Izdham Syah yang baru keluar daripada perut kereta mengerutkan dahi sebaik mendengar suara ibunya ketawa lepas dari arah kolam renang, berselang selikan dengan jeritan meminta tolong. Bergegas dia pergi meninjau keadaan sebenar. Jelas di matanya tangan isterinya terkapai‐kapai meminta tolong, ibunya pula hanya meledakkan ketawa.
“Mampos kau!” tambah Wan Zamilah lagi. Ketawanya masih diledakkan.
“Tolong!” Suara Iddya Melissa semakin perlahan, dia dihambat keletihan bertarung dengan kelemasan. Yang pasti sudah banyak air kolam renang itu yang ditelannya. Nafasnya semakin hilang, dan tidak lagi kedengaran suaranya meminta pertolongan.
“Apa yang dah jadi ni?!” Melengking suara Izdham Syah seraya segera terjun ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan isterinya. Wan Zamilah yang baru tersedar akan kehadiran anaknya di situ kaget, wajahnya pucat tidak berdarah. Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Kata‐kata itu bergema di corong hatinya, dia mulai gugup!
Sebaik dapat menggapai tubuh isterinya, dengan pantas dia menaikkan tubuh isterinya ke tebing dan mula melakukan pernafasan mulut ke mulut. Dada isterinya ditekan laju berharap tekniknya berkesan untuk menyelamatkan isterinya daripada kelemasan dan sekaligus mengeluarkan air kolam renang yang ditelan. Namun, tetap tiada sebarang reaksi daripada isterinya. Kulit yang pucat dan bibir yang berbirat biru itu menambahkan cemas di hatinya!
“Melissa! Melissa!” laung Izdham Syah lagi, tidak berhenti melakukan teknik pernafasan CPR. Wan Zamilah mula panik melihat!
Tersedar akan kesilapannya yang berdekah ketawa melihat menantunya kelemasan tanpa sedikit pun menyedari bahawa anaknya telah pulang ke rumah. Jika difikirkan kembali, anaknya pulang awal dari waktu yang sepatutnya! Tanpa berlengah, Izdham Syah mendail nombor kecemasan menelefon ambulans.
“Tolong! Isteri saya mengandung! Dia lemas!” raung Izdham Syah lagi.
Di dalam ambulans, dia hanya memerhatikan para petugas perubatan menyelamatkan nyawa isterinya dengan mempraktikkan ilmu yang mereka miliki. Dia sudah teresak sendirian.
Peristiwa dia menjerkah dan mengeluarkan kata kasar kepada isterinya malam tadi berulang tayang di matanya, kesal menghambat hati.
Kalaulah ditakdirkan hayat isterinya berakhir di sini, bukan sahaja isterinya akan meninggalkan dia keseorangan, malah zuriat mereka turut dibawa pergi bersama. Perut isterinya yang masih kempis dipandang dengan air mata yang berjuraian, dia teresak tidak tertahan lagi.
“Jangan tinggalkan abang sayang… jangan tinggalkan abang sendiri!” bisik Izdham Syah. Berharap isterinya yang sedang bertarung nyawa mendengar bisikan kata semangatnya.
Dia tidak mahu kata‐kata terakhir yang didengari oleh isterinya merupakan kata‐kata kemarahan dirasuk syaitan dan bukan bisikan cinta yang tulus daripada hatinya. Dia tidak mahu kehilangan isterinya!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan