Label

Sabtu, 3 Disember 2016

NOVEL Darlingku Minah Angau Bab24

"Mishka! Prof Mishka," jerit Anggun Danisha terus mendapatkan Harith Mishka.

Harith Mishka mengeluh apabila melihat wajah itu. Dia cuba mempercepatkan langkahnya. Kalau boleh dia mahu buat‐buat tidak dengar dengan panggilan itu. Malah dia mahu terus masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju ke pejabatnya.

"Eh kenapa panggil prof pula, Isha? Terlalu formal. Mishka bukannya orang lain, sepupu Isha juga," tegur Encik Hashim yang masih setia di meja makan.

Harith Mishka mengetap bibir. Geram dengan jawapan atuknya itu. Namun dia hanya menyepikan diri. Malas mahu masuk campur kerana dia tahu atuknya akan membela Anggun Danisha walau apa pun terjadi.

"Isha seganlah atuk. Mishkakan supervisor Isha," kata Anggun Danisha sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia nampak wajah keruh Harith Mishka itu. Nampak benar lelaki itu sememangnya tidak berpuas hati dengannya.

"Isha nak ke kuliah ke?" tanya Encik Hashim lagi.

Pantas sahaja Anggun Danisha mengangguk.

"Ingatkan nak tunpang Mishka. Boleh ke atuk?" tanya Anggun Danisha. Dia tidak mahu bertanya kepada Harith Mishka kerana sudah tentulah lelaki itu tidak akan membenarkannya.

"Eh kenapa kau tanya atuk pula? Ini kereta aku. Patutnya kau tanya aku," kata Harith Mishka tidak berpuas hati.



Anggun Danisha mengetap bibir. Kecut dirinya melihatkan wajah garang Harith Mishka itu. Namun apa dia peduli asalkan dia mendapat apa yang diingininya.

"Isha bukannya apa, atuk. Isha ni bukannya ada pendapatan sendiri lagi. Kalau dapat tumpang
Mishka dapatlah save budget sikit," kata Anggun Danisha cuba meraih simpati. Dia tahu tatkala ini hanya Encik Hashim yang mahu memperdulikan simpatinya. Sebab itu bicara dan tumpuannya hanya kepada atuknya.

Mata Harith Mishka membulat. Dia cukup tidak menyangka yang Anggun Danisha sanggup berkata sebegitu. Ish tak tahu malu betul! Dia ingat aku ni driver dia ke?

"Kasihan Isha, Mishka patut tolong Isha, saudara Mishka juga," kata Encik Hashim penuh simpati.

Anggun Danisha rasa mahu melompat bintang apabila mendengarkaan kata‐kata atuknya itu. Dia sudah tidak memperdulikan wajah cemberut Harith Mishka yang berada di hadapannya. Pasti lelaki itu tidak berpuas hati tetapi tidak mampu berbuat apa dek kerana hormatkan atuknya.

"Buat sementara waktu boleh la. Tapi lepas ni Mishka kena pindah," kata Harith Mishka sambil
menjeling tajam ke arah Anggun Danisha. Memang Anggun Danisha jenis muka tembok. Tak malu meminta asalkan apa yang dihajatinya dapat direalisasikan.

"Pindah?" tanya Anggun Danisha. Keningnya dikerutkan sambil memandang Harith Mishka dan Encik Hashim silih berganti.

"Atuk yang minta Mishka berpindah. Tak elok kamu berdua tinggal dalam satu rumah," terang Encik Hashim.

Anggun Danisha mengagguk sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mula rasa bersalah. Tidak fasal‐fasal pula lelaki itu terpaksa berpindah kerananya.

"Oh macam tu ke? Mishka you tak kisah ke?" tanya Anggun Danisha serba salah.

"Habis tu nak buat macam mana lagi? Tak kan nak suruh kau pula berpindah?" kata Harith Mishka kasar sambil matanya dijegelkan kepada Anggun Danisha. Manakala Anggun Danisha menjeler lidah dengan perlian Harith Mishka itu. Sungguh Harith Mishka berasa tercabar dengan perbuatan Anggun Danisha itu. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia mengerat lidah yang terjelir itu. Ish budak ni memang sengaja buat aku marah!

"Ala Mishka dengan sepupu sendiri pun nak berkira jugak ke?" tegur Encik Hashim sambil
menggeleng kesal.

Mendengarkan teguran Encik Hashim itu membuatkan Harith Mishka hanya mendiamkan diri. Da sememangnya kalah dengan lelaki kesayangannya itu.

"Hah apa kata Mishka sewa sahaja rumah sebelah kita ni. Dah lama rumah ni kosong tanpa
penyewa," tiba‐tiba Encik Hashim memberi cadangan.

"Bagus juga! Kalau macam tu bolehlah hari‐hari I tumpang you," kata Anggun Danisha sambil
bertepuk tangan.

Harith Mishka menjegilkan matanya. Meluat betul dia melihat keriangan yang dipamerkan oleh
Anggun Danisha itu. Nampak benar wanita itu hanya mahu menggunakan dirinya sahaja.

"Nanti atuk cuba contact tuan rumah ini," kata Encik Hashim.

Harith Mishka mengetap bibir. Dia terpaksa akur. Sungguh dia tidak rela menumpangkan Anggun Danisha tetapi dia lebih suka menyewa rumah berdekatan dengan atuknya. Sekurang-kurangnya
dia sentiasa berada di sisi atuknya.

"Ha Mishka, hari tu Mishka kata nak cari research assistan? Dah dapat ke?" tanya Encik Hashim tiba‐tiba.

Harith Mishka nyata terkejut dengan pertanyaan tiba‐tiba datuknya itu. Macam ada sesuatu. Ingin sahaja dia menipu tetapi dia tidak sanggup berbuat begitu. Dia tidak mahu mengecewakan hati lelaki tua itu.

"Belum lagi, atuk. Kenapa?" tanya Harith Mishka dalam debaran di dada.

"Kalau macam tu bolehlah lantik Isha jadi RA Mishka," cadang Encik Hashim.

"Dia? Oh no!" kata Harith Mishka tegas. Dia tidak yakin dengan kemapuan Anggun Danisha.

Dia tahu wanita itu tidak pernah serius untuk belajar.

"Kenapa pula?" tanya Encik Hashim tidak mengerti.

"Dia tu mana tahu buat apa! Hanya tahu bercinta aje!" kata Harith Mishka dengan kasar.

Sungguh dia berasa tertekan dengan cadangan gila atuknya itu.

"Eh I ni pekerja yang berdedikasi tau. Rugi kalau you tak nak ambil I," kata Anggun Danisha
selamba.

Harith Mishka mencebek. Rasa mahu termuntah mendengarkan bicara gadis itu.

"Berdedikasi? Aku tak nampak pun kau ada ciri‐ciri tu," bidas Harith Mishka sambil menjeling
tajam. Manakala Anggun Danisha pula membalas dengan menjelir lidahnya.

"Kalau kau tak mencuba mana kau tahu Isha tak ada ciri‐ciri seperti itu. Apa kata kau ambil Isha
bekerja selama enam bulan kalau kau rasa Isha tak layak, kau pecatlah dia selepas itu," kata Encik Hashim cuba membela cucu perempuannya. Manakala Anggun Danisha bersorak keriangan. Kerjanya menjadi mudah jikalau mendapat sokongan daripada atuknya.

"Berapa gaji I?" tanya Anggun Danisha tanpa sabar.

Harith Mishka mengetap bibir. Dia cuba menahan sabar walaupun sebenarnya hatinya sudah
mendidih dengan tekanan yang diberikan oleh atuknya itu. Ah untuk menghadap perangai Anggun Danisha di rumah sahaja dia sudah tidak tahan. Inikan pula kena mengadapnya hingga ke pejabat. Ya Allah boleh jadi gila dia kelak menahan perangai desperate minah itu.

"Boleh ke you kasi I gaji RM 5000?" tanya Anggun Danisha selamba. Manakala Harith Misha sudah membuntangkan matanya.

"lima ribu? Kau dah gila ke?" marah Harith Mishka.

""Kenapa pula?" tanya Anggun Danisha sambil terkebil‐kebil matanya. Tidak faham dengan
kemarahan mendadak Harith Mishka itu.

"Kau ni nak jadi research assitant ke nak jadi research manager? Minta gaji tinggi macam tu?" marah Harith Mishka.\

Tiada ulasan:

Catat Ulasan