Dua minggu kemudian, saya telah menerima satu khabar yang baik, yang telah saya tunggu sudah lama sejak minggu pertama saya berada di wad ini. Pagi itu, saya dipanggil masuk ke dalam bilik di mana para doktor sekalian mengadakan ward round mereka. Saya duduk dengan yakinnya dan berhadapan dengan mereka, sambil tersenyum. Daripada riak wajah mereka sahaja pun sudah saya tahu yang mereka di sini mahu memberitahu saya sesuatu berita yang baik.
“Apa khabar, Annie?” Tanya Doktor Syarifah dengan lembut, sambil memicit bahu saya.
“Saya okey saja, doktor. Makin okey berbanding dengan sebulan yang lalu,” jawab saya dengan rasa yakin. Para doktor di sekeliling saya mengangguk sesama sendiri.
“Begini, Annie,” kata doktor Syarifah, sengaja mahu bagi suspens pada saya. Saya pandang dia
dengan perasaan tidak sabar, namun saya menahan diri daripada menyuruh dia terus‐terang sahaja. “Kami perhatikan kamu di wad selama hampir dua bulan ini, dan memang kami nampak perubahan positif kamu. Kamu pun dah jarang terpaksa kena jarum ubat penenang pada bulan ini. Mood kamu pun kebanyakan masanya stabil juga.” Dia berhenti bercakap lagi, membuatkan suspens itu bertambah menyeksakan jiwa saya.
“Jadi.....doktor... Bila saya boleh keluar dari sini?” Tanya saya dengan suara perlahan, saya tidak
mahu berharap sangat, manalah tahu sebenarnya berita baik itu bukan berkaitan dengan saya dapat keluar dari sini...
“Hmm... Tidak tahulah, Annie. Kamu dapatkah keluar sekarang ini, ya?” Usik doktor itu, diiringi
oleh bunyi tawa daripada doktor‐doktor yang lain.
Mula‐mula saya jadi keliru sekejap, lepas itu perkataan “keluar sekarang ini” berjaya masuk ke dalam pemahaman otak saya, lalu saya tersenyum dengan sangat lebar. “Betulkah, doktor??? Saya dapat keluar hari ini? Sekarang pun okey saja, doktor. Mak saya mahu datang sini sudah tu.” Kaki kanan saya bergetar, menahan diri daripada membuat tarian gembira di hadapan doktor‐doktor ini, nanti bertambah malu pula saya nanti.
“Ya, Annie. Kamu boleh pulang ke rumah hari ini. Tapi kena tunggu surat discaj, ubat‐ubat dan kad temu janji dulu,ah? Jangan pulang terus,” doktor Syarifah pura‐pura marah tapi dia masih tersengih pada saya.
Tanpa saya sedari, saya terus bangun daripada tempat duduk saya dan pergi peluk doktor-doktor di sini satu‐satu, yang doktor lelaki rasa teragak‐agak pula membalas pelukan saya. Paling saya akan rindu sudah semestinya doktor muda bernama Isya itu. Dia punya mata berair juga, dan bila kami berpelukan, dia bisik pada saya, “Jangan lost contact, ya? Nanti kita bertukar nombor fon.”
Ya. Saya sudah tentu akan rindu Isya ﴾saya buang “doktor” daripada panggilan saya terhadapnya sejak bulan lalu lagi sebab saya sudah anggap dia sebagai kawan saya sendiri﴿. Kenangan yang paling saya tidak dapat lupakan tentang dia ialah beberapa minggu yang lalu, di satu Subuh, tiba‐tiba kami dikejutkan oleh kedatangannya dengan pakaian sukan, lalu dia membawa kami semua ﴾wad perempuan saja, ya.﴿ ke ruang legar untuk senaman pagi. Macam-macam gaya pula dia suruh kami ikut, sesetengah gaya itu memang gaya yang dicipta olehnya sendiri sebab saya tidak pernah nampak gaya itu sebelum ini. Dahlah pasang lagu “Sakitnya tuh di sini”, kami semua pun dengan semangat bersenam masa itu...Erm..., kebanyakan masa saya digunakan untuk ketawa berbanding dengan bersenam. Mak cik Solmah pula masa itu membebel memanjang sambil cakap “Waduh!!” sepanjang senaman itu. Apa tidak saya ketawa, kan? Kan bagus kalau tiap hari kami dapat buat senaman begitu, namun hanya sekali saja yang dapat dilakukan sebab jadual Isya agak ketat kebelakangan ini. Hari itu pun kebetulan hari rehat dia.
Bukan sahaja doktor, para jururawat sekalian terutamanya jururawat Celia dan Noi pun akan saya rindu juga. Kadang‐kadang kalau kebetulan mereka berdua syif malam, mereka akan panggil saya ke pantri mereka untuk makan bersama atau berborak kosong. Mula‐mula saya rasa risau pula kalau ada pesakit lain yang iri hati dengan saya, tetapi mereka berdua cakap pesakit yang lain itu biasanya tidur awal setiap malam. Pernah juga sekali beberapa hari lalu Isabelle tegur saya selepas saya habis borak/makan malam dengan mereka berdua. Masa itu tinggal dia dan saya saja yang belum tidur lagi. “Wah, kau mesti sangat istimewa, kan, siap kena panggil makan lagi.” Saya tidak pasti dia ikhlaskah atau berbaurkan cemburu, tapi saya pilih untuk jawab seperti biasa saja.
“Kami memang rapat sejak saya masuk sini bulan lalu.”
Isabelle mengeluh panjang. “Harap‐harap saya akan kena panggil untuk join kamu sekali nanti. Mana best kamu tinggalkan saya di sini...” Saya cuma tersenyum kecil sahaja. Sejak kejadian dengan Zero itu, bila ada kesempatan ada saja benda yang dia sindir sama saya, tetapi setiap kali dia buat begitu, saya cuma tidak mengendahkannya. Dalam hati saya, saya teruskan dengan mantra “Zero ialah kawan baik saya dan layak untuk bahagia dengan Isabelle kalau itulah takdirnya.” Saya cuba sedaya‐upaya untuk fokus pada penulisan diari saya supaya Isabelle nampak saya sibuk dan tidak mahu kacau saya, tetapi taktik itu tidak berkesan. Sibuk atau tidak, dia tetap akan datang ke tempat saya dan mula tanya saya banyak‐banyak pasal Zero, dan dia akan mula melalut tentang masa depan dia dengan Zero. Bila saja sampai ke bahagian itu, saya akan terus melayan lamunan saya dan hanya mengangguk atau cakap “ya” bila perlu saja.
Makin lama makin saya menyampah pula dengan Isabelle. Ya, dia memang friendly orangnya tetapi bagi saya dia friendly yang bersebab. Setiap apa yang dia buat atau cakap, nada dan gaya dia selalu fake bagi saya. Entahlah kenapa saya rasa begini, tetapi memang benar. Jadi, saya tidak akan rindukan dia selepas saya keluar dari sini. Dan saya harap dia tidak akan bercakap dengan saya lagi di masa depan.
Tapi, Annie, kalau dia kahwin dengan Zero, nanti kau terpaksa jugalah bercakap sama dia. Saya memusingkan bola mata saya, rasa bengang pula dengan kata hati saya sendiri itu. Saya berjalan kembali ke katil saya dengan langkah yang gembira. Saya terus mengemas barang‐barang saya tanpa berlengah masa lagi. Kalau boleh, mahu saja saya terus pulang tetapi saya kena tunggu mak saya lagi. Dia tidak tahu lagi yang saya boleh pulang sudah. Saya mahu buat kejutan pada dia, sebab itulah saya tidak minta jururawat bertugas hari ini untuk telefon dia dulu. Tanpa saya sedari, Isabelle sudah pun berdiri di depan katil saya.
“Kau mahu pergi mana tu, Annie?” Katanya dengan penuh tanda tanya.
Tanpa menoleh ke arahnya, saya menjawab, “Saya boleh pulang sudah hari ini.”
“Wah, baguslah tu. Lepas ini bolehlah saya jadi istimewa pula, kan?” Nada dia berbaurkan sindiran. Saya memusingkan bola mata saya, rasa jengkel dengan gaya dia sekarang ini. Saya menarik nafas panjang, lalu memaling ke arahnya.
“Siapa kata saya istimewa?” Tanya saya, walaupun saya ada idea kenapa dia berkata demikian.
“Yelah, kau kan selalu kena panggil pergi makan malam sama nurse‐nurse di sini. Lepas tu, seorang doktor tu pun selalu senyum sama kau, sama kami dia tidak pandang langsung pun. Jangan‐jangan Zero pun tidak mahu kahwin saya sebab kau istimewa bagi dia.”
Okey. Beberapa jam lagi saya akan bakal keluar dari sini dan tidak akan jumpa dia lagi. Saya sudah menahan rasa marah saya begitu lama. Saya tidak mahu mengamuk pula sekarang gara‐gara dia, dan kalau saya mengamuk, akhirnya saya tidak akan jadi pulang, susah pula.
Saya membuat senaman nafas buat seketika untuk menenangkan hati membara saya itu. Dengan suara yang lembut tetapi tegas, saya berkata, “Saya tidak tahu apa salah saya sama kau sampai kau dengki sangat sama saya. Saya ingat kita kawan, tahu. Tapi sejak kau jumpa Zero, kau anggap saya ini musuh pula. Kenapalah tu?”
Dia ketawa sinis pada saya sambil memeluk tubuhnya. “Saya bukan dengki, saya cuma hairan kenapa kau ni istimewa. Tengok kau ni bukannya ada apa‐apa. Rupa pun tiada, belum lagi cakap pasal badan kau... Lagipun, bagi saya, skizofrenia lebih teruk daripada bipolar. Jadi, sepatutnya kau punya keadaan lebih teruklah daripada saya.”
Saya menggeleng kepala saya dengan perlahan, tiba‐tiba rasa kasihan pula pada dia. “Saya tidak tahu macam mana lagi mahu bagitahu kau yang saya bukan istimewa. Saya cuma Annie, seorang manusia biasa.”
“Manusia biasalah konon, kan?” Gumamnya dengan sangat perlahan namun disebabkan suasana wad sekarang agak sunyi, saya dapat tangkap juga apa yang dia cakap. Saya memilih untuk tidak menjawab sindiran dia lagi, nanti akan menerukkan keadaan lagi. Saya berpaling semula pada beg saya dan mula mengemas lagi, sekaligus meminggirkan dia. Beberapa saat kemudian, dia sudah dapat tangkap akan isyarat saya, lalu tanpa berkata apa‐apa lagi dia kembali ke katilnya semula.
Sekarang ini saya tidak pasti mana satu saya lebih mahu: Jadi orang yang invincible atau jadi
menyerlah sampai ada orang yang cemburu pada saya?
***
Saya melangkah dengan rasa ragu‐ragu ke dalam rumah yang asing bagi saya. Saya jarang jumpa aunty Jamie selama ini. Ada pun paling‐paling dua kali setahun. Itupun masa Krismas punya rumah terbuka. Dan biasanya saya akan duduk, makan, dan termenung sahaja. Aunty Jamie pernah juga tegur saya sikit‐sikit tapi sebab saya punya reaksi pun sikit‐sikit juga, makanya perbualan kami hanya sampai di situ saja. Saya rasa segan pula dengan dia sekarang, walaupun beberapa kali dah mak saya cakap tidak payah risau.
Rumah aunty Jamie agak kecil, muat untuk tiga orang sahaja. Dia masih bujang lagi, dan bekerja sebagai cikgu di SMK Likas di sekitar sini. Dia dengan saya punya jarak umur hanya beza sepuluh tahun sahaja. Kalau orang nampak kami berdua jalan di luar mesti orang akan cakap kami ni nampak macam adik‐beradik, disebabkan wajahnya yang hampir sama dengan wajah saya, cuma dia lagi kurus dan lagi cantik berbanding dengan saya. Saya pun agak hairan juga, gadis secantik aunty Jamie kenapa masih bujang? Bila saya tanya soalan itu pada mak saya, dia cuma jawab, “Belum sampai jodohnya kali.”
Mak saya ada lima adik‐beradik, semua perempuan, Dia anak keempat, dan aunty Jamie yang
bongsu. Dialah yang paling rapat dengan mak antara semua adik‐beradik. Tiga orang kakaknya lagi semua sudah kahwin dengan orang Semenanjung yang pelbagai bangsa: Melayu, Cina, dan India. Jadi, sepupu saya semuanya dari pelbagai bangsa dan agama.
Memang hebat jugalah, tapi sayangnya disebabkan mereka semua tinggal di sana, maka saya jarang sekali jumpa sepupu‐sepupu saya itu. Kebetulan lagi bapa saya anak tunggal, jadi di sebelah bapa saya hanya ada saya dengan Angie.
“Hello, Annie.”
Saya berpaling pada pemilik suara yang agak dalam tapi masih ayu itu. Aunty Jamie masih nampak cantik seperti pada kali terakhir saya jumpa dia. “Hai, aunty.” Saya bertambah malu pula bila bersemuka dengannya. Mak saya yang berdiri di sebelah saya nampak kelakuan saya itu lalu dia menggenggam erat tangan saya. Beberapa saat kemudian, dia pun memeluk saya dengan erat sambil mengucup dahi saya beberapa kali.
“Syukur pada Tuhan yang kau selamat kembali di sini,” bisiknya. Saya rasa terharu kerana aunty
Jamie masih sayangkan saya walaupun dia tahu pasal penyakit saya. Mak saya telah bagitahu dia segala‐galanya bermula daripada A hingga Z. Saya pun mula menangis di pelukannya. Mak saya turut sama menangis, dan diikuti oleh aunty Jamie. Kami bertiga menangis kira‐kira mahu dekat lima minit. Aunty Jamie pun melepaskan pelukannya dan mengelap air matanya. “Okey, sudah‐sudahlah kita menangis ni. Banyak kita mahu kemas ni oi,” katanya dengan nada mengusik. Kami semua pun ketawa, lalu mula mengemas bilik yang akan saya hinap buat sementara ini.
Pada malam itu, kami bertiga duduk bersama di meja makan sambil menikmati makan malam hasil masakan daripada gabungan dua adik‐beradik itu. “Wah, sedap oh ni makanan! Jauh lebih sedap daripada makanan di hospital tu,” puji saya dengan ikhlas sambil mengaut nasi lagi setelah saya habis makan nasi sebelum ini dalam masa kurang lima minit sahaja. Diet boleh tunggu esok, hari ini adalah hari gembira saya dan saya mahu luangkan masa ini untuk makan sepuas‐puasnya.
“Masakan kami memang sedap pun. Nanti bila saya bersara sudah boleh kita buka kedai katering pula, kan, Justine?” Kata aunty Jamie dengan senyuman bangganya. Mak saya cuma ketawa sambil menggeleng‐geleng kepalanya.
“Bertuah nanti bakal keluarga aunty ni,” kata saya lagi. Satu kaki menendang saya dari bawah meja makan. Saya pun pandang ke arah mak saya, dia membuat muka, cuba memberitahu saya sesuatu. Beberapa saat kemudian saya baru tersedar apa yang saya cakap tadi itu. Saya menundukkan muka dan bercakap dengan suara kecil, “Sorry, aunty. Saya terlalu excited‐”
“Tidak apa bah, Annie, jangan risau,” potongnya sambil memberi saya senyuman untuk
menenangkan saya. “Sebenarnya saya mungkin akan ada calon...”
Giliran mak saya pula yang terkejut. “Betul bah, Jamie? Kenapa kau tidak kasitahu saya???”
“Sebab saya tidak pasti sama ada kau approve atau tidak,” jawabnya dengan rasa ragu‐ragu.
Mak saya memukul lembut tangannya. “Kau ni. Yang penting calon kau tu bukan penjenayah. Apa juga sebab kau rasa saya tidak akan approve ni?”
“Dia muda beberapa tahun daripada saya....”
“So what? Kalau jodoh sudah sampai, umur itu belakang kira sudah tu!”
“Lagi satu: ini kira macam arrange marriage...”
Mak saya terdiam buat seketika. Lepas itu dia bercakap lagi. “Oh. Siapa pula yang rancang ni semua? Kakak‐kakak kitakah?” Aunty Jamie mengangguk. “Pandai‐pandai juga diorang tu! Sudahlah tidak bincang sama saya dulu...”
“Aunty, siapalah calon tu? Aunty pernah jumpa atau kenal diakah?” Saya pun tidak ketinggalan
menanyanya. Saya rasa gembira untuknya. Sudah tiba masanya baginya untuk mendirikan
rumah tangga. Tetapi, arranged marriage bunyi macam tidak berapa kena saja...
“Dia dengan kakak saya punya ipar punya sepupu ‐ sepupu itu adalah bapa kepada calon saya
itu ‐ akan datang ke sini minggu depan.”
“MINGGU DEPAN??!!” Jerit mak saya dengan rasa kurang percaya. “Dan sebenarnya bila kau
rancang mahu kasitahu saya, hah? Sehari sebelum? Atau pada hari yang sama???”
Aunty Jamie mengecilkan matanya atas jeritan kakaknya itu. “Jus, kau ni, tidak payahlah mahu
jerit‐jerit. Tu nah anak kau tengok‐tengok kau tu.”
Mak saya baru sedar yang saya pun ada bersama dengan mereka, lalu dia tersengih‐sengih
sambil cakap “Sorry” pada saya dengan rasa bersalah. Saya cuma ketawa kecil, rasa seronok
pula tengok karenah dua beradik ini walaupun topik perbualan mereka ini sangat serius. Saya
terutamanya senang hati tengok mak berkelakuan begitu. Selama ini mak sangatlah pendiam
orangnya, dan bila dia dengan bapa, selalunya perbualan mereka berdua serius saja.
“Sebenarnya saya tiada rancangan mahu kasitahu kau, Jus,” jawab aunty Jamie dengan
selamba. Sebelum mak saya meletup, dia mengangkat tapak tangannya, “Saya main‐main
sajalah.”
“Kau tahukah sikit‐sikit pasal “calon” kau itu, Jamie?” Mak saya membuat isyarat dua jari
digerakkan bila perkataan “calon” disebut.
“Tidak tahu langsung.” Aunty Jamie mengangkat bahu. Saya menutup mulut saya menahan
ketawa.
“TIDAK TAHU? APA MAKSUD KAU TIDAK TAHU???”
“Hish, bisinglah kau ni. Nanti jiran panggil polis datang gara‐gara kau bising sangat.”
Mak saya menarik nafas panjang, lalu menghembusnya dengan kuat. “Jadi kenapa kau setuju
mahu jumpa “calon” kau tu kalau sikit maklumat pun kau tidak tahu?”
“Manalah menarik kalau sudah tahu awal‐awal...”
“MENARIK? Eh, kau ingat soal kahwin ni macam blind datekah? Ini soal masa depan kau, tahu
tidak?”
“Tahu bah. Saya cuma mahu seksa diri saya saja, biar segala tanda tanya itu mengganggu saya
selama seminggu ini,” dia tersengih, sepertinya situasi itu adalah situasi yang baik. Saya berdoa
dalam hati semoga calon ini adalah jodoh aunty saya ini.
***
“Annie, jangan lupa makan ubat, ya?” Pesan mak saya di muka pintu bilik sementara saya itu.
Saya pada masa itu sedang melipat kain saya untuk dimasukkan ke dalam almari.
“Mak, masuklah dulu. Dan ya, saya sudah makan ubat saya tadi.” Mak saya pun masuk ke
dalam bilik dan duduk di katil sebelah saya, sambil itu dia mencapai kain yang belum dilipat
dan mula melipatnya. “Mak, tadi saya cek Facebook, saya nampak status Angie, dia tulis di
sana dia akan terbang ke London besok malam untuk sambung study.” Tadi adalah kali pertama saya dapat online lagi setelah hampir dua bulan saya berada di wad psikiatri tanpa
dibenarkan online langsung walaupun melalui smartphone. Sejujurnya, saya hairan yang Angie
belum buang saya daripada friend list dia, melalui cerita mak saya, kan dia malu ada kakak
yang gila macam saya...
“Ya, ada juga bapa kau SMS saya kelmarin. Angie dapat straight 10As.”
“Wow... Hebatnya dia,” bisik saya. Mak saya cuma mengangguk saja, tidak berkata apa‐apa
lagi. Saya berfikir sejenak sambil mengerutkan dahi saya, lalu saya mengutarakan niat saya
sejak tadi lagi. “Besok malam saya mahu jumpa Angie di airport. Saya mahu ucapkan tahniah
dan good luck padanya.”
Mak saya meletakkan baju yang sudah siap dilipat di sebelahnya, lalu menoleh ke arah saya
dengan riak wajah yang prihatin. “Kau pastikah ni, Annie? Saya tidak mahu Angie dan bapa kau
hina kau di khalayak ramai...”
Kisah yang mak saya ceritakan itu kembali terngiang‐ngiang di fikiran saya. Memang saya rasa
takut pula kena hina depan mata begitu, namun saya tetap juga dengan pendirian saya. “Ya,
mak. Walau apapun, Angie tetap adik kandung saya. Saya tidak mahu benci dia hanya kerana
dia tidak dapat terima kenyataan yang saya sakit jiwa.”
“Mak datang dengan kau, ya? Mak pun mahu ucap selamat tinggal dengan dia.” Saya cuma
mengangguk setuju. Adalah lebih baik kalau mak saya ada bersama, manalah tahu tiba‐tiba
saya breakdown, sekurang‐kurangnya ada mak di sisi saya untuk bantu saya hadapi dugaan ini.
Setelah mak saya beredar dari bilik, saya pun terus mencapai handphone saya dan mula SMS
Zero.
Zero, hari ini saya dibenarkan balik, yeah! Saya betul‐betul gembira sangat eh.
Sekarang saya tinggal di rumahauntysaya buat sementara. Rasa‐rasanya selepas bapa
dan Angie pergi London, saya dengan mak akan kembali tinggal di rumah kami di
Kepayan itu. Besok saya akan jumpa bapa dan Angie diairport dengan mak saya. Harapharapat
least diorang dua boleh bersikap sopan dengan saya di sana nanti.Call saya bila
kaufree,okey? Saya tahu kau sibuk sekarang... Okeylah, bye. Xoxo
Saya mengerutkan dahi saya. XOXO? Bukankah ia bermaksud “hugs and kisses”? Ni apasal pula
saya sibuk mahu hug and kiss Zero ini? Kan dia kawan baik saya... Okey, saya kena padam ayat
tu sebelum dia fikir yang bukan‐bukan pula...
***
Suasana di Kota Kinabalu International Airport ﴾KKIA﴿ pada masa itu agak sesak. Yelah, kan
sekarang dah jam tujuh malam. Biasanya pada masa inilah waktu yang orang biasanya akan
naik ke dalam kapal. Saya sendiri tidak pernah lagi melancong ke luar Sabah melalui kapal
terbang. Tempat yang paling jauh yang saya pernah pergi ialah Kundasang, itupun masa saya
berumur tiga tahun. Manalah saya ingat langsung akan trip itu. Angie belum lagi dilahirkan
masa itu. Saya rasa bangga jugalah dengan adik saya ini. Sudahlah dapat straight sepuluh A,
dapat peluang pula untuk pergi ke luar negara. Sekurang‐kurangnya keluarga Agustine ini
masih ada orang harapan...
“Wah, banyak sudah oh berubah di sini. Paling terakhir mak pergi sini ialah pada tahun 1970,”
kata mak sambil matanya liar melihat di sekelilingnya. Saya pun ikut teruja juga dengan airport
ini. Besar betul! Memang padan dengan namanya sebagai International Airport. Mak saya
melihat di skrin handphone Nokia dia. “Bapa kau cakap dia dan Angie sudah check‐in, jadi
diorang sekarang di KFC, tengah makan. Marilah kita pergi cari diorang.” Mak saya pandang
saya lagi dengan rasa prihatin. “Kau sudah bersediakah, Annie?”
Saya mengangguk, dan cuba mempamerkan senyuman dengan yakin, padahal dalam hati saya
sudah rasa macam mahu roboh saja perasaan saya ini. “Tiba masanya saya untuk berhadapan
dengan diorang, mak.”
“Mak bagi amaran. Pertama, diorang tidak tahu yang kau akan ikut sama. Kedua, jangan
berharap sangat yang diorang sudah berubah fikiran tentang kau,” kata mak dengan nada
kesal. “Jangan risau sangat, kalau mak dapat kesan yang diorang mahu hina kau, mak akan
terus bawa kau pergi dari situ.”
Saya mengangguk lagi, faham akan amaran mak itu. Saya menarik nafas panjang. “Okey, mak.
Jomlah pergi jumpa diorang.” Setelah hampir dua minit kami berdua mundar‐mandir mencari
KFC, akhirnya kami jumpa juga tempat itu. Dengan langkah yang perlahan dan penuh berhatihati,
kami pun pergi menuju ke arah KFC. Dari jauh saya sudah nampak kelibat Angie dan
bapanya yang sedang fokus makan hidangan mereka itu. Semakin dekat destinasi kami,
semakin laju jantung saya berdegup. Saya pegang tangan mak saya dengan erat. Tentu mak
saya dapat rasa betapa sejuknya tangan saya itu. Saya betul‐betul rasa gelisah, dahlah air‐cond
di sini tidak membantu langsung. Akhirnya, kami pun tiba di meja makan mereka berdua. Mak saya berdehem, lalu kedua‐dua mereka menoleh ke arah kami. Saya nampak terus perubahan
riak wajah mereka berdua berubah apabila mereka sedar akan kehadiran saya di situ. Angie
nampak macam tiada perasaan saja, manakala bapa pula mengelak daripada membuat eye
contact dengan saya.
“Boleh kami dudukkah?” Tanya mak saya dengan sopan. Bapa saya cuma mengangguk sahaja.
Angie pula sambung makan, seakan‐akan kami berdua tiada di hadapan dia. Saya tidak
melarikan pandangan saya daripada Angie sampailah saya duduk dengan selamatnya di
sebelah bapa saya.
“Angie, tahniah, okey. Saya dengar kau dapat semua A dalam SPM,” kata saya dengan jujur.
Angie berhenti makan, dan tanpa menoleh ke arah saya, merungut, “Terima kasih.”
Saya, digalakkan oleh reaksi positif daripada Angie, terus memulakan perbualan. “Jadi, London
ya? Course apa yang kau mahu ambil di situ?”
“Entahlah. Mungkin saya mahu ambil course perubatan.”
“Wah. Mencabar tu. Tapi saya sokong kau di sini. Saya tahu kau boleh buat punya.” Saya
memberikan dia senyuman, tetapi senyuman saya itu tidak terbalas.
“Kalau saya ambil course perubatan, mungkin saya akan dapat memahami dengan lebih lanjut
lagi kenapa kau boleh jadi gila,” kata Angie dengan selamba. Saya tersentap dengan kata‐kata
Angie itu, membuatkan saya jadi tidak terkata‐kata.
“Angie! Tolong behave, okey?!” Tegur mak saya. Angie tidak membalas mak saya, dia teruskan
makan sahaja tanpa membuat eye contact dengan sesiapa. Saya pun memandang bapa saya
yang dari tadi lagi nampak termenung jauh.
“Hai, bapa.”
Bapa saya menoleh ke arah saya, dengan riak wajah yang seakan‐akan saya ini orang asing
baginya. Lama saya menunggu akan balasannya, dan selepas beberapa minit, tatkala saya
hampir berputus asa untuk mendengar balasannya, saya terdengar dia bersuara namun
disebabkan keadaan di sekeliling kami agak bising, saya tidak dapat mendengar apa yang dia
cuba sampaikan.
“Boleh ulang lagikah, pa?” Saya mendekatkan telinga saya pada muka bapa saya.
“Saya cakap TOLONG JANGAN PANGGIL SAYA BAPA!” Dia ulang dengan tegas dan penuh rasa
benci. Buat kali kedua saya tersentap lagi. Ya, mak saya sudah memberi amaran awal‐awal lagi
tentang ini, namun saya tidak dapat elak diri daripada rasa terluka sangat dengan layanan
bapa dan Angie terhadap saya.
“Agustine!” Mak saya hampir menjerit pada bapa. Bapa saya merenung mak saya.
“Anak saya sudah mati, okey? Orang gila di sebelah saya ini bukan anak saya! Bilalah kau mahu
sedar‐sedar ni, Jus???” Kata bapa saya, merintih. Saya sudah tidak dapat menahan air mata
saya daripada jatuh mengalir. Sebelum saya terluka dengan lebih dalam lagi, saya terus berlari
meninggalkan mereka di situ. Saya berlari tanpa tentu arah, sehingga beberapa orang di situ
pun pelik melihat saya. Tatkala saya tiba di depan lif, saya dengar mak saya panggil saya. Saya
pun menoleh ke arahnya. Mak saya berlari ke arah saya, dan apabila dia sampai di hadapan
saya, dia pun terus memeluk saya dengan erat. Air matanya juga kelihatan mengalir dengan
deras.
“Mak minta maaf, Annie...” rintih mak saya.
Saya menggeleng kepala saya. “Bukan salah mak, okey?”
Kami berdua terus menangis sesama sendiri selama beberapa minit. Setelah kami mula tenang
kembali, kami pun dengan langkah longlai menuju kembali ke kereta parkir dan pulang ke
rumah dengan perasaan sedih, kecewa, dan marah bercampur‐baur. Di sinilah saya sudah
mendapat kepastian bahawa tiada lagi harapan untuk membangunkan kembali keluarga
Agustine. Mulai hari ini, hanya akan ada saya dengan mak sahaja. Saya tidak akan lupa akan
kata‐kata bapa dan Angie selama‐lamanya. Mereka memilih untuk mengabaikan saya di saat
saya benar‐benar memerlukan mereka. Jadi, tanpa pilihan lain, saya akan terpaksa juga buang
mereka daripada hidup saya. Memang sangat perit untuk saya melakukan hal ini namun,
mereka tidak memberi saya pilihan lain lagi. Beberapa hari kemudian, mak saya pun sudah
memfailkan penceraian di antara dia dengan bapa. Dan beberapa hari kemudian lagi, mak saya
terima pos laju yang mengandungi dokumen penceraian yang sudah pun ditandatangani oleh
bapa saya. Setelah pelbagai perbincangan telah dilakukan oleh mak dan bapa serta peguampeguam
mereka, akhirnya keputusan diambil bahawa rumah di Kepayan serta kereta‐kereta di
situ akan diberi kepada mak saya.
Seminggu kemudian, iaitu dua hari sebelum calon aunty Jamie dengan keluarganya sampai
untuk merisik, saya dengan mak saya mengambil masa sehari untuk pindah balik ke rumah
kami di Kepayan. Segala‐galanya masih berada di tempat yang sama. Rumah itu sangat kemas
dan bau yang masih segar. Cuma yang kurangnya adalah gambar bingkai keluarga kami. Dulu
ruang tamu kami dipenuhi oleh gambar kami sekeluarga dan gambar saya dengan Angie
semasa masih kecil. Sekarang, semua dinding sudah jadi kosong, tanpa hiasan apa‐apa. Saya
dengan mak saya berbincang dan mengambil keputusan untuk redecorate balik rumah ini
seratus‐peratus minggu depan, selepas acara merisik aunty Jamie itu. Aunty Jamie pun
bersetuju untuk membantu kami nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan