Tubuh isterinya yang kaku di atas katil dipandang dengan kasih yang menggebu di dalam hatinya. Perlahan, jemari isterinya dicapai lalu digenggam erat bersulam dengan jemarinya. Sejuk! Tidak sampai hati dia hendak membiarkan isterinya kedinginan, lantas dia pantas mengucup tangan isterinya bertalu‐talu dengan harapan ciumannya dapat menghangatkan tangan yang lembut itu. Wajahnya kembali diangkat, menatap dan mengelus lembut wajah isterinya yang masih belum menyedarkan diri. Pucat!
Terngiang‐ngiang di telinganya akan kata‐kata doktor yang merawat isterinya tadi. Dia bernasib baik kerana cepat bertindak. Jika lambat sesaat, pasti nyawa isteri dan anaknya tidak dapat diselamatkan lagi.
“Maafkan abang…” Izdham Syah berbisik di telinga isterinya. Dia mengharapkan isterinya akan mendengar pengucapan maafnya lantas membuka mata. Hanya itu yang mampu meredakan gusar yang bertapa di kalbunya sejak petang tadi.
Namun ternyata, doanya belum dimakbulkan Allah. Isterinya terus kaku di perbaringan. Alat bantuan pernafasan terpaksa dipasangkan buat sementara waktu, agar dapat menyokong sistem pernafasan isterinya yang masih lemah gara‐gara terlalu lama dibiarkan lemas di dalam air. Sungguh dia belas melihat keadaan isterinya ketika ini.
Sebaik teringatkan kejadian petang tadi, dia mula berang. Seakan terbayang‐bayang di anak matanya bagaimana isterinya melaung meminta tolong tetapi ibunya hanya memerhati dengan meledakkan tawa beserta kata‐kata yang tidak patut ditujukan kepada isterinya.
“Mampos kau!” Ya, ayat itulah yang sering berputar‐putar di dalam fikirannya sejak siang tadi. Mengapa ibunya bersikap seperti itu di saat isterinya hampir kehilangan nyawa?
Mengapa isterinya boleh berada di dalam kolam sedangkan isterinya tidak pandai berenang? Isterinya tahu benar akan larangannya yang tidak membenarkan kolam itu dijejaki ketika dia tiada di rumah. Apabila seraut wajah ibunya melintas di hadapan mata, dia mengepal penumbuk lelakinya. Dia harus bersemuka dengan ibunya demi sebuah penjelasan!
“Assalamualaikum…” Serentak dengan pengucapan salam itu, dia menangkap bunyi pintu bilik dikuak daripada luar. Izdham Syah pantas menoleh. Sebaik terpandangkan wajah kedua mertuanya dan juga keluarga kakak iparnya, dia bergegas mendapatkan mereka dan bersalaman.
“Ayah… ibu…” tegur Izdham Syah, memeluk tubuh bapa mertuanya dengan erat. Encik Akmal yang faham akan kesedihan menantunya pantas mengusap belakang badan Izdham Syah.
“Banyakkan bersabar…” pesan Encik Akmal lagi.
“Macam mana boleh jadi begini Izdham?” Suara ibu mertuanya menyentak lamunan, pantas pelukan dileraikan.
“Ibu… maafkan Izdham sebab gagal jaga Melissa dengan baik,” pintanya. Tangan ibu mertuanya diraih, lalu dicium mengharapkan keampunan buat dirinya yang ternyata khilaf dan terleka sehinggakan nyawa isterinya berada dalam bahaya.
“Ibu kesal jadi macam ni… tapi ibu tahu bukan Izdham yang bersalah,” kata Puan Faridah lagi.
Dia sedar ada orang ketiga yang menjadi penghuni mahligai anak dan menantunya. Cuma orang ketiga yang tidak suka akan kehadirannya anaknya itu merupakan ibu kandung Izdham Syah! Tetapi masih terlalu awal untuk dia mengandaikan dan membuat kesimpulan bahawa Wan Zamilah yang telah membuat onar.
“Teruk sangat ke keadaan Iddya sekarang ni Izdham?” soal Yasmin Hani pula, dia dirundung sedih melihat adiknya yang sentiasa ceria dan sihat terbaring kaku tidak bermaya di atas katil hospital ini.
“Apa sebenarnya yang jadi?” Giliran birasnya pula menyoal. Izdham Syah mengeluh, terasa seperti semua kesalahan diletakkan di bahunya.
“Ibu, ayah… kak long dan jugak abang Farish. Izdham minta maaf sangat‐sangat akan apa yang terjadi. Izdham tak tahu macam mana perkara ni terjadi, sebab masa Izdham sampai Melissa dah lemas. Izdham belum tahu cerita yang sebenar,” terangnya lagi.
Sebaik sahaja isterinya dimasukkan ke dalam wad emergency petang tadi, dia bergegas
memaklumkan keluarga mertuanya akan apa yang terjadi. Bimbang jika berlaku sesuatu yang buruk, dia dituduh merahsiakan pula. Walaupun dia tahu keluarga mertuanya tidak akan beranggapan begitu, namun Iddya Melissa masih anak mereka. Dia sebagai suami dan menantu tetap perlu memaklumkan apa jua berita mengenai isterinya kepada mereka.
“Iddya sorang‐sorang ke dekat rumah tadi?” soal Encik Akmal lagi. Matanya dihalakan ke arah anaknya. Sayu menyusup masuk ke sanubari. Bapa mana yang tidak sedih melihat keadaan anak gadisnya ditimpa musibah seperti ini? Mujur juga umur anaknya masih panjang.
“Mummy… mummy saya ada di rumah sekali masa kejadian ni berlaku,” gugup Izdham Syah melontar kata.
Bagaimana hendak diceritakan akan hal yang sebenar? Bagaimana hendak dia membuka mulut kepada mertuanya bahawa sewaktu isterinya lemas, ibunya hanya ketawa memandang seraya berkata
“Mampos kau!” yang jelas nyata ditujukan kepada isterinya?
Jika yang melakukan kesalahan itu orang asing, pasti sudah lama dia ringankan mulut untuk bercerita, tetapi ini melibatkan ibunya sendiri. Tersalah cakap, dua keluarga akan bermusuhan! Walaupun ibunya belum lagi bersua muka dengan keluarga mertuanya, kemunculan ibunya sudah lama dimaklumkan kepada mereka.
“Iddya terjatuh dalam kolam renang secara tiba‐tiba atau ada orang yang tolak dia?”
Puan Faridah tidak dapat menahan bibirnya daripada melontarkan persoalan yang kerap berpusing‐pusing di fikirannya.
Selagi dia tidak mendapatkan jawapan yang pasti, selagi itu hatinya tidak tenang. Walaupun sudah dapat meneka akan apa sebenarnya yang terjadi, dia tetap mahukan kepastian. Semua sedia maklum, Iddya Melissa tidak pandai berenang! Jadi mustahil anaknya dengan sengaja akan membahayakan diri dengan cara sebegitu.
“Idah…” Encik Akmal menegur kelancangan mulut isterinya.
“Mana mummy Izdham? Tak datang?” tanya Yasmin Hani berasa pelik mengapa Wan Zamilah tidak turut serta melawat adiknya yang kini terlantar di hospital?
Bukankah kejadian lemas ini berlaku di rumah mereka sewaktu wanita itu turut sama berada di tempat kejadian? Izdham Syah hanya membisukan diri, tidak tahu jawapan yang bagaimana harus diberikan demi memuaskan hati semua pihak. Walhal dia pun masih belum tahu akan cerita yang sebenar. Dia sangat berharap isterinya akan segera sedar untuk menuntut sebuah jawapan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan