumah dengan mummy lah semua ni terjadi! Kalau Mel diam dan sabar, abang tak akan mintak mummy duduk rumah lain dan mummy tak akan keluarkan ayat tak restu kita kahwin! Baru abang cadang nak belikan dia rumah lain, dia dah cakap tak restu kita kahwin! Nanti‐nanti dia cakap abang anak derhaka pulak, macam mana? Mel sukalah abang masuk neraka?!” Tidak henti‐henti Izdham Syah menjerkah isterinya.
Iddya Melissa sudah teresak‐esak menangis.
“Sikit‐sikit menangis! Cengeng sangat!” sinis Izdham Syah berkata, menayangkan muka separuh mengejek isterinya yang sedang mengalirkan air mata. Iddya Melissa bingung dengan perubahan mendadak sikap suaminya malam ini. Mengapa suaminya begitu lepas laku dalam menjaga perasaan dan hatinya?
“Kalau beginilah abang layan Mel, Mel tak yakin abang akan kotakan janji abang untuk hidup dengan Mel selamanya. Kalau abang cukup takut dilabel anak derhaka sampai tak cium bau syurga, dan jika benar kewajaran mak abang tak merestui perkahwinan kita ni boleh diambil pakai, apa bezanya abang dan Aizril?”
“Baru semalam abang ucapkan kata‐kata cinta pada Mel, hari ni tanpa sebarang kesalahan, abang herdik tengking Mel. Sampainya hati abang...” Iddya Melissa menentang pandangan suaminya.
Wajah yang bengis itu dipandang dengan hati yang cukup terluka. Dadanya dipegang, ada rasa sakit yang menjalar dan mencengkam. Perlahan dia bangun mendaki anak tangga, tidak mahu menatap wajah yang telah melukai hatinya itu.
Izdham Syah bengang sendiri! Penumbuk yang dikepal dilepaskan ke dinding, biarpun sakit genggaman tangannya, namun tidak sesakit hatinya sendiri! Izz Aizril! Isterinya masih menyimpan perasaan kepada lelaki itukah? Atau lelaki itu tidak pernah padam daripada ingatan isterinya? Serta merta darahnya naik menyerbu ke kepala. Wan Zamilah yang mendengar pertengkaran itu melompat suka dibalik pintu kamarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan